Monday, May 9, 2011

Still No Title

Imelda menoleh kearah ayahandanya. Dia pejam mata dan mengeluh, Imelda bangun mahu beredar bila bondanya menahan.

“Kamu sudah bersedia, Imelda? Bersedia untuk bercerai?”

“Sudah lama saya bersedia... Saya mahu ke bilik dulu.” Wanita itu berlalu meninggalkan kedua orang tuanya. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik, dia duduk dibirai katil memandang cadar kemudian membaringkan diri. Dia sebenarnya tidak pernah bersedia untuk bercerai, tetapi itu yang lebih baik. Tak ada guna dia meneruskan perkahwinan itu, lagipun dia dan lelaki itu tidak pernah bermesra seperti pasangan lain. Dia pasti ianya akan jadi lebih mudah.

Azrul memandang surat dan fail itu, termenung dia seketika. Nik muncul, dia dapat lihat lelaki itu termenung tetapi renungannya tidak bertumpu kepada fail yang dia pegang. Nik tertanya apa yang ada didalam fail itu sehingga temannya termenung begitu. Dia mendekati Azrul, dicapai fail ditangan temannya. Nik turut terkejut.

“Apa yang kau akan lakukan, Az?” tanya Nik. Azrul gelengkan kepalanya dan merengus.

“Aku tak tahu... tak tahu? Dia mahu berpisah dengan aku, Nik?” ujar Azrul dan memandang temannya. Nik telan air liur, dia fikirkan sesuatu.

“Apa yang kau rasa sekarang, kau mahu berpisah dengan Imelda?”

Azrul gelengkan kepala, dia bangun dan mengosok wajahnya berkali-kali. Dia mundar mandir diselangi dengan bunyi keluhan. Azrul picit dahinya dan merengus.

“Ini semua balasan aku, Nik.”

“Bertenang, Az. Ada jalan untuk kita selesai hal ini...”

Azrul memandang Nik, lelaki itu mengangguk dia menarik nafas panjang. Nik berfikir, dia perlu lakukan sesuatu dengan cepat. Dia memandang ke arah rumah... Nik rasa dia tahu apa yang perlu dilakukan. Dia berharap ianya berjaya dan Azrul akan bersama semula dengan Imelda.

Nik menanti Imelda di tempat yang dijanjikan. Wanita itu muncul, keanggunannya terserlah. Nik membuang jauh tanggapan itu, dia perlu fokus kepada masalah temannya. Imelda melangkah ke arahnya, wanita itu memang cantik. Sejak dulu lagi, dia tenang memandang wajah dan mata redup milik Imelda. Anak hartawan di kota metropolitan, berkelulusan dari universiti di Australia, kulit putih merah dan tinggi lampai. Wajah persis Arab dilapisi solekan nipis menambah kejelitaannya. Nik membuang tanggapan itu, dia tak patut berfikir demikian kerana Imelda isteri temannya. Lelaki itu menarik nafas panjang. Imelda senyum memandangnya bila dia menghampiri.

“Lama tunggu? Maaf, Imelda dah lama tak memandu, rasa kekok sedikit. Kenapa Nik nak jumpa?”

“Sebelum tu, kita buat pesanan dulu?”

Wanita itu mengangguk dan menolak anak rambutnya.

“Imelda dah agak, Nik datang tentu fasal hal ini. Tak perlu Nik pujuk Imelda?” suara Imelda bila Nik menyuarakan hasrat supaya dia membatalkan tuntutan cerai itu.

“Sudah nekad?” tanya lelaki itu.

Imelda tersenyum dan mengangkat keningnya tanda jawapannya. Nik menarik nafas panjang dan lepaskannya segera.

“Imelda sudah mengalami semuanya, tetapi apa yang selama ini Imelda harapkan tidak pernah terjadi lebih baik berpisah daripada menanggung derita,” Imelda berbicara bila dilihat Nik seperti memikirkan sesuatu.

“Tetapi, Azrul sayangkan Imelda. Dia dah insaf, Imelda sepatutnya memberi peluang kedua kepadanya. Dia tetap suami Imelda.”

Imelda ketawa kecil dan merenung wajah lelaki itu. Nik tunduk tidak tahu bagaimana harus bereaksi dihadapan wanita itu.

“Peluang kedua! Nik, Imelda sudah memberi berpuluh peluang kepada Azrul. Namun, dia tidak pernah mengambil peluang itu malahan dia tidak pernah memandang serius hal itu. Imelda lega dia dah insaf, itu perkara baik tapi Imelda tetap takkan kembali padanya.”

“Imelda... bergegar tiang arasyh...”

“Nik... tolonglah faham. Imelda tahu, ianya satu dosa. Tetapi, Imelda rasa lebih berdosa jika Imelda terus menjadi isteri Azrul. Imelda tidak mahu berpura-pura dan hipokrit.”

“Tiada lagikah cinta dihati Imelda terhadap Azrul?” tanya Nik ketika mereka ingin beredar dari situ.

“Dulu, iya. Kini... entah?”

Mereka berpisah, Nik sempat menoleh. Wanita itu berlalu pergi, dia mengeluh. Hari ini dia gagal membantu Azrul. Dia berjalan lagi kemudian menoleh lagi, wanita itu memang istimewa. Hatinya bergetar namun Nik membuang jauh tanggapan itu. Nik tak tahu kenapa tiba-tiba ada rasa lain yang hadir di hatinya.

Azrul seakan-akan menerkam Nik sebaik saja temannya melangkah masuk ke dalam rumah. Nik tunduk, tak sanggup dia mengadap wajah Azrul dan memberitahu berita buruk itu kepada temannya. Azrul bertanya bertalu-talu. Nik membisu.

“Maaf, kawan. Berita buruk... dia tekad dengan keputusannya.”

Azrul longlai dan duduk disofa, Nik mengeluh... dia tahu lelaki itu kecewa dengan jawapan yang dibawanya. Tetapi apa yang mampu dia lakukan, Imelda sudah bertekad demikian.

“Aku dah gagal untuk menolong kau, Az. Aku...”

“Aku tak salahkan kau, Nik. I deserve this... Nik, aku bersalah. Aku tak pernah layan dia seperti seorang isteri dan aku... aku tak pernah menyentuhnya.”

Nik terkejut. Lelaki itu tidak pernah menyentuh wanita itu. Azrul bersandar di sofa, Nik mengeluh.

“Kau... kau... Aku tak tahu nak cakap apa, Az? Kes kau memang lain dari orang lain.”

No comments: