Tuesday, May 5, 2009

New Exile

London. 8:00 malam
 Hafizul meletakkan gagang telefon. Dia tidak dapat menghubungi kakaknya. Genap tiga hari dia tidak dapat menghubungi kakak kesayangannya. 
  “Mama, kakak tak jawab panggilan.”
  “Sibuk atau dia dah tidur.”
Dia menuangkan kopi untuk suaminya.
  “Awak jadi ke Malaysia hujung minggu ni?”
  “Jadi rasanya. Saya rindu sangat dengan dia, bang. Lama sangat saya tak jumpa Melisza. Lagipun, saya nak juga jenguk kakak saya.”
  “Eloklah tu, sayang sekali saya tak dapat ikut. Banyak kerja tambahan tender baru dengan Celtic Industri.”
  “Abang ni, jangan fikir kerja je. Awak dah tua...”
Lelaki itu ketawa kecil dan membetulkan kedudukan kaca matanya. 
  “Saya nak pergi, awak pun tahu. Selepas pengkebumian Emilia saya langsung tak jumpa kakak awak tu. Dia tentu bersedih dengan pemergian Emilia.”
Datin Jamilah mengangguk cuma, kopi yang dihidang dihirup. Cuaca sejuk musim bunga tidak dirasa bila berada dekat dengan pendiang api. 
  “Mama, menungkan tentang apa?” 
Wanita itu menoleh, Hafizul mendekati mamanya.
  “Mama rindukan Lisz. Mama rasa tak sedap hati... mama rasa Lisz dalam keadaan bahaya.”
  “Mama selalu macam ni. Kakak okey, dia tahu jaga diri. Mama pun tahu, kan?”
Wanita itu mengangguk. Dia mencapai album gambar disisnya. Hafizul duduk disisi wanita itu. Dia turut melihat gambar didalam album itu.  
  “Tengoklah, aksi Zul dan kakak. Comel sekali. Lisz tak gembira bila dapat tahu dia akan tinggal di sini. Dia mengambil masa setahun sebelum dapat menerima keadaan disini.”
  “Mama, tiba-tiba saja rasa rindu Zul pada kakak meluap-luap. Tak sabar nak jumpa kakak.”
  “Mama pun sama sayang.”


KLIA. 11:00 pagi.
 Seorang gadis muncul melangkah keluar dari aero-train. Kehadirannya menarik perhatian semua jejaka disitu. Dia berseluar panjang dan berkot dari baldu hitam serta sepasang kaca mata hitam. Wangian yang digunakan turut menambah minat lelaki yang hampir dengannya. Rambut hitamnya yang melepasi bahu dibiarkan. Alunan rambut hitamnya bagai menari-nari dan bergerak mengikut rentaknya. Dia kemudian melangkah tenang ke arah imigresen. Dia menghulur pasport, matanya memandang sekeliling dan menyorot mata bundarnya ke arah kamera cctv yang terdapat di situ. Matanya kembali melihat pegawai imigresen didalam kotak pemeriksaan pasport. Namun, dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena bila pegawai itu melangkah keluar dari kotak pemeriksaan passport itu. Ianya telah membuat dia menanti hampir sejam. 
  “Cik, sila ikut kami?” 
Gadis itu merengus, dia dah dapat agak apa yang sedang berlaku. Dia mengikut dua lelaki itu untuk ke bilik pemeriksaan. 

 Azman melihat dirinya dicermin. Dia kemudian merengus dan kembali duduk dikatilnya. Dia rasa seperti berada di alam lain. Alam yang bukan realiti, dia hairan kenapa ini semua boleh berlaku. Kenapa mesti dia yang mengalaminya? Dia mencapai kunci dan segala alatannya kemudian melangkah keluar. Dia menuju ke arah ruang makan. Adik-adiknya baru saja melangkah ke meja makan.
  “Sorry lewat? Abang long, esok TPA akan datang untuk menandatangani kontrak. Rasanya tanda masalah, kan?”
  “Tak ada yang perlu kita takutkan. Jangan risau. Jom, kita lewat dah ni.”
  “Azry, kita dah tujuh tahun dalam industri ni jadi jangan cemas sangat. Memang industri ini ada risiko tetapi kita boleh menghadapinya.”
Azman melihat jamnya.
  “Okey, you two... kita pergi sekarang.”
Azman, Amry dan Azry menuju ke arah kereta masing-masing dan menderu laju keluar dari bunglo mewah itu. Aku dapat melihat mereka dari anjung rumah. Aku melangkah turun ke tingkat bawah, aku perlu ke KLIA. Sebenarnya, aku sudah lewat.
  “Kak, nak kemana?”
  “KLIA. Oh! Kakak kena pulang ke Ipoh. Kirim salam pada semua. Maaf tak sempat nak jumpa semua orang, bye!” suaraku. Aku segera melangkah keluar, memang agak biadap perbuatan aku itu tetapi memandang tiada siapa dirumah kecuali Anna, itu saja opsyen yang aku ada. Kenderaan milikiku menuju ke destinasi yang sepatutnya aku pergi.

 Aku memerhati cermin diharap tiada cacat cela dalam solekkanku. Pintu bahagian penumpang terbuka dan seorang gadis duduk di sebelahku. Dia menghulur salam padaku dan aku membalas. Kaca mata hitam dikena ke wajahnya, aku merenungnya.
  “Lewat?”
  “Macam biasa, Lisz. Kadang kala aku bosan,” suara gadis itu.
  “Well, pastinya sebab Hanna. Tak hairan kerana kau ada kakak yang begitu terkenal.”
Gadis itu mendengus, aku menekan pedal minyak dan MPV milikku meluncur laju dan segera menuju ke lebuhraya.
  “Bertenang dan sabar, Hanny. Kau dan Hanna kembar seiras. Begitu serupa, sesiapa pun tak dapat membezakan kau dan dia. Jadi, jangan salahkan mereka-mereka itu.”
  “Hanna yang patut dipersalahkan.”
  “Hanny... bertenang okey!”
  “Bertenang..? Lisz, kalau kau pun belum tentu kau bertenang kalau punyai kakak seorang pencuri bertaraf antarabangsa.”
Aku tidak dapat menjawab kata-kata gadis itu. Aku mengeluh. Memang susah jika miliki ahli keluarga yang bertaraf wanted disetiap pelusuk dunia. Lebih malang lagi jika ahli keluarga itu mempunyai wajah yang seiras. Aku kerling ke arah Hanny. Dia seorang jurugambar professional manakala Hanna pencuri professional dan mereka berdua kawan karibku sejak zaman kanak-kanak. Bagaimana aku kenal mereka? Aku kenal Hanny ketika menyertai pertandingan di London dan Hanna secara tidak sengaja bila dia bertemu Hanny di salah satu pertandingan yang kami berdua sertai. Hanna dan Hanny gadis yang memiliki darah campuran Melayu dan Moari New Zealand. Mereka dipisahkan ketika berusia sepuluh tahun. Hanny dibesarkan di New Zealand bersama keluarga bapanya, manakala kakak sulungnya dibesarkan oleh pakciknya di Rio de Jenario barangkali keadaan yang berbeza menjadikan mereka insan yang berbeza. Aku sesekali menoleh memandang temanku di sebelah, dia ralit memerhati pemandangan dan sesekali mengunakan kamera yang berjenama untuk merakam gambar-gambar. Hanny Sulaiman, gadis yang membesar di tanah asing dan lapan belas tahun kemudian kembali ke Malaysia. Barangkali untuk selamanya, itu yang dia pernah kata. Aku masih tenang memandu. 
  “Aku sudah kembali di negara kelahiran ibuku, itupun selepas lapan belas tahun.”
  “Keputusan yang kau buat memang betul, Hanny. Ini negara kau...”
  “Lagipun, aku nak cari Hanna!”
Tersentak aku mendengar kata-kata itu, hampir tidak tetap pemanduanku mendengar nama Hanna. 
  “Macamana kau tahu Hanna disini? Kau dah jumpa dia?”
  “Naluri hati aku. Ianya mengatakan Hanna disini. Aku rasa dia hampir sekali denganku.”
Aku angkat kening, mistik sekali penerangan itu. Aku melihat sekeliling sekiranya betul telahan gadis itu. 

 Di waktu yang sama, seorang gadis yang baru selesai membuat senaman di gym, duduk dilantai dan menghela nafas. Dia memegang dadanya, getaran dadanya menyatakan sesuatu. Tuala dibahu digunakan untuk mengesat peluh yang lebat mengalir di dahi. Seorang lelaki bertongkat mendekati dan menghulur botol air mineral. Gadis itu bersila dan meneguk air tersebut, mata bundarnya di sorot ke arah lelaki itu.
  “Pakcik, Hanny di sini.”
  “Kau dah jumpa dia?” tanya lelaki itu dari nadanya lelaki itu cemas. Gadis itu gelengkan kepala dan meneguk lagi air mineral tersebut.
  “Saya tahu dia di sini dan sedang mencari saya. Rasanya saya tahu dia di mana?”
Gadis itu bingkas bangun. Lelaki itu merenung wajah gadis itu, dia pasti gadis itu ada pelan tersendiri.
  “Apa yang kau fikirkan, Hanna?”
Hanna membisu dan menuju ke balkoni condominium tersebut. Lelaki itu membiarkan sahaja. Dia rasa bersalah, jika tidak kerana dia Hanna tentu sudah menjadi penari balet terkenal atau pemain piano terkenal. Tetapi keadaan yang memaksa dia untuk memaksa Hanna menjadi pencuri. Ini semua salahnya, dia berdosa terhadap adiknya iaitu ibu kepada Hanna dan Hanny.

  “Hanny, aku tak mahu kau campur dalam hal aku lagi,” suara keras Hanna memarahi adiknya. Wajah Hanny sayu, dia mesti memujuk kakak sulungnya untuk berubah dan berhenti menjadi pencuri. Hanny memegang bahu kakaknya, tangannya ditempis kasar dan mereka bergelut kecil sebelum Hanna mengilas tangannya ke belakang.
  “Kau takkan boleh halang aku, Hanny. Aku sudah lakukannya sejak berusia lapan belas tahun.” Dia melepaskan tangan adiknya.
  “Kakak, belum terlewat untuk berubah.”
  “Tak semudah itu, dik!”
Hanna mula melangkah pergi.
  “I will stop you, anyhow! Hanna, kau dengar tak???” jerit Hanny. Hanna berpaling, senyum dan memberi sebuah flying kiss. 
  “Good luck, sis. Jumpa dua tahun lagi!” Hanna menjerit dan menghilangkan diri di balik kabus subuh di perlabuhan itu. Hanny mengeluh, dia perlu halang kakaknya sebelum kakaknya terjerumus lebih dalam lagi. Dia tidak mahu kakaknya terus begitu. Dia nekad untuk memburu kakaknya dan menghalang perbuatannya. Hanny mengetapkan bibir.
 Hanny terkejut bila aku menepuk lembut bahunya, hujan mula membasahi bumi waktu malam itu. Air yang ku hidang tadi diteguknya. Kami melangkah ke ruang tamu, aku duduk di sofa begitu juga gadis itu. Dia merenung sekeliling dan terpandang gambar yang terdapat di meja hiasan disisinya.
  “Lisz, takziah atas kematian EJ. Kenapa kau tak beritahu dia meninggal?”
Aku tersentak, wajahnya aku renung.
  “Dia sakit apa?”
Aku tunduk, air di dalam mug itu aku tenung. Kejadian di London menerjah di ruangan mindaku.
  “Maaf, aku buat kau sedih. Aku tahu EJ rapat dengan kau.”
Aku hanya mengangguk, Hanny menggosok tengkuknya. Aku pasti dia keletihan selepas berbelas jam di perut pesawat kemudian tiga jam perjalanan dari KLIA ke Ipoh.
  “Kau masuk tidur dulu. Biar aku kemaskan dapur. Kau pasti penat dengan perjalanan jauh tadi.”
Dia mengangguk, gadis itu bangun. Dia mengeliat sedikit. Matanya digosok beberapa kali.
  “Oh! Sebelum terlupa tadi aku jumpa tape ni dibawah tempat duduk penumpang. Tapi tak bernama.”
  “Mungkin demo tape Exile.”
  “Kau dah ada boyfriend baru tapi tak nak kenalkan pada aku. Aku dengar dia seorang artis?”
  “Dia anggota Exile.”
Hanny mencebik dan berlalu, aku memerhati kaset yang Hanny serahkan kepada aku. Pelik sangat, takkan demo tape. Mana mungkin jatuh di dalam MPV aku. Hmm... siapa punya agaknya? 

No comments: