Saturday, February 28, 2009

Pendapat aku...

Setelah berkoyan-koyan karya ditatapi... hari ini ingin aku nyatakan kenapa dan mengapa aku sering berkarya. Orang selalu bertanya, kenapa mahu berkarya? Kenapa mesti berkarya? Kenapa memilih untuk menulis? Apa enaknya menulis? Aku mengeluh. Jawapan... tidak semudah bagi sesetengah orang... tetapi aku selalu teruja bila memikirkannya. Jawapan! Inilah satu-satunya cara untuk aku menjadi orang lain dan juga satu-satunya cara untuk orang memahami siapa aku. Jawapan yang mudah difikiranku... bukan difikiran orang lain. Ada yang mendengus, ada yang merengus, ada yang ketawa tidak kurang ada yang berdecit. Tambahku lagi... teringin semua insan membacanya tanpa aku menerima balasan. Tetapi sebab utamanya, aku cuma teringin melihat rak-rak di kedai buku memiliki buku dari buah fikiranku.
Jangan ketawa, jangan gelengkan kepala... ini cuma jawapan ringkas dari seorang gadis yang bernama aku. Aku dan hanya aku... orang lain aku tak nak tahu, jadi simpan saja fikiran itu. Terima kasih kerana sudi menjengah ke ruangan yang sederhana ini. Terima kasih...

Itu Aku

Cinta tidak pernah menyatakan ya ataupun tidak…
Puas aku mencari jawapannya namun tidak pernah aku merasakan cinta sesuatu yang bisa menjadi penghalang.
Itulah sebabnya kenapa aku mencipta segalanya yang ada di sini...
Dari kisah cinta seorang gadis penjual bunga hinggalah sucinya kasih seorang ayah kepada anak tirinya.
Jika ditanya apa yang ada dihati aku kini... aku sendiri tidak bisa untuk mengukaikannya...
Pelik?
Aku sendiri pun berasa pelik...
Sudah beribu batu perjalananku mencari pencarian
Sudah berjuta jiwa aku selami untuk mencari pengakhirannya
Namun, tercatat cuma ilusi yang sendiri tidak pasti adakah bisa menjadi realiti
Namun, bagi yang membacanya pasti ada menaruh sinar harapan agar realiti sentiasa menjelma.
Itulah yang menjadi kepuasan diri...
Walaupun, siksaan masih terpikul dibahu ini

Ku Milikmu

am baru saja menunjukkan lima pagi, bas yang baru sahaja dia turuni sudahpun berlalu pergi. Dia melihat sekeliling, kosong. Tiada sesiapa pun di situ, dia keseorangan. Dia memandang lagi, cuma kelihatan seekor anjing tua yang menumpang tidur di kaki lima diseberang dari tempat dia berdiri. Dia masih tegak berdiri, tidak tahu ke mana arah yang harus dia pergi, tambahan ianya merupakan tempat asing baginya. Dia tidak selesa begitu. Dia dapat melihat beberapa kelibat manusia, dia berdoa dan berharap manusia-manusia itu tidak berniat jahat. Dia mendonggak dan berharap hari lekas siang.
“Hello, tunggu siapa?”
Jantungnya bagai berhenti berdetak. Suara yang tidak dikenalinya menegur, dia membisu. Hatinya tertanya apa yang harus dia lakukan. Dia cemas. Nafasnya tidak sekata, dia tidak bersuara bagaikan tersekat di kerongkong pada ketika itu. Kedengaran bunyi ketawa, orang itu mengtertawakannya. Berani sungguh!
“Maaf, saya ingatkan awak perlukan teman berbual.”
Dia menoleh, kemudian berpaling. Dia tidak suka berada didalam keadaan begitu. Seorang lelaki, barangkali seusianya atau lebih. Dari ekoran mata, lelaki itu kelihatan bertubuh sasa tentu sekali kuat bersenam.
“Saya pun macam awak, tunggu hari siang.”
Dia membisu lagi, lelaki itu berdehem dan bunyi keluhan kedengaran. Dia dapat melihat lelaki itu berlalu pergi, dia menghela nafas lega. Dia dapat bernafas semula, dia mendengus. Dia memandang sekeliling lagi, jam tangan dilihat sudah hampir enam pagi. Dia juga dapat melihat beberapa kelibat manusia. Tentu sekali mereka-mereka itu mahu ke tempat kerja. Dia menoleh, lelaki itu masih disitu. Dia tersenyum dan mengangguk kecil, bila pandangan bertembung. Dia berdecit dan melihat jamnya lagi. Temannya lewat, dia mendengus lagi. Kakinya sudah lenguh berdiri, bila agaknya temannya akan muncul dan menjemputnya.
“Hello, Saera. Aku dah tiba, bila kau nak jemput aku?”
“Maaf, aku terlupa nak beritahu kau. Aku sekarang dalam perjalanan ke Singapura.”
Hampir ternganga dia mendengar keterangan temannya.
“Habis tu? Takkan aku nak balik ke Bidor, Saera aku baru je tiba?” jelasnya.
“Aku tak boleh nak buat apa-apa, aku dah nak tiba dah...”
Talian segera dimatikan, dia mengeluh. Dahinya ditepuk beberapa kali dan dia menggelengkan kepalanya. Dia mula menangis, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan sekarang.
“Hai, awak ada masalah? Awak nak ke mana?”
Dia mengangkat wajahnya, wajah lelaki itu direnung. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman, tiada calitan mencurigakan terpancar diwajah itu. Namun, dia keberatan untuk menceritakan masalahnya.
“Kalau awak tak berterus terang, macamana saya nak tolong awak.”
Dia membisu lagi, wajah lelaki itu direnung lagi. Dia mahu saja beritahu masalahnya tetapi rasa takut menyelubungi.
“Okey, awak ikut saya.”
“Ikut..?”
Lelaki itu mengangguk, dia berlalu pergi. Dia bercakap dengan seorang lelaki tua yang layak digelar datuk. Kelihatan mereka seperti sedang berbincang, dia juga lihat lelaki itu beberapa kali menoleh memandangnya dan turut menunjukkanya kepada lelaki tua itu. Dia telan air liur, apa maksud perbuatan lelaki itu?
“Mari...” ujar lelaki itu dan turut mengangkat beg sandang miliknya. Di dalam keterpaksaan itu dia mengekori lelaki itu. Mereka menghampiri teksi berwarna biru, kereta Mercedes lama itu dimasuki. Mereka duduk sebelah menyebelah dibahagian belakang, dia terasa janggal.
“Kamu berdua budak Maktab yer?” tanya lelaki tua itu, ada loghat Jawa didalam pertuturannya.
“Maktab?” bisik hatinya.
Dia mengerling ke arah lelaki itu, dia pelajar Maktab? Tiada gaya langsung, lagipun di Batu Pahat ada Maktab? Dia tertanya-tanya kerana seingatnya hanya di Johor Baharu saja ada Maktab. Dia masih melayani perasaannya dan tidak kisah dengan perbualan lelaki itu dengan pemandu teksi tua itu. Beberapa minit berlalu, mereka sudah pun melepasi pintu masuk Maktab Perguruan Batu Pahat. Wujud rupanya tempat ni, itulah yang bermain difikirannya. Teksi itu berhenti, dia memandang sekeliling. Asrama Puteri. Itulah yang tertulis dipapan tanda berwarna merah.
“Okey, pakcik. Terima kasih.”
Mereka berdua melangkah keluar. Dia dapat lihat duit kertas sepuluh ringgit bertukar tangan. Teksi itu kemudian berlalu pergi, dia menanti apa yang perlu lelaki itu lakukan. Dia dapat lihat lelaki itu mengeluar telefon bimbitnya.
“Hello, Lily...”
Lelaki itu beredar sedikit jauh dari dirinya, apa agaknya yang dia katakan kepada orang yang bernama Lily itu.
“Awak tunggu kejap, tunggu kawan saya.”
Lima minit berlalu, seorang gadis yang muda darinya muncul. Gadis itu bertudung dan memakai windbraker jenama Adidas.
“Lily, ni sepupu aku. Aku tumpang dia kejap, lepas ni aku nak hantar dia balik. Tolong yer!”
“Sepupu? Cantik macam ni?”
Dia bagai tidak memperdulikan kata-kata gadis itu, dia memalingkan wajahnya tetapi terasa kehangatan diwajahnya. Dia malu, tidak pernah orang memujinya sebelum ini. Lelaki itu membuat mimik muka dan berlalu.
“Tak sangka awak ni sepupu dia. Datang dari mana?”
“Perak. Bidor.”
Lily mengangguk.
“Kalau nak mandi, boleh mandi kat sana. Nak solat, boleh saya pinjamkan telekung dan sejadah.”
Dia hanya mengangguk dengan kata-kata gadis itu. Lily begitu peramah, dia terasa seperti di tempat sendiri. Dia melihat dua katil di situ.
“Kalau nak baring, baringlah di katil Kak Jun. Dia balik Pahang.”
Dia mengangguk lagi, tangannya pantas membuka zip beg dan mencapai apa yang perlu untuk dia gunakan.
“Kak, sepupu kak bagi SMS. Dia kata pukul sebelas, jumpa dia ditempat tadi.”
“Dia baik tak?”
“Siapa?” tanya Lily, naif.
Dia baru perasan yang dia tidak mengetahui nama lelaki itu.
“Oh! AG... Baik juga. Kami tak sekelas tetapi selalu bertegur sapa.”
“Habis kenapa dia telefon Lily?”
Lily ketawa kecil.
“Kawan sekelas dia mana balik lagi dari cuti semester. Kumpulan dia selalunya balik lewat, hampir senja barulah nampak batang hidup mereka.”
Dia mengangguk. AG, nama yang pelik.
“Kakak ada dua jam lagi. Eloklah, kakak mandi.”
Dia melangkah, sebuah kereta Kancil hitam menanti. Lelaki itu keluar, dia sudah menukar pakaiannya.
“AG, kau nak hantar dia terus ke balik Perak?”
“Tengoklah, rasanya tiket masih ada. Jom!” suara lelaki itu.
Dia melangkah dan memasuki perut kereta.
“Kereta awak?” tanyanya sebaik saja melepasi pintu besar maktab tersebut.
“Taklah, kereta kawan. Dia tak balik lagi, tapi dia benarkan saya pinjam. Jangan risau.”
Dia membisu, matanya diarahkan ke jalan. Sesekali dia melihat sekelilingnya, disuatu sudut terlihat bangunan yang hampir siap.
“Kalau tak salah nak buat pusat membeli belah.” Suara lelaki itu tanpa ditanya. Dia telan air liur kemudian mengangguk. Jalanan di Batu Pahat sedikit sesak dengan kenderaan. Lelaki itu cekap memandu kereta kecil itu.
“Kita dah tiba, marilah. Harapnya adalah tiket awak ke Perak.”
Dia membuntuti lelaki itu. Dia lega kerana tidak menghadapi masalah, lelaki itu memang boleh diharap. Mereka menuju ke kaunter menjual tiket.
“Tumpang tanya? Tiket ke Ipoh ada lagi?”
“Ada, tapi malam pukul 10 malam ini.”
Lelaki itu menegakkan badannya dan berpaling ke arahnya. Dia pun tidak pasti dengan keputusan itu. Pukul sepuluh malam, lewat sekali, kalau dihitung kira pasti jam lima pagi dia sudah tercangak di Medan Gopeng dan menanti beberapa jam sebelum dia boleh pulang ke Bidor.
“Macamana?”
“Saya tak ada pilihan, terpaksalah.”
Lelaki itu membongkok lagi dan memesan tiket untuknya. Dia mengeluarkan wang namun lelaki itu menolak.
“Nah! Simpan, nanti hilang. Marilah.”
“Tak apalah, saya tunggu disini.”
Lelaki itu kelihatan terkejut, ketawa kecil.
“Awak ketawakan saya?” tanyanya dan mengecilkan matanya tanda marah.
“Maaf, awak tahu tak sekarang ni baru jam dua belas tengahari. Awak ada sepuluh jam sebelum bas awak tiba.”
“Tak mengapa, saya tunggu di sini.”
“Marilah, lagipun saya tahu awak belum makan lagi.”
Sekali lagi dia hanya mengekori lelaki itu, entah kenapa dia senang sekali dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu memandu kereta kecil itu dan beberapa minit mereka tiba dihadapan sebuah bangunan. The Summit, itulah yang tertulis di situ.
“Marilah kita makan dulu atau awak ada cadangan lain?”
“Ikut awaklah, saya tak pernah datang ke Johor.”
Lelaki itu menukar gear dan berlalu, mereka keluar dari bangunan itu. Dia sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu, ke mana agaknya lelaki itu mahu membawanya.
“Alang-alang dah ke Batu Pahat. Apa kata kalau saya bawa awak berjalan-jalan.”
“Awak serius?”
Dia nampak lelaki itu tersenyum dan terus memandu. Dia hanya membiarkan saja lelaki itu membuat keputusan. Dia mengikut cuma, kerana disudut hatinya dia percayakan lelaki itu. Dia hanya melihat dari luar tingkap kereta buatan Malaysia itu semua tempat yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Dari satu tempat ke satu tempat ditunjukkan sehingga mereka sudah melepasi sempadan Johor. Mereka sudah di bandar Melaka, bandar yang penuh dengan sejarah.
“Saya dah menyusahkan awak, kenapa awak buat macam ni?” tanyanya.
“Saya tahu bagaimana perasaan bila tiada sesiapa yang kita kenal di tanah asing.”
Dia membisu. Makanan dihadapan dijamah, dia memandang lelaki itu. Entah kenapa, sikap lelaki itu membuat dia tertarik.
“Apa tujuan awak ke Batu Pahat. Maaf tapi saya terpaksa tanya?”
“Saya sepatutnya berjumpa dengan kawan seuniversiti, tetapi dia sudah ke Singapura. Dia kata ada kerja kosong untuk saya, tetapi nampaknya tak menjadi.”
“Belum ada rezeki. Saya harap awak tak penat?”
“Taklah, kalau awak tak bawa saya belum tentu saya akan ke mari. Melaka diwaktu malam, cantik. Terima kasih pada awak.”
Lelaki itu melihat jam.
“Kita balik Batu Pahat sekarang, sudah jam lapan malam. Nanti tak sempat pula awak naik bas.”
Dia mengangguk.
Lelaki itu menghantarnya sehingga ke pintu bas. Mereka berpandangan, gadis itu cuba untuk bersuara tetapi tidak tahu apa yang ingin dikatakan.
“Selamat jalan,” suara lelaki itu memecah kesunyian.
“Terima kasih, saya dah menyusahkan awak.”
Lelaki itu gelengkan kepala.
“Saya gembira kita berjumpa. Saya harap kita akan berjumpa lagi. Saya...”
Kata-kata lelaki itu tidak sempat dihabiskan bila pemandu bas sudah mula menghidupkan enjin. Gadis itu mula melangkah naik.
“Hey, ini untuk awak?”
“Oh! Terima kasih.” Gadis itu sudah pun melangkah masuk. Pintu bas ditutup. Matanya hanya melihat bas berwarna hijau itu berlalu pergi. Dia mengeluh, lelaki itu teringat sesuatu. Walaupun sudah seharian dengan gadis itu tetapi sampai kini dia tidak tahu nama gadis itu. Dia ketawa kecil, kejadian pelik. Dia berlalu pergi.
Tiga tahun berlalu, dia sudahpun mengajar di sekolah di kampung halamannya. Dia melangkah keluar dari bilik guru dan menuju ke kelas. Hari ni kedengaran kecoh kerana ada beberapa orang guru baru akan datang ke sekolah itu. Dia tidak memperduli cuma mendengar perbualan guru-guru perempuan.
“Cikgu, lepas ni jangan lupa buat markah boleh key in cepat,” suara salah seorang guru ketika bertembung. Dia hanya mengangguk sebagai jawapan. Jam sudah lapan pagi, dia sudah melangkah masuk ke dalam kelas. Sesi pengajaran dan pembelajaran sudah pun berjalan, selama sejam. Dari arah dia berdiri dia dapat lihat tiga orang guru perempuan menuju ke pejabat. Pasti itulah guru baru yang disebut-sebut tadi.
Dia sudah duduk dikerusinya, buku murid-murid yang banyak dimeja diperiksa satu persatu.
“Assalamualaikum, cikgu-cikgu. Ini cikgu baru dan akan mula bertugas hari ni.”
Dia menoleh, sedikit terkejut namun tidak ditunjukkan. Jika itu benar banyak masa lagi untuk dia mencari jawapannya. Dia kembali dengan tugasnya.
“Amar, ini budak-budak baru. Ni Cik Ilya Ilani, ini Cik Anjali dan Cik Siew Fern. Mereka ni opsyen English.”
Dia hanya senyum dan mengangguk. Kemudian mereka berlalu, dia hanya memerhati mereka bertiga dan tersenyum lagi.
“Amar Ghazali? AG?” Dia mendongak.
“Sudah lama orang tak panggil saya AG? Awak masih kenal saya?”
Gadis itu mengangguk, tangannya membetulkan kedudukan cermin matanya. Lelaki itu tersenyum.
“Gelang tu?”
“Hadiah istimewa dari orang yang istimewa. Tak mungkin saya tanggalkan sampai bila-bila.”
Lelaki tersenyum.
“Kenal ke?” tanya Puan Kartika yang kebetulan lalu berhampiran.
“Kawan lama.”
“Ilya, cantik gelang tu. Beli di mana?”
Gadis bernama Ilya Ilani, tersenyum malu. Dia memandang lelaki dihadapannya.
“Orang yang telah tolong saya dan telah memberi pertunjuk baru pada saya. Dia yang berikan pada saya,” jelas gadis itu.
“Oh! Sentimental value lah ni..?” suara Puan Akmar, guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ilya Ilani mengangguk.
“Kerana dialah saya berazam jadi cikgu.”
“Sampai macam tu sekali?” tanya lelaki itu.
“Jika tidak saya mungkin dijual ke Singapura oleh Saera, kawan rapat saya sendiri..”
Lelaki bernama Amar Ghazali sedikit tertanya-tanya dengan kata-kata gadis itu.
“Saera, rupanya ahli sendiket jual perempuan di Singapura. Tak sangka kawan saya begitu. Awak dah selamatkan saya,” suaranya.
“Taklah, itu rezeki awak. Jadi awak lepasan Maktab mana?”
“Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat.”
Lelaki itu ketawa kecil dan memandang gadis itu bagai tak percaya.
“Sebenarnya saya berharap dapat belajar disana dan syukurlah kepada Tuhan, ianya termakbul. Malangnya, waktu itu awak sudah pun tamat belajar.”
Mereka ketawa kecil, lelaki itu mengangguk.
“Saya terima nikahnya, Ilya Ilani binti Safiuddin dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai,” suara pengantin lelaki dengan sekali lafaz.
“Sah! Sah! Sah!” suara saksi-saksi di sebelah tok kadi. Mereka menadah tangan memanjatkan doa. Pengantin lelaki diiring ke bilik perempuan untuk majlis seterusnya.
“Assalamualaikum,” ujar lelaki itu.
Ilya Ilani mendongak dan menjawab salam. Lelaki itu menyarungkan cincin ke jari manis dan diikuti dengan kucupan di dahinya. Ilya Ilani membalas dengan salaman ditangan suaminya. Puluhan cahaya dari lampu kamera membasahi mereka.
“Tahniah, Amar dan Ilya...” ucap beberapa saudara mereka. Mereka berpandangan, mereka lega semuanya berjalan dengan lancar.
“Terima kasih, Ilya?”
“Ilya yang patut berterima kasih, pada Amar.”
“Kita sama-sama berterima kasih. Kerana kejadian semalaman di Batu Pahat yang membuat kita bersatu.”
Ilya Ilani menangguk, dia turut lega serta bersetuju dengan kata-kata suaminya. Mereka beriringan menuju ke arah tetamu yang hadir.
~Tamat~

Semalam di Batu Pahat

Wednesday, February 18, 2009

Mesej Hari Lahir

Saat yang bahagia meraikan
Hari Lahir bersamamu

Ceriakan hari ini dengan senyuman
Semoga Hari Lahir
yang kau raikan membawa jutaan
kemesraan yang berpanjangan
dan hari-hari yang dilaluidipenuhi keindahan dan
kebahagiaan abadi

Bulan Julai Itu

Cinta pandang pertama
Hari kedua di bulan Julai
Pertemuan di tingkat tiga
Keempat kali di malam yang sama
Bagaikan satu keajaiban
Bagaikan masa terhenti untuk kami berdua

Hanya Bersamamu (part 2)

Aku masih berdegil, tidak mendengar
Tetapi mereka takkan mengerti
Pedih, penat dan bersedih
Aku mahu engkau merasai apa yang aku rasa
Ingin aku berlalu bila renunganmu berubah
Renungan yang mulanya kosong
Akhirnya bersinar
Bagai menabur kasih dijiwa ini
Aku lega...

Hanya Denganmu

Aku meletak wajahku ke dadamu
Aku menjadi diriku bagai penghalang, sempadan
Bagaikan aku merasakan dirimu akan pergi
Aku menyimpulnya dihati, enggan percaya
Degil...
Aku hanya mahu bersamamu walaupun seinci
Hanya denganmu...

Sunday, February 8, 2009

Interlude

Dia bangun malas dari katil, satu hari lagi muncul di dalam hidupnya. Dia merengus, dia bersila di atas katilnya. Rambutnya disanggulkan, dia mengeliat kecil dan tubuhnya di rebahkan kembali ke atas tilam. Telefon bimbitnya berderingnya, skrin telefon Samsungnya terpapar nama Mohizad dia berdengus dan membiarkan saja ia berdering. Malasnya dia untuk bangun pagi itu, dia menguap dan bangun. Kakinya melangkah masuk ke dalam kamar mandi. Baju-baju yang tersedia dicapai dan dipakai. Cermin ditenung lama, kemudian matanya menyorot ke arah jam dimeja. Dia sudah lewat.
Malang betul pagi itu, dia bertembung dengan wajah yang paling dia benci. Benci betul dia melihat lelaki, benci benar-benar benci. Itu sahaja ayat yang dapat dipertuturan. Lelaki itu bukan insan yang baik tetapi lelaki jahat yang perlu dihapuskan dari muka dunia. Benci!!!
“Nuria, dah bangun sayang?” suara itu, dia terasa segala isi perutnya mahu keluar bila mendengarnya. Dia masih ingat ketika lelaki itu mula melangkah pergi dan mummy memperkenalan lelaki itu sebagai teman lelakinya. Disebabkan hal itu, dia dan mummy hampir 2 minggu bermasam muka. Bergaduh adalah acara wajib sebaik saja mata bertentang. Akhirnya mereka berkahwin dan lelaki itu tinggal dirumah itu, makin besar kepala apabila sudah tinggal disini. Keadaan rumah makin tegang dan pergaduhan adalah manisan di meja makan. Tetapi mummy selalu menyebelahi lelaki itu.
“Sayang, dia tetap ayahmu,” ujar mama.
Itu membuat dia tambah geram, entah apa yang lelaki itu buat sehingga mummy boleh menyebelahi lelaki itu. Entah ubat apa yang telah diberi pada mummy.
“Ayah... ayah saya dah lama meninggal. Lagipun nama ayah saya Rashidi bukannya Osman!” Setiap kali dia dan mummy bergaduh, lelaki itu pasti memujuk. Konon! Entah jerat apa pula yang dia pasang pada mummy, memperdaya mummy. Mummy bolehlah dengan dia minta maaflah, bisik hatinya. Meluat melihat tindak tanduk lelaki itu. Suasana rumah sentiasa suram, kelam dan penuh rasa amarah. Tetapi itu hal semalam, mummy pun sudah 1 bulan pergi dan takkan kembali. Dia rasa bersalah dengan wanita itu, begitu banyak dosanya. Kebencian untuk lelaki itu bertambah, seandainya mummy tak berkahwin dengan lelaki itu tentu sekali mummy masih hidup. Lelaki itu tidak layak dihormati kecuali menjadi musuh. Iya! Osman bin Jalil adalah musuhnya.
“Mari bersarapan dengan ayah, sayang?”
Dia memandang lelaki itu, ternyata lelaki itu sudah bersiap untuk ke pejabat. Itu tentu nak menghabiskan harta mummy. Mummy dengan mudah mewasiatkan syarikat itu kepada lelaki itu. Firma Widuri syarikat yang mummy tubuhkan sejak 20 tahun lalu kini dikuasai penuh oleh lelaki itu, makin rancaklah keangkuhannya. Dia renung kopi diatas meja itu, sepahit-pahit kopi itu pahit lagi kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Tanpa menjawab, Nuria berlalu. Kedengaran hon kereta dihadapan rumahnya.
“Nuria, biar ayah hantar Nuria pagi ni?”
“Tak payah susahkan diri. Lagipun, aku tak layak menaiki kereta tu!” ujarku. Dia kelihatan terpukul dengan kata-kata itu. Dia melangkah mendekati Proton Savy hitam itu.
“Hai, sayang?” ujar pemuda di dalam kereta buatan Malaysia itu.
“Hai, dear.”
“Kenapa muka you merah padam, sayang?”
Dia hanya membisu, malas nak bercakap mengenai hal itu. Nanti menambahkan sakit hatinya.
Pintu gerbang Kolej Sri Binar dihadapan, indah dan megah. Hari itu dia dipanggil pengetua, lelaki itu berleter kerana pelajarannya yang merosot.
“Nurialissa, macamana awak boleh merosot ni? Tengok, CGPA awak dari 3.3 boleh jadi 1.9!”
“Prof, jangan salahkan saya. Salahkan lelaki di rumah saya.”
“Maksud awak, ayah awak?”
“Pembetulan, dia bukan ayah saya. Ayah saya dah mati!” suaranya tegas.
Lelaki itu membisu, biasalah kalau dengar kebenaran semua pasti membisu. Faham sangat! Dia kembali bersama kawan-kawan, serasanya kehadiran mereka memberi keceriaan yang tidak dapat dia kecapi di dalam rumah.
Lelaki itu menunggunya pulang malam itu, dia sedikit mabuk. Pandangannya berpinar seketika. Lelaki itu mahu memapahnya namun dia tempis.
“Jangan sentuh, aku bukan mummy. Kau buta ke!”
Lelaki itu mengucap panjang, masih cuba membantunya yang terhoyong hayang.
“Ayah harap Nuria jangan lagi bergaul dengan lelaki itu, please?”
“Shut up! Diam!”
“Hazan bukan lelaki baik, dia...”
“Tak boleh diam ke? Aku bukan budak kecik! Diam!”
Hempasan pintu bergema diruang rumah.
Jam loceng berdenting, dia memicit dahinya. Sudah jam tujuh pagi, dia mengeluh. Dia malas bangun pagi itu, namun dia terpaksa mengagahi diri menuju ke kamar mandi. Hari ini dia ada tugasan yang perlu diselesaikan di Kolej. Tambahan, dia sudah diberi amaran oleh pihak HEP jika dia buat perangai atau CGPAnya jatuh lagi, pihak kolej akan memanggil lelaki itu dan dia akan digantung. Kalau pihak kolej memanggil lelaki itu dan menerangkan tentang dia pastinya lelaki itu akan mencemuhnya dan mengejeknya serta berpeluang sepenuhnya membolot hartanya, kerana itu dia memaksa diri untuk bangun dan ke kolej. Kedengaran bunyi enjin kereta, pasti lelaki itu sudah keluar. Kemana agaknya lelaki itu pergi? Jumpa teman wanitanya barangkali? Seawal ini dia bertemu kekasih hatinya? Hebat? Tak hairan, lelaki seperti itu pasti berderet gundik yang menantinya. Dengan duit milik mummy pasti dia tabur dijalanan dan perempuan-perempuan murahan yang buta kerana duit pasti merangkak mencarinya. Memang lelaki itu manusia bertopengkan iblis.
Hazan lewat hari ini? Dia merenung jam ditangan. Malas betul dia menunggu lama-lama begini.
“Ini yang malas bercinta dengan budak luar kolej!” bisik hatinya dan beberapa saat kereta lelaki itu muncul.
“Nuria, marilah ayah hantar balik. Ayah pun nak balik juga, sengaja ayah lalu di sini.”
Dia berdecit dan memalingkan wajah.
“Sibuk? Hebat sangat ke datang ambil aku kat kolej?”
“Ayah ikhlas, sayang...”
Terasa geli geleman mendengar kata-kata lelaki itu.
“Sudah!!!”
Dia melangkah dan menuju ke perhentian bas, Hazan muncul. Mereka meluncur laju dan menghilangkan diri.
“Itu kereta father you?” suara Hazan sebaik saja melepasi kereta milik Osman.
“His not my father. Gila, siapa nak jadi anaknya. I hate him!”
“Tak baik...”
“Amboi... sejak bila pula you sign kontrak jadi tukang bela dia?” bicara Nuria. Hazan ketawa kecil.
“I cakap begitu pun salah. You ni! Okay, sekarang nak ke mana? You nak balik atau...”
“Kemana saja. Balik, nantilah! Kalau terasa nak balik, I balik.”
Hari minggu Nuria terasa seakan cacing panas. Dia mundar mandir di dalam biliknya, sesekali dia duduk di katil. Nombor telefon Hazan didail beberapa kali tetapi lelaki itu tidak menjawab, pasti lelaki itu masih tidur. Tak guna! Ke mana aganya dia mahu pergi, kalau duduk di sini pastinya berjumpa dengan lelaki itu. Pintu bilik kedengaran diketuk, dia mendengus.
“Sayang, ayah nak cakap sikit. Marilah bersarapan sekali?” suara lelaki itu dibalik pintu. Entah apa yang nak dia cakap, pastinya dia ada yang nak dibebelkan. Berlagak alim, payah..!
“Cakap je... tak payah nak buat baik. Geli!”
“Hazan bukan budak baik, so ayah harap Nuria jauhkan diri dari dia!”
“Eh! siapa kau nak halang aku? Suka hati akulah! Sibuk! Mana kau tahu Hazan jahat atau tak???” dia berang.
“Ayah tahu... ayah pernah...”
Pinggan didepannya ditempis dan jatuh berderai. Lelaki itu terkejut, dia mengurut dada.
“Jangan nak memandai. Kau yang jahat... kau yang nak merampas harta aku jadi jangan memandai tuduh orang,” suaranya.
“Ini rumah aku... kau tak patut tinggal disini. Muka tak tahu malu, aku tahu kau nak bolot harta ni, kan? Baik kau keluar dari sini. Keluar!” jeritnya lagi dan berlalu pergi. Osman bersandar dikerusi meja makan, dia kecewa dengan kata-kata yang dilemparkan. Selama ini dia tidak pernah berniat untuk merampas. Selama hari ini, Dayang menyuruhnya menjaga Firma Widuri sehingga Nurialissa berusia 21 tahun. Anak tirinya itu baru mencecah 20 bermakna tinggal setahun saja untuk dia menyerahkan tanggungjawab itu namun sebelum itu Nurialissa perlu berlatih namun apa yang dia nampak teramat mustahil. Dia perlu berusaha, pentingnya Hazan perlu dijauhi dari gadis itu. Tetapi, cara yang bagaimana perlu dia lakukan? Lembut atau kasar? Tambahan, dendam gadis itu terhadapnya makin bercambah subur. Dia tidak pasti.
Dia menanti seperti biasa, kelibat Hazan tidak kunjung tiba. Sebuah teksi muncul dihadapannya.
“Teksi, cik?”
“Tak! Saya tak naik teksi.”
Pemandu teksi itu tidak menjawab dan berlalu pergi. Jam ditangan menunjukkan dua petang. Lelaki itu masih tidak kunjung tiba, telefon bimbit dicapai dan didail nombor lelaki itu tidak berjawab. Persetankanlah, jerit hatinya. Tangannya melambai ke arah pemandu teksi yang menunggu dihujung perhentian.
“Taman Baiduri..”
“Boyfriend tak datang ke cik?”
“Jangan sibuk! Hantar je saya balik, okey!” suaranya. Tangannya masih mendail nombor telefon bimbit Hazan, masih tiada jawapan. Dia mendengus. Wang dibayar kepada pemandu itu bila destinasinya tiba. Dia menghentak kaki, marah kerana Hazan tidak muncul-muncul. kereta diporch dapat dilihat, dia merengus. Kalau tidak kerana Hazan tidak mengambilnya tadi sudah pasti dia tidak pulang ke rumah.
“Nuria, dah pulang.”
Gadis itu berlalu tanpa mendengar, lelaki itu mengeluh. Potret di dinding diperhatikan dan dadanya diurut beberapa kali. Beberapa minit kemudian, gadis itu muncul lagaknya seperti ingin keluar.
“Nuria, ayah nak cakap dengan Nuria. Please, ayah harap Nuria tak keluar malam ni? Please?” suara lelaki itu separuh merayu.
“Kau merayu untuk aku duduk di rumah, hairan? Aku tak mahu, aku nak keluar muka kau aku dah muak nak tengok.”
“Nuria!”
“Menengking nampak! Kenapa? Aku kurang ajar? Kau tak layak nak nasihat aku. Sudah! Aku nak keluar...” ujar Nurialissa. Bergema ruang rumah dengan bunyi hempasan pintu. Lelaki itu merengus, di capai telefon bimbitnya dan memanggil seseorang.
Hazan mendekatinya yang minum sendirian, hari ini dia tidak terasa ingin menari dan enjoy. Kemarahan yang terpendam terhadap ayah tirinya begitu membuak-buak. Dia terasa kalau bisa mahu sahaja dia meracuni lelaki itu, biar mati. Tetapi mana mungkin, silap perhitungan ke kandang besi pula dia.
“Hai, sayang. Marah nampak?”
Nurialissa menjeling lelaki itu. Hazan ketawa kecil.
“I tahu, you call I tadi dan I tak menjawab? Sorry, petang tadi I ada business yang perlu diselesaikan.”
“I tak penting ke?”
“Youlah yang paling penting dalam hidup I, sayang.”
Nurialissa merengus dan menghirup airnya. Hazan menghulurkan sesuatu. Dia melihat bungkusan itu, terdapat 3 biji pil merah jambu di dalamnya. Hazan menyuruhnya menelan pil-pil itu.
“Ini bisa buat you lupakan ayah tiri you dan masalah yang you hadapi sekarang. Ambil dan enjoy!”
Nurialissa ragu-ragu namun desakkan Hazan menukar fikiran dan pil-pil itu ditelan bersama air Coke yang dipesan.
“Tak rasa apa-apa pun? You tipu!”
“Tunggulah dan lihat hasilnya. Jom menari dengan I, malam ni kita enjoy!”
Nurialissa mengikut dan dia berharap masalahnya lenyap setelah pil itu ditelan. Dia mula menari mengikut rentak lagu yang dipasang. Badannya sedikit panas namun dia teruskan menari.
Bunyi bingit di dalam kelab itu tidak disedarinya, baginya dia lebih selesa dengan bunyi-bunyian dari lagu-lagu itu. Suasana panas diruangan itu tidak dihiraunya. hari ini dia terasa bertenaga sekali, sekali pun dia tidak merasai keletihan dia terus menari. Rasa semangat terus dirasai... orang-orang disekeliling tidak dihiraukan dan tidak perlu dihiraukan. Dia terus menari, lagu daripada Black Eye Peas begitu membuak semangatnya. Dia terus menari dan terus menari, wajah Hazan dihadapannya tidak kelihatan dan dia tidak kisah tika itu. Sehingga pandangannya terasa kabur dan bunyi lagu yang didengari tidak lagi berbunyi. Ditepuk-tepuk dahinya namun pandangannya kian kabur dan dia tidak ingat apa-apa.
Matanya dibuka perlahan-perlahan, dia memandang siling. Asing sekali, dia bingkas bangun dari katil dan memerhati keadaanya. Pakaian yang dia pakai adalah baju pesakit dihospital. Dia kehairanan dan bersedia untuk turun dari katil, pintu bilik dibuka seorang jururawat muncul.
“Nurse, ini... ini wad gila ke?”
Jururawat itu seakan keliru dengan pertanyaannya.
“Ini hospital biasa, cik dimasukkan semalam,” ujar jururawat itu dan kemudian berlalu pergi. Dia cuba mengingatkan apa yang telah berlaku semalam namun sedikit pun memori semalam tidak dapat diingat. Dia mencuba dengan sekuat hatinya namun sedikit pun tidak dia ingat. Nurialissa baring semula dan cuba mengingat hal semalam, namun sia-sia. Dia tension. Pintu bilik terkuak, dia menoleh. Dua orang lelaki muncul, dari gaya mereka Nurialissa dapat mengagak mereka ini anggota polis kemudian seorang lelaki berpangkat Inspektor muncul segak dengan pakaian seragamnya.
“Selamat tengahari cik Nurialissa. Mengikut kata doktor, awak dah sembuh dan boleh keluar petang nanti.”
“Kenapa encik? Apa yang dah berlaku?”
“Kami sudah berjaya menangkap Hazan bin Kamaruddin atau dikenali sebagai Torak. Dia amat dikehendaki oleh pihak kami.”
“Dikehendaki?”
“Hazan adalah pengedar pil khayal di seluruh Selangor, pihak kami sudah lama menjejakinya. Dengan bantuan ayah awak, kami berjaya memberkas lelaki itu lewat malam semalam.”
Ayah... lelaki itu menolong pihak polis? Dia jadi keliru.
“Dia merupakan informer kami dan kebetulan Hazan di dalam senarai penjenayah yang dikehendaki dan ayah awak berusaha untuk memberkasnya.”
“Saya... ayah saya???”
“Encik Osman bin Jalil, dia selalu membantu pihak kami untuk menangkap penjenayah. Di dalam serbuan semalam, dia turut cedera kerana mahu menyelamatkan awak dari Hazan dan konco-konconya.”
“Cedera???”
Pintu bilik itu dikuak, semua yang hadir menoleh. Lelaki bernama Osman muncul. Nurialissa memandangnya. Kelihatan dahi lelaki itu bertampal dan lengannya berbalut. Dengan langkah perlahan-lahan, lelaki itu mendekatinya. Air jernih yang mula bertakung dikelopak matanya mencurah. Lelaki itu senyum.
“Anak ayah dah selamat... jangan risau,” suara lelaki itu. Nurialissa pantas memeluk dan menangis di bahu lelaki itu.
“Ayah!!! Ampunkan Nuria... Ayah!!!”
Osman menghela nafas, dia lega. Akhirnya panggilan itu keluar juga dari mulut gadis itu. Panggilan yang amat dia harap dari gadis itu. Gadis yang selama ini dianggap seperti anaknya sendiri. Osman memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana hari itu semua doanya sudah termakhbul.
-TAMAT-

Cinta Gadis Penjual Bunga

Dia melangkah keluar dan papan tanda di letak diluar pintu, dia melihat kedainya dan tersenyum kecil. Hari ini terasa lebih semangat dari semalam. Ini bermakna sudah lima hari dia buka kedai ini, kedai yang sudah terlalu lama dia inginkan. Dia melangkah masuk dan berharap keuntungan hari ini berlipat ganda, dia tersenyum dan berlalu ke hujung kaunter. Kerja mengubah bunga harus dia lakukan segera sebelum bunga layu. Penuh berhati-hati dia mengubah bunga-bunga hidup itu, dia senyum selepas gubahan itu selesai. Dia begitu berpuashati. Dia teringat kata guru yang mengajarnya seni mengubah, kalau hati tidak puas selepas mengubah bermakna pelanggan juga tidak berpuas hati dengan hasil itu. Gubahan itu diletak dihadapan kedai sebagai daya tarikkan pelanggannya.
Dia memandang jam di dinding, hari sudah lewat dan pelanggan terakhir sudah pun melangkah keluar dari kedainya. Dia bersedia untuk menutup kedai bunga itu bila ada suara menyapa.
“Nak tutup?”
Dia memandang lelaki itu, lelaki muda barangkali seusianya. Kemas bergaya, anak orang berada tentu sekali. Dia senyum dan mengangguk.
“Boleh kalau saya nak beli sekuntum bunga ros merah?” tanyanya.
“Sekuntum?”
“Tolonglah, penting?” suara lelaki itu diikuti anggukkan kepala. Dia melihat lelaki itu, kelihatan lelaki itu begitu mengharap.
“Okey,” ringkas jawapannya dan mencapai sekuntum ros merah dari peti sejuk dan membungkusnya. Kemudian diserah ke tangan lelaki itu dan wang bertukar tangan.
“Terima kasih, cik dah menyelamatkan saya,” ujar lelaki itu sebelum berlalu. Dia ketawa kecil dan segera berkemas untuk pulang ke rumah.
Hari baru bermula lagi, beberapa bekas mengandungi bunga segar segera dibawa masuk. Jika lewat bunga-bunga itu pasti layu dek panahan matahari. Sesekali matanya memandang sekiranya ada pelanggan yang mahu membeli bunga. Waktu masih terlalu awal untuk orang membeli bunga itu bermain difikirannya. Hari ini dia lega kerana ada tempahan untuk majlis perkahwinan jadi dia tidak menang tangan membuat gubahan. Perutnya berkeroncong, baru dia tersedar waktu makan tengahari hampir terlepas tetapi dia belum lagi menjamah makanan. Dia berlalu ke gerai berhampiran untuk membeli makanan, dia tahu kalau dia tak makan gubahan yang terhasil pasti buruk. Kalau dimatanya sudah nampak buruk apatah lagi dimata pelanggan.
Sudah separuh ros merah dan ros putih sudah habis dijual. Entah kenapa hari ini pelanggan begitu inginkan kedua ros itu, hendak dikatakan hari kekasih sudah lama berlalu barangkali mereka mahu menyambut Krismas yang akan dirayakan lusa. Dia sudah bersedia untuk menutup kedainya.
“Hai...”
Dia menoleh dan tersenyum. Kaca matanya dibetulkan dan dia menghampiri lelaki itu.
“Ros merah sekuntum?” suaranya.
Lelaki itu ketawa kecil, wajahnya tersipu dan mengangguk.
“Bertuah perempuan yang bakal menerima ros merah ni.”
“Dia sukakan ros merah. Jika tak dibeli merajuk pula.”
Mereka ketawa dan lelaki itu berlalu selepas wang bertukar tangan. Dia sempat memerhati lelaki itu yang melangkah masuk ke dalam perut kereta. Hyundai Sonata itu berlalu pergi dan dia segera menutup pintu kedai, alat pengera kereta ditekan. Kereta Kelisa miliknya meluncur laju menuju ke rumahnya.
Doa selepas solat baru saja selesai dibaca, kemudian dia terus ke dapur. Malam ini dia mahu makan roti sardin saja. Alat kawalan jauh dicapai dan rangkaian 40 di saluran ASTRO dipasang. Dia mengeluh, tiga tahun dia berhijrah dari Batu Pahat ke Kuala Lumpur namun macam selalu dia kesepian. Umi di kampung sering bertanya bila dia mahu pulang atau bila dia mahu bernikah. Namun, kedua dua soalan itu tidak berjawapan. Biarlah... fikirya, ada jodoh kahwinlah dia nanti. Roti sardin habis dimamah, dia bersandar disofa. Iklan di kaca televisyen itu membuatnya terkenangkan seseorang. Lelaki yang sering membeli sekuntum bunga ros. Kenapa lelaki itu selalu lewat agaknya? Dia menghela nafas, alangkah bagus kalau dia dapat lelaki sebegitu sebagai temannya. Dia menguap dan mengeliat kecil. Dia harus masuk tidur awal, lagipun esok dia akan membawa 3 jambangan bunga untuk satu majlis perkahwinan di Puchong.
Dia berpuas hati dengan aturan jambangan bunga yang telah dia susun. Kemudian, dia menghampiri tuan rumah untuk memberitahu yang dia sudah bereskan kerjanya. Jam sudah menunjukkan jam 11 pagi, dia perlu segera kembali ke kedainya. Risau jika ada pelanggan yang mahu membeli bunga-bunganya namun dia tidak membuka kedai. Suara sapaan membuat dia menghentikan langkah dan menoleh. Dia terkejut namun tersenyum.
“Awak di sini?” suara lelaki itu.
“Ada tempahan bunga untuk Datin Syikin. Awak?”
“Saya pengapit lelaki...”
Dia tersenyum. Lelaki itu menyeluk poketnya dan mengeluarkan kad nama.
“Itu kad nama saya... Saya Muzzamil.” Suaranya selepas kad nama bertukar tangan.
“Lily Karleena. Panggil saja Lily. Maaf saya ada kerja... En. Muzzamil nak ros merah sekuntum lagi?”
“Hari ni tidak. Orang itu outstation.”
Lily Karleena tersenyum dan minta diri untuk berlalu.
Petang itu seperti biasa, lelaki bernama Muzzamil itu muncul. Lily Karleena tersenyum, menanti dihadapan muka pintu. Lelaki itu mendekatinya dan mereka berdepan. Wangian dari Dunhill menusuk rongga hidungnya.
“Ini Datin Syikin hantarkan, katanya balance bayaran bunga awak?”
“Hairan, kenapa En. Muzzamil pula yang disuruh.”
“Kebetulan saya lalu disini jadi dia minta untuk diberi pada Cik Lily.”
Lily Karleena tersenyum dan memalingkan wajahnya.
“Dah nak tutup kedai?”
Gadis itu mengangguk dan mereka beredar ke luar kedai. Lelaki itu turut membantu menutup pintu kedai.
“Saya belanja Cik Lily minum?” ajak Muzzamil.
“Lain kali?”
Muzzamil mengangguk dan minta diri untuk pulang. Lily Karleena tersenyum dan masuk ke dalam perut keretanya.
Panggilan telefon kedengaran, tangannya segera mengangkat dan pantas dia mencapai pen dan kertas.
“Cik Lily, saya Muzzamil.”
“Oh? Kenapa En. Muzzamil?” tanyanya. Hairan juga kerana lelak itu menelefonnya. Ada tempahan barangkali.
“Maaf saya terpaksa telefon Cik Lily. Boleh tak, Cik hantar 21 kuntum ros merah di alamat ni sebelum jam 5 petang.”
Lily Karleena mengangguk sambil tangannya menulis alamat yang akan dia hantar jambangan bunga itu. Panggilan itu berakhir. Dua puluh satu kuntum bunga ros merah... lelaki hebat. Gadis itu mengeluarkan 21 kuntum bunga ros merah dan mula mengubahnya. Tinggal 3 jam lagi sebelum jam lima petang, dia pasti sempat untuk mengubah sekaligus menghantar jambangan itu. 1 jam lagi jam lima petang. Dia harus segera untuk menghantar bunga itu. Agak susah juga untuk dia mencari alamat yang dinyatakan oleh lelaki itu. Lily Karleena memerhati sekeliling, dengan jambangan bunga itu dia melangkah keluar. Seorang pemuda awal 20an muncul.
“Cik Mazlina ada?” tanyanya.
“Mazlina? Sekejap saya cari dia. Duduklah, cik.” Suara pemuda itu dan berlalu meninggalkannya. Dia memandang sekeliling, pasti syarikat antarabangsa. Hebat, gadis itu sehebat lelaki yang memilihnya.
“Awak cari saya?” satu suara menyapa. Dia menoleh, gadis itu menyambutnya dengan senyuman. Wajahnya seiras Muzzamil.
“Ros merah 21 kuntum,” suara Lily Karleena.
“Abang saya ingat juga hari lahir saya. Saya ingat dia lupa.”
“Abang?” tanya Lily Karleena.
“Abang kandung saya, dia ke Kuantan ada urusan kerja. Awak ni penjual bunga yang dia selalu beli kan?”
“Erk!”
“Cantik... Terima kasih,” suara gadis itu dan berlalu. Lily Karleena kaget seketika dan ketawa kecil. Dia berlalu.
Sebulan berlalu, lelaki itu tidak muncul-muncul. Dia kehairanan, jam enam petang dan lelaki itu tidak juga muncul. Mungkin belum balik dari urusan di Kuantan. Dia mengeluh, hari makin lewat dia harus pulang. Tetapi entah kenapa dia masih tertanya-tanya kenapa Muzzamil masih belum muncul. Bukan kerana bayaran ros merah yang tertunggak tetapi sudah terlalu lama dia tidak menatap wajah itu. Lily Karleena melangkah lemah keluar dari kedai dan mengunci pintu kedai itu. Kelisanya dipandu melintasi tol Sg. Besi dan dia menuju ke rumahnya. Langkahnya lemah masuk ke dalam rumahnya. Dia menghela nafas. Dia mengeringkan rambutnya yang basah dan duduk disofa, entah kenapa dia hanya merenung dinding yang kosong itu. Lontaran keluhan bermain lagi di bibirnya. Susunan nafasnya tidak teratur dan dia diserang kebosanan.
“Aku ditakdir sendiri?” ngomelnya sendiri. Bunyi rintik hujan diluar kedengaran, dia berdecit. Semakin lebat hujan di luar semakin sunyi dia merasakan dirinya.
Lily Karleena tekad mencari lelaki itu. Berdasarkan kad nama yang diberikan padanya dulu, dia gagah mencari. Pintu kaca ditolak, Lily Karleena menghampiri kaunter yang ada disitu.
“Selamat pagi, saya nak jumpa dengan En. Muzzamil. Dia ada?” tanya Lily Karleena. Gadis yang ada di kaunter pertanyaan memandangnya. Wajahnya seperti terkejut mendengar pertanyaan itu.
“Cik mencari En. Muzzamil? Dia...”
Kata-kata gadis itu terhenti. Lily Karleena memandang, ingin tahu. Akhirnya, gadis itu menceritakan segalanya dan menyerahkan sekeping kertas kepadanya. Dia jadi longlai, kemudian melangkah pergi tanpa suara. Lily Karleena memandang jalan raya, tanpa dipinta airmatanya melimpah. Lily Karleena menghidupkan enjin keretanya dan menuju destinasinya. Air mata masih lagi mengalir, dia memujuk diri untuk bertenang tetapi masih tidak berjaya.
Bangunan itu sudah dihadapan mata, enjin Kelisanya tidak dimatikan. Nafasnya turun naik laju, Lily Karleena mematikan enjin keretanya dan dia melangkah keluar dari perut kereta itu. Dia melangkah perlahan menuju ke tempat yang dinyatakan oleh gadis itu tadi. Dia dapat lihat seorang gadis melangkah keluar dari bilik itu.
“Awak? Gadis penjual bunga?”
Lily Karleena sedikit kaget, haruskah dia meneruskan langkahnya atau... Mazlina senyum dan membawanya masuk ke dalam bilik itu. Lily Karleena memandang gadis itu. Mazlina mengangguk kecil dan mereka mendekati katil itu.
“Dia kemalangan... doktor kata kecederaannya parah dan barangkali tiada peluang untuk sembuh,” ujar Mazlina tanpa dipinta. Lily Karleena memandang tubuh yang terbaring dengan wayar-wayar yang melekat di tubuhnya. Lily Karleena mengesat air matanya. Mazlina mengeluh dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua, dari balik pintu dia dapat melihat perbuatan gadis penjual bunga itu. Mazlina pasti gadis itu sukakan abangnya, pintu itu ditutup.
Lily Karleena memandang tubuh itu, wajahnya lesu disebalik ketampanan. Dia merenung wajah lelaki itu, tiada senyuman dan tiada teguran mesra yang dilontarkan. Dia terkenang kata-kata Mazlina, kemungkinan lelaki itu tidak akan sembuh. Lily Karleena menarik nafas panjang. Takkan sembuh? Kenapa insan sebaiknya boleh jadi begini. Tangannya singgah dibirai katil dan masih memerhati. Lily Karleena mengeluh. Dia berharap lelaki itu akan lekas sembuh, gadis itu berlalu melangkah keluar dari bilik itu. Dia bertembung dengan Mazlina.
“Terima kasih kerana sudi jumpa dengan dia,” suara gadis itu. Lily Karleena hanya memandang kemudian mengangguk. Dia melangkah tetapi berhenti dan berpaling.
“Doktor tidak cuba untuk memulihkannya?”
“Mereka sedang mencuba, kita doakan keselamatannya sama-sama?” ujar Mazlina. Lily Karleena mengangguk dan berlalu.
Dia memandang ke luar pintu kacanya, dia perlu berjumpa dengan lelaki itu. Hatinya kurang selesa hari ni. Pantas tanganya mencapai kunci. Dia kembali ke ruangan itu, dia terkejut melihat katil itu kosong. Dia memandang sekeliling, semua sudah dikemas. Lily Karleena melangkah keluar dari bilik itu.
“Cik, tumpang tanya... Orang bilik ni ke mana?”
Jururawat itu menjengah ke bilik yang ditunjukkan.
“Semalam peguam keluarganya datang, keluarganya minta dia dibawa ke Amerika untuk menjalani rawatan,” terang gadis itu.
“Amerika??? Bila dia bertolak?”
“Pagi tadi... Cik ni siapa?”
Lily Karleena membisu, dia siapa? Dia pun tak tahu jawapan yang patut diletakkan.
“Kawan... hanya kawan.”
Dia berlalu, kecewa dan sedih.
Masa berganti tanpa disuruh dan tanpa paksaan, dia melihat dirinya di cermin-cermin kedai itu. Dia dah jauh berubah, dia bukan lagi Lily Karleena 4 tahun yang lalu. Dia sudah berjaya dengan perniagaanya, perniagaan bunga eksotik yang akan dipasarkan diluar negara. Dia mengeluh dan melangkah, melewati kedai-kedai itu dan langkahnya terhenti. Direnung kedai itu, kedai bunga... kedai bunga miliknya suatu ketika dulu. Dia menjualnya untuk memulakan perniagaan. Lily Karleena menghela nafas dan melangkah masuk ke dalam kedai itu. Wangian bunga menyelubungi ruangan itu. Dia terasa seperti kembali sewaktu kedai ini masih miliknya. Seorang gadis muncul dengan senyuman, dia membalasnya.
“Cik nak beli apa? Kami ada buat gubahan kalau cik mahu?”
Lily Karleena memandang gadis itu, terkenang dia waktu mula-mula buka kedai, tanpa pengalaman dan disinilah semuanya bermula. Lily Karleena memandang sekeliling.
“Ini kedai awak? Cantik?”
“Terima kasih... cik tengoklah. Kami ada bunga segar dan bunga plastik serta keluaran terbaru, bunga kristal.”
“Tak mengapa, saya pusing-pusing dulu.”
Gadis itu faham dan membiarkan Lily Karleena berlegar dikedai itu, Lily Karleena terpandang satu loceng angin dan menghampirinya. Indah sekali bunyian loceng angin itu.
“Empat tahun saya mencari awak dan awak disini?”
Lily Karleena terkejut dengan suara itu, pantas dia menoleh. Dia terkejut melihat wajah dan senyuman itu. Lelaki itu menghulurkan sejambang lili putih, tangannya mengeletar untuk mengambil bunga itu.
“Lily, ini untuk awak... seindah nama awak.” suara lelaki itu.
Dia kaku tak bersuara hanya memandang wajah itu. Air matanya mengalir, lelaki itu mencapai sapu tangannya dan segera mengesat air jernih itu.
“Lily, terlalu lama saya mencari awak. Jangan awak sambut saya dengan air mata, tetapi sambut saya dengan senyuman manis yang terlalu lama saya rindukan.”
“En. Muzzamil... Saya... saya terlalu gembira sehingga tak mampu untuk saya ukirkan senyuman.”
“Awak masih pandai bergurau seperti 4 tahun dulu.”
“Jom kita pergi...”
“Ke mana?”
“Menunaikan cinta saya pada awak,” suara Muzzamil dan menarik tangan gadis itu.
“Awak bergurau kan, En. Muzzamil?”
Lelaki itu membuat tanda senyap, dimulut Lily Karleena
“Panggil saya Muzzamil dan tak... kali ni saya serius. Lily Karleena, saya cintakan awak...” bicara lelaki itu.
Lily Karleena tidak percaya apa yang dia dengar. Lelaki itu cintakannya, dia ketawa kecil kerana sehingga kini rasa yang ada di hatinya hanya untuk lelaki bernama Muzzamil.
“Family awak?”
“Mereka gembira kerana saya sembuh kerana awak, Lily?”
“Saya? Apa yang dah saya lakukan...”
Kad nama awak yang sentiasa ada ditangan saya... ketika kemalangan itu. Kad ini berada ditangan saya, Lily.”
Lily Karleena memandang lelaki itu kemudian mengalihkan matanya ke arah kad kecil yang sedikit kusam ditangan lelaki itu, pantas dia mendongak dan memandang wajah itu seakan-akan bertanya apa yang terjadi?
“Saya cuba menghubungi awak ketika itu kerana... kerana saya ingin meluahkan perasaan saya pada dan... ianya terjadi. 4 tahun saya tak sedar dan sebaik sedar, Mazlina menceritakan kehadiran awak dihospital dan kad nama ini tidak pernah lekang ditangan saya sehingga saya pulih semula.”
Lily Karleena tersenyum dan memalingkan wajahnya.
“Saya tidak akan meninggalkan awak lagi dan awak jangan tinggalkan saya?” suara lelaki itu. Lily Karleena menatap wajah itu dan mengangguk. Muzzamil mencapai tangan wanita itu dan mereka melangkah keluar menuju ke destinasi yang akan mereka tujui.
TAMAT

Bukan Cerita Biasa

Aku tarik nafas panjang, baru sahaja selesai melintasi petak imigresen. Aku mengambil bagasi dan berlalu ke balai ketibaan. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kelihatan sesak dengan penumpang yang nak berlepas dan yang baru tiba. Jam tangan menunjukkan jam sepuluh pagi, nampaknya penerbangan aku tadi tiba awal. Teksi segera aku tahan, tak sabar nak balik. Tak sabar nak jumpa mummy, daddy dan adik. Akhirnya, aku tiba di hadapan rumah, tak ada yang berubah rasa rumah aku ini. Cuaca agak panas segera aku melangkah masuk ke dalam rumah, mummy agak terkejut dengan kepulanganku. Wanita itu terus memeluk aku, begitu juga dengan adikku.
“Kenapa tak beritahu nak balik? Kenapa kurus sangat ni, Rynn?” tanya mummy. Aku dah agak, mummy mesti tanya soalan tu? Aku sekadar tersenyum sahaja. Macamana badan aku tak kurus, dah lama tak merasa gulai lemak ikan masin dan sambal sotong. Aku dan mummy menuju ke bilikku. Masih kemas macam mula-mula aku tinggalkan. Aku rebahkan badan ke katil, mummy mengeluarkan pakaianku dari dalam beg.
“Biarlah mummy nanti, Rynn buat.”
Wanita itu mendekati. Aku segera memeluknya.
“Dah makan? Kalau belum, biar mak suruh Endah masak sesuatu?”
“Tak apalah mummy, kenyang lagi dengan makanan dalam flight. Tapi, esok Rynn nak sambal sotong."
“Hmm..mummy tahu.”
Wanita itu berlalu, aku toleh ke meja di kiri katil. Aku capai bingkai gambar yang ada disitu.
“Atie!” ujarku dan capai cordless phone di sisi meja dan mendail nombor telefon rumah Atie.
"Hello, Atie ada?” Setelah menerima jawapan, aku matikan talian. Apalah Atie ni, kita balik dia out station pulak. Lima hari pulak tu, memang nak kena dia ni! Aku capai bingkai tu balik, gambar aku dengan Atie ketika camping trip di Bukit Keledang. Masa tu aku dan dia masih di Tingkatan Enam. Hmmm…sebelum terlupa, nama aku Adrynna Jawahir. Aku baru sahaja balik bercuti dari Universiti di England. Teman sekuliah mengajak Europe tour tapi bagi aku, baik aku luangkan masa dengan family di Malaysia. Pintu bilik di ketuk, Sarrah muncul. Dia turut rebah ke atas katil.
“Kakak tak bawa hadiah untuk adik ke?” tanyanya. Aku mencebik dan dia kelihatan merajuk. Kemudian aku ketawa nyaring.
“Adalah, nah! Merajuk, dah besar jangan nak merajuk. Buruk!!!”
Dia mencubit lengan aku dan mengambil patung SNOOPY dari tanganku. Mujur adik cuma seorang, kalau ramai entahlah bankrap agaknya.
Malam itu, daddy tanya apa plan aku masa cuti. Aku dah agak dia mesti nak aku berkerja. Susah aku nak beritahu apa sebenarnya yang aku nak buat.
“Alah! Daddy, Rynn balik nak rehat dari tension yang Rynn hadapi di sana. Kalau Rynn kerja lagilah Rynn tension.”
“Suka hati kau lah Rynn. Daddy ingat buat macam tu kau akan dapat pengalaman.”
Aku muncungkan bibir dan daddy tersenyum cuma. Biasalah, daddy kalau aku buat muka manja macam tu dia cuma akan tersenyum sahaja. Aku membantu mummy dan Endah mengemaskan dapur. Seronok betul. Sambil-sambil itu, mummy sibuk bertanya samada aku dah ada teman lelaki atau tak. Aku memang dah agak mummy mesti nak tahu hal-hal ini. Aku ni mana ada masa nak bercinta, sibuk study. Tak ada lain aktiviti lain selain study. Mummy aku tak percaya, memang susah kalau terang pada mummy aku ni. Kenalah aku terang satu-satu dengan mummy. Masih tak percaya juga. Sabar ajalah. Aku bab bercinta atau kahwin ni aku serah pada mummy dan daddy aku. Selain itu aku serahkan pada takdir, persoalan jodoh ini susah nak ditentukan. Iyalah, contohnya kita jatuh cinta dengan seseorang tetapi dia tak ditakdirkan menjadi pasangan hidup kita begitu juga sebaliknya. Paling penting bagi aku, aku tak mahu hati aku kecewa sebab aku tahu aku bukan seorang yang tabah.
Hari ini aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan-jalan. Maklumlah, dah dua tahun aku tinggalkan Kuala Lumpur. Nak juga tengok apa perubahan yang dah dibuat di kota Metropolitan ini. Mulanya aku nak memandu sahaja, tapi tak trilllah kalau drive so aku naik teksi. Memang dah banyak berubah, baru dua tahun aku tak ada di sini. Kalau lebih dari itu, entah macamana agaknya. Seluruh Kuala Lumpur aku berjalan, sampai naik lenguh kaki ini. Petaling Street masih macam dulu, tambahan sebelah petang macam-macam manusia yang aku jumpa. Kenderaan pun aku lihat makin bertambah, harapnya pencemaran pun takkan bertambah. Bosan sungguh berjalan seorang diri. Tambahan aku ni masih single, nak tunggu Atie nampaknya aku kena memerap di rumah selama lima hari. Hari ini pun aku keluar sebab rasa otak ni kosong. Aku singgah di Pasar Budaya kebetulan ada persembahan seni di situ. Seronok juga, kalau di London, Hyde Park selalu menjadi tumpuan seniman jalanan buat show sendiri. Aku perhati jam di tangan, baru pukul dua. Serasa aku, dah lama aku berjalan, tapi nampaknya masa masih lagi panjang. Takkan dah nak balik, tak puas pun berjalan. Tapi nak kemana lagi?
Hmm…Mid Valley pun dah siap sepenuhnya. Aku pun ambil keputusan untuk ke sana. Megamall, kompleks membeli belah yang dikatakan terbesar di Asia. Aku pusing satu kompleks. Banyak juga barangan yang ada di sini, mungkin sama besar Harrod’s di Kota London. Aku tak pasti nak beli apa di sini, biarlah cuma mencuci mata sahaja. Lagipun apa yang nak aku beli di sini? Hm…GSC, ada cerita best ke? Lagipun dah lama aku tak menonton wayang, masa di London aku hanya menonton TV atau DVD sahaja. Buat apa buang duit menonton wayang. Aku lihat kesemua poster yang ada dari filem Melayu, Inggeris sehingga filem terbitan negara-negara lain. Aku berhenti di satu poster. Hmm…The Core, macam best saja bunyi tajuk. Aku tengok lagi poster filem itu, mesti banyak special effect nih! Aku renung tempat beli tiket, aduhai ramainya orang. Maklumlah hari ini hari minggu, memang patut pun ramai orang ditambah lagi kalau cuti. Nampaknya, terpaksa aku tangguh dulu nak tengok wayang ni. Banyak lagi masa aku di sini, nanti aku datang menonton dengan Atie. Aku mula melangkah pergi.
“Cik..?”
Segera aku menoleh, seorang lelaki mendekatiku. Hati aku bertanya, kenapa pula lelaki itu tiba-tiba menegur aku. Dia kenal aku ke? Kami berpandangan. Aku harap dia berniat baik.
“Maaf kalau saya mengganggu cik. Begini, saya nampak cik macam berminat nak menonton The Core.”
Dia memerhati aku nampaknya, aku renung lelaki itu. Orangnya boleh tahan, handsome juga. Kaca matanya melengkapkan penampilannya.
“Saya ada dua tiket untuk filem The Core. Kebetulan kawan saya tak dapat datang so, cik sudi kalau menonton bersama saya?” tanya lelaki itu.
Biar betul dia ni ajak aku? Waras ke lelaki ini? Kita tak tahu disebalik wajah yang handsome dan macho macam ni mesti orang baik. Betul tak?
“Jangan risau cik. Saya ikhlas ni?” ujarnya membalas. Alamak, dia boleh baca fikiran aku ke? Aku berfikir lagi, apa lagi nak fikir dah ada tiket free on ajalah. Aku mengangguk. Kami duduk bersebelahan, sesekali aku menjeling ke arah lelaki yang duduk di sebelahku. Dia nampak tenang.
Kami berdua melangkah keluar dari pawagam, aku gosok mata. Sensitive setelah begitu lama dalam gelap.
“Dasyatkan special effect cerita tadi. Huh!” ujar lelaki itu.
“Betullah, canggih betul. Saya takut dan kagum lihat masa kilat memecahkan Colloseum dan masa banjir musnahkan Jambatan San Fransisco.”
“Kenapa takut pula?” tanya lelaki itu.
“Iyalah, cuba bayangkan kalau betul-betul jadi macam tu dan manusia terpaksa menghadapinya. Kalau ada shuttle macam tu pula, manusia kena travel ke kerak bumi.”
Lelaki itu kagum dengan peneranganku.
“Saya suka part masa shuttle turun ke kerak bumi, nampak semua teras dalam bumi.”
Mereka berdua ketawa dan beriring keluar.
“Awak, nanti!”
Dia berhenti dan menoleh memandang aku. Aku keluarkan dompet dan menghulur sehelai not sepuluh. Dia mengerutkan dahi.
“Tak apalah, saya ikhlas nak belanja awak.”
“Tak apalah biar saya bayar. Tak sedap hati pula,” balasku, masih menghulur duit itu kepadanya.
“Tak mengapa, kalau ada rezeki awak boleh belanja saya lain kali.”
Aku memandangnya dan dia tersenyum sebelum berlalu pergi. Aku seperti tersedar sesuatu.
“Hey, boleh beri nombor telefon awak. Senang kalau saya nak belanja awak,”
Dia tersenyum dan mengangguk.
Aku memalingkan badan ke kiri dan kanan, tersenyum kecil dengan pada yang dah terjadi tadi. Tak sangka aku bertemu dengan lelaki itu. Betul kata orang, don’t jugde a book from it’s cover. Nasib baik tak malu sendiri. Dia lihat jam di dinding, hampir enam petang dan dia masih belum solat Asar. Dia berdecit dan bingkas bangun untuk mandi dan mengambil wuduk. Aku sudah pun memberi salam terakhir dan sedang membaca doa bila telefon cordless berdering nyaring namun aku biarkan ianya berdering. Telefon itu masih berdering dan aku segera menyambutnya tanpa membuka telekung yang aku pakai.
“Hello, Rynn sini. Hmm…” jawapku malas. Aku menjerit kesukaan bila kedengaran suara Atie di dalam talian. Aku segera buka telekung, sebab aku rasa aku dan teman baik aku nih memang akan berbual panjang. Maklumlah kami dah dua tahun tak jumpa. Dia meceritakan hal kerja dan juga mengenai boyfriend baru yang dia kenal lima bulan lepas.
“Rynn, kita keluar esok nak?” tanya Atie.
“Kau kan outstation?” tanyaku. Biar betul budak ni, takkan sebab aku balik dia nak tinggalkan kerja.
“Dah beres, aku pun dah balik KL. Rynn, aku dah minta cuti esok.”
“Okay, kita jumpa dekat tempat biasa. Banyak lagi yang aku nak cerita dengan kau nih!”
“Aku pun, Rynn…” ujar Atie.
Macam selalu, Atie datang lewat lagi. Dia ni memang tak pernah berubah, entah macamana agaknya dia pergi berkerja? Dah suku air the limau aku minum habis. Aku nampak, Atie berjalan laju menghampiri aku.
“Rynn, sorry. Jalan jem tadi.”
“Kau memang macam tu. Aku ingat dah dua tahun aku tak ada di sini kau berubah jadi seorang yang punctual. Tapi tak berubah juga?”
Atie ketawa kecil. Aku merengus dan ketawa kecil.
“Seronok belajar di UK? Ada sesiapa interested di sana?” soal Atie. Nak tergelak aku dengar soalan kawan aku ni.
“Tak ada siapa buat masa ni? Kalau kau tanya seronok di UK, bagi aku sama sahaja. KL atau UK tak ada bezanya. Dah rezeki aku di UK terima sahajalah.”
“Atie ceritalah fasal boyfriend baru kau tu?”
Atie tersenyum. Dia nihlah, orang suruh cerita senyum pula! Aku cubit lengan teman aku itu dan dia menepuk peha aku manja dan kami berdua ketawa riang. Dia agak keberatan nak cerita dengan aku fasal teman lelaki barunya. Tapi dengan aku mana boleh dia sorok.
“Kau pulak macamana? Bukan main rancak kau semalam. Ada orang belanja tengok wayang lagi.” Ujar Atie.
“Itu sebab dia tak nak bazirkan tiket tu. Alah kalau bukan aku kat situ tentu dia akan ajak orang lainlah.”
Atie ketawa, ketawa ada makna tu. Memang nak kena dengan aku nih.
“So, bila nak ajak mamat tu keluar?”
“Nantilah.”
“Patutlahlah aku tengok bukan main berseri saja muka member aku ni. Kau dah jatuh hati dengan dia ke?Kalau iya, jangan lepaskan peluang.”
Aku mengeluh.
“Cik Atie oii…banyak masa lagilah untuk aku dengan dia. Kau tu bila boyfriend kau nak jumpa aku ni?”
“Kau nak buat apa dengan dia?” tanya Atie.
Aku ketawa mengejek.
“Aku nak warning dia! Kalau dia buat kau sakit hati siaplah dia, aku kerjakan sampai lunyai!” suaraku dan mengenggam tangan kananku.
Atie ketawa mengekek. Aku habiskan nasi goreng yang aku pesan tadi.
“Hai…” satu suara menegur.
Aku angkat muka dan…lelaki semalam. Dia senyum memandang aku. Mana dia tahu aku kat sini, dia cari aku ke? Biar betul! Dia terus duduk di kerusi yang sememangnya kosong.
“Jeff, inilah kawan Atie.”
Aku renung temanku, dia kenal lelaki tu?
“Rynn, inilah lelaki yang aku ceritakan.”
Oh no! Namun kami bersalaman. Mukaku rasa panas dan aku lihat Atie seperti perasaan dengan perubahan wajahku. Mujur aku mampu bertenang lagi. Hati aku ketawa kecil. Aku renung lelaki itu, aku pasti dia tak mengenali aku. Aku yang perasaan sendiri nampaknya. Tapi tak mengapa, aku lega Atie dah temui lelaki yang sesuai dengannya. Aku mengeluh, nampaknya dia adalah jodoh Atie bukan aku.
Aku berjalan keluar dari Planetarium Negara. Aku bersendirian hari ini dan esok aku akan kembali ke UK. Tak sangka dua bulan serasa begitu cepat berlalu, aku meniti tangga untuk turun. Anak rambut yang menutup wajahku aku betulkan dan aku selit di celah telinga. Tiupan angin sungguh mengasyikkan, aku menoleh bila ada seorang menegurku. Seorang lelaki mendekatiku, aku lihat dia membawa kamera SLR jenama Nikon dan sebuah beg. Mungkin dia seorang jurukamera atau wartawan aku tak pasti, tetapi kenapa dia memanggil aku? Dia menghulurkan kad namanya.
“Saya Mustakim Azwani. Saya nak minta maaf sebab saya dah tangkap beberapa keping gambar cik tadi.”
Aku renung wajahnya. Dia tangkap gambar aku? Sukar untuk dipercayai.
“Kenapa? Apa istimewanya saya nih?”
Dia diam tak berjawab, mungkin sedang merangkakan jawapan di fikirannya.
“Saya suka gaya cik tadi dan saya sukakan cik.”
Dia sukakan aku, terkedu aku tak bersuara. Aku renung wajahnya dan ada calit keikhlasan, kad nama yang masih ada ditangannya aku capai. Mustakim Azwani tercatat di kad itu, aku memandangnya. Dia tersenyum dan kami beriringi melangkah pulang.
Mustakim Azwani tersenyum lebar menerima piala kemenangannya. Dia segera turun dari pentas, para pemberita segera menghampirinya untuk menemuramahnya.
“Apa perasaan saudara setelah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Fotografi peringkat Antarabangsa ni?” soal salah seorang pemberita. Mustakim Azwani tersenyum dan tangan kanannya meraih seseorang di dalam pelukkannya.
“Kehadiran isteri saya merupakan penyebab kemenangan saya hari ini dan dialah sumber inspirasi saya. Terima kasih kepada isteri saya, Adrynna Jawahir,” suaranya. Aku tersenyum cuma, tanganku menggosok perutku yang kini sudah masuk empat bulan. Persoalan jodoh ni memang susah nak diramalkan. Kita takkan tahu siapa jodoh kita dan kita juga tak tahu bila jodoh kita. Apa yang kita boleh buat hanya merancang dan mengharap. Namun hari ini aku yakin dengan jodoh aku. Aku bersyukur kepadaNya dan berharap perkahwinan ini berpanjangan di dalam rahmatNya.
TAMAT

Bukan Jodoh Kita

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke wajahnya, dia memerhati kanak-kanak yang sedang asyik bermain pasir di gigi pantai. Salah seorang dari kanak-kanak itu melambai ke arahnya dan dia membalas. Dia kemudian berjalan dipantai sambil menjinjing kasutnya, kehangatan pasir pantai bagai melegakannya. Angin membuaikan dirinya dan dia bahagia, tiba-tiba sesuatu melanggarnya dari arah belakang. Dia menoleh.
"Firdaus, say sorry!" satu suara mengarah. Dia mengusap kepala anak kecil itu dan memandang ke arah suara itu. Dia agak terkejut memandang wajah lelaki itu, begitu juga lelaki itu.
"Zam..!"
"Nella?"
Ucap mereka serentak. Anak kecil itu berlalu meninggalkan mereka yang terkedu tak berkata-kata. Lelaki itu mengaru kepalanya dan tersenyum. Mereka masih membisu dan mencari ayat yang sesuai untuk memulakan bicara.
"Anak awak?" Nella memulakan kata. Lelaki itu mengangguk cuma. Mereka membisu lagi, Nella memandang ke arah kanak-kanak yang sedang bermain di gigi pantai.
"Lama tak jumpa, kan?" ujar Zam.
"Empat tahun. Lama, kan? Tak sangka jumpa di sini." Nella menyambung perbualan mereka. Zam mengeluh dan dia kini kehilangan kata-kata. Mereka beriringan di pasir pantai.
Dia berlari keluar dari apartment dan menuju ke jalan besar sambil menahan teksi. Seseorang mengejarnya dari belakang, namun dia segera masuk ke dalam perut teksi itu. Dia tidak percaya melihat apa yang dilihat tadi. Lelaki itu sedang bercumbuan di atas sofa dengan wanita lain. Tidak disangka lelaki yang dicintainya akan memperlakukan sedemikian padanya. Dia cuba menangis namun tiada air mata yang gugur, perasaannya benar-benar terhiris. Telefon bimbit MOTOROLAnya berdering namun tidak disambut kerana dia tahu siapa yang menelefonnya.
"Cik dah sampai!" pemandu teksi itu bersuara. Dia membayar tambang teksi dan melangkah keluar. Kemudian melangkah longlai masuk ke dalam pangsapuri tersebut.
Zam melangkah masuk kedalam apartmentnya dan duduk kembali di sofa. Dia mengeluh.
"Jadi itulah Nella, kekasih you?" ujar gadis itu ada sedikit nada cemburu.
“Gadis yang I cintai dah pergi meninggalkan I. Tidak…dia tak bersalah, I yang bersalah. I tak setia."
Gadis itu mendekati Zam dan duduk di sisinya. Gadis itu mula bersandar di bahu Zam.
"Fira, I rasa baik you balik," suara Zam. Kedua telapak tangan di letakkan ke dahinya. Dia merengus berkali-kali.
"Alah…apa salahnya I duduk di sini? Lagipun I tahu you sedang bersedih sekarang ni?"
"Semuanya salah I…"
Fira tersenyum cuma dan mengusap wajah Zam, kemudian dia meletakkan wajahnya ke dada lelaki itu.
"You tak salah Zam. Ini adalah takdir," ucap Fira dan memeluk tubuh lelaki itu dan Zam membalas pelukan itu.
Kehadiran Fira sedikit sebanyak menyebabkan Zam hampir melupakan Nella, kini mereka mabuk cinta dan sering kelihatan bersama dimana jua mereka berada. Bagi Zam, kini dia hanya perlukan Fira bukannya Nella. Nella hanya cerita semalam yang tidak lagi dia perlukan. Dia gembira dengan kehadiran gadis itu yang mampu membelainya dan mencintainya sepenuh hati tanpa runggutan dan tanpa henti. Firalah segala-galanya kini.
Nella meniarap di katilnya, dia mengalihkan badannya dan memandang ke arah siling. Namun, pandangannya kosong. Dia kebosanan. Dia merengus dan merengus. Ruangan bilik itu dapat melihat betapa Nella tidak keruan dan kebuntuan fikiran. Nella mundar mandir di dalam bilik itu bagai cacing kepanasan. Tingkap biliknya di buka dan dia dapat lihat burung-burung terbang pulang ke sarang. Alangkah bahagianya menjadi burung, bebas tanpa perlu berfikir banyak. Dari tingkat sepuluh dia memerhati ke lapangan letak kereta, alangkah bagus kalau tiba-tiba Zam muncul di situ dan melambai ke arahnya dan dia akan berlari mendapatkan lelaki itu. Ketika itu mereka akan mengucapkan kemaafan serentak dan selepas itu mereka akan kembali seperti sediakala seperti sebelum dia lihat kejadian 2 bulan yang lalu. Dia mengeluh lagi. Kenapa kejadian itu bermain semula difikirannya? Dia mengutuk dirinya terlalu lemah. Namun, dia terlalu sayangkan lelaki itu dan baginya jodohnya hanya dengan lelaki itu. Dia hairan kenapa selama dua bulan ini Zam tidak langsung menelefonnya, dia kecewa dengan keadaan itu. Mungkin benar Zam tidak lagi sayang pada dirinya dan mungkin benar lelaki itu sudah berubah hati.
“Lelaki mudah sangat berubah fikiran!” getus difikirannya. Dia merengus dan mengikat rambutnya yang mula panjang melepasi bahu. Alangkah bodoh dirinya kerana masih mengingati lelaki sekejam Zam. Nella cuba menangis namun entah mengapa air matanya enggan menitis. Kedengaran pintu biliknya diketuk dengan jutaan malas dia membuka pintu biliknya. Kakaknya dimuka pintu.
"Kakak tahu Nella sedih, dik tapi Nella perlu kuatkan semangat." pujuk Yana. Nella memeluk kakaknya.
“Kakak rasa dia bukan lelaki terbaik untuk Nella. Kakak harap Nella lupakan dia.”
“Tapi, Nella sayangkan dia!”
Yana mengeluh dan mengusap rambut adiknya.
“Nella sayangkan dia tapi dia..?” kata-kata Yana henti disitu. Dia tidak mahu menyakitkan hati adik kesayangannya dengan meneruskan kata-katanya. Yana berdecit.
“Jangan menangis dik. Jom, kakak dah masak marilah kita makan. Jangan kerana bersedih perut tu dibiarkan kosong. Nanti tak cantik!” pujuk Yana dan kedua beradik itu ketawa kecil.
Zam merengus tayar motor kesayangannya pancit. Dia menyumpah di dalam hati, dia menolak motor kesayangannya. Helmet yang dipakai di gantung di handle motornya dan dilonggarkan tali leher. Cuaca panas mencengkam kulitnya, Zam mengomel sendiri. Dia terpandang satu wajah yang amat dikenali, langkahnya terhenti. Nella, wajah yang sudah dua bulan tidak dilihatnya. Zam telan air liur, dia berdiri disitu dan berharap gadis itu akan menoleh kearahnya. Sayang, gadis itu sudah pun menaiki bas INTRAKOTA. Entah mengapa jantungnya berdegup laju bila terpandang gadis itu tadi. Kata orang, kalau hati berdegup kencang terhadap seseorang bermakna perasaan cinta itu masih ada. Iya atau tidak dia sendiri pun tak pasti. Namun, kerinduan pada Nella masih ada. Zam merengus dan masih menolak motor kesayangannya untuk pulang ke apartment. Perjalanan selama dua puluh minit menjadi hampir satu jam kerana tayar motornya pancit. Dia melihat motornya, petang nanti dia akan cuba telefon Sammy untuk menguruskan tayar motor yang pancit itu. Dia rebah di atas sofa, alat penghawa dingin di pasang sekuat-kuatnya. Dia benar-benar kepanasaan, Zam mengeluh keletihan. Mata bundarnya sempat melihat jam di dinding, hampir dua petang. Mujur kelas Ekonomi telah dibatalkan kalau tidak, dia terpaksa menapak untuk ke kuliah. Dia mengeliat, menguap dan memejamkan mata, dia mahu rehat sebentar sebelum mandi.
Nasi goreng tidak habis dijamah, serasa tidak berselera untuk meneruskan suapan. Dia meneguk air minuman sambil memerhati orang dikeliling gerai itu. Dia mengeluh tiada apa yang menarik untuknya. Dia segera bingkas bangun dan membayar harga makanan. Dia menapak kembali ke apartmentnya, Sammy tidak dapat datang membetulkan tayarnya. Dia melintas jalan, Fira pun sudah lama tidak jumpa dia. Mungkin sibuk dengan kuliahnya juga, biarlah!
“Kalau Nella muncul di sini, kan bagus?” bisik hatinya, dia senyum sendiri. Kunci apartmentnya dicapai dipoket seluar. Dia memutar tombol apartmentnya bila namanya di panggil. Zam menoleh, wajah Nella ditatapnya. Gadis itu mendekatinya dan meletakkan kepalanya di dada Zam dan lelaki itu membiarkannya.
"Zam, maafkan Nella…"
Zam membisu, dia mengeluh. Dia tergamam. Gadis itu menghampiri.
"Nella tak boleh lupakan Zam. Nella sayangkan Zam, sayang sangat!" ujar gadis itu.
Zam senyum kecil dan mula merangkul gadis itu. Dia faham apa yang gadis itu rasakan, sebab begitu juga perasaannya.
“Zam…Zam!”
Zam menoleh, rangkulannya dileraikan. Nella turut merenung orang yang menghampiri mereka. Dia mengerutkan dahi, dia menjauh dari Zam. Kelihatan wajah gadis itu suram, mungkin lepas menangis. Nella dapat lihat sisa air mata dikolam matanya.
“Zam…I…I mengandung dan you mesti bertanggungjawap!” Gadis itu menangis semula. Lemah lutut Nella mendengar kata-kata, dia benar-benar tidak percaya apa yang dia dengar. Dia renung wajah Zam, lelaki itu kelihatan keliru.
“You mesti bertanggungjawap. Mesti! Mesti!!!” suara gadis itu lagi. Zam merenung wajah Nella dan mereka berbalas pandangan. Nella berlalu, dia faham apa yang Zam cuba nyatakan. Dia mengangguk dan berlalu.
“Maafkan aku, Nella. Aku mesti bertanggungjawap atas apa yang telah aku lakukan. Maafkan aku…” bisik hatinya sambil melihat gadis itu berlalu pergi. Zam memapah Fira yang sudah terjelopok di lantai.
"Fira, jangan risau I akan bertanggungjawap atas apa yang dah I lakukan…" suaranya.
Bunyi ombak mengejut Nella dari lamunan. Dia menoleh, Zam masih di sisinya
“Mana isteri awak?” tanya Nella. Zam tunduk dan menguis pasir pantai dengan hujung kasutnya. Lelaki itu tak segera menjawap.
"Dia dah pergi entah ke mana dan tinggalkan Firdaus dengan saya," ujarnya. Nella diam, tidak tahu apa yang harus ditanya lagi. Dia renung Firdaus yang sibuk bermain pasir.
“Ibu…ibu…ibu..”
Nella menoleh dan seorang anak kecil mendapatkannya.
“Ain, salam uncle.”
“Uncle?” tanya anak kecil itu.
Nella mengangguk dan anak kecil itu menyalami Zam dan kemudian mendapatkan Nella semula.
“Anak awak?”
“Iya.” Ringkas jawapan Nella.
Zam mengangguk dan menoleh ke arah anaknya.
“Firdaus, jangan main tu!”
Dari arah bertentangannya, seorang lelaki mungkin sebayanya dan mendekati mereka. Zam agak tidak selesa dengan kehadiran itu.
“Zam, ini husband saya Taufik.”
Kedua lelaki itu bersalaman.
“Hmm…saya balik dulu dah lewat. Firdaus, aunty balik dulu. Bye!”
Firdaus hanya membalas lambaian Nella dan mendapatkan Zam. Zam menarik nafas panjang dan ketawa kecil. Nampaknya Nella bahagia dengan pilihannya kini. Dia hanya melihat Nella berlalu dengan suami serta anaknya. Dia berdoa agar temannya itu bahagia.
“Papa, jom balik! Daus, lapar!” suara Firdaus sambil menarik bucu kemeja Tnya.
“Jom, nak makan apa?”
“KFC!” ujar anak kecil itu.
Zam ketawa kecil dan mendukung anaknya dan meletakkannya di atas bahu dan berlalu menuju ke arah tempat letak kereta. Anak kecil itu ketawa kegembiraan.
“Nella, walaupun bukan jodoh kita tapi, mulai hari ini aku akan berusaha lebih agar kehidupan aku dan anak aku akan terjamin. Aku berjanji!” bisik harinya dan menghidupkan enjin motor dan berlalu meninggalkan tempat itu dengan janji baru tertanam dihatinya.
TAMAT