Tuesday, July 21, 2009

New Exile

Azman dan Hafizul memerhatikan kereta mewah itu dari tempat mereka berdiri. Kedua mereka menghampiri kereta Mercedes Benz E 230 Avantgarde. Azman membuka hud kereta itu. Hafizul cuma melihat. Dia memerhati lelaki itu memeriksa minyak hitam, bateri, minyak brake dan bahagian enjin yang lain. Sesekali, Hafizul melihat lelaki itu.
  “Kenapa dari tadi Zul pandang abang macam tu?”
Hafizul berdehem, disangkakan lelaki itu tidak perasan akan perbuatannya. 
  “Abang Man masih bersedih dengan kehilangan Kak Emilia?”
Azman memandang pemuda disisinya. Hafizul serba salah.
  “Kenapa pertanyaan itu yang mesti ditanya. Kadang kala abang rasa terkonkong dengan pertanyaan itu lemas, rimas.”
Hafizul tidak bersuara, kesal juga dengan pertanyaan yang telah ditanyanya. Digaru kepalanya.
  “Maafkan saya, bang.”
  “Zul, Emilia is an amazing girl. Abang terlalu sayangkan dia. Kalau dia masih hidup, pastinya abang sudah bernikah dengannya.”
  “Saya faham, bang. Maaf kerana saya buat abang sedih. Tapi tiada siapa boleh mengubah takdir, bang.”
Azman mengangguk dan mengangkat kedua keningnya. Dia menghampiri paip air. Camilia muncul dengan dulang berserta dua gelas air ditangannya. 
  “Lisz, Az dan Am ke mana? Dari Subuh tadi tak nampak muka. Sarapan pun belum?”
  “Jogging...” ringkas jawapan Hafizul.
  “Jogging? Tanpa beritahu Cami? Jahat!” suara gadis itu manja. Hafizul gelengkan kepala, dia jungkitkan bahu. Kedengaran suara orang, kedengaran suara itu seperti suara Amry. Pastinya mereka sudah pulang.
  “Hai!” tegur Azry.
  “Az... seronoknya. Kenapa tak cakap pada Cami tadi?”
  “Sorry. Tak plan pun. Lisz ni tiba-tiba je. Jangan marah?”
Camilia memuncungkan bibirnya.
  “Tadi, kita dah tanya. Mati-mati kata tak nak.”
Camilia memandang Amry, dahinya berkerut.
  “Bila masa you tanya?”
  “Pagi tadi... tengok nyanyuk!”
  “Hey! Mana ada!” tinggi suara Camilia kedengaran.
Azry ketawa kecil.
  “You jangan layan, Amry. Dia bergurau...”
  “Teruk betul lelaki ni! Baling dengan dulang ni?”
  “Jangan! Nanti terbelah kepala I ni!” suara Amry.
Mereka semua ketawa, aku hanya tersenyum. Mataku kerling ke arah Azman. Mujurlah dia masih mampu tersenyum. Wajah Camilia merah padam, gadis itu malu.
  “Kakak, apa kata kalau kita pergi piknik?”
  “Okey juga. Kemana kita?” tanya Amry, teruja.
  “Pangkor?” suara Hafizul.
Azman berdehem.
  “No, too expose.” Azman bimbang kejadian enam bulan berlaku lagi, itu yang tercalit diwajahnya. Tetapi, aku setuju kerana mereka pasti diserang para peminat, barangkali dengan kehadiran paparazzi. 
  “Okey, then kita ke Sg Klah. Hot spring...”
  “No!!!” pantas jeritku. Kemudian, pantas aku menutup mulut.
  “Why?” tanya Hafizul dan Amry serentak. Aku gelengkan kepala.
Apa yang harus aku katakan. Kalau ke Sg. Klah pastinya akan bermalam dirumah tua di Bidor itu. Apa alasan aku lagi.
  “Sg Klah kan cantik. Bersih... lagipun rumah peninggalan kita ada kat Bidor. Just couple of minutes to Sg. Klah.” 
Kacau!!!
  “Kalau setuju, kita beritahu mama. Eh! Kunci masih kakak simpan?” suara Hafizul. Mahu tak mahu aku mengangguk, demi menjawab pertanyaan adik bongsu aku itu. Apa yang harus aku buat ni, kalau nak sorokkan Hanna dah tak sempat. 
  “Bila nak pergi, Zul?” tanya Camilia kelihatan tidak sabar-sabar.
  “Next weekend ni!” suara Amry.
Kami semua memandang lelaki itu, Camilia segera mengangguk setuju. Mereka yang lain turut sama setuju. Hafizul kelihatan kerutkan dahi.
  “Kalau next weekend, Zul tak dapat pergi. Maaf!”
  “What?” tanya aku. Kenapa pula adik aku ni tak dapat pergi. Semua mata memandangnya.
  “Zul ada projek yang perlu disiapkan. Mula-mula akan ke Austria kemudian ke Perancis.”
  “Jadi, kita tangguh dulu..?” suaraku. Aku berharap ada yang setuju dengan cadangan itu.
  “No! Kakak, mereka tak pernah ke sana. Zul dah selalu ke sana. Tak mengapa, kakak bawalah mereka ke sana?”
  “Tapi... tapi...”
  “Kakak ni kenapa?” 
Aku gelengkan kepala. Nampaknya terpaksa jugalah aku mengalah. Sg. Klah akan menjadi destinasi mereka. Payah! Tapi kenapa baru hari ni Hafizul mengatakan yang dia akan ke Austria.
  “Zul, kenapa nak ke Austria?”
  “Buat projek untuk kolej than holiday...” suaranya. Aku mencebik dan gelengkan kepala. Teruk adik aku yang seorang ni!
 Langit yang begitu cerah, mula gelap. Awan cerah kini diliputi kegelapan. Hujan mula menitis ke bumi, segera kami berlari anak masuk ke dalam rumah. Mamaku sudah pun sedia menjamu kami dengan air teh panas. Mamaku pantas sekali membuat kerjanya. Aku beredar ke bilik segera aku ke kamar mandi. Baju sudahku tukar. Telefon bimbit milikku berdering nyaring di sisi katil. Aku melihat skrin telefon. Private Number! Siapa agaknya?
  “Hello?”
  “Cik, Izzat di sini. Hanna buat hal!” suara Izzat di dalam talian. Aku menrengus. Hanna!
  “Awak lakukan apa saja asalkan dia senyap atau bertenang. Tapi, jangan sampai membahayakannya. Dia seorang yang penting, Izzat. Jika dia terlepas, barangkali Malaysia turut dalam bahaya.”
  “Baiklah cik. Jangan risau... Saya tahu apa yang perlu dilakukan. Cik, akan ke mari?”
  “Ya! Saya nak pastikan semua terkawal, Izzat. Barangkali saya akan datang dengan orang lain.”
  “Saya faham, cik.”
Talian di matikan. Aku harap Hanna tidak apa-apa, Izzat pula boleh kawal gadis itu. Tetapi, aku tahu Izzat mampu melaksanakan tugasnya dengan baik. Aku harap bila aku dan Exile serta Camilia datang Hanna tidak akan misbehave! Aku menuju ke arah meja solek. Aku takut juga jika Hanna larikan diri. Kemudian, dia ditemui oleh konco-konco yang mengupahnya. Hanny pasti dalam bahaya, begitu juga aku. Aku mengeluh dan berdoa apa yang aku takutkan berlaku. 

 Adi melangkah menghampiri lelaki Perancis itu. Dumment bangun dan mendekati lelaki itu. Adi memandang sekeliling, kemudian dia memandang lelaki dihadapannya.
  “Mana gadis-gadis itu?”
  “Mereka bersembunyi.”
  “What?”
  “Pihak Kanada dah tahu mengenai rancangan aku. Barangan itu terpaksa kami sorokkan dahulu.”
  “Maksud kau?”
  “Aku terpaksa tangguhkan dulu penghantaran barang itu kepada kau, kawan!”
  “Dumment, kau cuba menipu aku?”
Dumment dapat melihat Adi bagai bersedia mengeluarkan pistolnya. Dia berdehem dan mendekati Adi.
  “Bertenang kawan..! Kau tahu aku takkan tipu atau belot pada kau. Tetapi, kali ini aku terpaksa. Pihak Kanada mencari aku, jika aku bawa barangan itu pada kau pastinya kau turut sama dicari.”
Adi mengeluarkan tangannya dari poket kot. Dumment mengeluh lega.

No comments: