Thursday, April 21, 2011

Tanpa tajuk...


“Saya rasa beliau dihentak dengan helmet peragut kemudian kepalanya terhentak di pembahagi jalan,” terangnya. Azrul menangis dan hampir meraung, dia segera mendekati Imelda. Tangan wanita itu dicapai dan digenggam erat. Nik mendekati temannya dan menenangnya.

“Jadi, macamana keadaanya?”

“Beliau koma, otaknya bergegar dan sedikit bengkak.”

“Koma?” suara Azrul dan Nik serentak.

Lelaki itu mengangguk.

“Peluang sembuh? Isteri saya ada peluang untuk sembuh?”

“Peluang memang ada, tetapi Encik Azrul kenalah sabar. Kalau isteri encik mahu sedar dia akan sedar sendiri,” jelas si doktor. Azrul mengeluh dan memandang Nik, Nik mengangguk.

Nik melihat temannya mengelamun, dia menghampiri dan menghulur semug air. Azrul tersedar, mug dihadapannya dicapai didegup air itu. Nik duduk dihadapannya.

“Kau berdoalah dengan keizinanNya, Imelda pasti sembuh.”

Azrul mengangguk dan menarik nafas panjang.

“Kalau dulu aku jaga Imelda elok-elok, jaga hati dan perasaannya kami akan bahagia dan dia takkan jadi begini.”

“Jangan macam ni, Az. Kau seperti memarahi takdir. Kita tak pernah tahu apa yang akan terjadi di masa depan. Tetapi, masa depan sentiasa boleh diubah.”

“Aku kejam pada dia, Nik. Aku tak pernah memberi kasih sayang yang dia harapkan. Aku...”

Nik mengeluh dan memberi isyarat supaya Azrul tidak meneruskan kata-katanya. Nik dapat lihat Azrul terluka, tetapi dia tidak dapat memujuk temannya.

“Kau perlu tabah, ketabahan itu akan menguatkan kau dan juga menyembuhkan Imelda,” suara Nik.

Hari-hari yang berlalu pantas tanpa dijemput, pergi tanpa dipinta. Wad ICU itu menjadi tempat kedua bagi Azrul. Sesekali bacaan Yassin kedengaran serta cerita-cerita yang Azrul sampaikan kepada isterinya. Kata doktor walaupun pesakit tidak sedar atau koma, mereka masih boleh mendengar keadaan sekeliling. Azrul menahan sebak, tangan Imelda dicapai. Dia mengeluh, petang semalam keluarganya dan keluarga Imelda melawat. Bonda Imelda begitu marah begitu juga ayahandanya. Dia cuma membisu.

“Ya ALLAH, bantulah hambamu ini. HambaMu ini memohon agar Kau sembuhkanlah isteri hamba. Ingin sekali hamba melihat dia sembuh, membuka mata dan tersenyum. Ya ALLAH, bantulah hambaMu ini. Tiada yang lain yang hamba memohon selain dariMu, tuhanku,” bisik hatinya dan mencium tangan wanita itu. Azrul bangun dari kerusi itu, dia berhenti bila dirasakan gerakan ditangannya. Dipandang tangan wanita itu, bergerak. Suis ditepi katil dipicit berkali-kali, seorang jururawat muncul.

“Panggil doktor, isteri saya dah sedar... Dia dah sedar!!!” jeritnya. Jururawat itu berlari keluar. Beberapa minit Doktor Ismail muncul, dia memeriksa wanita itu. Pemeriksaan dijalani rapi, Azrul menelefon Nik dan keluarga mertuanya.

“Alhamdulillah, isteri encik mula sedar. Tahniah, suatu keajaiban.”

“Boleh saya jumpa dia?”

“Silakan tapi jangan lama,” suara Doktor Ismail.

Azrul tersenyum dan melangkah masuk. Doktor Ismail mengekori lelaki itu.

“Imelda? Abang ni?” bisik Azrul. Imelda buka mata perlahan-lahan.

“Siapa? Awak siapa???” suara Imelda separuh berbisik.

Azrul terkejut, dia memandang wajah Doktor Ismail.

“Azrul, suami Imelda..?”

“Tidak! Awak bukan... bukan... Tidak! Awak bukan suami saya!!!” suara Imelda, dia memegang dahinya. Wanita itu menjerit sakit.

“Nurse...” arah Doktor Ismail. Salah seorang jururawat menyerahkan jarum suntikkan dan lelaki itu mencucuk ke lengan Imelda. Azrul cemas, Doktor Ismail mengajak lelaki itu keluar. Mereka dapat melihat Nik dan keluarga Imelda muncul.

“Bonda,” suara Azrul.

“Apa ceritanya, doktor?”

“Imelda dah sedar. Tapi...” suara si doktor.

“Tapi?” ayahanda Imelda menyampuk.

“Dia hilang ingatan, ayahanda.”

Kedua ibu bapa Imelda terkejut, mereka mahu melangkah masuk tetapi dihalang Doktor Ismail kerana mahu Imelda berehat. Datin Syarifah Suhana menampar pipi Azrul.

“Ini semua kerana kamu, Azrul!”

Azrul memegang pipinya, dia sedih. Dia memandang keluarga mertuanya yang berlalu pergi. Pipinya di gosok, begitulah agaknya yang Imelda rasa ketika dia memukul dan menamparnya dahulu. Azrul mengeluh. Nik mendekatinya dan menepuk bahu temannya.

Azrul melihat di cermin luar, Imelda sedang berbual dengan Nik dan keluarga mertuanya. Imelda begitu mesra dan tiada tanda dia hilang ingatan. Azrul memberi salam dan melangkah masuk. Dia senyum, Azrul dapat lihat wajah Imelda berubah.

“Jangan... bonda, jangan bagi dia masuk. Imelda tak kenal dia...! Tidak..!”

Nik mendekati wanita itu.

“Itu suami Imelda?” Nik bersuara.

No comments: