Bidor. 5:00 petang.
Hanna menjerit di dalam bilik itu walaupun dengan mulut yang tertutup. Dia meronta-ronta, pintu bilik itu terbuka. Lelaki bertubuh sasa mendekatinya dan membuka ikatan mulut gadis itu.
“Aku bosan. Panggil Melisza sekarang! Aku nak jumpa Melisza!!!” jeritnya sambil meronta-ronta. Lelaki itu pantas keluar dari bilik itu dan bertemu dengan lelaki kurus itu. Dia muncul dibilik kurungan Hanna, poket kotnya diseluk. Dia mengarah semua orang-orangnya untuk memegang Hanna. Dia mengeluarkan alat penyuntik dan segera menyuntik ke lengan Hanna. Hanna yang tadi bagai harimau lapar yang ganas mula bertenang dan dia pengsan. Lelaki kurus itu mengeluh dan melihat jarum suntikkan itu. Wajahnya diusap, bagaikan satu kekesalan. Mereka semua melangkah keluar dari bilik tersebut.
“Bos, adakah tindakan tadi itu wajar?”
Lelaki kurus itu membisu.
“Kalau dia sedar dan mengganas macamana, bos?”
“Kita cari jalan lain selain ini.”
“Dia suruh kita cari Cik Melisza. Macamana? Patut kita hubungi?”
“Saya sendiri tidak pasti. Tetapi, saya akan hubungi cik Melisza. Bersurai!” Mereka semua beredar... Lelaki kurus itu memerhati pintu kurungan kemudian melangkah pergi.
Azman ralit memerhati skrin televisyen. Iklan mengenai konsert mereka ditayangkan. Dia memerhati dengan penuh minat, telefon bimbitnya berdering.
“Yes, I’ve seen it. Good job, Lokman. I will see you next week. Bye!”
Datin Jamilah muncul, dia berdehem. Azman menoleh dan membetulkan duduknya.
“Auntie, maaf kalau ganggu?”
Datin Jamilah cuma gelengkan kepalanya. Wanita itu melabuhkan duduknya di sofa berhampiran.
“Auntie, nampak cahaya televisyen jadi tengok siapa yang ada diruang ni tengah malam macam ni? Kenapa tak boleh tidur?”
“Saya tengah fikir fasal konsert kami hujung bulan nanti. Banyak perkara yang perlu saya fikirkan, jadi CEO ni berat juga,” suara Azman. Datin Jamilah hanya tersenyum dan mengangguk kecil.
“Pening nak menguruskan semuanya. Masih tak selesai, urusan keluarga, adik-adik, syarikat...”
“Emila Jazmine...” pintas wanita itu. Azman membisu, tunduk. Dia kembali terperangkap dengan perasaannya. Dia merengus, lembut.
“Auntie sampai sekarang masih saya tidak boleh melepaskan Emilia dari fikiran saya. Padahal sudah enam bulan dia pergi. Sepatutnya saya dah boleh melupakannya.”
“Auntie tahu sayang kamu terhadap Emilia mendalam, kan?”
Azman mengangguk kecil.
“Mungkinkah kerana saya masih mencintainya atau... Auntie, apa yang perlu saya lakukan?” tanyanya.
“Auntie, tak pasti apa yang harus auntie katakan. Tapi, bagi auntie Azman banyak-banyak berdoa. Berdoa agar roh Emilia tenang, selain itu...”
Azman memandang wajah wanita itu, dia bagai tidak sabar untuk menunggu penghabisan ayat itu. Datin Jamilah kelihatan ragu untuk meneruskannya.
“Selain itu, ada baiknya kalau Azman mencari pengganti Emilia.”
Azman bersandar di kerusi itu. Kenapa wanita itu memberi penyelesaian sebegitu?
“Hanya itu saja, Azman. Jangan Azman ingat, auntie suruh Azman lupakan Emilia. Tidak sama sekali.”
“Tetapi... itu seperti menyuruh saya melupakannya.”
Datin Jamilah menggelengkan kepala.
“Kamu perlu seseorang di sisi. Cara ini lebih membuat kamu tenang serta dengan cara ini memori indah Emilia akan menjadi lebih indah. Bukannya satu gangguan. Faham tak?”
Azman membisu.
“Auntie tahu. Kamu masih belum boleh terima. Auntie faham. Satu persatu kamu akan faham juga nanti, nak. Auntie harap kamu masalah kamu akan selesai.”
“Terima kasih auntie.”
Datin Jamilah berlalu.
No comments:
Post a Comment