Saturday, May 28, 2011

Untitle

“Kau perli aku, Nik?”
“Sorry, kawan.”


Syarifah Imelda keluar dari Mahkamah Syariah ditemani kedua orang tuanya, diikuti oleh Syed Azrul, Nik dan ibu Syed Azrul. Ibu Syed Azrul menangis dan dipujuk oleh Nik. Azrul melihat wanita itu berlalu.
“Nik... dia tak menoleh pada aku pun!” suara Azrul lemah. Dia memandang pintu Mahkamah yang meleraikan perkahwinannya tadi. Dia mengeluh.
“Mari aku drive kau dan makcik pulang ke rumah. Bertenang, Az. Jom!”
“Aku memang layak terima segalannya,” suara Azrul dan melangkah masuk ke dalam perut kereta.


Lima bulan berlalu, Azrul bersedia untuk ke pejabat. Dia berlalu keluar, Azrul memandang seluruh ruang rumahnya. Dia teringat ketika Imelda masih isterinya, wanita itu akan membuat sarapan untuknya kemudian ketika dia melangkah keluar wanita itu akan bersalam dengannya tetapi kini hanya ruangan kosong dan tiada siapa akan bersalam dengannya. Nik pula sudah berpindah kerana pihak pengurusan mahu dia berpindah ke Perak. Imelda, sejak dia berpisah dengan wanita itu secebis berita pun tidak pernah dengar fasal wanita itu. Malahan, dia tidak pernah bertemu dengan wanita itu disekitar KL dan Selangor atau di Putrajaya. Azrul menekan pedal minyak dan keretanya meluncur dijalanan untuk ke pejabat. Hari ini dia perlu ke tapak pembinaan untuk melihat bangunan baru yang bakal mereka bina di Putrajaya. Tetapi, dia rasa mungkin dia akan singgah dipejabat untuk mengambil beberapa dokumen. Azrul berharap hari ni berjalan dengan lebih lancar, dia melihat refleksinya di cermin di dalam lif. Beberapa hari yang lalu, dia mencukur janggut yang liar di wajahnya. Itupun selepas dinasihati oleh temannya dipejabat. Mereka memahaminya dan Azrul lega yang dia tidak menjejaskan kerjayannya. Seperti selalu, teman pejabatnya menegur dan mengucap selamat pagi. Dokumen yang dia perlu bawa tidak diketemui, dia harus segera mencari sebelum ke tapak pembinaan. Laci demi laci dibuka, sehingga dia bertemu dengan gambar Imelda selepas mereka diijabkabulkan. Interkomnya berbunyi.
“Azrul... awak belum ke site lagi?” suara di dalam interkom itu kedengaran.
“Nak pergi dah, bos. Ni nak ambil dokumen untuk diserahkan kepada...”
“Tak mengapa... orangnya ada dipejabat saya.”
“Oh! Okay... saya ke bilik bos sekarang.”
Azrul melangkah menuju ke bilik bosnya dan dia masuk.
“Ini dokumennya.”
Wanita di hadapan bosnya bangun dan menoleh, Azrul terkejut dan lidahnya kelu.
“Ini Puan Syarifah Imelda pengurus di Mulawin Construction.”
“Puan?”
Mereka bertentang mata, wanita itu tunduk. Azrul terus menyerahkan dokumen ke tangan wanita itu. Wajah itu tidak pernah berubah.
“En. Arshad, saya dah terlewat untuk temujanji lain. Saya minta diri dulu,” suara Imelda. Dia melintas di hadapan lelaki itu.
“Bos, saya nak ke tapak pembinaan sekarang,” suaranya dan beredar. Lelaki bernama Arshad mengangguk dan hanya memandang pekerjanya berlalu. Dia gelengkan kepala.

Azrul mengekori wanita itu dan mereka melangkah ke dalam lif yang sama. Imelda membisu, dia hanya memandang ke arah lain. Azrul mendekati wanita itu.
“Maafkan abang, Imelda?” suara Azrul. Imelda membisu, seakan-akan tidak mengenalinya. Pintu lif terbuka dan Imelda melangkah keluar. Azrul mengeluh, wanita itu jadi dingin. Dia berdecit, teringat akan layanannya kepada wanita itu dulu.


Nik muncul... setelah sekian lama temannya itu muncul. Mereka berbual panjang mengenai segalanya yang berlaku di dalam hidup mereka.
“Aku jumpa Imelda semalam,” suara Azrul.
“Aku nak beritahu kau sesuatu...”
“Dia dingin... Nik. Dingin macam dia belum pernah kenal aku. Aku faham betapa lukannya hatinya dulu, kerana aku pun terluka.”
“Bersabarlah. Sorry,” suara Nik bila telefon bimbitnya kedengaran. Dia menjauhkan diri.
“Sayang, sorry. Abang belum beritahu dia lagi. Tak sempat. Sayang dia perlukan abang. Okey, kita jumpa nanti.”
Nik mahu bercakap sesuatu namun tidak kesampaian kerana temannya masih bercerita mengenai dirinya. Dia perlu bersuara dan mencelah.
“Az, boleh kita bercakap ditempat lain. Ada hal penting yang perlu aku sampaikan pada kau.”

Taman tasik itu sedikit lenggang kerana hujan baru saja selesai turun. Mereka berdiri dekat di gigi air. Beberapa kali Nik berdehem.
“Aku nak cerita pada kau sesuatu. Az, aku akan bernikah hujung bulan.”
“Nik, tahniah. Kenapa baru cakap, kau ni... Tapi kenapa muka kau macam serba salah ni? Aku teruja terima berita kau nak nikah ni!”
“Aku... hmm...”
“Siapa agaknya yang jadi pilihan kau. Bertuah wanita tu! Kau ni... itu pun nak berahsia,” suara Azrul, teruja.
“Az, aku akan bernikah dengan Imelda. I’m so sorry...”

No comments: