Thursday, November 24, 2011

THE RIDERS

Chrome tidak puas hati, dia mengepalkan penumbuknya. Dia meraung sekali dan raungannya bergema.
"Tuan…" suara orang kanannya.
"Xee, apa yang harus aku buat? I don't want to play the bad guy, anymore. Why can we be the good guys?"
"Tuan…baik lupakan perkara itu. Kita ada misi penting!"
"I'm listening."
Xee berdehem, dia menekan butang kuning diatas alat pusat kawalan.
"V20-k-08D-21kqc? Telah dijumpai?"
"Iya tuan. Another good news is The Riders is going after it." Jelas Xee. Chrome tersenyum, pintu besar terbuka dan tutup sendiri.
"Grand master!!!" umum Xee. Vilus berdiri disisi Chrome.
"Kita mesti miliki V20-k-08D-21kqc itu dan bunuh Zapp. The Rider banyak menyusahkan kita. Chrome, my son kali ini jangan buat silap."
"But dad…"
"Kill her or your will lost yours!!!" Perintah Vilus.
Chrome cuma mendiamkan diri, mustahil dia ingin membunuh perempuan yang dicintainya. Tetapi dia tidak boleh mengingkari kata-kata ayahnya. Itu nak cari nahas namanya. Pernah sekali dia cuba melanggar arahan ayahnya, seminggu dia dikurung di bilik tahanan yang penuh dengan cecair toksid. Mujurlah badannya imun dengan cecair itu, tetapi kulitnya lelas kerana terlalu lama direndam di dalam cecair itu. Chrome mengusap dagunya.
"Xee, bukankah bahan itu top secret?"
"Yes, young master."
"Tapi macamana pakar-pakar tu tahu koordinatnya. Serta macamana mereka boleh tahu kod itu?"
"Entah saya pun kurang pasti, tuan."
"Tak mengapalah, kita harus menyiasat kerana aku rasa ada kumpulan lain yang mahu memusnahkan kita?"
"As you wish, young master."
Xee melangkah keluar, Chrome mengusap dagunya dan berfikir langkah seterusnya. Chrome menuju ke biliknya, dia memerhati gambar Serena di dalam bingkai gambar itu. Chrome tersenyum, dia perlu mengembalikan kepecayaan gadis itu. Dia terlalu cintakan Serena Halida Imran. Sejak pertemuan pertama mereka di jualan lelong di rumah lelongan di New Ampang View. Pada masa itu, Serena baru saja berusia enam belas tahun dan ketika itu dia baru sahaja tamat daripada akademi khas untuk anak-anak White Rebel Underground. Ketika itu dia hanya memerhati dari jauh, masing-masing tidak kenal diri masing-masing. Indah kenangan waktu itu, sukar untuk diungkapkan. Dia mencapai bingkai itu dan diusap pelahan-lahan gambar itu. Setiap kenangan mereka bermain diingatan. Terutama sekali selepas serangan Digius, entah kenapa pada ketika itu dia boleh ke Big Jaya Underground Train Station. Dia dapat melihat Serena berlawan dengan Fact, gadis itu sungguh lincah berlawan dengan gerakkan kung fu dan kew donya. Entah macamana Fact telah melepaskan dart beracunnya dan tepat mengenai dada dan perutnya. Fact melarikan diri, dia segera mendekati Serena yang hampir maut. Kedua dua dart itu dicabutkan. Serena di bawa ke hospital, cuma beberapa minit sahaja lagi Serena mungkin mati.

Tuesday, November 22, 2011

THE RIDERS

Ricky dan Trisha menghampiriku. Aku menyerahkan jaket panjang yangku pakai kepada Ricky dan mengambil fail dari tangan Trisya.
"Boss tadi Dwan tanya mengenai pemintaannya?"
"Katakan pada Dwan, I'm not a nanny. Kalau dia nak, I surely can find one for him…" jelasku.
"Boss, erkkk…ada fax for you. From South Africa, looks like urgent.” Kata Ricky dan menyerahkan kertas faks kepadaku. Cage muncul dengan membawa dua beg besar kelihatan seperti ada benda berat di dalamnya.
"Planning a vacation, Cage?"
"Nope, this is for you. Professor Aswan Basha kata, kau ada mengarah dia menciptakan sesuatu."
Cage menyerahkan beg itu kepadaku. Kami ke makmal, Roshan, Nisha dan Malek membantuku. Aku memakai baju khas untuk penentuan radiasi dan keselamatan. Aku puas hati dengan ciptaan itu. Lantas, aku membaca faks yangku terima tadi, alangkah terkejut bila memdapati cips yang pernah Orion Fox sembunyikan telah ditemui oleh dua pakar dari Russia. Cips itu mengandungi rahsia ketenteraan dan senjata yang pastinya merbahaya.
"Cage, kita mesti ke sana. Aku tak mahu lagi peperangan 2001 berulang di sana." Terangku. Cage mengangguk. Aku bergegas ke lobi utama, diskrin besar wajah pemimpin Malaysia tertera.
"Good evening, Zapp." ucap pemimpin itu.
"Same to you, sir! What can I do for you, sir?"
"So…awak dah terima faks itu? Apa tindakkan awak, Zapp?"
"Kami akan ke sana, tuan. Cuma saya kurang pasti bagaimana ini boleh berlaku. Setahu saya kawasan itu mempunyai kod yang tersendiri. Mustahil pakar-pakar itu menjumpainya secara tidak segaja. Tuan pun tahu akan bahayanya V20-k-08D-21kqc itu?"
"Hmm…pihak kami pun masih menyiasat, tetapi saya rasa awak patut kesana, Zapp. Mungkin ada kaitan dengan kumpulan Bax."
"Maksud tuan, Vilus?"
"Mungkin? Kalau Bax bertanggungjawap, the entire universe is in great danger."
"Apocalypse?"
"Itu yang membimbangkan kami. Jadi lakukan sesuatu, Zapp."
"I will, sir. Jangan bimbang," suaraku. Tetapi bagiku ini amat membimbangkan V20-k-08D-21kqc itu berkaitan dengan cosmic power, kalau tak salah aku. Ayahku pernah berkata bahan itu jika terlepas ke udara akan menyebabkan keracunan, jika di campur air boleh membunuh semua hidupan kalau dijadikan bom atom, tiada kemungkinan lain.
Cage menghampiriku.
"Zapp, kapal terbang dah bersedia untuk berlepas ke Afrika Selatan."
"Trisya, kawal tempat ini, okey?"
"Good luck, boss!" ucap Trisya dan Ricky. Aku cuma senyum.

Monday, November 21, 2011

THE RIDERS


"Kita perlu cari Ming Po dan Prince K. Aku rasa tidak ada apa lagi yang perlu kita lakukan disini."
"Erk…okey." Jawap kedua lelaki itu serentak.
Mereka meniti tangga ke tingkat atas, mereka tiba di tingkat lapan. Aku buka pintu rintangan api pelahan-lahan. Kosong. Kami melangkah masuk dan memerhati sekeliling. Sebuah pintu terbuka di hadapan kami, aku tergamam. Ming Po dan Prince K muncul tanpa sebarang kecederaan. Aku berlari mendapatkan mereka.
"What happen?" tanya Ming Po.
"No time for question. Come let's move!" jelas Cage.
Kami beredar mengikut jalan yang kami lalu tadi. Kami segera beredar meninggalkan Menara Berkembar KL itu. Fikiran aku masih memikirkan tentang Chrome. Wajahnya berlegar di mindaku, benci aku melihatnya. Bagaimana aku nak lupakan lelaki itu. Aku tahu Cage dan Malek pasti tertanya apa yang berlaku tadi. Aku tidak menyangka Chrome terlalu emosi tadi. Ah! Aku pun tak tahu apa yang perlu dipecaya. Memang aku bekas tunangan Chrome ataupun Izaat Ghafiza Umar. Aku tidak tahu dia adalah keturunan pengasas Bax, sumpah kalau aku tahu pasti aku takkan jatuh hati padanya walaupun dia pernah selamatkan aku dari maut akibat panahan dart Fact, ketua kumpulan Digius. Ketika itu aku baru berusia tujuh belas tahun dan Chrome baru sahaja berusia dua puluh tahun. Pada ketika itu, dia tidak kelihatan seperti salah seorang ahli Bax. Malahan tutur katanya lembut dan sopan seperti anak-anak menteri atau anak-anak bangsawan. Begitu juga perilakunya, cukup baik. Sopan, menghormatiku dan juga menghormati pendirianku. Walaupun dia tahu aku anak kepada ketua kumpulan Orion Fox dan Blue Jade. Ketika itu, aku pasti cintanya tulus dan dia tidak menipu.
Julai 2009, aku baru sahaja menubuhkan The Riders, namun Izzat tidak mengetahuinya. Pada masa itu cuma Cage sahaja yang ada dalam kumpulanku dan Dorian, sepupuku. Pada mulanya aku ingin beritahu tentang hal itu, tetapi terbantut apabila ahli Bax 2001 dan Bax 81 membuat pengumuman ingin menubuhkan sebuah kumpulan baru dan mereka ingin membuat perhitungan dengan Mortal Underground kerana ingin menguasai kawasan mereka di Mid-Bangsar Valley dan Paradise Mid Acres. Pemimpin Malaysia memanggil ahli-ahli pembenteras pemberontak bawah tanah seperti Bubbles, Spin Snow dan kumpulan aku. Peperangan besar berlaku di kawasan itu, hampir memusnahkan seluruh kawasan Mid-Bangsar Valley. Didalam peperangan itu Dorian mati ketika kami cuba memintas Bax 81. Aku sendiri hampir kehilangan kedua-dua mataku. Pada ketika itulah, baru aku tahu Izzat adalah musuhku. Aku ditangkap oleh Bax 81, pandangan mataku ketika itu kabur. Mereka memerintah aku untuk dibicarakan dihadapan ketua Kumpulan Bax 9. Aku tahu ketika itu nyawaku pasti akan terpisah dari badan, aku cuma mendengar suara lelaki itu. Pada mulanya aku tidak pasti tetapi apabila lelaki itu mula mendekatiku dan ketika itu suaranya ku dengar agak bergetar. Aku cuba untuk melihat wajahnya dalam kesamaran pandangan. Hampir tercabut nyawaku apabila aku amati wajah itu. Izzat… Dia tidak mengaku pada mulanya namun terpaksa setelah bapanya turut campur tangan. Pada ketika itulah, baru aku tahu bahawa bapanyalah yang membunuh ayah dan ibuku. Ketika itu aku nekad biar mati berperang untuk menuntut bela dari mati sebagai pengecut.
Izzat cuba melindungi aku kononnya dia menyintaiku namun keputusan bapanya tetap mahu aku dihukum tembak. Aku tak pasti apa reaksi lelaki itu aku tahu dia tak membantah keputusan itu. Ah! Ahli Bax tetapi ahli Bax. Aku diletakkan di hadapan shooting squad apabila Cage dan pengikut Spin Snow membuat serangan mengejut dan menyelamatkan aku. Sampai sekarang aku hairan bagaimana Cage boleh menyelamatkan aku walaupun aku tahu tidak siapa dapat masuk ke dalam kubu Bax tanpa menggunakan kunci magnet atau kata laluan yang tepat. Aku di rawat di hospital dan pemimpin Malaysia memuji Spin Snow, Cage dan aku kerana berjaya mematah peperangan itu. Ketika itulah nama The Riders menjulang naik sebagai kumpulan ahli pembenteras pemberontakkan. Namun, mereka tidak tahu siapa sebenar ketua kumpulan The Riders kerana aku telah mengguburkan nama Serena itu dan aku tukarkan namaku menjadi Zapp. Tetapi kelancangan mulut Izzat telah mendedahkan nama sebenarku. Aku tak kisah yang penting Bax 9 harus dihapuskan. Aku tahu kalau Izzat mati tanpa waris pasti kumpulan itu takkan berkembang kecuali ada ahlinya yang sanggup bergaduh dan berlawan untuk mendapatkan pangkat itu. Kami tiba di markas kami, setelah meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan aku menuju ke ruang pejabatku.

Sunday, November 20, 2011

THE RIDERS


"Hey! No funny stuff!!!" salah seorang dari mereka memarahi kami.
"Take it easy, big guy. We ain't do nothing."
Salah seorang dari mereka mendekati dan menamparku sehingga aku hampir rebah ke lantai. Aku cuma menahan perit tamparan itu. Tiba-tiba pintu bilik kawalan di buka, seorang lelaki melangkah masuk dan menghampiri kami. Lelaki itu tersenyum.
"Serena, what a surprise? Tak sangka kita bertemu di sini. Bukankah bagus kalau kita selalu bertemu begini."
"Don't you speak my name…" Belum habis ayat yang ingin aku tuturkan, lelaki itu sudahpun menekup lembut mulutku.
"Serena…Serena…Serena…or shall I say Zapp."
Kesemua pengawal yang ada tersentak mendengar nama Zapp itu. Lelaki itu ketawa dan menoleh ke arah pengikutnya.
"She is my…almost my wife!"
"Sial kau, Chrome! Itu kisah lama, jangan kaitkannya lagi. I'm not yours anymore!!!" jeritnya. Tali yang mengikat tanganku hampir terputus, aku meronta lagi agar ikatan itu terlerai. Tuss!!! Tali yang mengikat tanganku terlerai dan aku mengambil tindakkan untuk menendang belakang Chrome, aku terpaksa berlawan dengan pengawal yang ada. Cage turut membantu walaupun tangannya masih berikat. Chrome cuba bangun tetapi rebah kembali apabila dilanggar oleh Cage yang mahu menuju ke arah pintu.
"Serena…don't go, again!!!" jerit Chrome dari dalam bilik kawalan itu. Aku tidak perduli dengan kata-katanya itu. Kali ini aku takkan terpedaya dengan jeritannya atau pujukkannya. Kali ini aku bukan lagi Serena yang dulu. Aku dan Cage masuk ke pintu rintangan api dan segera menuruni tangga untuk ke tingkat bawah. Aku terdengar bunyi tapak kaki, aku berhenti dan menjenguk kebawah seandainya dapat melihat siapakah yang meniti tangga itu. Bunyi tapak kaki itu makin dekat, aku telan air liur. Kenapalah aku terlupa ambil senjata milik pengikut Chrome. Aku merengus lemah.
"Zapp…"
Aku menoleh, Malek rupanya. Jadi yang tertangkap bukanlah Malek dan Ming Po. Tapi Ming Po dan Prince K, aku senyum tentu Malek menyamar. Itulah kelebihan Malek yang mampu mengubah wajah dan bentuk tubuhnya dalam sesaat. Ini kerana dia terkena sejenis bahan toksid ketika berusia sepuluh tahun dan bahan itu telah menjadi dirinya mutan dan diberi kelebihan tersebut.
"Malek, kau takutkan aku sahaja. Mmm…kita perlu selamatkan Prince K dan Ming Po."
"Malek, ada apa-apa berita tentang bom atau apa-apa sahaja."
"Aku dah periksa semua tempat dan juga bertanya pada pengikut Bax-9 namun buntu."
"Buntu. Mustahil tak ada apa-apa. Habis apa tujuan mereka?" tanyaku. Apa tujuan Bax-9 ni kemari kalau bukan mahu buat kacau di persidangan ini?
"Mmm…tapi ada salah seorang pengikut serahkan cakera ini pada aku." Malek bersuara dan menyerahkan cakera lutsinar itu kepadaku. Aku keluarkan komputerku yang sebesar telapak tangan. Aku masukkan cakera itu dan segera mengakseskannya.

Sebenarnya tiada apa yang aku mahu buat di persidangan ini, Serena. Aku cuma mahu bertemu dengan kau. Segaja aku hebahkan cerita ini melalui infomer kau dan juga bekas Bax-2000, Nosey. Aku mahu kau kembali, Serena. Aku masih tunangan kau Serena, aku masih Izzat Ghafiza Umar.
Aku tidak mahu bermusuh dengan kau, Serena. Aku tahu kau bencikan aku sebab keluarga dan keturunanku pengasas Kumpulan Bax ini. Aku tahu kau bertambah bencikan aku setelah kau tahu ibu dan ayah kau dibunuh oleh ayahku sendiri. Aku tak salahkan kau kerana hal itu. Tapi yang aku mahu kau tahu cinta yang kita bina masih utuh dan aku terus mencintai kau walaupun kau kini Zapp, ketua kumpulan The Riders. Tapi percayalah Serena. Jika tidak kau pasti tidak pakai loket itu….

Aku menutup komputer itu dan merengus kuat. Celaka kau Izzat!!! Kau letakkan aku dalam keadaan ini. Aku ambil cakera itu dan segera aku patahkan. Aku pandang Malek dan Cage, mereka kelihatan keliru.

Saturday, November 19, 2011

THE RIDERS


kami semua akan tiba di Bandaraya Metrobiotechcyber KL. Aku menambahkan kelajuan diikuti yang lain. Mereka setia dibelakangku, aku tambahkan lagi kelajuan motor Ducati 9990 ku. Kami sudah mendekati Menara Berkembar
KL. Aku memperlahankan kelajuan dan berhenti di suatu sudut tidak jauh dari bangunan itu. Kami turun dari motor masing-masing, kami berkumpul untuk berbincang.
"Cage, bagaimana?" tanyaku. Lelaki itu meninjau seketika tempat itu. Dia capai teropong untuk melihat sekeliling kawasan Menara Berkembar KL itu. Dia mengeluh, aku pandang Ming Po dan Prince K. Malek turut memerhati di sekeliling kawasan seandainya terpandang ahli-ahli Bax-9.
"Zapp!"
Aku menghampiri Malek, kami pandang ke arah lori kecil yang menuju ke ruang letak kereta di bahagian bawah tanah. Aku berfikir sejenak, kalau lori itu dengan mudah boleh masuk kelam bangunan itu, ini bermakna kawalan yang diberikan oleh pengawal tidak terlalu ketat. Aku renung Cage, dia mengangguk.
"Do you thinking what I'm thinking, Cage?"
"Way 'head of you, Zapp." Ujar lelaki itu. Aku kenyit mata pada lelaki itu. Kami naik ke atas motor masing-masing dan menuju ke arah bahagian bawah tanah.
"Wait!!!"
"Lebih baik kalau Malek dan Ming Po saja yang masuk ikut lapangan letak kereta. Cage kau ikut aku dan Prince K, I think you better fly." Arahku. Kami berpecah mengikut apa yang aku arahkan. Aku dapat lihat Prince K menekan sesuatu butan dan menukar enjin motornya kepada sky booster dan motornya 'terbang'. Aku tersenyum kali ini pasti berjaya dan kemusnahan Orion Fox dan Blue Jade pasti terbalas. Kami tiba di bahagian pembuangan kumbahan di Menara Berkembar KL. Aku tutup hidung dengan topeng yang sedia ada. Walaupun tidak kuat baunya namun aku tidak tahan dengan bauan itu. Kami nampak pintu masuk untuk kedalam bangunan itu. Namun malang menimpa apabila dua orang lelaki bertopeng muncul dengan senjata di tangan mereka. Aku merengus, tidak sangka aku gagal pada pemulaan misi. Salah seorang dari mereka menarik aku untuk mengikut mereka. Aku meronta agar dilepaskan namun gagal. Aku berharap Malek, Ming Po dan Prince K berjaya.
"Hmm…there got two more of them."
Semangat aku lemah, pasti Malek dan Ming Po telah tertangkap. Kini tinggal Prince K. kami dibawa ke bilik kawalan, aku lihat tiga orang pengawal sudah diikat manakala seorang telah ditembak, mati. Celaka mereka sudah masuk kedalam bilik kawalan kalau begini mungkin susah untuk dihapuskan. Aku lihat monitor-monitor yang terpasang, semuanya menunjuk kearah persidangan itu cuma dua monitor menujuk ke arah jalan masuk dan lobi.
"Cage, kita gagal. " bisikku ke telinga Cage.

THE RIDERS


Januari 2015, aku memerhati kearah Selat Melaka, mujurlah Selat itu tidak berubah. Angin bayu yang membisik cukup mendamaikan. Aku menggepalkan penumbukku, pemberontakkan ini perlu diakhiri. Aku toleh ke belakang, kumpulan The Riders sudah siap untuk bertolak ke arah Bandaraya Metrobiotechcyber KL.
"Zapp, kita harus beredar sekarang. Dua jam lagi persidangan itu akan bermula!!!" suara laungan kedengaran dibelakangku. Aku mengangguk sebagai tanda faham.
"Cage, bagaimana dengan supply tu dah load in?" tanyaku kepada lelaki yang laung kearahku tadi. Dia mengangkat ibu jarinya tanda beres. Aku mengangguk.
"Let's go, guys!!!" laungku. Motor Ducati 9990 milikku segera aku hidupkan enjin begitu juga dengan kumpulanku itu. Kami menunggang dengan megah. Dihatiku ketawa sendirian, tidak menyangka aku menjadi ketua kumpulan The Riders ini. Lebih menghairankan cuma aku sahaja ahli wanita didalam kumpulan itu, manakala empat lagi adalah lelaki. Mereka adalah Cage, Malek, Prince K dan Ming Po. Dari cermin sisi aku dapat melihat Cage cuba merapati motorku.
"Kau pasti Bax-9 cuba letupkan Menara Berkembar KL, Zapp?"
"I'm sure, Cage. Lagipun mustahil Nosey bagi salah information pulak."
"Come on, Zapp. Kau pun tahu Nosey bekas Bax-2000, ahli mission dan perancangan risikan."
"Itu aku sedar, Cage. Tapi mustahil lelaki yang dah berusia seratus lapan puluh lapan tahun itu masih nak memberontak lagi. Lagipun diakan buta dan tempang."
"But…"
"Kalau kau tak percayakan Nosey tu, percayakan aku Cage." Pintasku. Kulihat Cage mengeluh, aku tahu apa rasa hatinya. Seperti Cage aku pun tidak seratus peratus percayakan Nosey tu. Iyalah seperti yang Cage kata lelaki tu, bekas Bax-2000. Kumpulan pemberontak yang pernah letupkan persidangan G-7 di Ghana dan sepuluh orang tercedera termasuk dua pemimpin G-7. Menyebabkan 4 negara G-7 bermusuh dengan Ghana. Namun dapat diselesaikan tahun 2005 apabila pemimpin Malaysia mengupah Orion Fox dan Blue Jade untuk tugasan itu. Namun, selepas itu Blue Jade dan Orion Fox dimusnahkan oleh saki baki Bax-2000. Aku mengeluh timbul rasa sedih bila aku kenangkan kejadian itu. Aku sendiri melihat kejadian itu, ketika itu aku baru berusia empat belas tahun.
"Zapp…"
Aku menoleh, Cage memerhatiku. Aku sudah menganggap Cage seperti abangku tambahan usianya lebih tua dari aku. Aku baru sahaja mencecah usia dua puluh empat tahun manakala Cage sudah pun masuk tiga puluhan.
"Kau menangis???"
"Taklah…" Aku berselindung. Aku tidak mahu sesiapa tahu yang aku menangis, nanti mereka lemah semangat pula. Lapan minit lagi,

Wednesday, November 16, 2011

CINTA PADA DIA


Dia berdebar, penantian yang dia nanti sudah sampai ke hujungnya. Eirma mak andamnya sibuk mengenakan solekkan agar sesuai dengan pakaian nikahnya malam itu. Dia renung wajahnya di cermin, dirasakan dia tidak bersedia untuk itu. Riuh rendah kedengaran diluar bilik, dia mengerling ke arah Cici yang sibuk berbual dengan Rashid pembantu Eirma. Salahnya juga tidak melihat nama lelaki itu pada kad perkahwinan mereka atau bertanya pada mama dan papa. Dadanya terasa sesak, dia minta Eirma berhenti menyolek dan berlalu ke bilik air. Cici ketuk pintu bilik air itu berkali-kali, tiada jawapan. Akhirnya, Hizla keluar.
“Kenapa kak?”
Dia menggelengkan kepala. Cici memandangnya, dia tahu kakak saudaranya muntah. Dia tahu kakak saudaranya begitu mengelabah dan risau.
“Alah! Kenapa ni, habis comot make up tu!”
“Kak Eirma boleh betulkan?”
“Boleh, sayang. Jangan risau sangat.”
“Kak, tenang,” bisik Cici kepada Hizla.
Cici keluar untuk mencari Nurfara dan temannya itu turut terkejut dan berlalu ke bilik pengantin.
“Kau okey, boleh teruskan?”
“Demi family aku, aku rela.”
“10 minit mereka sampai.”
Hizla mengangguk. Riuh kedengaran di luar rumah, dia pasti rombongan itu dah sampai. Dia pegang tangan Nurfara.
“Ya ALLAH Ila, tangan kau sejuknya. Please tenang, okey!”
Hizla mengangguk dan menggigit bibir bawahnya. Nurfara beredar dan dia nampak lelaki itu sudah bersila di hadapan tok kadi. beberapa orang tua menyuruh Nurfara membawa Hizla keluar.
“Johan bin Azam?”
“Saya,” jawap lelaki itu. Mendengar nama itu, Hizla memandang Nurfara di sisinya. Dia berharap nama yang dia dengar tadi cuma khayalan. Dia menarik nafas panjang.
“Sah?” tanya tok kadi pada para saksi dan mereka mengangguk, kemudian doa di baca. Kini sah dia menjadi isteri orang dan bermulalah episod baru hidupnya. Hizla di bawa ke dalam bilik, dia mengelabah. Selepas ni upacara menyarung cincin dan membatal air sembahyang, bermakna inilah kali pertama dia akan jumpa lelaki itu setelah bertunang selama 3 minggu. Hizla tunduk dan memejam mata, Nurfara memegang tangannya. Nurfara juga menyuruh dia membuka mata dan pandang ke arah pintu.
“It will be fine, Ila. Trust me?”
Mata bundarnya tidak percaya apa yang dia lihat. Dia terkedu tidak tahu apa nak dikata, dia telan air liur dan pandang Cici dan Nurfara. Mereka tersenyum dan mengangguk, air matanya mengalir lagi.
“Kenapa abang tak beritahu, Ila?”
“Saja. Nak tengok rupa Ila, masa tu? Kelakar!”
Hizla menjeling ke arah suaminya. Johan ketawa dan memicit hidung isterinya. Hizla buat-buat merajuk.
“Sebenarnya abang pun baru tahu dua hari sebelum kita nikah. Bila abang terpandang kad kahwin.”
Hizla tersenyum.
“Tak sangka. Kita nikah akhirnya.”
“Abang tahu Cici dah cerita semalam bila dia call abang,”
“Jahatnya! Jadi Ila seorang saja yang tak tahu?”
“Fara pun tak tahu.”
“Ila takut...takut kalau takkan jumpa abang lagi dan tak dapat beritahu Ila...”
“Ila, abang tahu sebaik sahaja renung ke dalam mata Ila. Abang tahu Ila cintakan abang dan sebaliknya. Abang harap apa yang dah berlaku, biarkanlah ia pergi. Kita bina hidup baru.”
“Hmm...” balas Hizla, dia menggesel matanya.
“Tidurlah, hari kita masih panjang lagi.”
Johan menutup suis lampu dan berharap hari esok bertambah gembira dan manis buat mereka.

Wednesday, November 9, 2011

CINTA PADA DIA


“Mula pertemuan dia tak banyak bersuara, dia hanya kata kami tak sesuai. Kemudian, dia kata kakak macam budak-budak. Tapi dia senang berkawan dengan kakak,” ujar Hizla. Dia mengesat air matanya dan tergelak kecil. Cici merenung kakak saudaranya dan menghulurkan sekeping tisu.
“Kemudian mama dan papa putuskan pertunangan kami, dia kecewa dan kakak juga. Namun, kami terus terusan berhubung. Dia pernah kata, dia sayangkan kakak.”
“Lepas tu, apa yang jadi dan macamana dia ke London?”
“Dia dapat biasiswa tajaan kerajaan Malaysia untuk ke sana dan dua hari sebelum dia berangkat dia ucapkan perkataan itu dan mahu kahwin dengan kakak kalau dia dah balik.” Air mata yang masih mengalir di kesat. Cici mengeluh, dia faham dan mengangguk.
“Tapi kenapa mesti mengalah sebelum berjuang?”
“Dia akan berkahwin, Cici...”
Dia menangis lagi, Cici tidak tahu apa yang harus dia nyatakan lagi. Enjin kereta kakak saudaranya di hidupkan dan mereka meluncur laju.

CINTA PADA DIA


“Kak...”
Hizla menggelengkan kepala, Cici mendengus.
“Hello, siapa tu? Erk! Saya Cici..Hizla...mmm..”
Hizla masih menggelengkan kepala, Cici berdecit dan merengus.
“Maaflah dia sibuk. Telefon kemudian, bye,” jawapannya. Cici duduk di birai katil. Dia hanya lihat Hizla membuat bakul hantaran dan dia juga nampak mata Hizla merah. Dia tahu kakak saudaranya menangis. Dia menghela nafas dan bangun dari katil, kemudian berlalu keluar. Hizla capai telefon bimbitnya dan menutupnya. Dia tidak mahu Johan menelefonnya, kalau boleh dia tidak mahu timbulkan kemarahan mama dan papanya. Pintu bilik di ketuk, Suhana muncul.
“Mak Teh nak bakul untuk letakkan hantaran.”
“Kakak menangis?”
Dia menggelengkan kepala dan menyerahkan beberapa bakul yang dah siap. Pintu bilik kembali ditutp, dia berlalu ke jendela biliknya. Semalam dia pergi kedai sewa baju pengantin tetapi dia pergi seorang. Dia cuba baju yang telah di tetapkan untuknya. Dia hairan belum sekali lelaki itu berjumpa ataupun menelefonnya. Entahlah perkahwinan jenis apa dia ni, nampak sangat pengantin lelaki itu benar-benar tidak mahu berkahwin seperti dirinya juga. Ya ALLAH berapa lama dia harus begini, selama-lamanya? Dia merengus, itulah yang menyedihkannya. Entahlah apa nasibnya nanti jika dia dah jadi isteri lelaki itu.

Johan melangkah keluar dari kedai pengantin. Dia memandang pintu kedai yang baru sahaja dia langkau dan mengeluh. Johan masuk ke dalam perut kereta, dia memerhati cermin belakang. Dia terkejut dan segera menoleh, dia lihat Hizla sedang berdiri menunggu sesuatu. Dia dapat lihat wajah gadis itu muram dan tidak ceria. Johan menarik nafas panjang dan keluar dari BNW M3 itu, dia menghampiri gadis itu. Hizla menoleh bila dia rasa ada seseorang berdiri di sisinya. Dia merenung wajah lelaki itu, kemudian dia tunduk dan dia menjauhkan sedikit dirinya dari lelaki itu. Johan mengerti perbuatan gadis di depannya.
“Ila tunggu siapa?” tanya lelaki itu. Hizla melarikan anak matanya dari di renung oleh lelaki itu. Dia cuba menceriakan wajahnya dengan senyum, namun nampak janggal. Ketika itu dirasakan kelopak matanya bergenang dengan air mata dan dia berharap air matanya tak tumpah.
“Tunggu Cici cari benang dalam tu. Abang pula?”
“Abang dari sana?” Johan menunjukkan kedai pengantin tadi, Hizla merenung lelaki itu. Wajahnya berubah dan dia memandang lelaki itu. Kali ini giliran Johan tunduk dan kelihatan bersalah.
“Abang nak kahwin?” lemah sahaja bunyi suaranya.
Johan mengangguk, dia baru nak bersuara Cici sudah mendekati mereka. Johan mengeluh dan berdehem.
“Tak apalah Ila. Nanti jangan lupa hantarkan kad pada abang!” suara Johan dan melangkah. Dia sempat menoleh sebelum menghampiri keretanya. Cici dapat lihat air mata Hizla mengalir.
“Kakak biar Cici yang drive,”
Dia mengangguk dan menyerahkan kunci kereta, dia mengesat air matanya. Cici cuma mampu melihat, kasihan dia dengan sepupunya.
“Cici rasa kakak kena beritahu dengan Mak Teh.”
Hizla menggelengkan kepala, dia masih tersedu.
“Jangan seksa perasaan sendiri.”
Dia masih lagi dengan sedu sedannya. Cici terus memandu, dia kemudian melencong ke suatu arah dan berhenti. Enjin BNW Z9 di berhentikan. Hizla sudah ke keringan air mata.
“Kakak nak menderita ke?” tanyanya, kali ini dia lebih serius. Hizla merenung Cici. Hampir 17 tahun dia kenal sepupunya ini dan hari ini dia lihat Cici begitu serius bersuara.
“Kakak mencintainya sepenuh hati sejak pertemuan pertama kami. Ketika itu kakak tahun akhir di universiti dan dia baru setahun di Pusat Sains Negara. Ketika itu kami baru seminggu di tunangkan.”
“Dia mencintai kakak?” tanya Cici. Hizla mengeluh.

Monday, November 7, 2011

CINTA PADA DIA


“Ila, abang ni? Empat bulan tak dengar berita, kemana menghilang. Abang on the way ke office Ila, abang nak jemput Ila lunch. I won’t except no for answer, okey!”
Hizla mengangkat wajahnya dan memandang telefon itu. Dia diam, tidak tahu apa yang nak dia katakan. Dia bersalah pada lelaki itu, hari ini dia harus berterus terang.
Cafe’ Austin Chase tidak begitu ramai orang, mereka memilih kawasan yang sedikit tersorok. Hizla tunduk bila dia lihat Johan merenungnya.
“Since when?”
Hizla mengangkat muka dan melihat Johan membuat isyarat dia memakai tudung.
“Bulan lepas!”
“Kenapa menghilang selama empat bulan. Tak sangka, ingatkan KL kecil rupanya besar juga.”
“Abang, Ila dah tak boleh keluar dengan abang lagi.”
Johan sedikit terkejut dengan ungkapan gadis itu.
“Kenapa, mama dan papa marah kalau kita keluar?”
“Tak, Ila dah bertunang.”
“What! Tunang..? Siapa?” tanya Johan.
“Dia pilihan mama dan papa...Maafkan Ila, abang,”


Biar pun terluka
Ku lafaz kata-kata namunku terpaksa
Biarkan ia pergi, jangan di kesalkan
Tuhan lebih mengerti, apa yang disuratkan
Lupa saja diriku seperti biasa kau lakukan dulu...
Suis radio di tutup, dia tambah kecewa mendengar lirik lagu baru nyanyian Zamani. Dia capai majalah Photographer dan membaringkan diri di atas katil. Dia kebosanan, dia beredar ke bilik bacaan di pasangnya PS2 untuk dia membuang rasa bosan itu. Tetapi bertambah kebosanannya. Johan tak sangka gadis yang akan dia lamar kali kedua akan berkahwin tak lama lagi. Dia mengeluh tidak disangka bermacam-macam perkara berlaku hari ini, dia melurut rambutnya kebelakang. Pintu bilik bacaan terbuka, dia menoleh.
“Hmm...Along ingatkan siapa tadi. Kau rupanya, Johan?”
Lelaki itu memandang jam, hampir tengah malam.
“Kenapa? Tak boleh tidur?”
Johan mengangguk.
“Hal kerja atau hal cinta?”
Kedengaran Johan mengeluh dan berdecit. Dia mengangkat kening. Abang sulungnya menepuk bahu Johan.
“Umi dah jumpa gadis yang sesuai untuk kau? Dia dah pinang pun gadis itu.”
“Jo, tahu dah. Abi dah kasi tahu petang tadi. Tak kisahlah. Lagipun dulu Abi dah cakap, kalau umur Jo masuk 33 tahun dia akan pinang sesiapa saja selagi Jo single.”
“So, dah tanya Abi siapa gadis itu?”
Johan menggelengkan kepalanya.
“Nak jadi orang dulu-dulu ke? Masa nikah baru nak sua muka?”
Johan diam cuma malas nak bersuara, biarlah Alongnya mengusik.

Inikah permainan takdir, fikirnya. Dalam beberapa minggu sahaja, dia akan bernikah dan digelar isteri orang. Telefon bimbit berdering, dia menoleh dan melihat nama di skrin digital. Johan...dia pekakkan telinga. Dia malas nak menjawab, dia tak mahu jiwanya yang tidak tenteram bertambah kecamuk. Dia hanya insan biasa, punya naluri apa yang dia impikan kebahagian. Andai dia mampu ulang semula masa, dia pasti hubungan antara dia dan Johan akan menuju ke arah yang mereka impikan. Hatinya bukan ais yang cair bila dipanaskan, apa yang dia tahu dia tidak mahu semua dikelilingnya curiga, kecewa dan terluka. Tapi dia pasti itu takkan mungkin, dia hanya berdoa untuk kebahagian semua dan juga dirinya. Itulah saja jawapannya tika itu. Cici melangkah masuk, dia capai telefon bimbit Hizla yang masih berdering.