Thursday, October 27, 2011

CINTA PADA DIA


kepada teman temannya. Shamsee dan Zatul menahan senyumannya, Hizla menjeling. Saiful duduk di depan Hizla. Bunyi panggilan telefon milik Hizla mengejutkan dirinya.
“Hello, Ila. Abang ni!”
Hizla kerut dahi, suara yang hampir 6 tahun tidak didengarinya. Dia lihat nombor di skrin, setahunya itu nombor KL. Bermakna lelaki itu dah kembali.
“Kenapa?”
“Abang nak jumpa Ila boleh?”
“Hmm...sorry. Ila dengan kekawan ni? Lain kali, boleh?” suaranya sedikit manja. Dia berdehem dan memandang Saiful di depan matanya.
“Tapi kalau Ila toleh belakang okey tak?”
Toleh? Apa agaknya maksud lelaki itu. Dia menoleh dan terkejut, mulutnya separuh terbuka. Dia ketawa kecil. Mereka yang ada di meja itu terkejut dengan tindakan Hizla bangun dari meja. Mereka melihat temannya menuju ke arah seorang lelaki dengan sejambak ros pink di tangan. Kelihatan mereka amat mesra sekali, Shamsee dan Zatul saling berpandangan.
“Maaf, kenalkan Johan bin Azam.”
Lelaki bersalaman dengan semua orang kecuali Zatul. Zatul memandang Hizla tanda tanya. Hizla memberikan isyarat sabar. Petang itu mereka berbual dan berkenalan. Namun, Saiful sedikit terganggu dengan kehadiran lelaki itu.
Zatul menyiku lengan Hizla sebaik sahaja lihat lelaki itu sedang berbual dengan Shamsee dan tunangnya. Saiful sedang menjawap panggilan telefon.
“Siapa dia?”
“Sepatutnya dia jadi tunang aku. Entah macamana tak jadi,”
“Apa hal pulak?” tanya Zatul
Hizla jungkitkan bahu, dia memandang lelaki itu.
“Apa yang aku tahu, mama tolak mentah-mentah. Katanya aku tak sesuai kahwin masa tu, dengan alasan hidup aku belum ada arah tuju lagi. Tapi hairannya Johan masih nak berkawan dengan aku sampai sekarang.”
Zatul garu kepala dan mengerutkan dahi.
“Mama kau ni rumitlah. Bukan kau yang kena beri nafkah tetapi si suami.”
Hizla jungkitkan bahu tanda tak tahu, dia merenung lelaki itu dan mengeluh. Lelaki itu turut menoleh dan mengangguk kecil kepadanya.
“Dia baru balik dari London, buat Master dalam bidang astrologi.”
“So...ada perkembangan terbaru?” Hizla merenung Zatul seperti mahu tahu maksud sebenar temannya.
“Entah...apa pun aku terima.”
Zatul garu keningnya.
“Inilah namanya takdir. Aku ingatkan nak rapatkan kau dan Saiful, tapi si Johan pula yang muncul.”
Hizla tersenyum. Johan mendekati mereka. Dia senyum, lesung pipit di kiri pipi menawan sesiapa yang melihat. Zatul berdehem, mendekati tunangnya yang sedang berbual dengan Shamsee dan Saiful.
“Ila, boleh hantar abang ke Damansara Height, kereta rosak.”
Hizla senyum dan mengangguk.
“Shamsee aku balik dulu. Zatul, Faizal tahniah. Saiful thanks for coming,”
Saiful merenung cuma.

“Itukah lelaki yang Ila pernah ceritakan pada abang?” tanya Johan. Hizla berdehem dan mengangguk. Johan menghela nafas, Hizla tidak pasti samada lelaki itu cemburu atau tidak.
“Dia nampak baik, sesuai dengan Ila.”
“Dia memang baik, tapi sayangnya dia cerita lama,” Hizla bersuara. Dia menoleh ke arah Johan yang sedang memandu keretanya. Hizla membetulkan alat penghawa dinginnya dan berdecit.
“Enam tahun abang ke sana tak ada satu khabar berita pun? Abang dah ada yang punya?”

No comments: