Thursday, October 27, 2011

CINTA PADA DIA


Lelaki itu ketawa kecil.
“Hmmm...bunyi macam Ila cemburu,” duga lelaki itu.
“Ila tak cemburu, Ila risau. Ila takut Ila sedang berjalan dengan suami orang?”
“Taklah. Abang masih macam dulu,” dia mengerling sedikit ke arah gadis di sebelahnya.
“Iyalah tu, lelaki kalau dah jumpa yang lawa tentu lupa yang lama. Tambahan jumpa Mat Saleh lupa terus orang di Malaysia.”
“Ila...tak baik tuduh abang macam tu tau. Abang balik Malaysia terus cari Ila.”
“Opss..! Abang marah Ila ke?”
“Tak marah...merajuk aja,” suara Johan sedikit merajuk. Hizla mengeluh dan merenung lelaki itu manja kemudian ketawa kecil.

Hizla membuka pintu rumah, dia rasa macam rumahnya riuh sahaja. Dia terkejut bila terpandang wajah mama dan papanya di ruang tamu sedang berbual dengan Nurfara. Dia menghampiri kedua orang tuanya dan bersalam dengan mereka.
“Ada apa hal mama dan papa ke mari?”
“Mama kamu ni kata dia rindu dengan kamu, Ila?”
“Sebenarnya mama dah terima pinangan seseorang untuk kamu, Ila.”
Hampir terbeliak mata Hizla memandang kedua mam dan papanya. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arah Nurfara. Temannya tunduk.
“Terima pinangan, kenapa tak tanya Ila dulu?”
Mamanya memandang papa, lelaki itu mengeluh.
“Memang kami bersalah kerana tak tanya tapi apa yang mama dan papa buat adalah untuk Ila. Lagipun, Ila dah 30 tahun...”
“Sudahlah papa, apa pun keputusan dah dilakukan dan Ila terima segalanya.” Akhirnya dia bersuara dan berlalu, Nurfara mengekori temannya dari belakang. Hizla mencampak kunci dan beg tangan di atas katil, dia kecewa. Dia mendekati jendela dan merenung keluar.
“Aku kecewa, aku baru nak rasa bahagia bila Johan dah balik...”
“Apa, Johan dah balik?”
Hizla mengangguk, dia menutup jendelanya dan duduk di birai katil.
“Kau dah dengar, kan? Mereka selalu buat keputusan tanpa berbincang. Dulu masa dengan Johan pun macam tu! Mujur Johan masih nak berkawan dengan aku.”
“Dahlah. Ikut sahajalah. Mereka fikirkan kau, itu sebab mereka buat keputusan itu tanpa berbincang. Selain Hamdan, kau saja anak mereka.”
Hizla mengeluh dan duduk di birai katil. Kedengaran laungan mama Hizla di luar. Hizla merengus dan berlalu keluar.
“Ila, mama nak bincang fasal majlis pertunangan kau tu.”
“`ma, Ila rasa tak payah bertunang. Nikah terus,”
Mamanya memandang papa dan lelaki itu mengangguk.
“Itu lebih elok, lagipun tak elok biarkan lama-lama.”
“Papa dan mama rehat, bilik tamu dah sedia ada. Tapi malam ni kita makan luar, saya tak masak hari ini.” Papa dan mamanya mengangguk, mereka beredar ke bilik tetamu. Hizla berlalu ke dapur untuk masak air panas, Nurfara muncul.
“Kenapa kau tak bangkang saja?”
“Buat apa, kalau aku bangkang pun tetap sama keputusannya tak ada beza. Mereka akan buat keputusan lain pula.”
Dia mengeluh melihat keadaan Hizla. Kagum dia lihat temannya menerima keputusan itu dan masih berlagak tenang.

“Hello, Hizla sini?” jawapnya. Dia mengalih gaggang ke telinga kanan.

CINTA PADA DIA


kepada teman temannya. Shamsee dan Zatul menahan senyumannya, Hizla menjeling. Saiful duduk di depan Hizla. Bunyi panggilan telefon milik Hizla mengejutkan dirinya.
“Hello, Ila. Abang ni!”
Hizla kerut dahi, suara yang hampir 6 tahun tidak didengarinya. Dia lihat nombor di skrin, setahunya itu nombor KL. Bermakna lelaki itu dah kembali.
“Kenapa?”
“Abang nak jumpa Ila boleh?”
“Hmm...sorry. Ila dengan kekawan ni? Lain kali, boleh?” suaranya sedikit manja. Dia berdehem dan memandang Saiful di depan matanya.
“Tapi kalau Ila toleh belakang okey tak?”
Toleh? Apa agaknya maksud lelaki itu. Dia menoleh dan terkejut, mulutnya separuh terbuka. Dia ketawa kecil. Mereka yang ada di meja itu terkejut dengan tindakan Hizla bangun dari meja. Mereka melihat temannya menuju ke arah seorang lelaki dengan sejambak ros pink di tangan. Kelihatan mereka amat mesra sekali, Shamsee dan Zatul saling berpandangan.
“Maaf, kenalkan Johan bin Azam.”
Lelaki bersalaman dengan semua orang kecuali Zatul. Zatul memandang Hizla tanda tanya. Hizla memberikan isyarat sabar. Petang itu mereka berbual dan berkenalan. Namun, Saiful sedikit terganggu dengan kehadiran lelaki itu.
Zatul menyiku lengan Hizla sebaik sahaja lihat lelaki itu sedang berbual dengan Shamsee dan tunangnya. Saiful sedang menjawap panggilan telefon.
“Siapa dia?”
“Sepatutnya dia jadi tunang aku. Entah macamana tak jadi,”
“Apa hal pulak?” tanya Zatul
Hizla jungkitkan bahu, dia memandang lelaki itu.
“Apa yang aku tahu, mama tolak mentah-mentah. Katanya aku tak sesuai kahwin masa tu, dengan alasan hidup aku belum ada arah tuju lagi. Tapi hairannya Johan masih nak berkawan dengan aku sampai sekarang.”
Zatul garu kepala dan mengerutkan dahi.
“Mama kau ni rumitlah. Bukan kau yang kena beri nafkah tetapi si suami.”
Hizla jungkitkan bahu tanda tak tahu, dia merenung lelaki itu dan mengeluh. Lelaki itu turut menoleh dan mengangguk kecil kepadanya.
“Dia baru balik dari London, buat Master dalam bidang astrologi.”
“So...ada perkembangan terbaru?” Hizla merenung Zatul seperti mahu tahu maksud sebenar temannya.
“Entah...apa pun aku terima.”
Zatul garu keningnya.
“Inilah namanya takdir. Aku ingatkan nak rapatkan kau dan Saiful, tapi si Johan pula yang muncul.”
Hizla tersenyum. Johan mendekati mereka. Dia senyum, lesung pipit di kiri pipi menawan sesiapa yang melihat. Zatul berdehem, mendekati tunangnya yang sedang berbual dengan Shamsee dan Saiful.
“Ila, boleh hantar abang ke Damansara Height, kereta rosak.”
Hizla senyum dan mengangguk.
“Shamsee aku balik dulu. Zatul, Faizal tahniah. Saiful thanks for coming,”
Saiful merenung cuma.

“Itukah lelaki yang Ila pernah ceritakan pada abang?” tanya Johan. Hizla berdehem dan mengangguk. Johan menghela nafas, Hizla tidak pasti samada lelaki itu cemburu atau tidak.
“Dia nampak baik, sesuai dengan Ila.”
“Dia memang baik, tapi sayangnya dia cerita lama,” Hizla bersuara. Dia menoleh ke arah Johan yang sedang memandu keretanya. Hizla membetulkan alat penghawa dinginnya dan berdecit.
“Enam tahun abang ke sana tak ada satu khabar berita pun? Abang dah ada yang punya?”

Tuesday, October 25, 2011

CINTA PADA DIA


“Saiful, dia dah jadi berita basi. Siapalah I, I ni buruk!”
“No! Taklah. Orang buta sahaja yang tak boleh melihat you dan kecantikan yang you miliki, Hiz.”
“Sudahlah Kamil, lelaki di mulut semua manis tapi bila dah di belakang pijak gajah pun mati tau!”
Mereka bertiga ketawa dan terus menjamah.
“Hiz, I suka dengan you tapi...” suara Ijam petang itu ketika Hizla mahu beredar dari tapak projek.
“Dahlah Ijam. I tak mahu ungkit macam ni, I serik dan bosan. Kan, kita kawan so biar kita jadi kawan.”
Hizla masuk ke dalam perut kereta miliknya.
“No offences I tak suka bercinta di kalangan kawan-kawan I. It’s a horrid experience! If you know what I mean,” suara Hizla dan menghidupkan enjin keretanya. Ijam senyum dan ketawa kecil, dia melambai ke arah Hizla yang sudahpun tiba ke jalan besar. Kamil mendekati temannya.
“Apa hal tu?” tanya Kamil.
“She still loves Saiful!”
Kamil capai handphonenya di perhatikan oleh Ijam.
“Hello, Saiful. Akulah! Best news ever! She still wants you!”
Mereka ketawa dan membuat high five kemudian kembali ke arah kontena pejabat.

Hizla duduk di kerusi goyang, langit mendung sekali. Dia bersandar, cukup letih dan sesekali dia menguap serta mengeliat. Dia nampak cahaya kilat dari tempat dia duduk, dia pasti beberapa kilometer dari situ sedang hujan lebat. Dia mengeluh. Umurnya akan genap 30 tahun seminggu lagi. Dia bosan, bosan kerana keseorangan. Dia tak pasti jawapan untuk dirinya akan terbentang di depannya atau sudah tiada jawapan untuknya lagi. Hizla mengeluh lagi dan menggelengkan kepala. Dia bangun dari kerusi goyang dan berlalu ke meja kerja. Dia rindukan alam ketika dia benar-benar gembira. Dia menoleh ke arah meja hiasan. Gambar-gambar dia ketika di sekolah dan universiti, masa tu dah berlalu. Dirinya dah terlalu tua untuk itu. Cetakkan biru itu di perhatikan dan mengharapkan projek yang dia jalani akan berhasil dan tidak menghadapi masalah. Dia tahu membuat projek ketika ini mungkin akan membuahkan hasil walaupun tidak begitu menguntungkan. Pintu biliknya di ketuk dan dia segera membuka pintu, tanpa suara CiCi menyerahkan cordless phone kepadanya dia mengerutkan dahi.
“Hello, Hizla di sini?”
“Oit, akulah. Jom keluar, aku bosan?”
“Shamsee, salam tak kasi terus ajak aku keluar. Bertuah budak ni!”
Kedengaran suara ketawa Shamsee.
“Pleaselah sebab bulan depan aku nak fly ke Australia untuk buat master di sana. Hmm...Zatul pun ada. Kalau tak salah dia ajak tunangnya,”
“Tunang dia. Amboi..perempuan tu dah berani sekarang?”
“Ah! Macamlah kau tak kenal Zatul tu yang sentiasa brutal dan sadis. Jomlah. Kita jumpa di D’Bali dekat PJ, okey. Kalau senang ajaklah Saiful sekali.”
“Jangan nak mengarut Shamsee, tak bestlah ada orang lain. Cukuplah geng kita je, nanti kalau dia ada kena cakap berlapik.”
Kedengaran suara lelaki itu ketawa dan dia berikan kata setujunya untuk berjumpa di tempat yang dijanjikan. Blouse biru dan skirt A line dan but hitam dari jenama Hush Puppies menjadi pilihannya. Dia melangkah masuk ke dalam dan melambai ke arah teman temannya. Dia dapat lihat semua mata kaum Adam memandangnya, dia jadi sedikit segan namun dia berlagak tenang. Zatul memperkenalkan tunangnya dan Hizla duduk di sisi Shamsee.
“Rasanya kita duduk di meja untuk 6 orang siapa lagi yang datang, Shamsee?”
“Kawan lama...” ringkas jawapan dari Zatul bagai memotong ayat dari mulut Shamsee, temannya yang seorang itu tersenyum. Bagaikan ada sesuatu yang tersurat di dalam senyuman itu. Hizal dapat rasakan mereka ingin mempermainkannya. Mereka berempat menoleh bila ada suara memberi salam. Hizla merengus, dia toleh

CINTA PADA DIA


“Cuba mengenang kenangan lama. Sungguh pedih.”
Saiful mengerutkan dahi dan tersenyum. Dia kemudian berdehem dan kelihatan majlis itu sudah pun bermula dan kedengaran emcee memberi pengumuman dan ucapan dari orang yang sepatutnya. Malam itu dia dapat rasakan Saiful tidak henti memandangnya, dibiarkan sahaja apalah sangat dengan renungan itu.
“Nampaknya malam memang mencemburui kita namun majlis itu takkan tamat di sini kerana ia akan sentiasa berulang dan menjadi tradisi fakulti kita. Bagi acara terakhir, di jemput dekan dan koordinator fakulti kita tampil untuk memberi hadiah untuk Man and Woman of the night,” suara pengacara malam itu. Kedengaran bunyi drum menunjukkan mereka akan membuat pengumuman upacara penutup itu. Hizla pasti Linda, Sofi, Shima ataupun Jun bakal menyandang gelaran itu maklumlah dari dulu lagi mereka memang popular dan pandai.
“Hmm...nama dah ada di sini, melalui nama sahaja sudah menunjukkan mereka bakal menjadi pasangan yang secocok.” Pengacara bersuara bagai menambah debaran para hadiran.
“Sabar, ini keputusan muktamad dan keputusan ini dipilih oleh mereka yang pakar.”
Hizla tersenyum mendengar kata-kata itu.
“Okay, pemenangnya...untuk Man of The Night jatuh kepada Saudara Saiful Hisham Ghazali dan bagi...Woman of The Night jatuh kepada...Cik Nur Hizla Ariffin.!!!”
Tersedak Hizla mendengar pengumuman itu. Nur Hizla Ariffin, itu namanya mana mungkin dia menang untuk kategori itu? Dia telan air liur semua mata tertumpu padanya, Zatul memeluk dan mencium kedua pipi dan menyuruhnya bangun dia lihat sekeliling. Janggal sekali keadaan itu. Lain ketika zaman dia berada di keadaan itu lima tahun dulu. Dia berjalan menuju ke pentas untuk menerima hadiahnya. Dia memandang seluruh dewan dan dia tahu malam itu, mereka sudah kenal Nur Hizla Ariffin.

Dia menuju ke lif dan menoleh bila ada yang memanggilnya. Dia terkejut melihat orang itu.
“Hariz, what bring you here?”
“I ada meeting dengan assistant general manager di syarikat ni. Tak sangka jumpa you di sini, you kerja apa?”
“Biasa saja. You?”
“QS,”
Hizla mengangguk, dentingan lif menunjukkan Hariz sudah sampai ke tempat tujuannya.
“Jumpa lagi.”
Hizla mengangguk dan segera menutup pintu lif. Dia melangkah masuk ke dalam bilik, Rena muncul untuk membacakan agendanya hari itu. Setelah itu dia berlalu keluar. Dia tunduk mencapai sesuatu di bawah meja bila pintu bilik di ketuk, Rena muncul dengan membawa tetamu. Rena menjemput lelaki itu duduk.
“Mmm...awak ada bawa cadangan untuk projek itu, Encik Hariz?”
Hampir ternganga Hariz memandang Hizla.
“Jangan pandang saya begitu Hariz. Wasting time, mari kita start dengan business meeting kita?”
“Sure, Hiz.”
Hizla tersenyum dan sepanjang masa mereka cuma membincang hal projek yang bakal di lakukan nanti. Mereka kemudian beriringan untuk menuju ke tapak projek tersebut dan Ijam telahpun menanti mereka di tapak tersebut. Ijam sedikit terkejut dengan kehadiran Hizla namun faham kerana dia juga sebahagian projek itu.
“Hizla, you banyak berubah setelah lima tahun. Ingatan dan kecekapan you tremendous,” suara Ijam. Kamil kemudian muncul dengan beberapa fail di tangannya.
“Hizla, you di sini?”
Hizla mengangguk dan mengeluh. Dia tahu mereka bertiga berkerja di satu syarikat milik abang Hariz. Mereka berempat menikmati makan tengahari bersama.
“So, you still dengan Saiful?” suara Ijam.

Sunday, October 23, 2011

CINTA PADA DIA


“Zatul, siapa tu? Setahu akulah, tak ada muka perempuan tu dalam fakulti kita.”
“Eh! Korang tak kenal ke?” tanya Zatul, dia memandang wajah ketiga-tiga lelaki itu. Hariz, Izam dan Kamil tiga sahabat dari zaman belajar dan sehingga sekarang. Dia menoleh ke arah Hizla dan Shamsee, memang betul Hizla 100% berubah. Dulu wajahnya seiras wajah bulan serta badannya yang bersaiz besar tetapi hari ini, seperti wajah model di dalam iklan produk kecantikkan.
“Korang memang tak kenal dia. Dia orang baru tetapi memang bekas student fakulti kita. Dia tidak pernah ada di mata korang dulu.”
“Sayangnya, dulu aku tak perasan pun. Hariz kau kenal minah tu. Kau pula macamana Izam?”
Kedua sahabatnya menggelengkan kepala dan menjungkitkan bahu. Zatul tersenyum melihat gelagat mereka bertiga.
“Dahlah, aku malas nak layan korang. Kalau nak kenal, tegurlah dia.”
Zatul mendekati Shamsee dan Hizla.
“Hiz, nanti Izam, Kamil dan Hariz nak berkenalan dengan kau!”
“Apa hal nak berkenalan, bukankah dulu pun kenal.”
“Hey, Hizla ni dah lebih lawa dari Camelia tahu ajalah mereka bertiga tu. Tak ubah dari dulu.”
Shamsee ketawa, Hizla menepuk bahunya lembut.
“Hai...Apa khabar?”
Hizla menoleh, Zatul dan Shamsee ketawa.
“Saya Izam, dia ni Kamil dan ini Hariz. Apa khabar, boleh berkenalan?”
Zatul ketawa, Izam memberi isyarat mata supaya Zatul tidak ketawa. Hizla terkedu dengan gelagat mereka, dia hanya mengangguk dia tidak tahu nak buat apa. Shamsee menahan ketawa.
“Kenapa saya tak pernah nampak cik di fakulti selama ini?”
“Saya...halimunan?” suara Hizla ringkas.
Mereka ketawa dan Zatul yang tidak dapat menahan ketawa terus melepaskan ketawa. Dia menggelengkan kepala bunyi ketawa masih belum lepas.
“Aduh! Naif betul korang ni. Takkan tak kenal siapa dia ni?”
Mereka bertiga menggelengkan kepala.
“Ini Hizla...Nur Hizla Ariffin?” suara Shamsee.
Kamil memandang Shamsee dan kemudian memandang Hizla. Dia mengangkat kening tanda tanya, Zatul mengangguk mengiyakannya.
“Iya, saya Hizla si anak badak dan si bulan purnama tu!”
Izam terkedu dengan kata-kata Hizla, dia bagai disindir. Wajah cerahnya merona. Hizla memandang mereka bertiga.
“Ingat dah?”
Mereka bertiga minta diri untuk beredar dari situ. Mereka bertiga ketawa.
“Hello, cik?”
Mereka bertiga berhenti ketawa dan menoleh, Hizla terkedu dia berdehem dan memandang Zatul. Zatul menjungkitkan bahunya, Shamsee tersenyum.
“Zatul kita ke sana jumpa Niza dan Sofi?"
Saiful dan Hizla berpandangan, mereka membisu. Lelaki duduk di sisinya, Hizla sedikit kekok. Dia membetulkan kedudukannya, entah kenapa dia rasa semacam dengan berdepan dengan lelaki itu setelah lima tahun.

“Saya anggap awak macam kawan. Tak lebih.” Bagaikan selumbar menyucuk sanubarinya. Dirinya tercabar, dia bingkas bangun. Dia berharapkan ada air mata namun tiada sebutir pun cecair jernih itu mengalir. Saiful di tinggalkan di cafeteria itu terkebil-kebil.
Panggilan namanya yang berkali-kali mengejutkannya dari lamunan, wajah Saiful dipandang.
“Awak kelihatan serius, Hiz?”

Saturday, October 22, 2011

CINTA PADA DIA


Pintu rumah di buka, seorang gadis muncul.
“Hai, ada cerita best tak?”
“Ada, kakak saudara kau ni tak nak pergi jamuan tu.”
“Kakak kena pergi. Kakak dah berjaya tak salah tunjuk pada mereka. Sesekali tak salah kalau kita riak!”
“Pandailah mana belajar kalau riak sikit tak apa, amboi!!”
Cici ketawa kecil dan mengenyit matanya.
“Jangan fikirlah pergi je, dulu masa kat sana kau bolehlah jadi katak bawah tempurung. Sekarang you are a survivor. Assistant general manager dengan syarikat besar lagi, what more a girl need to ask?” balas Nurfara.
“Dah jangan nak merepek, aku nak kau pergi majlis tu.”
“Pergilah kak. Tentang baju jangan risau, Cici ada banyak koleksi, kita boleh cari.”
Hizla membisu dia memeluk tubuh, malas nak bersuara. Mereka berdua masih mendesaknya untuk dia pergi ke majlis itu. Cici kemudian berlalu ke biliknya, tentu dia dah malas nak mendesaknya. Masih tinggal Nurfara yang masih gah menyuruhnya pergi, rungsing fikirannya. Cici keluar dari biliknya dan duduk di sebelah Hizla.
“Nah! Cici dah call Abang Man ni, dia setuju nak menyiapkan kakak untuk majlis malam ni. Tentang bayaran itu bisa di atur.” Suara Cici dan menyerahkan sekeping kad perniagaan.
“Tak mahulah tak payah susahkan diri.”
“Jangan membantah, apa kau takut sangat nak pergi? Kenapa ex boyfriend kau kat sana? Kalau dia ada pun pedulikan, bukan dia yang tanggung kau atau bukan dia yang suap makan ke mulut.”
Hizla membisu dan mengeluh, dia bingkas bangun.
“Okay, tapi tunggu aku mandi dulu...” dia mengeluh dan bingkas bangun. Matanya sempat melirik ke arah jam di dinding. Cici dan Nurfara gembira akhirnya Hizla setuju.

Kereta mewah milik Hizla berhenti di lapangan letak kereta, dia perhati di cermin. Rasa janggal berpakaian dan bersolek sebegini. Aduh! Ini semua angkara Cici dan teman baiknya. Di capai purse concentrenya dan sapu di tengkuk dan kedua pergelangan tangan dan siku. Dia cuba bertenang di perhatikan cermin, solekkan itu masih sempurna. Dia menghela nafas dan keluar dari kereta, dia lihat kasut jenama La Primaverra yang di beli dua hari sudah. Hairan kelihatan kasut itu benar-benar sepadan dengan baju yang dia pakai. Dia memerhati cermin kereta walaupun agak samar dan dia memastikan pakaiannya tidak senget. Dia mencari kekuatan dan melangkah menuju ke dalam lobi. Dia di sambut oleh beberapa orang penyambut tetamu dan salah seorang meminta dia menulis nama diatas buku pendaftaran. Dia di beri corsage hijau dan di semat ke dadanya, dengan penuh kepayahan dia melangkah masuk ke dalam dewan besar. Tiba-tiba dia rasa dia paling janggal, baju kebaya Jawa dari kain rayon warna hitam penuh dengan kerawang dari benang emas dan perak di bahagian tengkuk, diikuti sanggul ala Jawa yang dihias dengan cucuk sanggul dari kepah. Dia merenung sekeliling, semua wajah itu di kenali. Hizla mencari Zatul dan Shamsee namun di balik puluhan manusia dia tak nampak kedua mereka. Dia malas untuk memasukkan dirinya di kalangan mereka yang lain. Sudah pasti mereka pun tidak mahu dia di situ. Dia beredar ke bufet makanan yang tersedia ada, cuba melihat makanan yang mungkin akan menambat hatinya. Dia mencari meja kosong yang paling hampir pada hidangan dan dia duduk di situ sendirian tanpa bergaul dengan siapa. Hizla menoleh bila ada orang memberi salah, dia senyum.
“Shamsee, Zatul...miss you.”
“Know it’s you, Hiz. Kurus sekarang!”
“Biasa je. Shamsee kau makin naik badan, especially tang perut tu!”
Mereka bertiga ketawa riang, Hizla serasa berada di zaman ketika mereka bertiga masih belajar di mana mereka bertiga saling perlu memerlukan dan hanya mereka bertiga tahu apa masing-masing rasa. Dia terkenangkan zaman itu.
“Kejap, ada orang panggil Zatul.”
Shamsee dan Hizla mengangguk, Zatul berlalu mendekati tiga orang lelaki.

Thursday, October 20, 2011

CINTA PADA DIA...

Dia memandang kad jemputan warna emas itu, dia membaca isi dalam kad itu dan mengeluh. Dia baca sekali lagi kad itu dan mengeluh lagi, dia pandang kalendar di atas mejanya dan mengeluh lagi. Dia bersandar di kerusi mewah itu dan meletakkan kad itu di dalam laci meja. Pintu biliknya di ketuk dan seorang gadis muncul.

“Cik, esok pagi jam sepuluh cik ada meeting dengan As Media Berhad di KLCC, dua petang Encik ada hi-tea di Palace of Golden Horses dan sebelah malam jemputan pertemuan semula pelajar lama universiti jam lapan di Bunga Raya Room di PWTC,” panjang lebar gadis itu memberi detail jadual untuk dia esok.

“Saya pun tak pasti Rena samada saya pergi atau tak?”

“Kenapa pulak cik, kan dah lima tahun cik tak jumpa mereka?”

Hizla jungkit bahunya dan mengeluh. Hanya itu sahaja yang mampu keluar, keluhan. Rena berlalu, Hizam memerhati kalendar. Lima tahun cukup lama untuk mereka melupakannya. Siapa yang mahu mengingati Hizla, gadis gemuk sebesar anak badak dengan kulit muka seperti permukaan bulan. Iya dia memang hodoh ketika itu dan dia sering terpinggir dalam apa jua. Dia tidak kuasa nak jumpa mereka, dia capai bingkai gambar dari dalam laci meja. Gambar dia bersama Zatul dan Shamsee, mereka sahajalah temannya namun adakala mereka berdua juga dipisahkan dari dirinya. Dia mengeluh, telefonnya berdering.

“Assalamualaikum?”

Dia kerut dahi namun membalas kata salam itu. Suara itu bagai biasa dia dengar cuma dia tak pasti siapa.

“Lupa dengan kawan lama?” soal suara itu. Dahinya masih berkerut, dia cuba mengenal pasti suara itu.

“Begitu lama sampai Hiz tak kenal saya?”

Dia cuba bertenang setahunya hanya teman sekelas di universiti yang membahasakan dia dengan nama itu. Tapi suara siapakah itu, dia masih tak boleh teka.

“Saiful!!!” tiba-tiba saja nama itu terpacul keluar. Suara itu ketawa dan Hizla mengeluh.

“Hey, saya nak tengok muka awak esok okay?”

“Insyallah.”

“Jangan macam tu dah lima tahun Hiz, awak tak mahu tengok kawan-kawan awak semula.”

“Tak janji, sibuk sikit,”

“Alah...! Hmmm...okay ada kerja ni, jumpa nanti okay?”

Klik! Talian terputus. Saiful nama yang dah lama dia tak sebut selepas tamat pengajian. Hairan kenapa lelaki itu tiba-tiba telefonnya, apa mimpi agaknya? Setahunya dulu, pandangnya pun macam tak bermata. Adakah dia telefon sekadar nak mengusiknya atau nak pastikan dia hidup lagi? Apa pun dia tetap tak nak pergi biasa belati di letak di tengkuk namun nak ke jemputan itu tidak sekali. Hari ini dia mahu pulang awal, sudah empat tiga puluh lima. Dia keluar dan menuju ke kereta BNW Z9nya.

“Eh dah balik dah? Awalnya mimpi apa? Ooo... jemputan tu!”

Hizla membuka ikatan rambutnya, rambutnya yang melepasi ketiak beralun lembut. Pengikat rambut itu di letak dipergelangan tangan. Dia menguap dan mengosok matanya, dia pandang Nurfara teman serumahnya.

“Tak nak pergi...” ringkas jawapan Hizla.

Nurfara sedikit terkejut dan duduk disebelah temannya. Dia memandang tepat ke wajah temannya.

“What? Aku tak nak pergi, so...?”

“Kenapa pulak? Kau mana ada jumpa diorang lagi, ini saja peluang yang ada?”

“Tak nak tu maknanya tak nak le. Eh! Cici tak balik lagi?”

“Dia ada latihan di Istana Budaya, maklumlah nak dekat Citrawarna ni. Eh! Kau tak jawap soalan aku la.”

“Tak mahu le.”

“Aku tahu kau takut diorang ejek kau, kan?”

Hizla membisu cuma dia biarkan Nurfara membebel.

“Dengar ni, Ila. Kalau mereka tu nak ejek kau so be it, takkan kau nak tutup mulut semua orang di situ,”