Part 3
Badannya letih sekali, dia berbaring di katilnya. Pakaian saragamnya masih dipakai, pelajaran yang diterima di institut ini lebih sukar. Walaupun dia sudah seminggu di sini namun penerimaan dari pelajar yang lain amat mengecewakannya. Kadangkala dia merasakan mereka seperti ini menerkamnya bila-bila masa sahaja. Dia memandang siling, Putera Yossio yang dingin itu bermain di matanya. Dia masih tertanya-tanya kenapa pemuda itu muncul di biliknya. Begitu juga dengan Putera Kristov yang tiba-tiba mencarinya di taman semalam.
“Kristov!” ujarnya.
“Manusia, kenapa kau mencari aku?”
Luna terkejut, hatinya terasa kecut. Dia memandang wajah itu, wajah Putera Kristov berbeza sekali. Matanya memandang ke langit, kelihatan seperti bulan mulai menunjukkan diri. Cahaya bulan berlainan sekali. Matanya memandang lagi wajah putera dihadapannya, sesekali kelihatan pemuda itu ingin menerkamnya. Pemuda itu mendekatinya, dia membulatkan matanya dan melangkah ke belakang tetapi terhalang oleh sebatang pokok.
“Kau kelihatan lazat sekali!”
Lazat? Apa makna pemuda itu. Tangan lelaki itu memegang bahu kirinya dan menolaknya ke batang pokok itu, wajahnya didekatkan dibatang lehernya. Luna yang kelihatan tidak mengerti apa-apa, menggigil ketakutan.
“Jauhkan diri dari dia, Kristov!!!” jeritan dibelakang mereka kuat kedengaran. Putera Kristov seakan terkejut. Dia segera menjauhkan diri dan berlalu pergi. Luna masih menggigil dan memandang bulan yang masih terang di langit hitam.
“Luna? Kau okey?”
Matanya memandang Putera Yossio, pemuda itu membuka jaket yang dipakainya dan segera disarung ke bahu gadis itu. Dia turut merasakan tubuh gadis itu menggigil dan longlai. Pemuda itu memeriksa batang leher Luna.
“Kamu tidak ada apa-apa. Mari aku hantar kau pulang.”
Pemuda itu memapahnya, namun kerana lututnya yang lemah itu pemuda itu terpaksa mendukung Luna untuk ke asramanya. Eliose yang menanti dihadapan pintu asrama Monsoon. Luna yang memandang wajah temannya segera memeluk Eliose dan Luna menangis dibahunya.
“Dia tidak ada apa-apa, terkejut cuma.” Eliose cuma memandang Putera Yossio berlalu. Luna menangis dibahunya.
“Putera Yossio, terima kasih.”
Putera Yossio sedikit pun tidak berpaling namun dia berlalu. Kedua mereka berlalu menuju ke bilik Luna. Eliose membaringkan temannya dan menyelimutnya.
No comments:
Post a Comment