Monday, May 9, 2011

Still No Title

“Bukan..! Bukan dia... Nik suami Imelda!” suaranya dan memegang tangan lelaki itu. Nik terkejut dan memandang Azrul.
“Tidak... ni abang. Abang suami Imelda? Please remember, Imelda?”
“Nik... tolong, Imelda takut! Nik suami Imelda... kan?”
Syarifah Suhana membawa Azrul keluar.
“Syed Azrul, selagi Imelda tak sembuh bonda tak mahu Azrul jumpa dia.”
“Tapi bonda... Azrul, suaminya!”
“Suami? Tetapi, isteri sendiri takut sampai begitu sekali?” ujar wanita itu dan menggelengkan kepala. Nik mendekati temannya, dia dapat mendengar lelaki itu mengeluh.
“I’m sorry, my friend... Aku...”
“Aku faham, kau tak bermaksud dan dia masih dalam keadaan terkejut. Tetapi, aku tak faham... kenapa dia tak boleh ingat aku suaminya?”
Nik turut berfikir, dia sendiri mahu mencari jawapan. Nik menepuk bahu temannya.


Nik menuju ke laman rumah, dia dapat melihat Imelda sedang merenung ke langit. Dia tersenyum, dilihat bungkusan hadiah yang dibawa kepada wanita itu. Dia mendekati wanita itu, diikuti dengan bunyi deheman. Imelda menoleh, wajahnya ceria.
“Imelda sihat?” tanya Nik. Imelda tersenyum.
“Sihat dari sebelum ni, lebih sihat ketika di hospital. Sangat sihat...” ujarnya, tersenyum. Nik menghulur hadiah kepadanya.
“Terima kasih...”
Datin Syarifah Suhana muncul bersama orang gaji yang membawa dulang berisi minuman dan kuih. Nik menyalami wanita itu.
“Nik... sihat? Lama tak datang kemari sejak Imelda keluar wad?”
“Kerja... Lagipun, baru balik dari outstation di Labuan,” jelas lelaki itu.
“Lain kali selalulah jenguk, Imelda? Bonda masuk dulu.”
Nik mengangguk dan melihat wanita itu berlalu.
“Nik gembira tengok Imelda dah sihat? Azrul, kirim salam pada Imelda.”
Wanita itu membisu, wajahnya berubah.
“Imelda... Nik tahu, Imelda dah sembuh sepenuhnya. Imelda sengaja tidak mahu mengaku Azrul, suami Imelda.”
“Imelda tak kenal dia.”
Nik merenung wajah wanita itu. Dia kelihatan nekad dengan kata-katanya itu. Nik mengeluh.
“Azrul bukan lagi Azrul yang dulu. Dia dah berubah, berilah dia peluang.”
“Tidak, dia bukan suami Imelda...” suara wanita itu.
Nik membisu, dia tidak mahu provoke wanita itu berlebihan. Dia bangun dari kerusinya dan bersedia untuk beredar.
“Okey, jaga diri. Nanti jika senang Nik datang lagi,” suara lelaki itu dan berlalu. Imelda pejam matanya, kemudian membukanya dan memandang hadiah yang diberi oleh lelaki itu. Dia sebenranya sudah pun sembuh. Memang benar kata-kata Nik, dia sengaja tidak mahu mengaku akan kehadiran lelaki itu sebagai suaminya. Kenangan menjadi isteri Azrul amat memedihkan. Dia tidak mahu kembali ke pangkuan Azrul walaupun dikhabarkan lelaki itu sudah berubah. Dia merenung ke langit lagi, awan hitam mula berarak berkumpul. Dia bangun dan melangkah masuk, sofa diruang tamu diduduk. Datin Syarifah Suhana muncul.
“Bonda tahu kamu masih keliru, tetapi demi kebahagian kau bonda harap kamu sudah membuat keputusan.”
“Bonda... Imelda mahu Azrul pergi dari diri Imelda.”
“Bonda tak setuju, walaupun bonda marah dengan perbuatannya tetapi dengan bercerai takkan selesaikan semua masalah. Tambahan, Imelda dengan sengaja tidak mengenalinya.”
“Ayahanda setuju dengan bonda kamu, Imelda.”
Imelda menoleh kearah ayahandanya. Dia pejam mata dan mengeluh, Imelda bangun mahu beredar bila bondanya menahan.
“Kamu sudah bersedia, Imelda? Bersedia untuk bercerai?”
“Sudah lama saya bersedia... Saya mahu ke bilik dulu.” Wanita itu berlalu meninggalkan kedua orang tuanya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik, dia duduk dibirai katil memandang cadar kemudian membaringkan diri. Dia sebenarnya tidak pernah bersedia untuk bercerai, tetapi itu yang lebih baik. Tak ada guna dia meneruskan perkahwinan itu, lagipun dia dan lelaki itu tidak pernah bermesra seperti pasangan lain. Dia pasti ianya akan jadi lebih mudah.



Azrul memandang surat dan fail itu, termenung dia seketika. Nik muncul, dia dapat lihat lelaki itu termenung tetapi renungannya tidak bertumpu kepada fail yang dia pegang. Nik tertanya apa yang ada didalam fail itu sehingga temannya termenung begitu. Dia mendekati Azrul, dicapai fail ditangan temannya. Nik turut terkejut.
“Apa yang kau akan lakukan, Az?” tanya Nik. Azrul gelengkan kepalanya dan merengus.
“Aku tak tahu... tak tahu? Dia mahu berpisah dengan aku, Nik?” ujar Azrul dan memandang temannya. Nik telan air liur, dia fikirkan sesuatu.
“Apa yang kau rasa sekarang, kau mahu berpisah dengan Imelda?”
Azrul gelengkan kepala, dia bangun dan mengosok wajahnya berkali-kali. Dia mundar mandir diselangi dengan bunyi keluhan. Azrul picit dahinya dan merengus.
“Ini semua balasan aku, Nik.”
“Bertenang, Az. Ada jalan untuk kita selesai hal ini...”

No comments: