Thursday, March 31, 2011

No Title...

Azrul duduk di meja makan, wajahnya gelisah. Sesekali dia merenung jam dinding dan mengeluh. Dia tersentak dengan ibunya muncul di dapur. Wanita itu duduk di sebelahnya.

“Kau kenapa, gelisah macam kucing nak beranak je?”

Si anak membisu, matanya menatap jam. Wanita itu berdehem.

“Az, ibu dan pakcik kamu dah merisik Imelda anak pakcik Mukriz kamu.”

Azrul terkejut dengan kata-kata ibunya, dia tak percaya dengan apa yang wanita itu lakukan. Wanita itu tak berbincang dengannya dan telah buat keputusan. Dia tak bersuara, kalau dia bersuara pastinya takkan mengubah apa-apa. Silap haribulan ibunya kecil hati dan menambahkan lagi masalahnya. Dia hanya mendengar saja kata-kata wanita itu, dia tak bisa mencelah dengan wanita itu. dia merengus.

“Ibu buatlah apa yang ibu mahu buat...” ujarnya dan berlalu. Wanita itu mengangguk, puas hati.

Nik tepuk bahunya bagai memberi ucapan tahniah. Dia mengeluh. Sessi bergambar membosankan dan merungsingkannya. Azrul pasti pantulan gambar itu pastinya jelek. Isterinya senyum gembira namun dia tidak. Majlis akad nikah sudah pun selesai hanya menunggu acara persandingan yang dijangkakan esok dan akan berlangsung di salah satu hotel di ibu kota. Dari tempat dia berdiri, dia dapat lihat wajah ibunya yang begitu gembira dan puas hati. Nik mendekatinya.

“Hello, kawan. Hari ni kau bernikah dengan Imelda, gembiralah sikit.”

“Ini bukan bernikah, ini hukuman mati,” suara Azrul. Nik ketawa kecil.

“Merepek. Kau ni... isteri kau bukannya orang biasa. Dia sedarjat dengan kau berketurunan baik-baik. Teman abah kau, lagipun kau pun kenal Imelda.”

“Aku tak kenal dia! Kalau ada pun masa tu aku 8 tahun.”

“Az, jangan merepek. Imelda dah jadi isteri kau. Lepas ni kau jangan abaikan dia. Dia gadis yang baik. Ingat, dia pilihan ibu kau!” suara Nik.

“Diamlah!” balas Azrul dan berlalu.

Tiga bulan berlalu, Nik bertemu Imelda di pusat membeli belah, wanita itu kelihatan sugul dibalik wajah cerianya. Nik cuba membaca dibalik wajah manis wanita itu. Walaupun begitu kuat wanita itu menyembunyikan tetapi dia tahu apa yang berlaku.

“Assalamualaikum,” ujar Nik. Wanita itu menoleh, matanya tepat merenung wajah Nik. Dia tersenyum.

“Nik? Lama tak nampak, kenapa tak ke rumah?” suaranya. Nik tersenyum.

“Banyak membeli belah? Azrul mana?”

“Dia ada di rumah. Dia baru balik outstation,” jelas wanita itu. Mereka beriringan menuju ke basement. Nik mengangguk.

“Imelda, bahagia?”

Wanita itu menoleh, dahi dikerutkan. Nik berdehem... jangkaannya benar. Sinar matanya sudah menceritakan segalannya.

“Kenapa Nik tanya macam tu? Kami bahagia... suami saya melayan saya dengan baik?”

“Baguslah macam tu?” suara Nik. Imelda tersenyum, dia masuk ke dalam perut kereta.

“Kalau senang jemputlah ke rumah, okey?” suara wanita itu sebelum berlalu. Nik memandang kereta mewah milik Imelda berlalu. Dia mengeluh dan memasukkan ke dua tangannya ke dalam poket seluar.

“Apa yang kau dah lakukan, Az?” bisik hatinya dan berlalu ke keretanya.

Imelda melangkah masuk, dia melihat suaminya duduk di sofa sedang baring. Bau arak sudah hilang, dia pasti lelaki itu sudah mandi dan menukar pakaian. Barang-barang yang di bawa diletakkan di meja makan.

“Abang, lapar?” tanyanya. Namun, tiada respon dari lelaki itu. Imelda mendekati sofa, barangkali suaminya tidak mendengar suaranya.

“Abang...”

Tidak sempat habis ayat diucapkan satu tamparan singgah dipipinya. Imelda terkejut, dia terdiam. Wanita itu segera bangun dan berlalu ke dapur. Dia tergamam dengan apa yang berlaku. Perit tamparan dipipi tidak terasa kerana kekecewaan layanan suaminya yang lebih memedihkan. Imelda menyediakan makanan tenghari. Jam sudah pukul 2, dia segera melangkah ke dalam bilik untuk solat Zuhur. Dia terdengar enjin kereta suaminya berderu laju, lelaki itu sudah keluar. Kemana agaknya lelaki itu pergi? Dia melangkah ke dapur, makanan tengahari tidak disentuh. Imelda duduk di kerusi meja makan. Dari situ dia dapat lihat foto perkahwinannya. Didalam foto itu, dia tersenyum riang didalam dakapan Syed Azrul tetapi... Tetapi kenyataannya tidak. Tiga bulan usia perkahwinannya, dia tak pernah bahagia. Lelaki itu tidak pernah menyentuhnya, malahan tidak pernah memandangnya. Dia menceriakan wajahnya sebagai topeng, dia terpaksa melakukannya bukan untuk menunjuk pada orang dia bahagia atau apa saja tetapi sebagai punca untuk dia terus tabah dan bersabar. Dia tahu isteri bukannya punching bag tetapi dia tidak mahu menderhaka kepada lelaki yang bergelar suami kecuali perkara itu memang tidak boleh dia elakkan. Telefon bimbitnya berbunyi, entah siapa yang menelefonnya waktu begini. Suaminyakah?

“Hello? Eh! Bonda? Apa...!”

Dia segera berlalu. Ayahandanya terkena strok, dia harus pulang ke kampung. Imelda berkali-kali mendail nombor telefon suaminya tetapi tak berangkat. Apa agaknya yang berlaku? Mana mungkin suaminya ke kelab atau disko. Waktu masih awal? Dia mencuba lagi... tak berjaya. Lantas, dia menghantar MMS serta SMS untuk memberitahu keadaanya. Harapanya lelaki itu tahu ke mana dan apa yang telah terjadi.

No comments: