Tuesday, May 5, 2009

New Exile

Kuala Lumpur. 9:00 malam.
 Bala muncul, dia membisikkan sesuatu di telinga Adi. Dia senyum, Dumment yang berada disisinya kelihatan kurang mengerti dengan senyuman lelaki itu. Dia bingkas bangun dan membetulkan kot bajunya. Dumment turut bangun dan mendekati lelaki itu. Seseorang muncul dan berdiri dihadapan mereka. Kelihatan Dumment seperti kagum dengan penampilan gadis itu. Adi memandang gadis itu dari atas ke bawah. Gadis dihadapannya memeluk tubuh, wajahnya ada calit keangkuhan 
  “Kenapa I dipanggil kemari?”
Adi merenungnya, dia senyum sinis. Melalui isyarat mata dia menyuruh orang-orangnya untuk menangkap gadis itu.
  “Hey!!! Apa semua ini!!!”
Adi hanya ketawa, dia duduk dan bersandar melihat persembahan itu. Dumment cuba untuk membantu tetapi tidak tahu bagaimana. Kedengaran gadis itu menjerit. Gadis itu menyiku perut Bala dan memijak kaki Bala. Dia memberi tumbukan padu tepat mengenai hidung Matt serta menyepak alat sulit Vince serta membuat tendangan ke perut lelaki itu sehingga terduduk di ceruk meja. 
  “I tiada masa untuk ini, jadi kalau tiada offer yang baik I nak pergi!!!” jerit gadis itu. Adi menepuk tangannya. Dumment menghela nafas, lega bila melihat gadis itu dapat melepaskan diri dengan mudah. 
  “Welcome, cik Hanna. You sekutu yang hebat, tendangan you memang hebat. Tidak sia-sia I memanggil you...” Dia menghulurkan salam, tetapi tidak diperdulikan. Hanna berdiri dihadapannya sambil memeluk tubuh. Adi membuat isyarat agar Hanna jalan mendahuluinya. Mereka tiba dibilik yang kelihatan seperti bar kecil. 
  “Maaf, I tidak minum minuman keras.”
  “Baik, coke?”
Dia membuat isyarat mata menyatakan minuman itu sudah mencukupi untuknya. Adi melihatnya atas ke bawah.
  “Ada apa yang tak kena, Encik Adi?” tanya Hanna dan meneguk coke tersebut.
  “Everything is perfect. You tidak seperti yang I jangkakan.”
  “Semua orang cakap macam tu. Tetapi, I tak kisah apa pandangan orang.”
  “You are so funny,” suara Adi diselangi ketawa.
  “Everyone have one, Encik Adi.” Hanna ketawa, sarung tangan yang dipakai dibetulkan. Adi membisu.
  “Now! Let’s get to business.”
Adi menunjukkan beberapa gambar. Hanna mencapai gambar-gambar itu.
  “I nak you curi benda tu!” terang Adi.
  “Apa ni? Plat emas? Kelihatan seperti barangan purba..?”
  “You boleh katakan yang I seorang pengumpul barangan antik.”
Hanna merenung lelaki itu, gambar itu dicampak ke meja.
  “I nak you curi plat emas yang mengandungi Perjanjian Perang Salib.”
Hanna ketawa kecil dan merung lelaki itu. 
  “Ini bermakna you mahu I ke Belanda? Crazy!”
  “You can say that! I’m serius, Hanna.”
Adi memasang curutnya, dia merenung gadis dihadapannya.
  “I’m offering quarter million sebagai pendahuluan dan two millions bila kerja itu selesai.”
  “Adi, you sendiri tahu bagaimana tempat tu? Mustahil untuk mencurinya.”
  “You takkan tahu selagi you belum cuba, sayang.”
Hanna merengus. 
  “Jadi, you tak mahu melakukannya?” tanya Adi memancing gadis itu.
  “I need times, Adi. Biar I fikirkan dahulu.”
  “Sehari saja tempoh untuk berfikir, Hanna. Selepas itu, samada you mahu atau tak you tetap akan melakukan kerja itu untuk I.”
Hanna tidak menjawab, dia bangun dan meninggalkan Adi di situ.

 Aku dapat melihat betapa gelisahnya Hanny, dia kelihatan tidak senang duduk. Seharian tadi dia mencari Hanna, hampir seluruh Ipoh dia mencari kakak kembarnya. Aku yang ingin menghampiri terbantut bila telefon rumah berdering. Jam sebelas malam, siapa agaknya yang menelefonku ini.
  “Lisz, biar aku bercakap dengan adik aku.” Suara yang amat aku kenali dibalik talian. Pantas aku memanggil Hanny.
  “Siapa?”
  “Hanna!”
Gaggang bertukar tangan. Aku pada mulanya ingin beredar namun Hanny menahan. 
  “Hanny, aku nak jumpa kau!”
  “Bila?”
  “Malam esok!. Aku tunggu kau di lobi Hotel Heritage jam sembilan malam,” suara Hanna.
  “Baik, aku akan ke sana.” Hanny berjalan ke laman rumah, dia melintasi aku. Aku kerut dahi dan mengekori gadis itu.
  “Dia nak jumpa aku malam esok. Kau tolong hantar aku ke Hotel Heritage.”
  “Kau pasti nak jumpa dengan Hanna.”
Dia tak menjawab dan berlalu ke bilik. 

 Aku mencari sesuatu, habis semua almari aku selongkar tetapi masih tidak bertemu. Kemana agaknya benda tu... aku merengus. 
  “Apa yang kau cari sampai berselerak bilik kau ni, Lisz?”
  “Negatif filem. Aku tak ingat mana aku letak. Puas aku cari... dalam kereta aku dah cari. Semua beg pun dah aku selongkar. Mana agaknya?”
Aku merengus lagi.
  “Cari perlahan-lahan, Lisz. Bertenang.”
Aku merengus lagi, habis semua kotak majalah dan meja solekku bertaburan. Hanny turut gelengkan kepala.
  “Okey! Stop! Fikirkan tempat terakhir kau letak negatif itu.”
  “Oh!!!”
Aku segera mencari di dalam almari yang aku letakkan semua jaket. Aku cari di dalam setiap poket jaket tersebut. Tetapi tidak berjumpa, aku kerut dahi dan cuba mengingatinya. Telefon rumah berdering juga tidak aku hiraukan. Aku cuba mengingati di mana aku letakkan negatif tersebut.
  “Lisz, phone. Boyfriend kau!”
Aku tersentak dan berlalu mendekati gadis itu, dia tersengih-sengih. Aku membuat mimik muka. 
  “Hello, Am?”
  “Hai, sayang. Saja nak dengar suara, sihat?”
  “Sihat. Oh! Am, maybe esok mama dan Zul tiba. Why?”
  “Tanya saja. Kalau sayang tak sempat jemput mereka, abang pun boleh juga jemput mereka.”
  “Okey!”
Klik! Talian diputuskan. Aku melihat jam di dinding, sudah terlewat untuk dinner meeting. Kalau tidak mengenangkan syarikatnya tak ingin untuk dia ke mesyuarat itu. Adakalanya, tiada apa yang boleh tercapai dalam meeting sebegitu. Tetapi kerana tanggungjawab dan kerana syarikat itu adalah hasil titik peluh dia dan Kak Emilia Jazmine dia sanggup, tambahan dengan ketiadaan kakak saudaranya itu dia terpaksa memikul beban yang lebih. Dia mencari Hanny yang senyap dari tadi. Jangan pula gadis itu keluar dari rumah tanpa pengetahuannya. Kadangkala pemikiran Hanny sukar untuk diterjemahkan, barangkali begitu agaknya pemikiran orang yang berdarah campur. Aku mencari-cari pakaian yang sesuai untuk aku, sebenarnya mencari pakaian bukanlah minat aku. Tetapi aku terpaksa memilih baju yang paling sesuai agar penampilan aku tidak kelihatan canggung. Kesibukkan ini menyebabkan aku terlupa untuk mencari negatif itu. Ah! Pasti ada di mana-mana, fikirku.
 Pintu bilikku diketuk, walaupun tidak kuat namun masih cukup untuk membuat aku tersentak. Satu kemujuran aku sudah selesai bersiap, pantas pintu itu aku buka. Hanny muncul, dia menghulurkan telefon bimbit milikku.
  “Hello... abang? Kenapa?”
  “Saja... Sayang ada kerja?”
  “Ada dinner meeting. Malas betul nak pergi, tapi kerja punya fasal, terpaksa.”
  “Kalau macam tu, tak mengapalah. Okey, selamat bermesyuarat!” suara lelaki itu didalam talian. Ada-ada saja dengan lelaki bernama Amry ini. Memang dia lelaki yang berperangai kebudak-budakan. Aku senyum sendiri, kemudian menoleh ke arah pintu. Hanny tersenyum, sinis. Macamana aku boleh tak perasan dengan perempuan Melayu celup ni? Aku hanya angkat kening sebagai tanda aku bertanya. Dia senyum lagi, melangkah ke arah katilku.
  “Kau nampak comel sangat!”
Comel? Bahagian mana pula yang dia merasakan aku ni comel? Pelik betul? Hanny senyum lagi, tentu dia perhatikan gelagat aku.
  “Cara kau bercakap dengan boyfriend kau tu! Panggilan abang lagi. Comel!”
  “Ada masalah ke?
Hanny ketawa, berani betul dia gelakkan aku. Pantas tangan aku membaling sikat ke arahnya dan gadis itu dapat menangkap sikat itu.
  “Aku kenal kau lama dan selama itulah aku tidak pernah dengar kau ada kekasih. Sekarang ni bukan saja kau berkasih tetapi pandai berabang-abang.” Hanny mendekatiku dan sempat jarinya mencuit batang hidungku.
  “Diamlah... Hanny nanti tiba masa kau, siap aku akan usik kau sampai merah muka. Aku ingatkan kau!”
  “Aku tunggu saat itu, my friend!”

Aku buat mimik muka dan melintasi gadis itu serta melangkah keluar dari bilik aku kerana aku ternyata begitu lambat. Berbual dengan Amry dan juga menahan usikkan Hanny membuat aku makin lambat. Benci! Nampaknya masa untuk memecut.

Kuala Lumpur, 2:00 pagi.

 Hanna memandang lelaki dihadapannya dan menunggu keputusan. Dia mengeluh dan memandang sekeliling. Pengikut-pengikut lelaki itu berdiri di belakang. 
  “Bagaimana? Rasanya masa yang diberikan untuk berfikir sudah cukup?” lelaki itu bersuara, tangannya menyalakan curut Cuba dengan pemetik api. Hanna mengigit bibir atas dan dia mengangguk. Adi ketawa kecil, jarinya menekan butang. Beberapa minit saja seorang lelaki berbangsa India muncul dan di tangannya ada sampul putih.
  “Ini pasport, tiket serta duit. Oh! You akan bertolak, malam esok jam dua belas malam.”
  “Cepatnya? Kenapa...?”
Adi mendekati wajahnya dan membelai-belai rambut Hanna, gadis itu telan air liur.
  “Cepat pergi, cepat beres... sayang.”
Tangan lelaki itu masih membelai rambutnya, dia menahan marah. Belum pernah ada lelaki menyentuhnya. Tetapi, dia terpaksa memendam perasaan itu kerana dia berada di kawasan lelaki itu. Dia masih waras untuk memikirkan perkara itu. Dia merengus dan masih menahan marah. Jantungnya berdetak laju. Tetapi, ada benar kata-kata Adi. Cepat dia ke Belanda, cepat dia selesaikan tugasnya dan cepat dia terima bayarannya. 
  “Baiklah, tetapi I masih ada kerja yang belum selesai.”
  “Kerja??? Tak mengapa, Bala akan ikut you!”
  “Tidak!!! I need to do this alone.”
Adi membuat isyarat tidak dengan jari telunjukknya. 
  “Please!!!”
Adi menghela nafas dan tersenyum diikuti dengan isyarat yang dia membenarkan gadis itu pergi.
  “Bala, ikut gadis itu. Perhatikan langkahnya, jangan biar dia membelot! Faham!!!”
Lelaki India itu mengangguk mendengar arahan itu.
  
  Hanny menarik nafas panjang, jam sudah menunjukkan jam sembilan malam tetapi kembarnya tidak muncul. Dia mungkir janji, mana mungkin dia sendiri yang menetapkannya. Tambahan, sudah dua tahun berlalu. Mereka yang buat perjanjian itu ketika mereka berusia dua belas tahun di London, iaitu selang dua tahun mereka mesti bertemu. Hanny gelisah, Hanna ditimpa masalah? Dia melihat jamnya. Melisza yang memandunya ke hotel itu, mulanya temannya ingin menemaninya disitu namun dia terpaksa menolak. Dia takut jika Hanna terpandang Melisza disitu, semuanya akan terjejas. Melisza kadang kala boleh jadi tegas. Dia masih rasa tidak sedap hati. Dia tahu, Hanna tentu ada akan mencuri lagi. Selalunya begitu, setiap kali mereka bertemu pasti Hanna sedang memikul tugasan. Tugasan yang mengancam nyawanya, pasti kali ini dia akan menghentikan perbuatannya. Dia mesti!
  “Kakak?” suaranya bila melihat seseorang yang memiliki wajah serupanya. Gadis itu menarik hidung Hanny memang itu rutinnya bila bertemunya. 
  “Kakak akan ke Belanda malam ni,” ujar gadis itu tanpa tertangguh-tangguh. 
  “Cukuplah, kak. Saya tak sedap hati...” rayunya. Dia benar-benar mengharap kakaknya berhenti melakukan kerja yang tidak bermakna itu. Hanna ingin berlalu, pantas si adik mengenggam tangan kiri kakaknya. Dia masih memujuk gadis itu. 
  “Kalau aku masih berkeras?” suara Hanna dan menempis tangan adiknya. Hanny terkejut.
  “Saya sanggup menentang kakak,” tegas Hanny.
Hanna ketawa.
  “Kakak jangan lupa, kekuatan kita hampir serupa.”
Hanna senyum dan memandang adiknya, dia menggelengkan kepala. 
  “Adik, jangan kerana ini kita perlu bermusuhan dan bertarung. Tak berbaloi.”
  “Saya hanya mahu kakak berhenti... jalani hidup normal!” suaranya. Hanna bangun dan mula melangkah.
  “Kakak, ikut saya sekejap.” 
Hanna merenung adiknya, dia berdecit dan mengekori gadis itu. Kedua gadis itu melangkah masuk ke dalam tandas itu. Hanny memeriksa kesemua pintu tandas, kosong. Hanna sudah dibelakangnya, dia memberi satu pukulan sisi namun si kakak dapat menahan.
  “Apa yang cuba kau lakukan?”
Hanny tidak menjawab, dia memberi tumbukan sisi dan mengena pipi kiri Hanna. Hanna membalas tetapi dapat dielak mudah oleh Hanny. Si adik memberi tendangan sisi tetapi dapat dihalang oleh Hanna. Jelas sekali, kekuatan dan ketangkasan mereka ditahap yang sama. Namun, kerana sedikit kesilapan Hanny dapat memengsankan si kakak dengan pukulannya. Si kakak rebah dilantai tandas, si adik terjelepok kepenatan. 
  “Maafkan saya, kak!” ujarnya. Telefon bimbitnya dicapai.
 Aku yang menanti di tempat letak kereta segera menjawab panggilan itu. Skrin terpampang nama Hanny, barangkali sudah selesai perbincangan dua beradik itu.
  “Kau dah nak balik, dah selesai?”
  “Lisz, aku perlukan pertolongan kau. Kau masuk ke tandas hotel.”
  “Kenapa? Apa yang terjadi?”
  “Tak ada masa untuk aku terangkan pada kau, please!” suara Hanny.
Aku keluar dari kereta dan menuju ke hotel. Aku lihat sekeliling dan mencari tempat yang dia katakan. Aku terkejut melihat Hanna terlantar di lantai, ada tanda pergelutan dikeliling tanda itu.  
  “Kau bertarung dengan dia? Kau yang buat dia pengsan?”
  “Terpaksa... Dia nak ke Belanda hari ni. Ini tiketnya.”
Tangan Hanny menunjukkan sampul yang berisi pasport dan tiket milik Hanna.
  “Tapi...”
  “Aku mesti halang Hanna.”
  “Habis macamana nak bawa Hanna?”
  “Kau uruskan dia? Mungkin kau kurung dia di rumah kau.”
  “Jangan nak buat gila. Esok, adik aku dan mama aku akan datang sini. Exile lagi pun akan ke rumah aku... pekerja aku.”
  “Tolonglah Lisz. Tolonglah, fikirkan sesuatu.”
Aku berdecit, kasihan pula melihat wajah gadis itu. Aku garu kepala, masih tidak tahu ke mana harus aku letakkan gadis ini.  
  “Hanny, nanti orang yang mengupah Hanna mencarinya bagaimana? Dia dan kau akan terancam.”
  “Aku akan ganti dia...” ringkas jawapan Hanny.
  “Jangan! Kau nak bahayakan diri kau?’
  “Macam kau cakap tadi, kalau orang yang mengupah Hanna tahu dia tiada pasti dia anggap Hanna belot.”
  “Aku tak mahu kau cedera atau dipenjarakan. Kau tahu kalau kau dipenjarakan di Belanda, belum tentu kau dapat dibebaskan dengan mudah walaupun dibicarakan. Undang-undang mereka lain dari Malaysia.”
  “Aku tahu... tetapi melalui cara ini barangkali aku dapat membawa penjahat antarabangsa itu ke muka pengadilan.”
Aku gelengkan kepala dan segera memapah Hanna. Aku berhenti melangkah dan memusingkan badanku.
  “Nah! Kalau kau ada masalah... barangkali orang itu boleh menyelamatkan kau.”
  “Irwan Rizal? Kau pasti lelaki ini dapat membantu aku nanti?”
Aku mengangguk dan berlalu memapah Hanna. Hanny melihat temannya memapah keluar kakaknya. Dia berharap tiada siapa curiga dengan perbuatan Melisza. Hanny mengadap cermin tandas. Dia mengesat darah yang ada dibibirnya. Dia ingin pastikan, orang melihatnya sebagai Hanna bukan Hanny. Rambutnya dilepaskan dan dibiar mengurai panjang hingga ke pinggang. Dia bernasib baik kerana dia tahu Hanna gemar menyimpan rambut panjang. 
 Hanny menarik nafas dan mencari kekuatan untuk dia melalui semua itu. Dia merasa dadanya, degupan jantung normal kembali. Dia bilang satu hingga dua puluh dan segera melangkah keluar. Sampul surat masih ditangannya, dia sudah bersedia. Seorang lelaki berbangsa India menghampiri.
  “Cik, kita sudah lewat. Kita harus ke KLIA sekarang.” 
  “Sekarang?”
Lelaki itu mengangguk, dia menghela nafas dan mengekori lelaki itu. Hanny melihat lelaki itu, dia bertubuh sasa. Hanny memerhati tubuh lelaki itu dan membuat perkiraan. 
  “Semua peralatan yang cik perlukan sudah berada di Belanda.”
Hanny mengangguk. Dia memandang keluar, sebenarnya dia tidak menyangka akan mengambil keputusan sejauh itu. Tetapi demi kakaknya, dia terpaksa. Hanny terkenangkan kakaknya.
 
 

 Aku memikirkan ke mana harus aku campak Hanna. Kalau dirumah aku, memang tak mungkin. Kalau aku letak dirumah, bagaimana aku nak menjaga dia. Pusing pening memikirkan dimana harus Hanna aku tinggalkan. Satu idea muncul difikiran, baru teringat rumah peninggalan di Bidor. Rumah itu jauh dari jalanraya dan tiada sesiapa di situ. Pasti boleh tinggalkan Hanna di sana. Tapi masalah sekarang macamana nak jaga dia. Aku tambahkan kelajuan untuk ke Bidor. Jam sedang menunjukkan sepuluh tiga puluh tiga malam. Rasanya dalam empat puluh minit boleh sampai ke destinasi. Aku melihat cermin pandang belakang, Hanna masih pengsan. Pasti pukulan Hanny begitu kuat sebab sehingga sekarang gadis itu masih belum sedarkan diri. Gila, ini kerja gila. Gila! Kenapa mesti menghadapi masalah sebegini lagi. Kenapa dia! Kelajuan ditambah lagi, aku perlu tiba ditempat yang aku mahu tuju. Pantas tanganku mendail nombor di dada telefon bimbit. Tiada respond, macamana ni? Aku harus cuba semula, aku harap kawan lamaku ini sanggup menolong. Serasaku hanya dia saja yang sesuai menjaga Hanna. 
  “I need your help! Jumpa di pekan Bidor dua puluh minit dari sekarang.” ringkas ujaranku. Talian segera aku matikan, aku mengeluh dan terus memandu. Mata yang mulaku mengantuk tidak aku hiraukan. 



 Aku mengeluarkan Hanna dari tempat duduk belakang, berat juga gadis ini. Basah wajahku dengan peluh. Hanna sudah hampir terjaga dan aku perlu bertindak segera, jika tidak... Aku capai kunci bilik dan pelahan-lahan meletakkan gadis itu ke katil. Aku perlu ikat Hanna, jika tidak dia boleh lari. Tambahan dengan reputasi gadis itu sebagai pencuri antarabangsa, tentu tak susah untuk dia untuk membuka kunci dan melarikan diri. Pantas aku ikat kedua tangan dan kaki gadis itu, serta mulutnya aku sumbat dengan tuala kecil sebelum diikat dengan kain. Hanna tersedar dan dia benar terkejut. Dia meronta-ronta untuk melepaskan diri, aku telan air liur. Hanna menjerit, namun tidak diketahui butirannya. Apa yang aku tahu, gadis itu pasti sedang memakinya. Dia meronta-ronta dan katil itu hampir bergoyang dek rontaan itu. 
  “I have to do this, Hanna. Hanya ini dapat menyelamatkan kau dan Hanny.”
Hanna meronta lagi, aku mahu pergi namun aku menoleh memandangnya.
  “For your information, Hanny sekarang sedang menggantikan tempat kau.”
Hanna menjerit lagi. Air matanya kelihatan mengalir, aku mengeluh dan berlalu keluar dan mengunci pintu bilik itu. Bunyi enjin kereta kedengaran di luar rumah, aku melangkah berhati-hati. Aku harap yang datang adalah orang yang harus datang. Aku melangkah menuju ke arah pintu, aku menarik nafas panjang.
  “Cik Melisza.”
  “Jemput masuk, kita bincang.”
Aku melihat lelaki itu dan empat orang pengiringnya melangkah masuk. Kami menuju ke sebuah bilik.
  “Cik Melisza kedengaran sedikit terdesak di dalam talian tadi. Kenapa?” 
  “Izzat, saya mahu awak tolong jaga seseorang?”
Lelaki bernama Izzat bersandar dikerusi itu. Dia memandang pengiringnya. 
  “Siapa?”
Aku bangun dan meminta mereka mengekori aku. Pintu itu aku buka berserta lampunya sekali. Hanna kelihatan sedang tidur nyenyak.
  “Hanna Sulaiman?” suara Izzat dan memandang aku. Aku membuat isyarat supaya beredar. 
  “Kenapa Hanna ada disini? She supposed to be somewhere in Europe?” suara Izzat.
  “Long story, Izzat. Cuma sekarang saya mahu awak jaga dia. Jangan biar Hanna terlepas.”
  “Baik... saya akan uruskan semuanya. Cik tak perlu risau.” 
Aku memandang Izzat yang merupakan kawan lamaku. Aku mengangguk, aku percaya yang dia boleh melaksanakan tugasan yang telah aku berikan. 

 Adi memeluk tubuhnya, dia menunggu panggilan daripada Dumment. Adi menuang air mineral ke dalam gelas dan meneguk tenang. Telefon berdering dan pantas lelaki itu mengangkatnya. 
  “My friend!” suara talian kedengaran. 
  “Macamana dengan pemintaan aku, Dumment. Sudah terlalu lama aku tunggu panggilan kau!”
  “Aku akan hantar dengan penghantaran istimewa. Tiga hari lagi seorang gadis akan datang membawa kod serta kunci silinder.”
  “Kenapa, bukan kau?”
  “Sorry, ada urusan yang patut aku selesaikan sekarang.”
  “Dumment, macamana aku nak kenal gadis itu,” tanya Adi. 
  “Jangan risau, my friend. Gadis itu kenal kau?”
Adi mengerutkan dahi.
  “Aku harap kau tidak double cross, Dumment.”
  “Aku takkan berani, Adi!” 
  “Aku akan tunggu gadis itu.”
  “Baiklah, aku terpaksa pergi. Aku akan call bila segalanya selesai.”
Adi menekan butang telefon bimbitnya. Dia duduk di kerusi dan bersandar sambil memikirkan rancangan yang bakan dia lakukan nanti. Dia ketawa kecil diikuti dengan tawa besar seperti merasakan yang rancangan jahatnya telah berjaya. 

No comments: