Monday, December 22, 2008

Abadi Di Hatiku

Aku melihat jam ditangan masih awal, aku benci menaiki bas kerana terpaksa berdiri. Kenapa hari ini bas Interakota boleh sebegini sesak, baru aku teringat hari ini hari minggu. Aku ngomel sendirian kerana terpaksa bersesak begini, nampaknya aku terpaksa berdiri sehingga tiba di Pasar Seni. Aku renung wajah di dalam bas kebanyakkannya student UiTM, kenal sangat wajah produk universiti itu. Lagipun aku dulu bekas student situ so kenal sangat stail budak UiTM ni, tak lari. Setelah lima puluh minit berdiri akhirnya, bangunan Pasar Seni muncul aku mengeluh dan tanpa buang masa aku keluar dari bas yang serasa macam tin Sardin cap Ayam tu. Aku seberang jalan menuju ke LRT Putra setelah membeli tiket dan naik ke tingkat atas untuk menaiki pengangkutan paling popular itu. Aku lihat jam jenama JAWS di tangan kananku, sepuluh minit lagi temu janji aku dengan kawan-kawan aku. Kalau ikutkan hati, tak kuasa nak keluar hari ini. Tetapi kasihan juga pada member aku yang bakal balik ke Sabah. Ini kiranya nak buat farewell party le. Aku renung Stesen Keretapi dan nampak KOMUTER yang baru tiba dan beberapa saat Putra LRT pun tiba di hadapan aku. Tak pula ramai orang naik hari ini, mungkin ada yang bawa kenderaan sendiri atau nak bas. Mulanya nak bawa kereta tapi Kak Lyn dah booking dulu kereta dari mama, spoil betul kakak aku ni. Shuh pun dah booking kereta yang lagi satu, nak pinjam dengan Sham tak kuasa aku nak bertekak dengan kembar aku yang sorang tu.
Aku renung sekeliling, satu wajah menarik minat aku. Aku tengok dia kelihatan begitu sedih, apa fasal pula tu. Aku lihat dia tunduk dan sesekali dia mengesat air matanya, wajahnya sedikit merona. Kenapa pula dia ni menangis? Hmm…mesti ada krisis ni, biasalah kalau dah bercouple. Aku senyum sendiri, aku amati gadis itu dari atas hingga ke bawah. Dia memakai blouse dan skirt labuh belah tepi sebelah kiri. Dia memakai kasut boot warna krim, sehelai tisu dipegang di tangan kanan. Rambut melebihi bahu di kelip dengan sepit warna biru tua ada bentuk bintang dan bulan. Dia mengangkat wajahnya, ternyata sedikit comot kerana menangis dia memandang aku kemudian dia tunduk kembali. Apa yang dah terjadi sehingga dia begitu, kasihan wajah seayu itu menangis…
Akhirnya kenderaan ini berhenti di stesen KLCC. Aku mengeluh dan bingkas bangun, aku toleh ke arah gadis itu dia masih duduk serta menundukkan wajahnya. Aku mengeluh dan segera meniti tangga bergerak untuk berjumpa teman-taman aku di Picnic Food Court. Sesekali aku terkenangkan gadis itu, perasaan kasihan masih berlegar. Aku perhati jam, alamak lewat lima minit. Aduh! pasti mereka membebel. Kesemua kawan-kawan aku sudah menanti aku, ada yang sedang menelefon teman wanita mereka.
"Sorry guys, jalan sesak LRT lambat la."
Mereka kesemua bising. Aku cuma mendengar bebelan mereka dan ketawa kecil.
"Relekslah, tak larat nak dengar macam perempuan!" suaraku.
"Danish, jom. Kitorang dah tempah tiket untuk menonton Fast and The Furious, dua minit lagi start la." Latiff bersuara dan menolak aku agar jalan laju sedikit.
Tanpa membantah aku mengangguk dan mengekori keenam-enam kawan baik aku. Aku lihat tiga antara mereka akan kembali ke Sabah dan Sarawak. Aku lihat iklan di sekeliling panggung TGV tu, ada dua cerita terbaru yang bakal disiarkan. Pagi tadi, Ros dah sibuk mengajak aku tengok cerita Gerak Khas The Movie. Mujur sorang aja anak saudara aku kalau ramai pitam aku. Mereka menarik kolar baju aku kerana melihat aku banyak termenung di depan poster Pasrah. Payah betul diorang ni aku baru nak feel tengok muka Erra Fazira ni, cakap fasal Erra aku teringat gadis tadi. Wajah sedihnya terbayang di mataku, pelik. Ramai gadis aku jumpa di dalam LRT tetapi kenapa wajah dia yang melekat di minda aku, macam ada magic, arrow cupid dah terkena aku ke? Cerita Fast and The Furious tu aku tak perhati sangat tahu-tahu je dah habis. Jangan marah!
"Oii…dah pukul enam ni. Sehari suntuk aku dengan korang ni, dah le aku nak balik. Malas aku layan korang, apa pun untuk Sly, Epin dan Suzilan aku ucapkan selamat jalan. Kalau jatuh bangun sendiri, jumpa awek tackle untuk aku sekali."
"Poodah!" jawap Epin dan Suzilan serentak. Aku ketawa mengejek dan berlalu meninggalkan kekawan aku. aku kena balik cepat, risau bas tak ada. Kekadang bas ni sesuka hati abah diorang je nak jalan ke nak stop pukul berapa. Aku tunggu LRT Putra, lambatlah pulak. Akhirnya sampai juga kenderaan tu, ramai juga orang yang nak balik waktu ni. Maklumlah hari minggu, sesak dalam kompartment aku, berhimpit-himpit mencari ruang agar mudah aku berdiri dan bernafas, aduh ketiak sapa hangit ni? Di suatu sudut aku nampak seseorang. Heh! Dia lagi, wajahnya masih sugul. Hairan, adakah aku seorang saja yang sedar akan kewujudan gadis itu? Takkan aku sorang je nampak, woit ini bukan cerita The Eye le…! Jangan merepek. Mahu tak mahu aku dekati gadis itu, aku lihat tangannya erat memeluk tiang dan kepalanya di sandarkan pada tangannya. Air matanya ada yang mengalir tapi dia biarkan. Aku hulurkan sapu tanganku pada dia dan dia sambut. Aku renung wajahnya, dia menangis dan kali ini kedengaran sedunya. Aku pula yang panik, tak pasal aku kena balun dalam LRT ni. Baru jadi hari ini dalam sejarah.
"Please jangan menangis?"
Dia senyap. Mujur dia ikut cakap, aku dapat hidu haruman yang dia guna, macam bau minyak wangi Chanel yang Shuh selalu guna. Aku berdehem baru je nak buka mulut, dah tiba di stesen Pasar Seni. Spoil baru nak tanya nama, aku terpaksa melangkah keluar dan meninggalkan dia dengan sapu tangan aku. Biarlah sapu tangan aku berlambak dalam almari.
Tiga bulan berlalu selepas aku berjumpa dengan gadis itu. Hari ini aku bercuti, tak larat nak kerja tension sangat. Aku ke Starbuck di Jalan Pudu, saja. Ingatkan nak jumpa Ainul, mamat tu dah pindah ke Starbuck Klang pula. Bertuah member aku yang seekor tu. Mocha aku hirup pelahan-lahan sambil cuci mata, maklumlah dekat dengan Kotaraya dan Puduraya, ramai awek yang lalu lalang. Diorang lalu aku tengok, ada yang sopan, ada yang seksi dan ada yang seksa. Tak tahan aku! Seorang pelayan muncul, dia menyerahkan sebuah sampul saiz B5 pada aku. aku capai dan goncang sampul itu. Bom ke? Aku buka mulut sampul itu, terkejut. Sapu tangan aku, kalau tak salah sapu tangan tu aku kasi pada gadis itu. Aku renung sekeliling, gadis itu ada di kaunter. Aku senyum padanya dan dia membalas. Aduh! nak terobek peparu aku, cair. Kan, bagus dia tak lagi berwajah sugul. Lawa pula dia hari ini, memakai skrit paras lutut warna hitam berbunga besar dan blouse kuning air. Rambutnya telah dipotong pendek ala Halle Berry, comel sangat. Aku telan air liur, aku renung matanya. Amboi contact lense lagi kau. Dia menghampiri aku, dia senyum manja. Kalau sekali lagi dia senyum kat aku mahu terkeluar jantung dan peparu aku ni.
"Terima kasih."
Aku senyum, dia tunduk malu agaknya. Tak kisah le. Dia duduk di hadapan aku.
"Saya Danish Zamirul Aziz, awak?"
"Amilisa Idris."
Aku hulur tangan tetapi tarik balik sebab dia tak membalas. Baru teringat bukan muhrim, aku senyum kambing aja le. Suasana senyap, lagu Keabadian Cinta nyanyian Annuar Zain kedengaran.
"Saya gembira awak tak sedih lagi?"
Dia mengangguk kecil dan tunduk.
"Saya tak faham, kenapa gadis secantik awak menangis dari mula saya jumpa awak dalam LRT sampai ke petang tu?"
Dia gigit bibir, mungkin berat nak beritahu, iyalah hal private. Aku berdehem, seorang pelayan muncul dan menghidangkan café latte padanya.
"Tunang saya buat perangai. Dia nak putuskan hubungan dengan saya, itulah sebabnya saya ke rumahnya dan terkejut bila dia sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang lebih tua darinya di dalam apartmentnya."
Terkejut aku, apa punya lelakilah tunang dia ni. Ada tunang mengancam macam ni pun cari perempuan lain yang out dated pulak tu. Biul ke apa mamat tu. Aku garu kepala, payah. Gadis itu tunduk, aku perasaan ada air jernih yang bertakung.
"Awak tak sepatutnya dengan dia. Dia tak layak bagi awak, saya rasa awak lupakan aja dia. Bina hidup baru, cari kawan baru. Mungkin saya boleh jadi kawan baru awak."
Dia angkat muka, alamak terlalu straight forward pula. Dia senyum dan mengangguk. Lega ingatkan nak marah. Perh! Jangan senyum macam tu…
Sejak pertemuan pertama di Starbuck, aku dan dia selalulah date bersama. Aku rasa Amilisa memang seorang yang kasual, tapi aku suka kalau dia pakai baju kebaya labuh. Aduh… sesak nafas tengok! Kekadang tu jealous juga bila orang lain pandang dia. Mestilah, kalau dah jalan dengan perempuan cun mestilah jealous kalau tak jealous tu skrew otak dia lose le maknanya. Dia pun sejak kenal aku manja, Ya rabbi. Kalau nak label, aku rasa dialah perempuan Melayu terakhir. Tapi, satu perkara yang tak syoknya dia selalu bercerita tentang ex-tunangnya. Aloh! Aku ni dah boleh jadi penganti lupakan buaya tu…! Ada gak aku beritahu hal tu, tapi biasalah cinta pertama suka dilupakan. Hmmm…kenapa cinta ni terlalu complicated. Taik ayam betullah ex-tunang dia ni. Kacau line je, elok je jalan lurus dah terbengkok.
"Danish, saya tahu awak marah dengan saya?" suara si dia. Sayu wajahnya, ini tak best. Aku lemah bila perempuan sedih. Nasi goreng paprik yang dia order tadi tak di jamah.
"Taklah mana ada. Bila saya marah awak. Kalau saya marah, saya dah tukar jadi hijau."
Dia senyum.
"Kan, elok kalau senyum. Manis je, sejuk aja mata abang tengok!"
Abang!!! Bila pulak boleh terkeluar ayat abang nih. Siut tul! Dia renung tepat wajah aku, aku rasa dah macam sotong sumbat, bila masa je nak kena telan dek dia.
"Sorry…!" slow je aku bersuara. Dia ketawa kecil, panik aku kejap.
"Kelakar muka abang, Ami tengok."
Kelakar, aku kecut tau tak! Bertuah betul, nasib baik kau cun. Kalau tak aku, cabut dah!
Aku termenung dikatil, ikut perkiraan dah lima bulan aku kawan ngan Amilisa. Family aku pun dah kenal siapa Amilisa Idris ni. Aku rasa hati aku dah terpikat dengan dia. Siapa tak terpikat dengan gadis macam tu, moden tetapi masih ada ciri keMelayuan. Dirinya kadang kala digambarkan sebegitu sempurna sehinggakan aku tak dapat menandingi diri aku dengannya. Terlalu sempurna.
"Shuh, kau rasa kalau aku beritahu Ami aku suka kat dia dan nak kahwin dengan dia macamana?"
"Tanya ajalah. Kalau dia reject, tabahkan aja hati."
Ceh! Tak guna betul adik aku nih. Ada ke itu nasihat dia pada aku. tapi aku rasa betul juga baik aku luahkan perasaan aku pada Amilisa. Wish me luck! Aku capai handphone aku, segera aku SMS kat si dia.
Nak jumpa esok di DOME jam tiga, hal penting! – Danish
Hai! Cepatlah esok, tak sabar dah ni…
Aku tengok kalendar 28 Ogos 2000, tiba jua masanya. Aku dah bersedia, baju kemeja Polo aku capai dan sarung badan. Hmmm…sempurna. Aku capai kunci kereta milik Kak Lyn dan segera ke KLCC seperti yang dijanjikan. Amilisa kata dia tiba agak lewat sikit, tak kisah la. Aku pesan teh limau ais, dada aku berdegup laju macam nak luruh jantung aku ni. Sabar, aku urut dada.
“Sorry lambat sikit, tayar lembik kena pergi pump dulu.”
Aku mengangguk mendengar alasan dia, dia duduk di hadapan aku. Dia pakai kebarung warna lemak ketam, warna kegemaran aku. Ceh! dia ni macam tau-tau je. Memang ada jodoh.
“Se...se...Ehem!” tersekat pula kerongkong aku. Segera aku hirup air dan aku berdehem.
“Abang...Ab..ab...se...se...!” Allah apa hal gagap ni. Aku hela nafas. Mm...one more time babeh!
“Ami, abang nak cakap sesuatu. Tapi please jangan terkejut.”
Dia mengangguk, Amilisa membetulkan kedudukannya. Aku mengeluh dan berdehem beberapa kali, jenuh aku pujuk diri agar bertenang.
“Abang nak meminang Ami!” Fuh! Lancar le. Allahamdulillah. Aku pandang muka gadis itu. Serius, dahinya berkerut. Aku telan air liur, kenapa pulak nih? Dia tunduk dan aku lihat dia tarik nafas panjang. Aku panik melihat wajah Amilisa.
“Ami tak boleh terima abang lebih dari seorang kekasih. Ami tak dapat terima abang jadi kekasih ataupun suami. Maafkan Ami.”
“Tapi Ami?”
Dia mengesat air matanya yang sudah mula membasahi pipi. Aku pandang sekeliling dan harap tak ada orang nampak si dia menangis. Kecoh pulak nanti!
“Lepas nih, Ami tak mahu jumpa abang.”
Terkejut aku dengar ayat itu, biar betul. Kenapa sampai nak berpisah, tak faham aku dibuatnya. Aku baru nak buka mulut nak tanya sebabnya, tetapi tak sempat bila dia berlalu pergi tinggalkan aku yang terkulat. Aku pulang, Sham dan Shuh tanya fasal hal itu. Aku diam cuma, tak tahu nak cakap apa. Malu, apa perlu aku tanya parent aku. Salah ke aku lamar dia. Kalau iya pun tak suka, berilah alasan. Ini terus tinggalkan aku macam tu je. Aku dah menjadi perindu sepi, tiap hari aku call rumah dia. Tapi adiknya kata dia tak nak cakap. Aku SMS dia, tak ada balasan juga. Aku call guna nombor handphone dia, cuma ada mel suara je. Aduh tension macam ni! Amilisa, terus terang dengan aku please!!! Mama pun ada tanya fasal aku dan dia, aku hanya jawab entah je. Aku pula yang kena leter, ini yang malas ni.
Januari 2001 muncul tanpa dijemput, aku masih menanti jawapan dari Amilisa namun sia-sia. Badan aku pun susut sikit rasanya menantikan gadis itu. Handphone aku berdering, sapa pula call tengahari buta ni. Aku nak makan pun terbantutlah.
“Hello, Ijan. Sabah. Alamatnya...tak apa le Ijan faks ke office abang okay. Thanks.”
Dia di Sabah kursus. Kenapa sampai begitu jauh, Ami larikan diri dari abang. Aku tak pasti apa salah aku. Lima bulan aku carikan jawapannya. Aku segera pulang ke office dan Jane, setiausaha aku hand over faks dari Ijan. Dia berkursus di Karambunai, jauh sangat. Tapi demi cinta dan kasih sayang aku kena pergi. Aku panggil Jane masuk ke dalam office.
“Jane mulai esok saya akan bercuti selama tiga hari.”
Setiausaha aku mengangguk, aku menghela nafas. Sabah, here I come!
Lapangan Terbang Kota Kinabalu destinasi yang aku tujui dah di depan mata. Aku tahan teksi untuk ke Karambunai. Tempat itu cukup indah, setanding Kepulauan New Celadonia. Apa yang aku merepekkan ni. Aku akhirnya tiba di tempat yang aku nak sangat pergi. Aku kaunter pertanyaan, fikir juga macamana nak dapat maklumat tentang Amilisa sebab setahu aku susah nak dapat maklumat mengenai para penginap. Tak apa apa pun aku kena try. Setelah bersusah payah akhirnya, receptionist tu nak tolong aku. Dia sudi nak telefon Amilisa dan sampaikan pesanan aku padanya. Petang itu, aku menanti di gazebo dekat dengan kolam mandi. Setengah jam aku menanti kedatangan dia, aku tahu dia berat hati nak jumpa aku. Tapi aku dan dia kena bersemuka kalau tak hati aku takkan tenang. Aku kena tahu sebab dia tak mahu terima pinangan aku.
“Abang nak minta maaf pada Ami kalau betul abang bersalah.”
Amilisa cuma tunduk dan dia membisu, aku dah rasa putus asa. Tolonglah cakap sesuatu, cakap!!!
“Ami, mesti faham abang bukannya nak main-main. Abang bukan macam ex-tunang Ami. Abang ikhlas, ianya betul-betul datang dari sanubari abang.”
Aku capai tangan Amilisa dan mengenggamnya, tangannya sejuk. Dia masih membisu. Aku menanti agar dia bersuara walaupun satu ayat.
“Abang pulanglah...” akhirnya dia bersuara. Amilisa melepaskan genggamanku dan berlalu meninggalkan aku macam tu sahaja. Aku frust dengan tindakan gadis itu. Tiada apa lagi untuk aku di sini, aku kemas barangku dan terus ke lapangan terbang. Aku tempah tiket ke KLIA petang itu juga. Dalam pesawat aku kenangkan semua memori aku dengan Amilisa, semuanya indah belaka. Aku rasa tiada kecacatan dalam perhubungan aku dengan dia. Apa yang silap, salahkah aku melamarnya. Nak saja aku menjerit dalam pesawat ni, silap-silap ke Tanjung Rambutan diorang hantar aku. Mama tanya bagaimana usaha aku memujuk Amilisa, aku cuma jungkitkan bahu. Mereka turut kecewa dengan cerita aku. Apa nak buat mak, takde rezeki. Along muncul di rumah, maklumlah esok start cuti sekolah. Ros datang meluru ke arah aku dan memeluk aku, anak berusia empat tahun itu sibuk tanya fasal gula-gula dan anak patung. Dialah pengubat aku sementara ini.
Selepas makan malam, Along jumpa aku di bilik bacaan. Aku yang baru lepas baca e mail menoleh padanya kerana Along kata dia nak berbicara dengan aku. Dia hulurkan sampul A4 pada aku.
“Apa nih, Long?”
“Buka dan baca.”
Aku dapat lihat cop dikiri sampul. Cop universiti di New Zealand aku buka sampul itu dan keluarkan surat dan dokumen. Aku pandang Along, dia bagai mencari jawapan di wajahku.
“Along nak saya sambung study?”
“Kalau boleh. Setakat diploma kemana kau boleh pergi, Danish,”
Aku kaji kata-kata Along. Ada benarnya, 99% betul. Aku pandang Along dan gambar papa di sisi meja komputer. Aku pandang abang sulung aku lagi dan aku mengangguk. Biar aku benamkan memori bersama Amilisa di tanah New Zealand.
Esok, 14 Februari 2003 aku terpaksa pulang ke Malaysia sebab mama di masukkan ke dalam wad kerana masalah tekanan darah tinggi. Mulanya aku enggan pulang selepas Sham beritahu berita itu pada aku tetapi bila kenangkan mama aku kena juga pulang. Pesawat MH 456 tiba di KLIA, Kak Lyn dan Sham menanti aku di balai ketibaan.
“Teruk ke mama, Kak Lyn?”
“Teruk tu tak sangat, tapi apa pun kau kena juga tengok. Bukannya tak mampu nak balik Malaysia.”
Aku ketawa kecil. Aku tahu Kak Lyn marah sebab aku tak balik raya hari tu. Saja aku nak ronda New Zealand. Aku tiba di HUKM, menuju ke wad di mana mama di letakkan. Muka mama pucat sikit tapi dia sihat, di kanannya ada tiup air.
“Mama sihat?” tanya aku. Aku salaminya dan dia mencium dahiku. Sungguh bermakna sekali kecupan itu, hilang semua penat aku. Aku peluk wanita itu.
“Rindu mama pada kau, Danish. Saja kau tak nak balik, kan?”
Aku senyum cuma. Bukan tak nak balik, tetapi pedih hati ini yang buatkan aku tak berdaya nak jejak Malaysia. Tapi demi mama aku pulang juga, sapa tak sayang mak oiii! Aku duduk di sisinya dan aku pegang tangannya.
“Baliklah ke rumah, mama takkan apa-apa?” suara mama. Aku mengeluh dan mengangguk. Kak Lyn tumpangkan aku balik sebab dia nak hantar baju kat mama di HUKM. Aku menuju ke bilik lama, tak berubah bilik aku ni. Apa yang berubah kedudukan katil dan kain langsir. Ini mesti mama yang cadangkan, ada ke langsir warna biru untuk aku tak sesuai untuk bilik lelaki la. Telefon berdering nyaring. Aku merengus, inilah yang malas ni. Kenalah aku angkat telefon, aku keluar dari bilik dan segera mencapai codeless phone Panasonic di bilik bacaan. Aku berdehem.
“Hello, nak cakap dengan siapa?” suaraku. Tiada suara kedengaran, ini yang aku tak gemar sangat ni. Orang dah angkat senyap pula. Kalau malu nak buka mulut jangan telefon, buat habis duit je bayar bill. Aku melangkah ke dalam bilik, lagi sekali telefon berdering. Sapa nak main-main dengan aku, sumpah jadi memerang baru tahu!
“Helllooo!!!” tengking aku. Biar pecah gagang telinga orang tu. Aku dengar bunyi deheman di dalam talian. Terkejut kau padan muka!
“Danishhh...”
Aku pula yang terkedu dengar suara tu, kepala yang tiba-tiba gatal aku garu. Aku berdehem.
“Ami..!”
“Erk! Abang sihat?”
“Hem...!” jawap aku malas. Kami diam, aku ada benda nak tanya pada dia tapi entah mulut ni tak nak buka pulak. Sebenarnya aku nak tanya dia, dah kahwin atau belum. Iyalah 2 tahun tak bertemu muka, anything can happen. Aku rasa dia dah kahwin.
“Mama awak sihat?”
“Alhamdulillah,” ringkas jawapan aku. Bukan aku marah pada dia cuma aku tak tahu nak cakap apa. Nanti cakap lebih-lebih nanti merajuk, marah, aku pulak yang susah. Aku dengar dia mengeluh.
“Abang, Ami nak jumpa abang sekarang boleh?”
“Nak buat apa?” terkejut juga bila Amilisa kata nak jumpa aku. Lama juga dia membisu, tentu tak tahu nak jawap apa.
“Please jangan tanya. Apa pun Ami nak jumpa dengan abang juga.”
“Okaylah. Di mana?”
“DOME, jam 5 petang.”
Aku pandang jam di dinding, sudah pukul 3 petang. Aku mengeluh, elok pun dia nak jumpa. Aku dah lama rindu nak tengok muka dia.
“Okay,” ringkas jawapanku. Aku mengeluh. Talian diputuskan dan aku meletakkan kembali gaggang itu ke tempat asalnya. Aku pandang jam di dinding, lepas tu aku tepuk dahi. Hmmm... aku kena siap cepat dan kena tahan bas atau teksi sebab tak ada satu pun kereta di rumah untuk aku guna. Benci!!!
Aku lewat dua minit, sorry bukan salah aku. Jem kat jalanan, lainlah kalau aku ada kuasa magic terus je aku muncul di DOME. Aku naik tangga bergerak untuk ke cafe itu. Tidak ramai pelanggan di situ, mungkin sebab sekarang dah lepas lunch hours. Aku cari wajahnya di DOME, tiada. Takkan dia pun lambat, tapi di suatu sudut aku nampak macam muka dia. Takkan dah bertudung. Aku melangkah ke dalam DOME, entah mengapa aku mendekati gadis itu. Aku berdiri di depannya dan dia mendonggak. Betullah dia, dah bertudung rupanya sekarang. Aku senyum dan dia juga senyum, kami duduk serentak.
“Sejak bila bertudung?”
“Tahun lepas. Abang tak suka?”
Aku menggeleng kepala tanda aku suka dia bertudung. Dia tunduk. Dia masih lagi memakai minyak wangian Chanel, tak berubah.
“Ami nak minta maaf pada abang. Ami tak tahu kenapa terjadi macam tu?”
“Apalah yang nak di fikirkan lagi, Ami. Dua tahun dah pun berlalu. Semuanya dah terjadi, abang redha dan rela dengan apa yang dah berlaku.” Amilisa memalingkan wajah selepas mendengar penjelasanku. Aku mengeluh berat dan dia memandang wajahku. Ada sinar di matanya cuma aku tak dapat menafsirkannya.
“Abang, selama ini Ami memang mencintai abang tetapi entah kenapa Ami tak boleh terima abang. Ami sedih sangat bila abang pergi tanpa beritahu Ami.”
“Buat apa abang nak beritahu?” ringkas jawapanku. Aku nampak air matanya, alah ini yang lemah ni.
“Ami sayangkan abang...” itu jawapannya. Aku terkedu dan tak tahu nak cakap apa. Payah lagu ni! Aku seluk poket, cincin yang aku beli masa di New Zealand ada di poket seluar. Aku capai tangan kirinya dan aku sarungkan ke jari manisnya. Dia terkejut segera memandang aku, air mata yang bergenang mula mengalir dan aku mengangguk. Kami sama-sama tersenyum.
Aku renung Laut China Selatan dan memandang Amilisa yang sedang melayan Farisha Aura, anak sulung kami. Amilisa terima kasih kerana menerima diri ini. ketahuilah oleh dirimu, kehadiranmu dan Farish membawa sejuta erti dalam hidup ini serta sinar kebahagian yang takkan terpadam selamanya. Sesungguhnya diri ini menyintai dirimu selalu dan untuk selamanya...
TAMAT

No comments: