Aku duduk di ruang tamu. Fikiranku melayang memikirkan tentang Hanna di rumah tua di Bidor. Selain itu, aku juga memikirkan Hanny. Sudah begitu lama dia pergi tetapi satu pun pesanan dihantarkan kepadaku. Hanny menghadapi kesusahankah? Risau betul dengan kehilangan Hanny. Entah dimana gadis itu sekarang? Menyesal tidak menghalang, jika mereka di Malaysia tahu juga apa perlu dilakukan, barangkali meminta pertolongan Irwan Rizal. Aku mengeluh. Bunyi detik jam kedengaran jelas di ruang tamu itu. Patutkah aku beritahu Exile, Camilia serta mama tentang Hanna dan Hanny? Buntu bila memikirkannya, serabut otak dibuatnya.
“Jangan termenung, sayang?”
Aku menoleh, mama menghampiriku dan duduk di hadapanku. Aku betulkan duduk, aku memandang wanita itu. Perlukah wanita itu mengetahui kebenarannya? Wanita itu mengerutkan dahi melihat keadaanku. Aku pasti ada yang ingin dia bertanyakan.
“Sayang, tahukan Zul akan ke Austria dan Perancis?”
Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.
“Mama risau!”
“Tak payahlah risau, mama. Dia dah dewasa, dah boleh jaga diri sendiri. Tapi, kasihan dia tak dapat ikut kami ke Sg. Klah.”
“Alah! Macam adik kamu tak pernah ke sana?”
Aku senyum kecil. Aku lihat tangan wanita itu mencapai majalah Nona di meja.
“Betulkah, mak ngah kamu datang petang Sabtu?”
Aku mengangguk.
“Itulah yang sms mak ngah hantar tadi, mama.”
Wanita itu mengangguk, mak ngah yang juga kakak kedua mamanya akan datang. Ini adalah kedatangan kali pertama setelah kematian Emilia Jazmine.
Jam sudah melewati jam satu malam. Dia sudah pun bersiap sedia. Pakaiannya sudahpun ditukar. Malam inilah segalannya akan terlaksana. Dia perlu segera selesaikannya. Cuaca tidak begitu sejuk, mengikut perkiraannya dua puluh darjah. Dia melihat tubuh dicermin, tak sangka dia buat begini. Didalam seumur hidupnya belum tentu dia akan lakukan sebegini. Selalu dia memarahi kakaknya tetapi kini dia pula yang mengalaminya. Dia ketawa kecil. Dia memakai sut yang melengkap tubuh seperti cat suit yang dipakai oleh Michelle Pieffer didalam filem Batman.
“Macam catwoman je.” Hanny berkata dan ketawa kecil.
“Cuma Batmannya saja yang tak ada...”
Hanny ketawa lagi. Rambut panjangnya disanggulkan, dia memerhati cermin setelah berpuas hati dicapainya jaket labuh dan beret yang dikenakan dikepala. Dia melangkah keluar dari biliknya, selawat dan doa dibaca supaya segalannya berjalan lancar.
“Ya Tuhan... aku lakukan demi kakakku...” suara hatinya. Hanny tiba di trem jalanan. Dari tempat dia berdiri, dia dapat melihat pondok telefon. Dia agak jauh dari hotelnya, dia pasti Bala tidak mengekorinya tadi.
“Baik aku call Irwan Rizal ataupun Melisza...”
Dia berlari anak ke arah pondok telefon itu. Namun, trem sudah tiba. Dia batalkan niatnya dan melangkah naik trem itu. Destinasinya sudah di depan mata, Hanny melangkah turun. Jalanan sunyi, dia memandang sekeliling. Topeng muka dipakai, dimahu melangkah bila seseorang mencekup mulutnya dan pisau belati dibatang lehernya. Dia merengus.
“Bala!” suaranya hampir berbisik.
“Cik sepatutnya tugasan ini kita akan buat bersama. Atau cik cuba belot?”
Pisau itu masih dibatang lehernya, Hanny menahan marahnya. Dia tidak boleh buat apa-apa selagi pisau itu dilehernya. Mulutnya dibuka untuk membolehkannya bersuara.
“Maaf, aku mahu segera selesai. Kalau kau ikut sekali belum tentu ianya berjalan lancar.”
“Kau takkan lakukannya tanpa aku...”
Hanny terpaksa mengaku kalah. Dia mengangguk, dia terpaksa. Dia meanjat dinding setinggi lapan kaki. Dia lihat sekeliling, semua sunyi. Mujur pihak keselamatan tidak meletakkan kamera di dinding itu. Dia melompat turun dari dinding itu dan menyorok dibelakang belukar sambil memerhati sekeliling. Jam tiga pagi, rasanya ini masa peronda keselamatan akan lalu di pintu masuk sisi. Dia takut-takut kalau ada pengawal yang membawa anjing, jika iya dia akan ditangkap dengan mudah. Bala sudah pun menuruni dinding itu. Semuannya lancar, diberlari anak menuju ke arah bangunan itu. hanna mencapai tali dan batang besi yang berbentuk cangkuk. Dia mencampak besi itu dengan sekali baling saja ia tersangkut.
Hafizul sudah pun mengemaskan barang-barangnya. Pintu bilik diketuk kemudian dikuak, wajah Azman muncul selepas kebenaran diluahkan.
“Kau dah siap?”
“Dah, bang. Tengahari esok Zul akan bertolak.”
“Tak seronok kalau Zul tak ada.”
Hafizul duduk dikatil, dia menggarukan kepalanya.
“Bukan sebab saya rasanya?”
Azman membisu. Ada betul kata pemuda itu sebenarnya, dia sendiri pun tidak tahu kenapa. Semakin hari semakin hatinya tidak keruan. Gelora hatinya yang tidak menentu, adakala dia ingin kembali diwaktu dia dan Emilia Jazmine. Rindu dia pada gadis itu. Hafizul berdehem bila melihat lelaki dihadapannya mengelamun.
“Hajat hati memang saya nak mengikut sekali tetapi memandangkan projek say a ini sudah saya rancang lebih awal jadi terpaksalah saya tak mengikut Abang Man dan kakak ke Sg. Klah.” Hafizul tersengih, ligat tangannya memasukkan barang ke dalam beg. Pintu bilik terkuak, aku muncul dengan membawa beberapa helai baju milik adikku. Tetapi aku beredar, tidak mahu menganggu perbincangan mereka berdua. Biarlah mereka berbual... mungkin dengan cara ini Azman boleh berasa lebih lega. Aku mendengar dari balik pintu.
“Saya harap abang boleh release semua tension dan bergembira semasa di sana. Saya harap apa yang abang cari akan abang temui di sana.”
“Abang pun berharap pun begitu, Zul. Adakala beban dihati ni begitu berat untuk ditanggung.”
Hafizul mengangguk. Aku yang mendengar menghela nafas, kasihan juga mendengar keluh hati lelaki bernama Azman itu. Tetapi suatu kemujuran kerana dia mahu meluahkan kepada adik lelakiku yang bertahun muda darinya. Pelik!
No comments:
Post a Comment