Thursday, October 20, 2011

CINTA PADA DIA...

Dia memandang kad jemputan warna emas itu, dia membaca isi dalam kad itu dan mengeluh. Dia baca sekali lagi kad itu dan mengeluh lagi, dia pandang kalendar di atas mejanya dan mengeluh lagi. Dia bersandar di kerusi mewah itu dan meletakkan kad itu di dalam laci meja. Pintu biliknya di ketuk dan seorang gadis muncul.

“Cik, esok pagi jam sepuluh cik ada meeting dengan As Media Berhad di KLCC, dua petang Encik ada hi-tea di Palace of Golden Horses dan sebelah malam jemputan pertemuan semula pelajar lama universiti jam lapan di Bunga Raya Room di PWTC,” panjang lebar gadis itu memberi detail jadual untuk dia esok.

“Saya pun tak pasti Rena samada saya pergi atau tak?”

“Kenapa pulak cik, kan dah lima tahun cik tak jumpa mereka?”

Hizla jungkit bahunya dan mengeluh. Hanya itu sahaja yang mampu keluar, keluhan. Rena berlalu, Hizam memerhati kalendar. Lima tahun cukup lama untuk mereka melupakannya. Siapa yang mahu mengingati Hizla, gadis gemuk sebesar anak badak dengan kulit muka seperti permukaan bulan. Iya dia memang hodoh ketika itu dan dia sering terpinggir dalam apa jua. Dia tidak kuasa nak jumpa mereka, dia capai bingkai gambar dari dalam laci meja. Gambar dia bersama Zatul dan Shamsee, mereka sahajalah temannya namun adakala mereka berdua juga dipisahkan dari dirinya. Dia mengeluh, telefonnya berdering.

“Assalamualaikum?”

Dia kerut dahi namun membalas kata salam itu. Suara itu bagai biasa dia dengar cuma dia tak pasti siapa.

“Lupa dengan kawan lama?” soal suara itu. Dahinya masih berkerut, dia cuba mengenal pasti suara itu.

“Begitu lama sampai Hiz tak kenal saya?”

Dia cuba bertenang setahunya hanya teman sekelas di universiti yang membahasakan dia dengan nama itu. Tapi suara siapakah itu, dia masih tak boleh teka.

“Saiful!!!” tiba-tiba saja nama itu terpacul keluar. Suara itu ketawa dan Hizla mengeluh.

“Hey, saya nak tengok muka awak esok okay?”

“Insyallah.”

“Jangan macam tu dah lima tahun Hiz, awak tak mahu tengok kawan-kawan awak semula.”

“Tak janji, sibuk sikit,”

“Alah...! Hmmm...okay ada kerja ni, jumpa nanti okay?”

Klik! Talian terputus. Saiful nama yang dah lama dia tak sebut selepas tamat pengajian. Hairan kenapa lelaki itu tiba-tiba telefonnya, apa mimpi agaknya? Setahunya dulu, pandangnya pun macam tak bermata. Adakah dia telefon sekadar nak mengusiknya atau nak pastikan dia hidup lagi? Apa pun dia tetap tak nak pergi biasa belati di letak di tengkuk namun nak ke jemputan itu tidak sekali. Hari ini dia mahu pulang awal, sudah empat tiga puluh lima. Dia keluar dan menuju ke kereta BNW Z9nya.

“Eh dah balik dah? Awalnya mimpi apa? Ooo... jemputan tu!”

Hizla membuka ikatan rambutnya, rambutnya yang melepasi ketiak beralun lembut. Pengikat rambut itu di letak dipergelangan tangan. Dia menguap dan mengosok matanya, dia pandang Nurfara teman serumahnya.

“Tak nak pergi...” ringkas jawapan Hizla.

Nurfara sedikit terkejut dan duduk disebelah temannya. Dia memandang tepat ke wajah temannya.

“What? Aku tak nak pergi, so...?”

“Kenapa pulak? Kau mana ada jumpa diorang lagi, ini saja peluang yang ada?”

“Tak nak tu maknanya tak nak le. Eh! Cici tak balik lagi?”

“Dia ada latihan di Istana Budaya, maklumlah nak dekat Citrawarna ni. Eh! Kau tak jawap soalan aku la.”

“Tak mahu le.”

“Aku tahu kau takut diorang ejek kau, kan?”

Hizla membisu cuma dia biarkan Nurfara membebel.

“Dengar ni, Ila. Kalau mereka tu nak ejek kau so be it, takkan kau nak tutup mulut semua orang di situ,”

No comments: