Thursday, October 27, 2011

CINTA PADA DIA


Lelaki itu ketawa kecil.
“Hmmm...bunyi macam Ila cemburu,” duga lelaki itu.
“Ila tak cemburu, Ila risau. Ila takut Ila sedang berjalan dengan suami orang?”
“Taklah. Abang masih macam dulu,” dia mengerling sedikit ke arah gadis di sebelahnya.
“Iyalah tu, lelaki kalau dah jumpa yang lawa tentu lupa yang lama. Tambahan jumpa Mat Saleh lupa terus orang di Malaysia.”
“Ila...tak baik tuduh abang macam tu tau. Abang balik Malaysia terus cari Ila.”
“Opss..! Abang marah Ila ke?”
“Tak marah...merajuk aja,” suara Johan sedikit merajuk. Hizla mengeluh dan merenung lelaki itu manja kemudian ketawa kecil.

Hizla membuka pintu rumah, dia rasa macam rumahnya riuh sahaja. Dia terkejut bila terpandang wajah mama dan papanya di ruang tamu sedang berbual dengan Nurfara. Dia menghampiri kedua orang tuanya dan bersalam dengan mereka.
“Ada apa hal mama dan papa ke mari?”
“Mama kamu ni kata dia rindu dengan kamu, Ila?”
“Sebenarnya mama dah terima pinangan seseorang untuk kamu, Ila.”
Hampir terbeliak mata Hizla memandang kedua mam dan papanya. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Nurfara. Temannya tunduk.
“Terima pinangan, kenapa tak tanya Ila dulu?”
Mamanya memandang papa, lelaki itu mengeluh.
“Memang kami bersalah kerana tak tanya tapi apa yang mama dan papa buat adalah untuk Ila. Lagipun, Ila dah 30 tahun...”
“Sudahlah papa, apa pun keputusan dah dilakukan dan Ila terima segalanya.” Akhirnya dia bersuara dan berlalu, Nurfara mengekori temannya dari belakang. Hizla mencampak kunci dan beg tangan di atas katil, dia kecewa. Dia mendekati jendela dan merenung keluar.
“Aku kecewa, aku baru nak rasa bahagia bila Johan dah balik...”
“Apa, Johan dah balik?”
Hizla mengangguk, dia menutup jendelanya dan duduk di birai katil.
“Kau dah dengar, kan? Mereka selalu buat keputusan tanpa berbincang. Dulu masa dengan Johan pun macam tu! Mujur Johan masih nak berkawan dengan aku.”
“Dahlah. Ikut sahajalah. Mereka fikirkan kau, itu sebab mereka buat keputusan itu tanpa berbincang. Selain Hamdan, kau saja anak mereka.”
Hizla mengeluh dan duduk di birai katil. Kedengaran laungan mama Hizla di luar. Hizla merengus dan berlalu keluar.
“Ila, mama nak bincang fasal majlis pertunangan kau tu.”
“`ma, Ila rasa tak payah bertunang. Nikah terus,”
Mamanya memandang papa dan lelaki itu mengangguk.
“Itu lebih elok, lagipun tak elok biarkan lama-lama.”
“Papa dan mama rehat, bilik tamu dah sedia ada. Tapi malam ni kita makan luar, saya tak masak hari ini.” Papa dan mamanya mengangguk, mereka beredar ke bilik tetamu. Hizla berlalu ke dapur untuk masak air panas, Nurfara muncul.
“Kenapa kau tak bangkang saja?”
“Buat apa, kalau aku bangkang pun tetap sama keputusannya tak ada beza. Mereka akan buat keputusan lain pula.”
Dia mengeluh melihat keadaan Hizla. Kagum dia lihat temannya menerima keputusan itu dan masih berlagak tenang.

“Hello, Hizla sini?” jawapnya. Dia mengalih gaggang ke telinga kanan.

No comments: