Sunday, March 29, 2009

New Exile

Damansara. 8:00 pagi.
Azman melangkah lemah, keluar dari tanah perkuburan Islam itu. Sudah enam bulan pemergian Emilia Jazmine. Dia tidak boleh melupakan gadis itu serta kejadian itu. Kejadian yang meragut nyawa gadis yang amat dia cintai. Enjin kereta dihidupkan, dia harus kembali ke pejabat. Seingatnya jam sembilan nanti ada perbincangan dengan syarikat TPA. Stesen radio nombor satu Malaysia sedang memutarkan lagu miliknya. Dia lega lagu itu begitu mendapat tempat dihati peminat.
Amry mundar mandir, dia cemas. Azry yang melihat gelagat adikya cuma menggelengkan kepala. Dia memerhati jam, memang benar abang sulungnya lewat. Azry menyelak fail-fail yang diperlukan untuk menjawab apa jua pertanyaan dari TPA atau Trans Power Agency iaitu sebuah syarikat antarabangsa yang bakal menguruskan konsert yang mereka akan adakan tidak lama lagi. Itupun kalau perjanjian itu berjaya. Pintu pejabat dikuak, mereka berdua menoleh. Azman melangkah masuk, kedua mereka mengeluh lega. Wajah abang sulung mereka itu masih lagi dalam titik kesedihan. Mereka tidak mahu bertanya, mereka tahu ianya tidak akan mendatangkan apa-apa faedah jika mereka bertanya kepada lelaki itu. Azman memandang adik-adiknya, dia tahu mereka ingin bersuara untuk menenangkan perasaannya tetapi dia pun tidak tahu sejauh mana ketenangan yang akan dia kecapi. Rambutnya yang sudah mencecah bahu diikat agar lebih kemas.
“Mari kita mulakan,” suara Azman. Amry memandang wajah Azry kemudian menjungkitkan bahunya. Mereka membuntuti abang sulung mereka. Lokman muncul menghampiri.
“Azman, I suruh mereka tunggu di bilik confrence.”
“Thanks, Lokman. Jom, kita ada kerja yang perlu dilakukan,” suara Azman.

Aku melangkah masuk, kulit terasa lega bila terkena hawa sejuk alat penghawa dingin. Nama Exile Berhad terpampang megah, aku tersenyum.
“Cik Melisza? Lama tak jumpa, nak jumpa Amry?”
“Noni... Kalau boleh? Amry ada?”
“Memang ada tapi... dia ada meeting dengan TPA.”
Aku berdecit dan melihat jam ditangan.
“Tapi Cik Melisza boleh tunggu dalam bilik big boss. Masuklah, nanti saya hantarkan minuman.”
Aku mengangguk, aku memerhati gadis yang bernama Noni itu berlalu. Aku menuju ke arah pejabat Azman. Pengarah Urusan, Azman bin Abdul Hadani. Aku senyum dan memulas tombol pintu kayu bercermin. Noni muncul dengan minuman yang diletakkan didalam dulang. Noni membuka kesemua lampu di ruang itu dan berlalu. Aku menoleh, hampir terlepas gelas dari tangan. Mata tidak berkelip memandang potret di dinding itu.
“Lisz, kau adik yang baik... kakak sayangkan kau...” suara terakhir Emilia Jazmine terngiang ditelinga.
“Kakak!” bicara hatiku.
Pintu pejabat itu terkuak, dia menoleh. Air mata yang hampir menitis dikesat, senyum dihadiahkan kepada orang melangkah masuk.
“Lisz?” suara Azman, dia memandangku kemudian matanya dialihkan ke potret itu. Aku tahu dia pun mengerti apa yang aku sedang rasa.
“Hello, sayang. Dah sampai?”
Aku mengangguk, Amry mendekatiku. Azry turut melangkah masuk, dia hanya tersenyum kearahku. Lelaki itu memang tidak banyak bicara.
“Kata nak datang esok macamana pula muncul hari ni? Eh! Sejak bila pandai berkebaya Nyonya?” tanya Amry. Aku senyum, tidak sangka lelaki itu sedar dengan penampilan aku hari itu.
“Sengaja nak buat kejutan untuk kekasih tersayang.”
“Kalau nak berdrama, baik kamu berdua keluar sekarang.”
Aku memandang Azman, wajahnya sedikit merona. Barangkali, kami sudah menyakiti hatinya.
“Sorry, Abang Man. Lisz, pinjam Amry sekejap yea?”
Lelaki itu merengus, Amry menarik tanganku sehinggakan tidak sempat untuk aku melambai ke arah Azry.

“Abang, Lisz tengok Abang Man masih tak boleh lupakan Kak EJ.”
“Potret besar Kak EJ sudah menjawab pertanyaan Lisz tu. Abang pun tak tahu lagi. Rasanya dia dah tak makan pujuk.”
“Mungkin satu hari nanti Abang Man akan berubah. Pasti ada gadis bertuah yang dapat memikat hatinya.” Amry cuma mengangguk dengan penyataanku. Aku berharap ianya akan berlaku dengan secepat mungkin, seperti adik-adiknya aku tidak mahu melihat lelaki itu sengsara.
“Oh! Apa planning terbaru. Noni cakap Exile berbincang dengan TPA?” tanyaku.
“Well, lepas ni kami akan mengadakan konsert terbesar dan tercanggih yang pernah Exile adakan.”
“Really? Menarik sungguh, tak sabar rasanya.”
“Itu baru dengar belum lagi tengok lagi. TPA pun dah setuju.”
Aku mengeluh. Aku terkenangkan potret Emilia Jazmine di pejabat Azman tadi. Aku sebenarnya cukup faham apa yang tersirat dihati Azman. Hati mana tidak tersiat luka tatkala melihat kekasih hati mati di depan mata. Kalau mati kerana penyakit mungkin tidak begitu meninggalkan kesan tetapi ditembak penjenayah. Apatah lagi jika kekasih hati menjadi perisai untuk melindungi diri dari ditembak.
“Kenapa ni?”
Aku mengesat air mata.
“Lisz, terkenangkan Kak EJ dan kejadian enam bulan lalu. Bagaikan sebuah mimpi ngeri, sukar sekali untuk melupakannya. Macamana agaknya, Abang Man menghadapinya?”
Amry gelengkan kepala.
“Abang pun tak tahu, tapi ini adalah realiti yang perlu kita semua hadapi. Kita sudah kehilangan Kak EJ. Sudahlah!!!”
Kami kembali ke bangunan milik kumpulan Exile. Amry menemaniku sehingga ke pintu kereta MPV milikku.
“Minggu depan Hafizul akan ke mari. Lisz harap abang boleh jumpa dengan dia. Parent Lisz pun mungkin datang sama.”
“Hmm.. tengoklah nanti. Tak janji. Abang pun teringin nak jumpa bakal mentua.”
“Amboi!!!”
Mereka ketawa. Aku menghidupkan enjin MPVku dan berundur pantas lantas meluncur laju dijalanan.


Lorong Haji Taib 2. 3:00 petang.
Di sebuah lorong yang sunyi, empat lelaki dan seorang gadis sedang berkumpul. Mereka kelihatan menukar briefcase dan juga bungkusan.
“Kau pasti plat tembaga ini tulin?” suara lelaki yang sedang mengisap curut.
“Peter... Ini Adi, kalau orang lain mungkin kau boleh curiga. Tapi aku tidak pernah...”
Lelaki bernama Peter itu mengerutkan dahi dan mengosok janggut sejemputnya itu. Dia ketawa.
“Jane, macamana?”
“Tulin, boss!” suara wanita yang memeriksa plat itu. Dia menyerahkan plat itu ke tangan Peter. Dia ketawa puas hati.
“Aku gembira dapat buat bisnes dengan kau, Adi. Kau memang boleh dipercayai.”
Adi memberi senyuman yang sinis sekali. Mereka berjabat tangan dan Adi segera beredar ke kereta BNW hitam miliknya.
“Bos, duit ni palsu,” terang Bala, pengikutnya yang berbangsa India.
“Aku tahu!”
Adi mengambil sesuatu didalam poketnya dan menekan butang hitam di alatan itu. Kabooommm!!! Bunyi letupan bergegar di lorong itu.
“Maut bagi sesiapa yang mempermainkan aku... Peter, nice doing business with you!” suaranya dan lelaki itu ketawa. Gayanya tidak ubah seperti mafia yang dilihat dikaca-kaca tv.
“Plat tu, boss?”
“Bala kau kena belajar lebih lagi. Aku tak sebodoh itu untuk menyerahkan yang tulin?”
Dia ketawa lagi, menjengkelkan. Telefon bimbit disisinya berdering.
“Bos, lelaki Perancis itu dah sampai...” suara didalam talian kedengaran.
“Bagus. Colin, kita pulang.”

Aku menbasuh muka dengan air di sinki. Lega! Telingaku dapat menangkap berita yang disampaikan. Aku menuju ke katil dan membaringkan diri. Setiap butir berita itu aku dengar walaupun mataku ralit di dada laptop itu. Kelihatan ada permintaan baru untuk syarikat aku mempromosi barangan Exile di UK. Aku membalas e mail itu, kemudian membaringkan diri.
“Kalau Kak EJ ada tentu...” aku tidak habiskan ayat. Tangan kanan diletakkan ke dahi, tapi dialihkan semula. Kata mama tak baik letak tangan di dahi. Aku terasa sunyi, selalunya ada saja Emilia Jazmine menemaniku. Mataku sorot ke skrin televisyen yang menyiarkan berita letupan.
“Wow! Kat Malaysia pun macam di Amerika, main letup-letup... Apa nak jadi!”
Aku memejamkan mata, bosan. Minat untuk membuat kerja terbantut.
“Kalau dapat jumpa Amry kan bagus...” bisik hatiku.

Azman berteleku di katil, matanya beralih memandang ke jendela bilik. Fikirannya masih terkenangkan kenangan bersama Emilia Jazmine. Dia teringatkan lagak gadis itu, senyumanya, gurau sendanya, kata-katanya, suaranya dan bauan yang dipakainya serta sentuhannya. Walaupun pertemuan antara mereka singkat namun dia bahagia. Selama ini, itulah kebahagiaan dan rasa cinta yang dia cari. Malangnya, ketika nikmat kasih dan cinta yang dia kecapi musnah hanya dengan dua das tembakkan. Bunyi tembakan itu jelas sekali kedengaran dan wajah gadis itu menahan kesakitan begitu nyata di ruangan matanya. Azman mengeluh, setiap kali dia cuba bercinta pasti ada halangan dan ini adalah halangan yang sukar untuk dia tempuhi. Amat sukar sekali, ianya begitu tidak menyenangkan, amat perit untuk dia telan. Azman melangkah ke jendela bilik. Pintu bilik kedengaran diketuk dan pintu itu terkuak, adik bongsunya menjengah.
“Abang long masih bersedih?”
“Anna baru balik?” dia mengubah topik. Anna, adik bongsu keluarga itu mengangguk. Dia duduk dikatil lelaki itu.
“Anna, tahu abang masih teringatkan Kak EJ.”
“Kenapa Anna cakap macam tu?”
“Walaupun Anna baru dua puluh tahun tapi Anna tahu apa yang abang long rasa sekarang.”
“Pandainya adik abang long ni.”
“Tu, lagu kegemaran Kak EJ tu... dah berulangkali Anna dengar.”
Azman senyum kelat. Lagu Sadness nyanyian kumpulannya kedengaran dan lagu itu merupakan kegemaran Emilia Jazmine.
“Abang Man, mummy panggil makan.”
“Abang Amry ni... kacau daunlah!”
Amry mengangkat kening, tanda bertanya. Anna merengus dan melangkah keluar, namun tangannya sempat mencubit lengan abang ketiganya.
“Abang sudahlah... yang dah pergi biarkan pergi. Kita doakan saja,” suara Azry. Amry mengekori Anna.
“Abang tahu, Az. Tapi kau pun pernah mengalaminya dan abang pasti kau tahu apa yang abang rasa ketika ini.”
Azry tunduk, dialah yang paling mengerti akan perasaan abang sulungnya. Dia juga pernah rasa bagaimana kehilangan Camilia ketika gadis itu diculik oleh Anita dan hampir dibunuh oleh Anita. Lamunannya tersentak bila Azman menepuk lembut bahunya.

No comments: