Monday, July 25, 2011

Rasa Sepi

Ikatan yang terlerai

Kasih yang terurai

Ku harap kejauhan bagai penyambung

Kenapa ini terjadi?

Kenapa hati terluka?

Kenapa lidah kelu?

Ku tinggalkan sini...

Ku bersendirian, aku disini

Aku yang menemui cinta tetap kehilangannya

Aku terhenti, bersendiri... sepi disini...

Makna

Mentari menari dicelahan awan

Walau dari jauh

Awan berlalu menuju kejauhan, ke arah sana...

Kerana kau...

Kerana kau, aku mahu jadi insan yang tabah...

Thursday, July 21, 2011

Untitled

Azrul yang tadi teruja, tersentak. Dia terkasima... mulutnya seakan mahu bersuara tetapi tiada bunyi yang keluar. Azrul merengus dan memandang air tasik yang sedikit berkocak. Nik tunduk, dia tahu lelaki itu kecewa.

“Aku ingat aku boleh mempercayai kau, Nik. Sanggup kau buat begini pada aku? Kawan jenis apa kau ni?” suaranya, nada marah jelas kedengaran. Nik membisu.

“Aku tak pernah nak mengkhianati kau, jauh sekali mahu melukakan kau? Percayalah aku!”

Syed Azrul memandang lelaki itu tepat, wajahnya jelas sekali ada rasa marah dan kecewa. Nik masih cuba menerangkan keadaan sebenar walaupun dia tahu lelaki itu takkan menerima walau sekelumit penjelasan malah alasan sekalipun. Syed Azrul membisu dan beredar dari situ. Nik mengeluh dia berputus asa. Telefon berdering, dia terpaksa mengangkatnya.

“Abang sudah beritahu dia, nampaknya penerimaannya tidak begitu baik. Abang dah terang tetapi... Okey, kejap lagi abang jumpa sayang ditempat biasa.”

Nik duduk dihadapan wanita itu, dia kelihatan kecewa dan penuh rasa bersalah. Imelda memandang lelaki itu. pelayan muncul mengambil pesanan kemudian beredar lagi.

“Dia tidak terima dan takkan terima?” suara Imelda.

“Apa yang kita buat ni salahkah?”

“Jangan abang merepek. Saya bukan milik dia. Saya kini satu individu... Kenapa? Dia marah?”

Nik mengangguk. Imelda berdecit, telefon bimbitnya berdering. Nama di skrin dilihat dan diserahkan telefon bimbit itu kepada Nik. Lelaki itu gelengkan kepala, lantas Imelda mematikan panggilan itu. nik hanya memandang.

“Tiada apa yang nak dicakapkan lagi,” bicara wanita itu.

telefon berdering lagi, Imelda menghela nafas.

“Baik, sayang jawab. Jika tidak sampai bila-bila dia akan menelefon.”

“Hello.”

Agak lama wanita itu membisu, pastinya mendengar apa yang ingin pemanggil itu katakan. Segera talian diputuskan. Nik memandang wanita itu.

“Dia nak jumpa. Abang teman saya?”

Nik gelengkan kepala.

“Itu bukan tindakan yang bijak, Imelda.”

“Bijak atau tidak bukan soalannya lagi. Imelda nak selesaikan semuanya. Abang ikut, okey.”