Wednesday, May 27, 2009

New Exile

Lebuhraya Utara – Selatan. 1 : 00 petang
 Azry memandu tenang. Camilia disebelahnya hanya memandang ke arah jalan. Azman pula bersandar ditempat duduk belakang dan memejam matanya, sesekali membetulkan duduknya agar lebih selesa. Telefon bimbit milik Amry berdering mengejutkan Azman. 
  “Amry, di sini?”
Amry tenggelam dengan perbualannya, barangkali ada perbincangan mengenai lagu ataupun mengenai sistem lagu. Azman memandang ke luar, dia memeluk tubuhnya. Kaca mata hitamnya dibetulkan begitu juga dengan duduknya. Dia memandang ke arah cermin sisi kanan, dapat dilihat adiknya memandu tenang. Azry melihat perbuatan abang sulungnya. Wajah Azman begitu tenang sekali bagaikan tiada masalah yang sedang melanda jiwanya. Tetapi didalam hati kecilnya itu tiada siapa yang tahu. Lebuhraya menuju ke Utara masih panjang lagi, Amry masih lagi berbual dengan telefonnya. Camilia sudah lama terlelap. Azman melepaskan rambutnya dan ianya beralun mengikut rentak. Kacamata ditanggalkan, wajahnya ditundukkan supaya tiada siapa yang perasaan. Amry yang sudah selesai dengan perbualannya sedari tadi memerhati gerak geri abang sulungnya. 
 Azry mematikan suis radio itu, Camilia yang kelihatan nyenyak tidur itu dibiarkan. Lagipun perjalanan mereka masih tinggal setengah jam sebelum sampai ke destinasi. Azry melihat melalui cermin sisi, abang sulungnya mengikat semula rambutnya dan memakai kaca mata hitam Ray Ban semula. 
  “Jauh lagi ke nak sampai, bang Ngah?” suara Amry.
  “Setengah jam lagi. Why?”
Amry tidak menjawab pertanyaan abang keduanya, dia menoleh ke lelaki di sisinya. Tiada reaksi, lelaki itu masih kurang bercakap. Dia berharap lelaki itu dapat berubah dan menjadi lebih positif dan ceria.
 Tol Utara sudah pun kelihatan, Azry mencapai kad Touch N Go. Dia memperlahankan kereta dan pantas tangannya meletakkan kadnya ke alat tersebut sehingga palang dinaikkan. Dia segera menekan pedal minyak dan kereta itu laju dijalanan untuk ke destinasi. Amry mengeliat kecil dan menguap. 
  “Leganya dah lepas tol Jelapang. Cepat juga...”
  “Kami tau kau tak sabar nak jumpa buah hati.”
  “Mestilah, lainlah bang Ngah buah hati sentiasa berkepit.”
  “Kau tahu apa, tidur sampai ternganga mulut,” suara Azman. Amry tersengih, sekurang-kurangnya abang sulung mereka masih ada hati untuk bergurau. Amry menggaru keningya, dia terkulat-kulat. Betul kata abang keduanya, dia memang tidak sabar untuk menatap wajah Melisza. Gadis comel berjiwa kental itu. Entah kenapa dia terlalu mencintai gadis itu. Dia merasakan gadis yang dibesarkan luar negara hanya untuknya. Melisza gadis berbeza, tahap sosialnya berbeza. Dia memang dibesarkan didalam kemewahan, bergaul dengan golongan aristokrat, sosialis, sesekali kelihatan workoholic namun adat ketimuran dan penampilan muslimah menjadi pilihannya. Dia insan yang boleh diketagorikan sebagai seksi, jelita dan anggun namun ianya dijaga dengan begitu rapi sekali.
  “Menung..! Sampai tersengih-sengih!!!” suara si abang sulung. Amry garu kepalanya, malu. Kalau kedua abangnya tahu apa yang dia menungkan tadi, sah panas telingannya nanti. Dah senyuman itu, Amry seakan boleh membaca biasan wajah abang sulungnya. Lelaki itu tidak tenang tambahan mereka akan kembali ke rumah Emilia Jazmine. Rumah yang menyimpul kenangan Azman. Mereka akan kembali ke Teratak Puspapuri, teratak milik arwah gadis itu. Amry memaut lengan di bahagian tengah antara Camilia dan Azry. 
  “Cami, tak bangun lagi. Biar saya kejutkan dia..?”
  “Jangan nak menyibuk,” suara Azry dan menempis tangan Amry yang cuba untuk mengejutkan Camilia. Camilia terkejut dari tidurnya.
  “Are we there yet?”
  “Almost there!” sampuk Amry.
Camilia mengeliat dan memandang keliling. 
  “So, this is how Ipoh looks like?” suaranya.
  “Parts of it,” suar a Amry.
Azry melirik ke arah abangnya, wajah itu sedikit muram. Dia tahu Azman sedih kerana kali ini gadis yang Azman cintai takkan datang untuk menjemputnya. 
  “Cami, you bertuah kalau datang rumah Lisz. She’s a great cook.”
  “Yup, tengoklah badan Amry yang bulat tu. Itu belum nikah. Kalau dah nikah, macam belon agaknya,” suara Azry. Amry tersengih dan meraba-raba perutnya yang sedikit boroi. 
  “Jauh lagi ke?” 
  “A few minutes more.”

 Aku menanti di ruang tamu, beberapa kali mataku memandang telefon di ruang tamu dan juga telefon bimbitnya. Matanya menyorot jam di dinding. Masih hairan kenapa mama dan adiknya masih tidak menelefon. Aku menelefon Izzat.
  “Izzat macam keadaan Hanna?”
  “Cik, tak perlu risau. Kami akan jaga Hanna.” 
Aku mengeluh, aku menamatkan panggilan. Aku mahu beredar ke dapur bila deringan telefon bimbit menghentikan langkah, segera aku menuju ke telefon. 
  “Hello?”
  “Sayang, mama dan adik sudah tiba di Lapangan Terbang Ipoh.”suara didalam talian kedengaran. Aku teruja mendengar kata-kata itu.
  “Mama dah sampai? Bagusnya. Mama tunggu kejap, nanti Lisz datang ambik.”
Aku gembira kerana mama dah tiba. Tak sabar untuk jumpa dan peluk mamaku. Tak sabar juga nak mengusik adik bongsu aku juga. Kali terakhir aku jumpa Hafizul, dia baru dua puluh tahun. Aku menuju ke tingkat atas, mencari kunci kereta. Aku mencapai beg tangan dan turun ke tingkat bawah. Aku hairan bila sebuah kereta mewah berhenti di hadapan rumahku. Siapa agaknya? Bulat mataku melihat Camilia dan Azry keluar dari perut kereta. Segera aku melangkah ke arah kereta itu. 
  “Nak keluar ke?”
  “Hello, sayang? Bukankah mama sayang tiba hari ni?” suara Amry kedengaran, aku menoleh mencari wajah itu. Hanya anggukkan menjadi jawapan.
  “Jadi, ni nak keluar jemput mereka.”
Aku mengangguk lagi. Azman turut melangkah keluar, dia cuma mengangkat kening. Aku membalas dengan cara yang sama. 
  “Kalau macam tu, marilah kita jemput dia?” suara Azry.
  “Mana muat?” suaraku. Azry melihat perut keretanya dan membuat perkiraan.
  “Betul juga. Tambah ada Amry lagi tak muat.”
  “Kutuk orang!”
Aku ketawa, gelengkan kepala.
  “Tak apa, biar Cami dan abang saja yang tinggal. Yang lain pergilah.” 
Azman melangkah keluar dan mula melangkah masuk ke dalam rumah. Azry memandang temannya. Camilia mengangguk.
  “Tak mengapa biar, Cami di sini dengan abang Man. Lagipun, penat berjalan jauh masih ada.”
Aku mengangguk, pantas tanganku menyerahkan kunci rumah ke tangan Camilia. Azman sudah pun melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mengeluh, lelaki itu kelihatan tidak bermaya. Tak sihatkah dia? Barangkali dia sedih kerana datang ke rumah itu. Aku tahu, ketika pertama kali aku jejaki kaki itu selepas kematian Kak EJ aku juga begitu. Aku melangkah masuk ke dalam perut kereta, aku duduk di sebelah Amry kekasih hatiku. Kererta mewah milik Azry meluncur laju ke lapangan terbang Ipoh.

 Azman duduk di sofa, matanya memandang kipas angin yang berputar sederhana laju di siling. Camilia yang baru melangkah keluar dari dapur mendekati lelaki itu dan meletakkan mug minuman dihadapan Azman. Camilia melangkah keluar. Azman mencapai album-album yang ada di situ dan membelek halamannya satu persatu. Sekeping gambar milik Emilia Jazmine ditatap dan ditenung lama-lama. Tangannya mengusap gambar itu. Camilia muncul, dia melihat perbuatan lelaki itu. Dia faham benar perasaan lelaki itu. 
  “Azman, I tahu you sedih dan hati you pedih. Tengoklah you sekarang, sikit pun tak bersemangat. You jangan macam ni! Exile perlukan you, adik-adik you perlukan you, Azman.” Camilia bersuara. Azman mengeluh, dia masih tidak putus-putus merenung gambar tersebut. 
  “Cami, kalau setakat luka ditinggalkan, barangkali I boleh menghadapinya tetapi bila seseorang yang dicintai mati dihadapan mata kerana nak menyelamatkan I, itu yang I tak boleh terima.”
  “I know!”
  “You don’t know, Cami. You will never know!” suara Azman sedikit tegas. Camilia tersentak sedikit.  
  “Emilia Jazmine, gadis pertama yang I cintai dan I benar-benar harap dia akan jadi suri hidup I tapi...”
  “Stop, Azman. Stop!” suara Camilia. Dia duduk di hadapan lelaki itu. Dia menghela nafas. 
  “Ini semua takdir, Azman. Takdir... tiada siapa yang dapat menghalangnya. Itu sudah takdir Emilia Jazmine, you patut menerimanya.” 
  
 Kami bertiga sudah tiba di lapangan terbang Ipoh. Pantas aku melangkah keluar untuk mencari mama dan adik kesayangaku. Dari puluhan wajah-wajah manusia yang berada disitu, akhirnya aku dapat melihat wajah-wajah tersayang segera aku mendapatkan mereka. 
  “Mama, Lisz rindu mama... Adik?”
  “Kau dah tak boleh panggil dia adik...”
Aku memandang anak muda yang berada disisi kami, adik kesayanganku sudah cukup dewasa. Dia sudah berubah dari seorang remaja dan menjadi orang muda. Dia menyalami tanganku, memang lain rasanya. Banyak aku terlepas, salah aku juga. Aku yang tidak mahu tinggal dengan mama dan papa. 
  “Marilah, mama. Azry dan Amry menanti dikereta.”
  “Tak apa biar Zul yang bawa beg itu.” suara mama bila aku mahu menolak troli yang berisi bagasi. Mereka bertiga menuju ke ruang letak kereta. Hafizul mendekati kakaknya.
  “Abang Azman mana?”
  “Ada di rumah, dia kurang sihat. Dia dengan Camilia. Jomlah, tak sabar nak berbual dengan mama.”
  “Mama pun tak sabar, sayang.”
Azry dan Amry bersalaman dengan wanita serta Hafizul. Mereka membantu mereka memasuki beg. 

 Camilia menyambut kepulangan kami, wajah manis gadis itu tersenyum. Dia menanti di muka pintu, tangan Datin Jamilah dan Camilia bertaut membalas salaman. Azry mendekati gadis itu.
  “Ini kawan saya, aunty. Camilia namanya.” Azry memperkenalkan gadis itu. Datin Jamilah mengangguk dan kedua mereka bersalaman.
  “Kakak, kalau tak diingatkan Camilia ni girlfriend abang Azry dah lama saya tackel.”
Aku menyiku perut adikku.
  “Jangan mengada.”
Aku menyuruh Hafizul menyimpan beg-beg kedalam bilik tetamu. Aku memeluk pinggang mamaku dan kami melangkah ke dalam rumah. Aku dapat melihat Azman sedang bersandar di sofa bentuk L sambil menompang dahinya. Aku lihat tangannya memegang album gambar yang ada gambar-gambar Kak Emilia Jazmine. Sebak aku seketika, kasihan lelaki itu. Aku telan air liur dan memandang mamaku. Amry dapat lihat air mukaku yang berubah, dia berlalu menghampiri abang sulungnya.
  “Abang long, mama Melisza dan Hafizul sudah tiba,” Amry bersuara. Tangan kanannya menggerak-gerak tubuh abang sulongnya. Azman tersedar, dia terpisat-pisat. Dia bingkas bangun, senyum dan mendekati Hafizul. Tangan kedua anak muda itu bertaut berjabat salam dan dia turut bersalam dengan Datin Jamilah. 
  “Maaf, tertidur. Aunty sihat?”
  “Lisz, kata kamu tak sihat?”
  “Penat sikit, aunty.” Dia tersenyum membalas kata-kata mamaku. 
  “Abang long pergilah berehat,” ujarku.

 Aku melangkah masuk ke dalam bilik, birai katil mama aku duduki. Wanita itu sedang mengeluarkan barang-barang di dalam beg Samsonite miliknya. Aku melihat semua barang-barang milik wanita itu, wangian Glow dari koleksi J-Lo aku capai dan aku sembur dipergelangan tangan. Wanita itu turut duduk dibirai katil, aku melihatnya seperti ada pertanyaan yang berbukam dihati. Apa agaknya?
  “Sayang, Azman masih teringatkan arwah Emilia?”
Aku membuat mimik muka, kemudian mengangguk sebagai jawapan. 
  “Enam bulan berlalu, tetapi dia masih sedih?”
  “Iya. Lisz pun tak tahu macamana nak pujuk dia? Amry pun dah give up.”
  “Begitu sayang dia pada Emilia?” tanya wanita itu.
Aku berdehem dan membantu wanita itu memasukkan pakaian ke dalam almari. Kemudian, aku berpaling ke arahnya.
  “Dari apa yang Lisz nampak, Abang Man begitu cintakan Kak Emilia. Mama tahu dia pernah melamar arwah. Tapi, arwah tak berikan jawapan. Kemudian, hal itu terjadi dan soalannya tinggal soalan.”
Mamaku gelengkan kepala.
  “Tapi, diari arwah ada mencatatkan yang dia setuju untuk menjadi isteri Abang Man.”
  “Pasti catatan itu yang membuat Azman kecewa.”
Aku jungkitkan bahu. Aku pun sedih juga dengan lelaki itu. aku tak boleh bayangkan kehilangan insan tercinta sebegitu. 

No comments: