Tuesday, April 6, 2010

Jodoh, Takdir & Kita

Hanis terkejut dengan perlakuan pemuda itu, dia berlalu. Geram dia bila teringatkan hal tadi, lelaki itu sengaja buat macam tu. Apalah istimewa sangat Tatiana dan Dayang  tu? Kalau dibandingkan antara dia dan minah dua ekor  tu, lawa dia lagi. Kalau ukur dari segi IQ pula, memang minah dua ekor tu takde can punya. Satu Sri Bendahara tahu dia the best! Every year dapat anugerah best student. Tapi, itu juga pilihan Errol. Lelaki memang suka tengok yang seksi, alah berapa lama sangatlah seksi tu boleh bertahan.  Dia terserempak dengan Jerry yang kebetulan berjalan bertentangan darinya. Jerry mengangkat kening sebagai tanda pertanyaan. Hanis membisu, Jerry faham apa yang temannya berfikir sekarang ini.

                                    "Hanis, dari kau fikir fasal budak tak cukup akal tu, aku rasa lebih baik kau tumpukan pelajaran," suara Jerry. Dia faham apa yang  Jerry cuba sampaikan.

                                    “Jomlah, kelas dah nak mula ni!” ujar Hanis dan bangun. Beg disandang ke bahu. Mereka beriringan menuju ke arah dewan kuliah. Sebaik sahaja dia melangkah masuk kedengaran suara-suara sorakkan. Namun, dibiarkan sahaja. Tak kuasa dia membalasnya.

                     Ada dua jam lagi sebelum kelas bermula. Dia mengeluh, Jerry tak ada di sisinya. Dia merengus, kemana agaknya dia nak pergi? Dua jam bukanlah masa yang singkat untuk dia merayau sendirian. Nak masuk ke dalam library, satu keputusan yang bakal membosankannya. Dia berlalu menuju ke café, baginya itu saja tempat yang sesuai ketika itu. Seseorang berdiri di depannya, dia mengangkat muka. Errol di depannya. Lelaki itu tersengih kerang memandangnya dan Errol terus duduk di depannya. Naik meluat pula tengok muka lelaki didepannya. Kalau dulu sayang kini dah benci pula.

                                    “Masam betul muka? Boleh I temankan?”

                                    “Tak payahlah Errol. Pergilah nanti ada yang jealous,” suaranya. Errol ketawa kecil.

                                    “Mana ada, sayang. Mereka just a friend,” balas lelaki itu. Nak termuntah dia dengar ayat sayang tu. Dia menarik nafas panjang dan menjungkitkan bahunya.

                                    “Jangan sombong Hanis. Kita dah kawan lama sejak di SMK Alor Banir lagi.”

                                    “Itu kisah lama. Hah! Tu Tatiana cari tu!” Hanis memuncungkan bibir menunjuk suatu arah. Errol berlalu namun dia sempat melambai kearah Hanis. Hanis merengus dan menjeling. Dia dapat lihat Jerry yang baru melangkah masuk ke dalam café. Jerry sedar dengan apa yang berlaku.

                                    “Apa yang dah jadi ni? Errol kacau kau ke?”

                                    “Benci betul aku tengok muka dia.” Dia merengus.

Jerry ketawa kecil. Dia mengeluarkan assignment dan menyerahkan kepada gadis itu.

                                    “Aku dah siap assignment Puan Hamidah tu. Tapi kalau tak best, jangan marah aku.” Hanis mengambilnya dan membaca kemudian mengangguk dan dia masukkan ke dalam begnya.

                                    “Not bad! Rasanya B+ dalam tangan. Hmm..jomlah nanti penuh. Aku malas nak dengar suara-suara sumbang mereka,” Hanis bersuara dan berlalu.

                     Dari tingkapnya dia dapat lihat burung-burung yang terbang pulang ke sarang. Macam best saja jadi burung ni, tapi Tuhan dah tetapkan dia jadi manusia. Dia buka album gambar dan memerhati gambar yang ada. Semua gambar itu adalah gambar ketika dia di SMK Alor Banir. Kenangan ketika itu memang best, Errol masih lagi berkawan dengannya. Sebenarnya kerana dia, Errol sanggup minta tukar dari Kolej Tengku Utama ke Sri Bendahara. Ketika itu hatinya cukup gembira dan tidak sabar menanti saat itu, tak sangka sebaik saja Errol melangkah ke Sri Bendahara semua berubah. Dari seorang lelaki yang pemalu, lembut dan sopan dia berubah menjadi lebih agresif dan menjadi Don Juan. Entah kenapa dia berubah, dia pernah bertanya tetapi jawapan yang di terima amat tidak disangka-sangkakan. Dia ingatkan bila Errol di Sri Bendahara, mereka boleh seperti dulu. Namun, ianya takkan mungkin. Lamuan terhenti bila kedengaran suara umi memanggil dari arah dapur. Dia turun dari katil dan menuju ke arah dapur. Dia tunduk bila Angah ada di dapur. Abangnya yang ini garang tak bertempat

                                    “Hantar kuih ke depan. Lepas tu bancuh kopi dan teh, kejap lagi abah balik. Katannya nak bawa kawan,”

Pintu rumah terbuka, dia ingatkan abahnya yang balik rupanya abang sulungnya. Hanis mendekati abangnya bila dipanggil.

                                    "Nah! Ada surat untuk kau."

                                    “Surat?” ujarnya dan mengambil sampul surat kuning air dari tangan abangnya. Dia memerhati surat itu, tiada setem dan tiada cop Pejabat Pos. Dia pandang abangnya.  Hanis beredar ke bilik, lekas-lekas dia koyak mulut sampul surat. Sehelai kertas warna pink, dikeluarkan dari sampul itu.

Maafkanku kalau dirimu terluka hati. Kehadiranmu, menjadi igauanku. Aku perlukanmu di sisi – Errol

Dia perlukan aku? Apa maksud dia perlukan aku sedangkan dia yang menjauhkan aku dari dirinya. Hanis merenyukkan kertas itu dan mencampaknya ke dalam bakul sampah di sudut biliknya. Dia merengus, tak kuasa dia melayan lelaki itu. Hati lalang. Hanis melangkah ke ruang tamu kebetulan Alongnya sedang menonton DVD, dia duduk di sisi abangnya.

                                    “Zack yang kasi surat tu, kan?”

Alongnya diam tak menjawab. Zack officemate Alongnya yang juga kawan Errol. Cerita Lord of The Ring sedang bermain di kaca TV. Malas betul bila Alongnya buat sikap mendiamkan diri. Dia bingkas bangun dan menuju ke biliknya namun dia sempat mencubit lengan abangnya itu. Dia masih teringatkan kandungan surat tadi, mencintai Errol kini seperti menelan lava panas. Dia tidak mungkin akan menyayangi lelaki, Errol dah banyak melukakan hatinya. Biarpun dia melutut di depan semua orang di Sri Bendahara dia takkan terima.

                     Dewan kuliah sunyi, Hanis menoleh. Semua teman sekelasnya ralit menjawap ujian bulanan dia memandang Jerry, kelihatan lelaki itu seperti bermasalah. Hanis menjawap tenang kesemua soalan itu. Sebaik selesai, dia melangkah keluar dari dewan. Dia tidak mahu berada di dalam dewan itu lama-lama. Dia lihat Jerry masih belum habis menjawap, sesekali dia dapat lihat Jerry menggaru kepalanya. Kasihan dia melihat temannya yang seorang tu, Hanis capai Discman SONY di dalam beg sandang, mulutnya kumat kamit menyanyikan sesuatu. Kemudian terasa bahunya dicuit, dia menoleh. Jerry sudah pun berdiri di depannya.

                                    “Amboi, sukalah tu! Aku tahulah kau terror!”

Hanis ketawa kecil dan menyimpan discmannya semula, dia mengangkat kening seperti bertanya mengenai ujian tadi. Jerry mengeluh dan menjungkitkan bahunya, Hanis senyum.

                                    “Habislah aku kali ni, Hanis. Mesti kantoi paper Literature ni!”

                                    “Mana kau tahu, Jerry?”

                                    “Soalan no. 12 dan 13 tu aku cincai je!”

                                    “Karya William Blake tu ke? Yang kita buat revision semalam?”

                                    “A’ah! Tadi aku blank gila, tak tahu nak jawap!”

                                    “Aku tahu kau boleh buat, Jerry. Don’t worry. Jom ke café,”

Mereka menuju ke café. Hanis mengacau air soyanya hingga buih. Manakala Jerry menyuapkan mee goreng ke mulut.

                                    “Kau fikir apa lagi? Kalau aku jadi kau aku akan rampas Errol dari mereka berdua tu. Kau yang berhak dengan Errol tu,”

                                    “Kalau kau cakap fasal hak, sebenarnya aku ni pun bukan milik Errol dan Errol pun bukan milik aku. Memang aku dan dia kawan lebih dari 11 tahun tapi tak semestinya aku dan dia ada jodoh.”

Jerry mengeluh, wajah Jerry berubah bila terpandang sesuatu. Hanis menoleh ke arah yang sama. Dia berharap apa yang dilihatnya tidak berlaku. Tatiana dan Dayang bersama teman-teman mereka menuju ke arahnya. Ada harapan berlaku perang besar, Hanis mengajak Jerry keluar namun terlambat.

                                    “Pengecut nak lari nampaknya!” suara Fara, salah seorang kawan Tatiana. Hanis duduk semula, mukanya merah padam.

                                    “Kami tak pernah kacau kamu kenapa tiba-tiba…"

                                    “Hey, diamlah jantan lembik!” balas Suria. Jerry merengus.

Tatiana dan Dayang mendekati Hanis.

                                    “Aku tahulah kau ex-makwe Errol tapi sekarang kau dah tak laku. So, stop kacau dia. Kalau tak, ada harapan nak kena tonyoh dengan kami semua.”

                                    “Hey, peduli apa aku dengan korang. Nasiblah kalau dia nak berbaik dengan aku. Kalau aku nak dia pun kau perduli apa?”

                                    “Hey, perempuan jangan nak perasan Errol akan berbalik dengan kau, kau tak layak dengan dia!” ujar Dayang dan menunjal dahi Hanis. Ini menimbulkan kemarahan gadis itu dan tanpa sedar pipi Dayang di tampar.

                                    “Setan!!!”  Dayang cuba membalas. Namun, Hanis segera menyorok di belakang Jerry yang kebetulan agak besar.

                                    “Mari kalau nak rasa satu lagi penampar,” suara Jerry. Dayang dan Tatiana berlalu dan kedengaran mereka membebel.

                                    “Thanks, Jerry. Kalau tak mati aku!”

                                    “Tulah kau, nasib baik…”

                     Masa berlalu tanpa di kejar, final akan menjelang tak lama lagi. Hanis bagai tak sabar menunggu final kerana selepas ini dia bukan lagi seorang pelajar. Dia menarik nafas panjang. Jerry melaung namanya dan berlari anak mendekati temannya. Dia termengah-mengah.

                                    “Kau dah dengar berita?”

Hanis menggelengkan kepala, dia dah bersedia untuk beredar dari dewan kuliah. Jerry menarik nafas panjang.

                                    “Errol accident. Dia di Hospital Putrajaya.”

Tanpa fikir panjang dia menarik tangan Jerry menuju kereta miliknya dan menuju ke destinasi. Di Hospital Putrajaya Hanis terpandang Alia kakak sulung Errol. Hanis mendekati mereka, dia menyalami wanita itu.

                                    “Dia belum sedar Hanis.”

Hanis membisu cuma dan beredar kearah pintu bilik namun dia tak masuk, dia beredar jauh dari situ. Seorang pemuda turut berada di situ, lekas-lekas Hanis kesat air mata.

                                    “Jumpa siapa? Boyfriend?”

Hanis menoleh ke arah lelaki itu, wajahnya tenang sahaja. Buat seketika, hatinya tenang. Dia menggelengkan kepala.

                                    “Kawan sekelas, dia accident semalam.”

                                    “Errol ke? Tanya pemuda itu, Hanis mengangguk. Pemuda itu berlalu. Hanis hairan, bagaimana dia kenal Errol. Mungkin abang Errol? Selama dia kenal Errol, Errol tidak pernah beritahu dia ada abang dan dia pun tak pernah jumpa.

                     Along muncul dan duduk di ruang tamu dan memasang kipas selaju yang mahu.

                                    “Along dah lawat Errol?”

                     Lelaki itu mengangguk. Petang itu dia ke Hospital Putrajaya lagi, dia melawat Errol yang masih terlantar tak sedarkan diri. Dia mengeluh dan berpaling, dia terkejut bila terpandang wajah pemuda yang di jumpa tempohari. Mereka membalas senyuman, entah mengapa setiap kali di renung wajah pemuda itu hatinya tenang.

                                    “Saya, Amar Zakri. Awak?” Lelaki itu kenalkan dirinya.

                                    “Hanis Suraya.”

Kemudian, Hanis minta diri untuk pulang. Dia sempat menoleh dan terkejut bila pemuda itu sudahpun menghilang.

                     Hanis mengelamun, entah mengapa wajah Amar Zakri bermain di benak fikirannya. Dia mengeluh dan merenung jam di dinding. Hanis mengeliat dan berlalu ke kamar mandi untuk mengambil wuduk. Dia ke arah dapur dan membantu uminya memasak untuk makan malam. Hanis menghidang minuman kepada abah dan abang-abangnya.

                     Dia bergegas bila mendengar berita itu, Errol sudah sedar dari koma dan orang yang pertama di cari adalah dia. Mahu tak mahu dia berdepan jua dengan Errol. Sesekali matanya mencari namun tiada wajah yang ingin diketemu. Dia melangkah lemah menuju ke ruangan letak kereta.

                                    “Hey?” ada suara menegur, Hanis menoleh dan tersenyum.

                                    “Hmm...Errol dah sedar.”

                                    “Saya tahu. Saya dah pun jenguk dia. Awak nak ke mana?”

                                    “Pulang. Saya ada hal di rumah,”  balas Hanis dan mereka berpisah di lapangan letak kereta. Hanis senyum sepanjang perjalanan.

         Dia kembali ke dewan kuliah, dia melangkah sendirian tanpa Jerry. Suara sorakkan kedengaran, dia merengus.

                                    “Ada orang bersedih boyfriend masuk hospital. Nanti merasa kita makan nasi minyak lepas final...” ada suara sumbang kedengaran.

                                    “Apa maksud kau, Azim. Jangan buat fitnah tau!”

                                    “Errol yang cakap, jadi betullah nampaknya.”

Hanis menghentak kakinya dan berlalu, dia bertembung dengan pensyarahnya. Dia meminta diri untuk pulang dengan alasan sakit. Kereta Kancil dipandu menuju ke Hospital Putrajaya, dia melangkah menuju ke wad dimana Errol ditempatkan.

                                    “Aku tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan kau. Faham!!!” suara Hanis dan berlalu keluar dia bertembung dengan Amar diluar bilik Errol. Hanis terkejut.

                                    “Awak okay?” tanya Amar Zakri.

Hanis mengangguk tanda okay. Dia merengus, dia renung wajah lelaki dihadapannya dan minta diri untuk beredar pergi.

                                    “Nanti, boleh saya dapat nombor telefon awak?”

Hanis segera memberi sekeping kad nama kepada lelaki itu dan beredar.

                     Errol sudah dibenarkan keluar, sepanjang masa dia cuba rapatkan diri dengan Hanis namun gadis itu selalu mengelak. Jerry sering jadi mangsa Errol meminta nasihat dan tempat dia meluah perasaan. Dia terkejut bila Jerry melarangnya mendekati Hanis. Dia bertambah terkejut bila Jerry memberitahu yang gadis itu sudahpun berteman.

                                    “Sejak bila dia ada boyfriend?”

                                    “Sebelum kau keluar wad?”

Tiada apa yang dapat Errol suarakan, dia memegang balutan kepalanya. Dia kecewa. Jerry hanya mampu melihat lelaki itu berlalu. Dia pulang ke rumah, suasana dirumahnya riuh rendah kerana malam ni mereka akan mengadakan kenduri kesyukuran.

                                    “Errol, angah nak tunjuk makwe dia malam ni?” suara Alia. Errol renung abangnya sibuk mengangkat barang, setahunya abangnya tidak ada teman wanita.

                                    “Siapa dia? Beritahulah,”

                                    “Malam nantilah. Tolong abang angkat sofa ni!”

                     Hanis mengenakan baju kurung Kedah biru tua. Dia lihat wajahnya, entahlah rasa  berdebar pula hatinya. Hanis melangkah keluar dari bilik, Amar Zakri sudah pun menunggu kedatangannya. Dia menyalami semua ahli keluarganya dan mengekori Amar Zakri ke keretanya. Dia berdebar dan segala doa yang dia tahu dibacanya, namun debaran dihati masih ada. Akhirnya kereta Amar Zakri berhenti, dia lihat sekeliling. Dirasakan kawasan sekeliling seperti biasa dilihatnya. Amar  Zakri menarik tangan Hanis masuk ke dalam rumah. Orang yang pertama menjemputnya adalah Alia kakak sulung Errol dan dia hampir pitam bila melihat Errol keluar dari arah dapur. Dia pandang Amar Zakri sebelum melangkah keluar. Dia bersandar di kereta Amar Zakri dan menarik nafas panjang.

                                    “Kenapa tipu, Hanis? Kenapa?”

                                    “Abang ingat Hanis tahu. Lagipun abang ingat ianya tak penting.”

                                    “Tak penting? Jadi, Hanis memang tak penting bagi abang?”

                                    “Tak, bukan macam tu!”

Hanis menggelengkan kepala dan dia menempis tangan Amar Zakri.

                                    “Maafkan abang, Hanis.”

                                    “Hantar Hanis pulang sekarang juga.”

Tanpa banyak bicara, Amar Zakri menghantar gadis itu pulang dia tak mahu ada pertengkaran antara mereka. Dia mengerling ke arah gadis itu, Hanis cuma tunduk dan wajahnya kelihatan begitu sedih.

                                    “Abang minta maaf, Hanis.”

                                    “Jangan cakap apa-apa. Hanis tak mahu dengar dan jangan cari Hanis lagi.”

                                    “Kenapa?”

Pertanyaannya tergantung begitu saja, Amar Zakri mahu bersuara namun tidak sempat bila Hanis sudah pun berlalu masuk kedalam rumahnya. Amar Zakri mengeluh dan menghentak stereng keretanya. Dia pandang rumah Hanis, begitu marah sekali gadis itu padanya. Hanis tutup tirai biliknya selepas sahaja kereta Amar Zakri berlalu. Dia terjelopok di lantai bilik, sakit hatinya di tipu begitu. Kenapa Amar tidak beritahu yang Errol adalah adiknya. Begitu susah dia cuba menjauhkan diri dari Errol, tapi makin dekat dia dengan Errol. Mahu sahaja dia menjerit namun dia tidak mahu merisaukan keluarganya.

                     Matanya pedih seakan tidak dapat dibuka. Dia perhati wajahnya dicermin, matanya bengkak. Mungkin kerana menangis sepanjang malam.

                                    “Kenapa mata kau tu?” tanya Along.

                                    “Tidur lewat, semalam. Pedihlah!”

Mujur tiada pertanyaan selanjutnya dari Angah kalau tak tentu haru jadinya. Kalau Angah tahu hal sebenar lagi haru. Bunyi telefon diruang tamu kedengaran, Hanis tersentak. Dia segera menjawapnya, sebaik sahaja mendengar suara ditalian segera diletakkan kembali gaggang. Dia kembali ke meja makan, Angah dan Alongnya tidak bertanya begitu juga uminya. Dia lega dan segera, menghabiskan sarapannya. Dia terlewat ke kelas, mujur pensyarah belum muncul. Tengahari itu, Hanis menceritakan segalanya kepada Jerry. Temannya cuma menggelengkan kepala, tidak tahu apa yang harus dinyatakan. Dia tahu temannya yang seorang ini sedang menderita.

                     Errol bersiap untuk keluar, Amar Zakri mendekati adiknya. Namun, Errol berlalu tanpa suara.

                                    “Maaf, okay!”

                                    “Maaf belum cukup untuk saya, abang. Tak sangka seorang abang sanggup mengkhianati adiknya sendiri.”

                                    “Kau tak pernah beritahu perasaan kau pada abang.”

                                    “Kalau ya, mungkin lagi senang abang merobek hati saya nih!”

                                    “Jangan merepek, Errol. Kita bersaudara.”

Errol berlalu, Amar Zakri menahan namun ditempis oleh si adik. Amar Zakri kecewa, dia memandang Alia yang muncul disitu.

                     Amar Zakri meletak kembali gaggang telefonnya, pihak syarikat mahu menghantarnya ke New Zealand untuk menguruskan cawangan disana. Dia terus menyatakan persetujuannya. Dirasakan pemergiannya akan menyenangkan semua pihak, lagipun jika dia disini Errol pasti bertambah benci padanya.

                                    “Hello, Hanis. Please, dengar apa yang abang nak nyatakan disini. Abang akan pergi, jangan risau selepas ini abang takkan ganggu Hanis lagi.” Ujar Amar Zakri dan meletakkan gaggang telefon kembali ke tempatnya. Amar Zakri mengusap wajahnya, dia tak sangka begitu cepat berakhirnya hubungan dia dengan gadis yang amat dicintainya.  Dia terpaksa demi kebahagiaan semua orang, dia dah bersedia untuk itu. Amar Zakri berlalu ke basement untuk pulang ke rumah. Dia terkejut bila dua orang lelaki datang dan mengacu belati ke batang leher. Salah seorang menyeluk ke poket seluar Amar Zakri dan dapat mencapai telefon bimbit dan juga dompet. Amar Zakri memegang tangan lelaki yang memegang belati dan menempis pisau itu. Dia bergelut dengan lelaki yang mengambil dompetnya. Dia dapat mencederakan salah seorang dari mereka dan dia bersedia untuk bangun bila terasa belakangnya sakit. Dia rebah dan bayangan akhir yang dapat dilihat kedua lelaki itu sedang melarikan diri dan pandangannya gelap. Amar Zakri buka mata dan dia masih mamai, dipandang sekeliling dan pasti dia dihospital. Dia pandang sekeliling jika ada wajah yang ingin sekali dia temui namun hampa. Alia menggelengkan kepala dan tunduk. Dia kecewa dan meminta semua yang ada dibilik wadnya keluar. Dia menggerengkan badan kerana kecederaannya masih baru.

                     Alia tiba di rumahnya dia dapat lihat Errol sedang mendengar hi-fi dengan menggunakan headphone. Alia menghampiri adiknya dan menanggalkan headphone tersebut, ini menimbulkan kemarahan Errol.

                                    “Sudah dua hari Angah terlantar di hospital, sekalipun kau tak jenguk dia? Kenapa biadap sangat perangai kau ni, Errol?”

Errol diam dan memakai semula headphonenya. Alia bertindak menutup hi-fi itu.

                                    “Apa nih? Tak boleh tengok orang senang. Kakak dan Angah sama saja!”

                                    “Kau jangan melampau, Errol. Aku ni kakak kau, bukan adik kau!” Alia meninggikan suara, selama ni dia belum pernah meninggikan suara dengan adiknya. Tapi kali ini, Errol dah melampau. Errol mahu beredar namun Alia menahan.

                                    “Kenapa kau tak mahu lawat abang kau?”

                                    “Buat apa melawat orang yang mengkhianati adiknya sendiri?”                           “Bila dia mengkhianati kau? Cuba kau cerita dengan kakak? Setahu kakak dia hanya menyintai Hanis, itu saja?”

Alia dapat lihat muka Errol merah padam, dia tahu adik bongsunya marah.

                                    “Dia sepatut tahu Errol sukakan Hanis. Kenapa dia mesti merosakkan hubungan Errol dengan Hanis. Sebab dia, Hanis bencikan Errol.”

                                    “Kau yang menyebabkan Hanis membenci diri kau. Pernah kau layan dia sejak kau berpindah ke Sri Bendahara. Kau pernah hina dia, kau mempermainkan perasaan dia. Lepas tu kau tagih kasih dan sayang dia. Lelaki jenis apa kau ni?”

Errol terkedu. Apa yang kakaknya suara ada betulnya. Dia terkenangkan apa yang dah dia lakukan pada Hanis. Dia pejam mata dan mengusap wajahnya.

                                    “Kau tahu tak, Errol. Angah kau terlalu sayangkan Hanis. Tetapi dia pendamkan perasaannya, dia kecewa bila dia tidak dapat lihat wajah Hanis bila dia buka mata tapi dia lagi kecewa bila kau tak ada disana. Kau tahu tak, Errol!” ujar Alia, kemudian beredar dari situ.

                     Hanis menangis. Dia tidak tahu apa yang hendak dibuatnya. Gaggang telefon masih digenggamannya. Hatinya berbelah bagi. Along menghampiri, Hanis mengesat air mata yang mengalir.

                                    “Kalau kau nak melawat Amar di hospital, Along boleh hantarkan.”

                                    “Macamana Along tahu?”        

                                    “Zack yang beritahu semalam. Kenapa kau tak melawat dia?”

Hanis membisu, dia mengesat air matanya yang masih mengalir. Dia renung Alongnya, renungan abangnya bagai memujuk perasaannya.

                                    “Nantilah Along...” balas Hanis dan berlalu ke biliknya.

Amar Zakri selesai mengemas barangan yang akan dia bawa untuk ke New Zealand. Dia capai bingkai gambar yang ada gambar Hanis dan di simpan di dalam begnya. Pintu bilik diketuk, Errol melangkah masuk. Mereka berpandangan, dan Errol kelihatan serba salah.

                                    “Angah, Errol...minta maaf dengan Angah.”

                                    “Angah dah lama maafkan, Errol. Mungkin Angah yang bersalah.”

                                    “Tidak, Errol yang bersalah. Sepatutnya Errol tahu Angah sayangkan Hanis dan Hanis sayangkan Angah. Lagipun...”

                                    “Sudahlah. Kitakan adik beradik, apa yang dah berlaku biar ia berlalu,” balas Amar Zakri. Kedua beradik itu berpelukkan. Errol membantu abangnya mengangkat beg untuk dibawa keluar dari bilik. Mereka melangkah beriringan dan senyuman terukir dibibir mereka berdua. Suara  salam kedengaran dari luar rumah. Alia bergegas menyambut tetamu yang datang. Amar Zakri dan Errol terkejut dengan kehadiran Hanis, gadis itu kini memakai tudung. Amar Zakri memandang adiknya, Errol kelihatan seperti serba salah. Errol berlalu menuju ke luar dengan membawa beg milik abangnya.

                                    “Haruskah abang pergi?”

Amar Zakri mengangguk cuma. Amar Zakri dapat lihat kaca jernih di kolam mata gadis itu.

                                    “Semua salah Hanis, kalau tak abang takkan pergi.”

                                    “Bukan salah sesiapa, Hanis.”

Mereka berpandangan. Amar Zakri menghulur satu bungkusan kepada gadis itu.

                                    “Jangan pergi, tolong!!!” Bucu baju Amar Zakri ditariknya.

                                    “Abang kena pergi. Kalau abang terus disini, kita akan menderita. Tapi percayalah, abang memang sayangkan Hanis.” Amar Zakri berlalu dan meninggalkan Hanis yang sedang menahan sedunya. Bunyi enjin kereta kedengaran sayup. Hanis segera membuka balutan hadiah itu. Sehelai kain songket India berada didalam bungkusan itu, sekeping surat jatuh ke lantai. Hanis mencapainya dan membaca surat yang dia temui;

Assalamualaikum, abang harap Hanis terimalah hadiah ini. Hanis adalah cinta pertama abang. Belum pernah abang menyintai seseorang sebegini. Namun, cinta kita tak  dapat bersatu seperti yang abang harapkan. Tapi siapalah kita untuk menghalang takdir. Abang tahu Hanis begitu kecewa dengan tindakan abang ini,  namun apa yang abang lakukan adalah untuk kita. Hanis, jangan salahkan dirimu kerna perpisahan ini. Abang akan cuba sedaya upaya untuk melupakan Hanis walaupun pada dasarnya pasti sukar dan abang harap Hanis pun begitu juga, carilah pengganti abang. Terima kasih kerana sudi menerima abang selama ini dan abang doakan Hanis bahagia selamanya. – Amar Zakri.

 Hanis duduk disofa dan menangis, Alia menepuk lembut bahunya dan menenangkannya.  Pesawat Boeing 777 sudah pun meluncur naik ke awan bersama kenangan mereka berdua.

 

                     TAMAT

Sunday, March 7, 2010

Semalam di Batu Pahat

Dia melangkah, sebuah kereta Kancil hitam menanti. Lelaki itu keluar, dia sudah menukar pakaiannya.   

                                    “AG, kau nak hantar dia terus ke balik Perak?”

                                    “Tengoklah, rasanya tiket masih ada. Jom!” suara lelaki itu.

Dia melangkah dan memasuki perut kereta.

                                    “Kereta awak?” tanyanya sebaik saja melepasi pintu besar maktab tersebut.

                                    “Taklah, kereta kawan. Dia tak balik lagi, tapi dia benarkan saya pinjam. Jangan risau.”

Dia membisu, matanya diarahkan ke jalan. Sesekali dia melihat sekelilingnya, disuatu sudut terlihat bangunan yang hampir siap.

                                    “Kalau tak salah nak buat pusat membeli belah.” Suara lelaki itu tanpa ditanya. Dia telan air liur kemudian mengangguk. Jalanan di Batu Pahat sedikit sesak dengan kenderaan. Lelaki itu cekap memandu kereta kecil itu.

                                    “Kita dah tiba, marilah. Harapnya adalah tiket awak ke Perak.”

Dia membuntuti lelaki itu. Dia lega kerana tidak menghadapi masalah, lelaki itu memang boleh diharap. Mereka menuju ke kaunter menjual tiket.

                                    “Tumpang tanya? Tiket ke Ipoh ada lagi?”

                                    “Ada, tapi malam pukul 10 malam ini.”

Lelaki itu menegakkan badannya dan berpaling ke arahnya. Dia pun tidak pasti dengan keputusan itu. Pukul sepuluh malam, lewat sekali, kalau dihitung kira pasti jam lima pagi dia sudah tercangak di Medan Gopeng dan menanti beberapa jam sebelum dia boleh pulang ke Bidor.

                                    “Macamana?”

                                    “Saya tak ada pilihan, terpaksalah.”

Lelaki itu membongkok lagi dan memesan tiket untuknya. Dia mengeluarkan wang namun lelaki itu menolak.

                                    “Nah! Simpan, nanti hilang. Marilah.”

                                    “Tak apalah, saya tunggu disini.”

Lelaki itu kelihatan terkejut, ketawa kecil.

                                    “Awak ketawakan saya?” tanyanya dan mengecilkan matanya tanda marah.

                                    “Maaf, awak tahu tak sekarang ni baru jam dua belas pagi. Awak ada sepuluh jam sebelum bas awak tiba.”

                                    “Tak mengapa, saya tunggu di sini.”

                                    “Marilah, lagipun saya tahu awak belum makan lagi.”

Sekali lagi dia hanya mengekori lelaki itu, entah kenapa dia senang sekali dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu memandu kereta kecil itu dan beberapa minit mereka tiba dihadapan sebuah bangunan. The Summit, itulah yang tertulis di situ.

                                    “Marilah kita makan dulu atau awak ada cadangan lain?”

                                    “Ikut awaklah, saya tak pernah datang ke Johor.”

Lelaki itu menukar gear dan berlalu, mereka keluar dari bangunan itu. Dia sedikit terkejut dengan tindakan lelaki itu, ke mana agaknya lelaki itu mahu membawanya.

                                    “Alang-alang dah ke Batu Pahat. Apa kata kalau saya bawa awak berjalan-jalan.”

                                    “Awak serius?”

Dia nampak lelaki itu tersenyum dan terus memandu. Dia hanya membiarkan saja lelaki itu membuat keputusan. Dia mengikut cuma, kerana disudut hatinya dia percayakan lelaki itu. Dia hanya melihat dari luar tingkap kereta buatan Malaysia itu semua tempat yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Dari satu tempat ke satu tempat ditunjukkan sehingga mereka sudah melepasi sempadan Johor. Mereka sudah di bandar Melaka, bandar yang penuh dengan sejarah.

                                    “Saya dah menyusahkan awak, kenapa awak buat macam ni?” tanyanya.

                                    “Saya tahu bagaimana perasaan bila tiada sesiapa yang kita kenal di tanah asing.”

Dia membisu. Makanan dihadapan dijamah, dia memandang lelaki itu. Entah kenapa, sikap lelaki itu membuat dia tertarik.

                                    “Apa tujuan awak ke Batu Pahat. Maaf tapi saya terpaksa tanya?”

                                    “Saya sepatutnya berjumpa dengan kawan seuniversiti, tetapi dia  sudah ke Singapura. Dia kata ada kerja kosong untuk saya, tetapi nampaknya tak menjadi.”

                                    “Belum ada rezeki. Saya harap awak tak penat?”

                                    “Taklah, kalau awak tak bawa saya belum tentu saya akan ke mari. Melaka diwaktu malam, cantik. Terima kasih pada awak.”

Lelaki itu melihat jam.

                                    “Kita balik Batu Pahat sekarang, sudah jam lapan malam. Nanti tak sempat pula awak naik bas.”

Dia mengangguk.

 

                        Lelaki itu menghantarnya sehingga ke pintu bas. Mereka berpandangan, gadis itu cuba untuk bersuara tetapi tidak tahu apa yang ingin dikatakan.

                                    “Selamat jalan,” suara lelaki itu memecah kesunyian.

                                    “Terima kasih, saya dah menyusahkan awak.”

Lelaki itu gelengkan kepala.

                                    “Saya gembira kita berjumpa. Saya harap kita akan berjumpa lagi. Saya...”

Kata-kata lelaki itu tidak sempat dihabiskan bila pemandu bas sudah mula menghidupkan enjin. Gadis itu mula melangkah naik.

                                    “Hey, ini untuk awak?”

                                    “Oh! Terima kasih.” Gadis itu sudah pun melangkah masuk. Pintu bas ditutup. Matanya hanya melihat bas berwarna hijau itu berlalu pergi. Dia mengeluh, lelaki itu teringat sesuatu. Walaupun sudah seharian dengan gadis itu tetapi sampai kini dia tidak tahu nama gadis itu. Dia ketawa kecil, kejadian pelik. Dia berlalu pergi.

Thursday, January 28, 2010

Red Blood Moon

Mereka kembali ke asrama Monsoon, Luna Aurora memandang Putera Yossio. Dia tunduk.    

                                    “Terima kasih, Putera Yossio. Awak telah mengembirakan saya.”

Lelaki itu membisu, cuma. Namun, anggukkannya saja yang menjawab. Luna Aurora tersenyum dan berlalu pergi bersama Eliose. Sang putera hanya memandang gadis itu berlalu, kemudian dia berlalu. Kakinya melangkah, dia kembali ke rumah kaca. Sinaran bunga kristal itu hanya seperti biasa tidak seperti ketika Luna Aurora berada di situ.

                                    “Aku tidak sangka kau meminati bunga, Yossio?”

Putera Yossio menoleh, tangannya sudah bersedia di pedang yang ada dipinggang. Putera Kristov tenang cuma. Dia seperti tidak berminat untuk bertarung dengan lelaki itu. Putera Yossio memandang bunga kristal itu, ianya bercahaya. Cahaya itu seperti tadi, ketika Luna Aurora mendekatinya. Dia tidak mengerti? Apakah maksudnya?

                                    “Aku sudah penat... penat... dengan semua ini. Kau, Yossio?”

Putera Kristov memandang lelaki dihadapannya. Putera Yossio cuma membisu, namun renungnya tepat di wajah lelaki itu.

                                    “Aku tidak perduli apa yang difikiran kau, Kristov.”

Putera Kristov ketawa kecil.

                                    “Manusia memang begitu. Kau memang naif!”

Putera Yossio tersentak, dia mula mengeluarkan pedangnya. Putera Kristov memandangnnya sinis.

                                    “Kau takkan mengalahkan aku, Yossio. Kau manusia!”

Putera Yossio mula menyerang namun kesemua serangan Putera Yossio dapat dielak. Putera Kristov ketawa kecil. Dia beredar. Putera Yossio mendengus. Putera Kristov mengelak lagi dan kali ini dia mengeluarkan pedang yang tersisip dipinggangnya.Cahaya bulan sebagai penerang malam agar mereka berdua bertarung. Bunyi lagaan pedang jelas kedengaran. Geselan kedua pedang turut menghasilkan percikkan api.

                                    “Yossio, pertarungan kita tidak membawa erti...”

                                    “Kenapa kau takut aku bunuh kau?”

Putera Kristov ketawa.

                                    “Manusia bodoh! Mana mungkin aku dapat dibunuh dengan pedang kau yang karat itu.”           

Putera Kristov ketawa lagi, Putera Yossio membisu memandang pedangnya dan menyengkang peluh yang terbit didahinya.

                                    “Aku pasti akan kalahkan kau, Kristov.”

Putera Kristov menyarung kembali pedangnya.

                                    “Bukan malam ini, manusia...”

Putera Kristov berlalu, Putera Yossio cuma memandang.

                                    “Aku pasti akan bunuh kau...”

 

                       

Pengetua muncul untuk memerhati keadaan kelas. Tetapi, hari itu dia tidak nampak kelibat Putera Yossio dan dia juga dapat lihat perubahan wajah Luna Aurora.

                                    “Luna? Kamu kelihatan risau tentang sesuatu?” suara Pengetua.

Luna Aurora mengangkat wajahnya dan telan air liur. Dia tidak tahu bagaimana harus dijawap pertanyaan itu. Hanya gelengan kepala sebagai jawapan, Eliose yang ada di sisinya hanya memandang.

                                    “Maaf, pengetua... Saya tidak menjaga Luna dengan baik.”

                                    “Saya mengharapkan awak, Eliose.”

Red Blood Moon

Mereka kembali ke asrama Monsoon, Luna Aurora memandang Putera Yossio. Dia tunduk.    

                                    “Terima kasih, Putera Yossio. Awak telah mengembirakan saya.”

Lelaki itu membisu, cuma. Namun, anggukkannya saja yang menjawab. Luna Aurora tersenyum dan berlalu pergi bersama Eliose. Sang putera hanya memandang gadis itu berlalu, kemudian dia berlalu. Kakinya melangkah, dia kembali ke rumah kaca. Sinaran bunga kristal itu hanya seperti biasa tidak seperti ketika Luna Aurora berada di situ.

                                    “Aku tidak sangka kau meminati bunga, Yossio?”

Putera Yossio menoleh, tangannya sudah bersedia di pedang yang ada dipinggang. Putera Kristov tenang cuma. Dia seperti tidak berminat untuk bertarung dengan lelaki itu. Putera Yossio memandang bunga kristal itu, ianya bercahaya. Cahaya itu seperti tadi, ketika Luna Aurora mendekatinya. Dia tidak mengerti? Apakah maksudnya?

                                    “Aku sudah penat... penat... dengan semua ini. Kau, Yossio?”

Putera Kristov memandang lelaki dihadapannya. Putera Yossio cuma membisu, namun renungnya tepat di wajah lelaki itu.

                                    “Aku tidak perduli apa yang difikiran kau, Kristov.”

Putera Kristov ketawa kecil.

                                    “Manusia memang begitu. Kau memang naif!”

Putera Yossio tersentak, dia mula mengeluarkan pedangnya. Putera Kristov memandangnnya sinis.

                                    “Kau takkan mengalahkan aku, Yossio. Kau manusia!”

Putera Yossio mula menyerang namun kesemua serangan Putera Yossio dapat dielak. Putera Kristov ketawa kecil. Dia beredar. Putera Yossio mendengus. Putera Kristov mengelak lagi dan kali ini dia mengeluarkan pedang yang tersisip dipinggangnya.Cahaya bulan sebagai penerang malam agar mereka berdua bertarung. Bunyi lagaan pedang jelas kedengaran. Geselan kedua pedang turut menghasilkan percikkan api.

                                    “Yossio, pertarungan kita tidak membawa erti...”

                                    “Kenapa kau takut aku bunuh kau?”

Putera Kristov ketawa.

                                    “Manusia bodoh! Mana mungkin aku dapat dibunuh dengan pedang kau yang karat itu.”           

Putera Kristov ketawa lagi, Putera Yossio membisu memandang pedangnya dan menyengkang peluh yang terbit didahinya.

                                    “Aku pasti akan kalahkan kau, Kristov.”

Putera Kristov menyarung kembali pedangnya.

                                    “Bukan malam ini, manusia...”

Putera Kristov berlalu, Putera Yossio cuma memandang.

                                    “Aku pasti akan bunuh kau...”

 

                       

Pengetua muncul untuk memerhati keadaan kelas. Tetapi, hari itu dia tidak nampak kelibat Putera Yossio dan dia juga dapat lihat perubahan wajah Luna Aurora.

                                    “Luna? Kamu kelihatan risau tentang sesuatu?” suara Pengetua.

Luna Aurora mengangkat wajahnya dan telan air liur. Dia tidak tahu bagaimana harus dijawap pertanyaan itu. Hanya gelengan kepala sebagai jawapan, Eliose yang ada di sisinya hanya memandang.

                                    “Maaf, pengetua... Saya tidak menjaga Luna dengan baik.”

                                    “Saya mengharapkan awak, Eliose.”

Monday, January 11, 2010

Red Blood Moon

Agak payah untuk dia membuka matanya pagi itu. Kepalanya terasa begitu berat sekali. Luna memegang dahinya, dia tersentak. Kejadian semalam bermain dilayar matanya. Dia ketakutan dan bagaikan dapat merasakan tubuhnya didekati oleh Putera Kristov. Dia juga bagaikan dapat merasakan nafas putera itu dibatang lehernya. Tubuhnya menggigil dan memegang batang lehernya. Luna bingkas bangun dari katil dan menuju ke bilik air. Di kaca cermin dilihat jika ada sebarang tanda di batang lehernya. Dia mengeluh. Dahinya diletakkan di muka cermin, rasa ketakutan masih terbayang di jiwanya. Bagaimana kejadian itu berlaku? Dia rasakan ianya hanya sebuah mimpi. Air matanya tumpah. Dia terjelopok di lantai dan menangis lagi. Pintu bilik terkuak, seseorang muncul. Kepalanya disentuh, dia mendongak.

                                    “Yossio!”

                                    “Semua akan okey, aku akan melindungi kau!” Lelaki itu berbicara dan memeluk tubuhnya. Dia menangis di dalam pelukkan lelaki itu. Dari arah luar bilik seseorang melihat mereka berdua, dia tersenyum.

                        Kedua mereka bersandar di dinding, air mata Luna masih belum kering, masih lagi menitis. Yossio memerhati cuma. Dia hanya melihat dan membiarkannya.

                                    “Saya ingatkan berada disini akan jadi lebih baik.”

Yossio memandang gadis itu, biarlah gadis itu meluahkan isi hatinya.

                                    “Namun, seakan-akan sukar. Saya diperhatikan.” Air mata dikesat.

Yossio membisu lagi.

                                    “Apa yang berlaku, semalam? Kenapa Putera Kristov..?”

                                    “Tak perlu fikirkan... Biar Putera itu saya uruskan.”

                                    “Tetapi... apa tempat ini?”

Putera Yossio mengeluh berat seakan-akan menyimpan sesuatu pekara yang sukar untuk diucapkan dan dibicarakan. Dia mengeluh dan bingkas bangun. Tangannya dihulurkan kearah Luna Aurora.

                                    “Mari!”

                                    “Ke mana?”

Putera itu cuma menunjukkan isyarat agar gadis itu mengekorinya.

                                    “Bahaya?”

Putera Yossio gelengkan kepala. Luna menarik nafas dan pantas dihulurkan tangan ke arah lelaki itu. Mereka kemudian melangkah keluar dari situ.

                                    “Eliose, kamu tidak perlu mengekori kami. Luna akan selamat dengan saya.”

Eliose yang mengekori mereka terkejut dan dia keluar dari persembunyiannya.

                                    “Ini arahan pengetua, Putera Yossio.”

                                    “Baik, kamu pun boleh ikut!”

Luna Aurora memandang temannya, dia juga mengajaknya mengikut mereka sama. Luna merasakan genggaman lelaki itu hangat dan selamat. Dia mengekori. Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah bilik.

                                    “Ini???” suara Eliose, dia terkejut.

Putera Yossio mengangguk.

                                    “Inilah taman ajaib milik keluarga Putera Kristov.”

                                    “Bukankah ianya taman larangan?” suara Eliose.

Putera Yossio membisu, dia memandang Luna Aurora yang sedang menikmati taman tersebut. Gadis itu kelihatan tenang kembali.

                                    “Putera sukakan Luna?”

Putera Yossio membisu dan menghampiri Luna Aurora yang masih asyik memandang bunga di taman itu.

                                    “Mari ada sesuatu yang lebih cantik untuk di lihat.”

Putera Yossio menarik tangan Luna Aurora lembut. Gadis itu hanya mengekori. Dari arah dia berdiri, Eliose hanya memandang mereka berdua. Putera Yossio membuka pintu rumah kaca. Luna Aurora terkejut melihat bunga-bunga itu seperti sedang bercahaya.

                                    “Cantik!”

                                    “Ini bunga kristal, bunga misteri yang ditanam oleh keluarga Putera Kristov,” jelas Putera Yossio.

Mata bulat milik gadis itu memandang sang putera. Dia menjauh dirinya. Luna Aurora mendekati bunga-bunga itu. Sinaran bunga itu bertambah apabila Luna Aurora mendekati. Putera Yossio terkejut, dia memandang gadis itu.

                                    “Pelik...” bisik hatinya. Namun, dia biarkan sahaja gadis itu menikmati kecantikkan itu.

New Exile

Kuala Lumpur. 8: 59 malam.

               Adi yang sedang mengira-gira keuntungan terkejut apabila pintunya terbuka luas. Dua orang lelaki berbangsa Cina muncul dengan sebilah pedang ditangan mereka berdua. Mereka menghampirinya, Adi kelihatan tenang dengan kehadiran mereka. Salah seorang dari mereka menghampirinya dan meletakkan pedang tajam itu ke batang lehernya. Wajahnya masih tenang. Kemudian, seorang lelaki bertubuh sasa dan memiliki ketianggian enam kaki dua inci mendekati mereka dan duduk dihadapan Adi, dia merenung Adi tajam sekali.

                              “Yung Li...” sapa Adi, tenang walaupun pedang tajam masih ada dibatang lehernya.

                              “Di mana barang itu..?” suara lelaki bernama Yung Li. Wajahnya didekati ke wajah Adi. Adi cuma merenung wajah lelaki Mangolia itu.

                              “Bertenang, kawan. Kita tidak perlu sampai begini. Barang itu didalam perjalanan keluar Paris.”

                              “Jangan berani kau tipu aku, Adi.”

Pedang itu dekat di batang lehernya, Adi boleh rasa kesejukkan besi dari pedang itu. Namun, dia tenang sekali. Wajahnya tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

                              “Kau kata barang itu akan sampai semalam tetapi...”

                              “Ianya telah... telah dicuri!”

Lelaki itu menghentak meja kuat. Dia mencengkam batang leher Adi.

                              “Walau apa alasan kau, Adi. Hanya seminggu sahaja peluang kau. Lebih dari itu, kau akan rasa bagaimana rasanya kematian. Berdoalah untuk terus hidup!” suara lelaki itu, melalui isyarat mata dia mengarah dua orang pengikutnya untuk mengikutnya.  Adi memeriksa batang lehernya, dia merengus. Dia perlu buat sesuatu sebelum dia yang menjadi sasaran Yung Li.

 

 

               Subuh menjelma, aku menuju ke dapur. Terkejut melihat Izzat sudah pun berada di situ.

                              “Izzat, awal awak pagi ni? Kopi?”

Izzat cuma jungkitkan bahunya dan menuang secawan kopi untuk aku.

                              “Biasalah cik. Lagipun, budak-budak saya nak minum. Lagipun, kuumpulan saya tiada perempuan. Terpaksalah saya yang jadi mangsa.”

Aku ketawa kecil. Aku kemudian berlalu keluar, serasaku Exile masih belum bangun dan aku sendiri tidak nampak wajah Camilia. Aku ternampak wajah Azry meniti tangga turun dan wajahnya kelihatan serabai.

                              “Awal bangun, Az?”

                              “Agh! Amry tidur lasak sangat. Tak tahan!”

Aku senyum cuma. Azry berlalu, aku nampak dia mengeliat seketika sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Mata aku sorot ke muka jam tua, ia menunjukkan tujuh pagi. Aku capai telefon rumah, aku dengar tetapi terasa sesuatu yang tidak kena pada taliannya. Aku mencubanya berkali-kali. Pasti sekali ada yang tidak kena pada talian ini.

                              “Izzat, sebentar.”

Izzat menghampiri, aku memberitahu apakah masalahnya. Seperti selalu Izzat memeriksa apakah masalah yang dihadapi.

                              “Memang ada masalah, cik.”

Aku renung wajah comel Izzat. Dia membuka penutup gagang telefon, dia menunjukkan kepadaku masalahnya tanpa sebarang suara. Dia membetul kembali gagang itu dan meletakkan kembali ke tempatnya.

                              “Alat itu... itu peranti telefon, kan?”

Izzat mengangguk. Bagaimana ada orang boleh masuk ke rumah ini tanpa dikesan atau... Tidak mungkin perbuatan orang dalam.

                              “Nampaknya,  mereka mungkin sudah tahu Hanna di sini. Jadi, apa plan cik?” tanya Izzat.

Aku berlalu ke bilik dan segera menelefon mama dengan menggunakan telefon bimbitku. Aku bertanya jika ada apa-apa yang pelik telah berlaku kepadanya dalam beberapa hari. Wanita itu menceritakan tentang kedatangan tiga lelaki yang mencariku. Pasti merekalah yang menceroboh masuk rumah ini.

                              “Baiklah, mama dan Mak Ngah jaga diri. Lambat lagi... bye!”

Benarlah ada yang datang mencari aku? Kenapa aku? Gambar... pasti negatif itu sudah berada ditangan mereka. Tak guna! Aku kembali dan mendekati Izzat, aku membisikkan sesuatu di telingannya dan dia mengangguk faham. Azman yang sudah pun bangun mendekati. Aku turut berbisik ke telinga lelaki itu, dia terkejut.

                              “Cik, memang kita telah diperhatikan. Orang-orang saya mengatakan sudah dua hari mereka lihat van buruk berada diluar kawasan jalan ini.”

                              “Pasti mereka. Izzat kita bergerak sekarang.”

Izzat mula mengarah pengikutnya, aku menuju ke bilik kurungan Hanna. Azry dan Amry turun dengan beg pakaian begitu juga Camilia. Azman menghampiriku.

                              “Semua dah bersedia, Lisz.”

                              “Kita kena pergi sekarang, abang bawa Hanna keluar dari sini.”

Aku masih berkira-kira ke mana harus kami pergi dan ke mana pula aku harus campak Hanna.

                              “Kita jumpa di Dataran Ipoh tengahari nanti. Hanna akan ikut abang Man. Azry, Amry dan Cami naik kereta Izzat. Izzat dan saya akan naik jeep.”

                              “Okey...” jawab mereka serentak.

               Amry menahan aku. Aku tahu dia risau akan keselamatan aku, begitu juga aku. Aku mengangguk sebagai tanda segalanya akan kembali normal, Cuma aku sendiri tidak tahu bila.

new Exile

Azman sudah berkali-kali mengalih badannya. Tapi entah kenapa, dia tidak boleh tidur. Jam berdeting dua belas kali, sudah dua belas tengah malam. Dia menoleh, Azry dan Amry sudah bergelimpangan tidur di lantai. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar dari bilik. Azman sedikit terkejut bila suara menyapanya dari belakang.           

                              “Kenapa? Abang nak ke mana?” suaraku. Azman kelihatan ragu-ragu untuk memberitahu dia ingin ke mana. Aku renung wajahnya.

                              “Lisz, abang nak jumpa Hanna!” suara lelaki itu. Aku bagai tak percaya dengan apa yang aku dengar. Kenapa pula Azman nak jumpa Hanna? Aku garu kepala. Aku renung wajah lelaki itu, dia kelihatan nekad dengan permintaannya. Aku ketap bibirku. Dia ni sihat atau tidak, nekad semacam je? Takkan dia bayangkan Hanna sebagai Emilia Jazmine? Musykil juga ni? Pada hal mereka baru bertemu muka petang tadi. Kalau pun Azman terbayang wajah kakak saudaraku di wajah Hanna takkan perlu jumpa malam-malam begini. Aku renung lagi wajah Azman. Dia masih menanti jawapan dariku penuh pengharapan.

                              “Kenapa nak jumpa Hanna?” tanyaku, serius.

                              “Abang perlu jumpa dia, Lisz.”

Aku memandang wajahnya lagi, Azman masih tidak mahu memberikan jawapan. Biar betul lelaki ini?

                              “Sorry, abang memag tidak boleh nak beritahu sebabnya. Apa yang abang tahu abang perlu jumpa Hanna.”

Aku menghela nafas dan mengangguk.

                              “Baiklah, tetapi sekejap saja.”

Aku dan Azman beriringan menuju ke bilik dimana Hanna dikurung. Alec berada di situ menjaga. Lelaki bertubuh sasa itu sedikit terkejut dengan kehadiran kami. Dia memandang wajahku, aku menyuruhnya untuk memanggil Izzat. Izzat menghampiri.

                              “Kami nak jumpa Hanna. Buka pintu sekarang,” arahku. Lelaki sasa itu memandang Izzat dan Izzat mengangguk.

                              “Hanna?”

Hanna yang sedang termenung tersentak, dia terpandang Azman disisiku. Wajah gadis itu merona. Wajahnya berubah begitu juga dengan wajah Azman. Perubahan apakah itu? This is not right. There’s something fishy about them. Aku dapat lihat mereka menukar pandangan. Aku berdehem dan segera berlalu dari bilik itu. Biar mereka berdua berbual, tentu ada yang perlu mereka katakan. Aku yakin Hanna takkan memberi masalah kepada Azman atau pada kami. Aku melangkah perlahan menuju ke bilikku. Telefon bimbit yang berdering nyaring segera aku angkat, nombor diskrin kelihatan sedikit panjang dari biasa. Milik siapa agaknya telefon itu, setahu aku nombor seperti itu menunjukkan nombor  dari luar negara. Hafizul barangkali?

                              “Hello?” suaraku.

                              Lisz, aku ni! I need your help,  friend?”

Suara Hanny kedengaran di dalam talian. Lega aku mendengar suaranya. Sekurangnya aku tahu dia selamat, tidak aku risau lagi.

                              Aku di Paris. Aku akan larikan diri lagi, kali ni aku ke Austria. Aku akan ke Innsbruck, kau kena beritahu Irwan Rizal. Please!!!”

Innsbruck??? Setahuku Hafizul ada di sana, mungkin Hafizul boleh tolong sembunyikan Hanny buat sementara.

                              “Baik, nanti ada seseorang akan tunggu kau di sana. Be careful, Hanny.”

                              Lisz, Hanna bagaimana?” tanya Hanny.

                              “She’s fine. Aku akan jaga Hanna, jangan risau. Kau tu yang perlu jaga diri,” suaraku. Perbualan ringkas itu tamat. Aku perlu beritahu kepada Hanna.

 

 

               Hanna menarik nafas panjang, badannya disandar ke dinding. Azman cuma memerhati gelagat gadis itu. Kelihatan gadis itu sedang memikirkan sesuatu, wajahnya serius sekali.

                              “Kenapa kau perlu melarikan diri? Lisz, boleh selamatkan adik kau?”

                              “Tetapi, aku tidak puas selagi tidak tengok wajah adikku sendiri. Dia tak mungkin boleh survive dengan semua itu. Itu cara hidup aku bukan dia.”

                              “Maksud, kau?”

Hanna membisu.

                              “Aku tahu kau risaukan tentang keselamatannya,” suara Azman. Dia menghampiri Hanna.

                              “Kalau kau berada ditempat aku, mampukah kau berdiam diri.”

Azman terdiam. Ada betul kata Hanna, jika Azry dan Amry berada didalam bahaya mana mungkin dia berdiam diri. Dia juga pasti bertindak. Bunyi rintik hujan kedengaran di luar. Hanna memeluk tubuhnya dan mengeluh. Hanna berpaling memandang Azman, lelaki itu tajam memandangnya. Dia tidak senang denganpandangan lelaki itu. Azman mengalihkan pandangannya, sedar renungannya tidak disenangi.

                              “Azman, aku perlukan bantuan kau.”

                              “Kenapa aku? Melisza, Izzat ada di sini... Minta saja pertolongan dari mereka?”

                              “Mereka tidak faham. Mereka takkan bantu aku... Tambahan, aku seorang penjenayah...”

Azman memandang Hanna. Dia cuba bersuara bila pintu dibuka.

                              “Hanny baru saja menelefon aku. Dia di Paris sekarang dan akan ke Austria. Aku dah suruh Hafizul menantinya di Innsbruck.”

                              “Dia macamana?” tanya Hanna tidak sabar-sabar.

                              “Dia dikejar oleh penjahat dan sedang melarikan diri. Tetapi dia selamat. Kawan aku juga sedang membantunya.”

Hanna menghampiriku.

                              “Benarkan aku ke sana, Lisz.”

Aku gelengkan kepala.

                              “Sorry... kalau orang yang upah kau tahu tentang hal ini. Kau dan Hanny akan dibunuh. Aku dan mereka semua pasti diburu.”

                              “Tapi...”

                              “Hanna, aku rasa kau tinggal saja disini. Hafizul ada, dia bisa tolong sembunyikan Hanny buat sementara waktu.”