Monday, March 28, 2011

Novel without title..

Dia berlalu ke dapur, ada sekujur tubuh duduk di meja makan sedang menukum di meja itu. Dia mengeluh, sesekali terdengar bunyi menggerang.

"Good morning?" suaranya. Orang itu mengerang lagi dan memicit kepalanya. Dicapai mug, sesudu kopi serta sedikit gula dimasukkan. Air panas dituangkan di dalamnya, kemudian mug itu diletakkan dihadapan temannya. Lelaki itu mengerang, tangannya masih memicit kepala.

Hang over, kan? Apa nak jadi dengan kau ni?” suaranya dan duduk berdepan dengan lelaki itu. Dia mengeluh dan hanya melihat lelaki itu memicit kepalanya.

“Janganlah berleter pagi-pagi ni... Aduh! Suara kau bergema dalam otak aku!”

“Pagi!!! Sekarang dah pukul 11 dah nak masuk tengahari... Busuknya... pergilah mandi!” suaranya.

“Nantilah... sebaik saja pening ni hilang.”

Dia mendengus dan berlalu pergi... Apalah agaknya yang nak jadi pada teman serumahnya. Dia pun tak tahu nak buat apa? Syed Azrul bin Syed Ikmal itulah nama temannya. Sudah 10 tahun kenal tapi sikit pun tak berubah masih macam itu. Dulu masa di oversea pun macam ni, di Malaysia pun macam ni lagi. Akhbar Utusan sudah 2 kali dibelek.

“Hilang dah pening???”

Temannya hanya mengangguk dan duduk di sofa, sesekali dipicit dahinya.

“Dah 28 tahun tapi masih tak berubah... Kau sepatutnya dah kahwin, Azrul. Paling kurang, sudah punya anak 1.”

“Nik, kalau kau tak berleter boleh tak? Hari-hari aku dengar kau berleter, ibu aku pun tak berleter macam ni.”

“Ibu kau tak tahu keadaan kau... Kau jumpa dia pun 7 bulan sekali,” suaranya. Azrul merengus.

“Kau patut berubah, Az. Dah lama kau teguk air haram tu! Kau tahu tak, sekali teguk semua amalan tak diterima,” suara Nik. Azrul membuat isyarat supaya Nik tak berleter lagi.

“Aku rasa kau perlu cari isteri. Pasti ibu kau suka...” suara Nik. Azrul gelengkan kepala, dia bersiap-siap untuk keluar. Wangian Ralph Lauren disembur ke leher.

“Kau nak keluar lagi???”

“Nik, bersiap. Malam ni kau ikut aku?”

Nik terpana dengan ajakkan temannya. Sebelum ni, tak pernah temannya mengajak tetapi kenapa malam ni? Tanpa panjang bicara, Nik bersiap. Dia berfikir, ke mana agaknya temannya itu mahu membawanya. Rasanya, dia ada jawapan untuk itu pastinya kelab malam. Dia agak berat tetapi dek pelawaan teman dia ikut jua.

“Kita buat apa di sini, Azrul. Aku mana pernah ke tempat macam ni?” suara Nik sebaik saja kereta Fiat Punto itu berhenti dihadapan sebuah kelab malam.

“Ikut sajalah. Banyak tanya!” suara Azrul ringkas.

Mereka berdua, melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. Sudah pasti kelab ini kelab ternama, dia melihat sekeliling ramai anak muda menari mengikut rentak lagu dan disuatu sudut ada di antara mereka sedang bergurau senda tanpa batas. Nik merengus, asap-asap rokok yang memenuhi ruang mengganggunya. Dia mengekori temannya. Tempat duduk yang kosong, mereka isi. Suasana bingit dan ramai membuatkan Nik tidak selesa.

“Jadi, macamana? Hebat tak?”

“Maksud kau? Aku tak biasalah, Az!”

Azrul ketawa kecil, seorang pelayan muncul dan Azrul membuat pesanan untuk mereka.

“Aku tak minum, Az.”

“Tenang Nik, aku pesan Coke dan Oren. Kau ada jadi aku kenalah behave!” suara Azrul dan ketawa. Nik rasa terpukul dengan kata-kata temannya.

“Kau tengok yang mana cantik, aku boleh pikat dan boleh aku kahwin. Masalah kau dan ibu aku akan selesai.”

“Apa!!! Kat sini?” Nik memandang sekeliling dan melihat gadis-gadis di sini. Bukan mahu menghina tetapi pastinya gadis-gadis di sini bukanlah sesuai untuk dijadi teman hidup. Malahan, pastinya mereka tak mungkin dapat membimbing Azrul ke jalan yang benar melainkan pada kehancuran. Nik merengus dan berlalu meninggalkan temannya, Azrul yang ralit melihat tarian di lantai tari terkejut melihat Nik berlalu pergi.

“Nik... kenapa ni?” suara Azrul.

“Aku tak faham kenapa kau bawa aku ke sini, Az?”

Azrul ketawa kecil.

“Kau yang nak aku pilih calon isteri jadi aku...”

“Kat sini???”

“Kat sinilah ramai gadis-gadis. Pilih saja nak cantik, seksi, hitam, putih, mat saleh... semua ada!” suara Azrul.

“Mereka kat sini tak sesuai, mereka bukannya boleh dijadikan isteri. Jadi orang gaji pun belum tentu pasti, Az. Sudah aku nak balik,” suara Nik.

“Balik? Awal lagi, aku pun belum panas lagi. Jomlah!”

“Aku dah cukup terbakar, Az. Aku nak balik. Tempat ni tak sesuai untuk aku, Az.” Nik berlalu meninggalkan teman serumahnya. Azrul ketawa dan berlalu masuk ke dalam kelab itu.

Azrul terkejut melihat kehadiran ibunya dan pakciknya diruang tamu rumah. Dia lega kerana ibunya datang selepas dia pulang dari kerja. Segera dia bersalam dengan kedua tetamu yang hadir.

“Selalunya ibu telefon Az, kenapa...”

“Kalau ibu telefon, pasti macam-macam alasan ibu dengar. Ibu kenal sangat Az ni,” suara Datin Syarifah Aminah memintas kata-katanya. Azrul mengeluh, kehadiran ibunya pasti akan menyusahkannya terutama aktiviti malamnya.

“Mana, sejadah kau ibu nak solat,” suara si ibu dan berlalu ke bilik tetamu. Azrul mengangguk dan berlalu menuju ke bilik temannya. Sejadah dihulurkan kepada wanita itu. Bunyi enjin kenderaan membuat mereka menoleh, Nik muncul. Wanita itu gembira dengan kehadirannya.

No comments: