Sunday, March 29, 2009

Red Blood Moon

Part 1

Kakinya melangkah, melangkah meniti tangga batu itu. Di anak tangga terakhir dia berhenti dan memandang bangunan itu. Bangunan lama yang sedikit suram namun masih nampak mewahnya. Dia merenung sekeliling, laman bangunan itu cukup besar dan kelihatan indah dari pandangannya. Ada dua buah gazebo kayu di laman itu serta sebuah kolam air pancut. Matanya disorot ke bangunan itu, warna suram semula jadi, tiang-tiang yang kelihatan seperti seni ukir Greek melengkap semuanya. Dia mula melangkah namun terhenti bila seorang lelaki berpakaian segak menghampiri. Dari pengamatanya lelaki itu barangkali didalam usia akhir lima puluhan. Tiada ekspresi diwajah lelaki itu, dia curiga.
“Cik Luna?” ucap lelaki itu, suara paraunya sedikit mengerunkan serta pertuturan satu persatunya membuatkan dia seram sedikit. Dia hanya mengangguk. Lelaki itu membuat isyarat agar dia mengekorinya.
“Kita mahu ke mana?” tanyanya. Dia pandang sekeliling, terdapat barisan potret besar menghiasi dinding sepanjang perjalanan. Dia memandang setiap potret itu, dia curiga kerana pada pandangannya mata di setiap potret itu seperti memandangnya.
“Itu hanya ilusi,” satu suara menegurnya. Dia menoleh, seorang lelaki bertubuh besar berdiri di muka pintu. Lelaki itu menyambutnya dan tersenyum memandangnya. Matanya kelihatan sepet kerana senyumannya itu.
“Maksud tuan?”
Lelaki itu ketawa kecil dan tangannya menyuruh dia masuk ke dalam bilik itu.
“Gambar itu, mata mereka tidak memandang kamu. Itu cuma ilusi.”
Dia memandang lelaki itu, bagaimana lelaki itu mengetahuinya. Dia boleh baca fikirannya.
“Saya tidak baca fikiran sesiapa. Tetapi, saya perasan kamu asyik memandang bahagian mata setiap potret itu.” Lelaki itu ketawa kecil. Dia malu dan tunduk.
“Luna Aurora. Sembilan belas tahun... umur yang cukup baik. Jemput duduk.”
Sirna duduk hampir serentak dengan lelaki itu. Matanya memandang sekeliling, hiasan bilik itu sungguh sederhana namun kaca tingkap begitu menarik dipandangannya. Kaca tingkap itu kelihatan diukir seperti bunga ros. Di dinding di belakang tempat duduk lelaki itu terdapat dua pedang dan juga simbol.
“Saya tidak sangka pakcik kamu akan hantar anak buahnya ke sini?”l
“Saya sendiri pun tidak pasti kenapa dia menghantar saya di sini. Tempat ini seperti tidak wujud.”
Lelaki itu ketawa kecil. Lelaki itu mengeluarkan sesuatu, sekeping kertas.
“Katanya dia tidak boleh menjaga kamu, memandangkan dia perlu menguruskan kerjanya dan tidak boleh menjaga kamu sepenuhnya.”
“Betul, sedih sekali.”
Lelaki itu mengangguk bagai mengiyakan kata-katanya tadi. Matanya memandang wajah lelaki itu. Bentuk wajahnya tirus, berkaca mata dan rambutnya sedikit berubah. Wajahnya sentiasa tersenyum.
“Saya amat mengenali pakcik kamu. Dia lelaki yang baik, kami pernah belajar bersama di sini?”
Sirna memandang lelaki itu.
“Pakcik pernah belajar di sini...”
Lelaki itu mengangguk.
“Begitu juga dengan bapa dan ibu kamu. Tuan Alderbert dan Puan Snow merupakan kawan rapat saya... mereka memang pelajar yang hebat. Tapi, sayang mereka mati awal.” suara lelaki itu. Dia renung wajah gadis dihadapannya, Sirna tunduk bagai menahan sedih.
“Marilah, tiba masa untuk saya menunjukkan awak dimana awak akan tinggal dan dimana awak akan belajar.”
Kedua mereka melangkah keluar di pejabat itu. Mata Luna memandang potret itu namun kali ini dia lebih berani. Mereka melalui ruangan besar, Luna kagum dengan hiasan di situ.
“Ini lobi selalunya jamuan akan dibuat di sini, ia akan kelihatan meriah dengan tari menari. Kamu sukakannya.”
“Apa yang ada di atas sana.”
Pantas matanya di sorot ke arah yang ditunjukkan. Lelaki itu berhenti dan berdehem.
“Tangga utara... selama kamu di sini, kamu di larang sama sekali pergi ke sana. Ingat!” suaranya begitu tegas. Luna sedikit terkejut, dia terdiam.
“Ba.. baiklah...”
“Mari!”
Luna mengekori kembali. Mereka berjalan dan menghampiri pintu kayu yang sedikit besar dari pintu biasa. Lelaki itu berhenti.
“Kita akan ke bilik kamu di Asrama Monsoon.”
Luna mengerut dahi, pelik nama asramanya.
“Di Institut Arca, cuma terdapat dua asrama iaitu Asrama Monsoon dan Asrama Tidel. Monsoon bagi perempuan dan Tidel untuk lelaki.” Terang lelaki itu. Luna mengangguk.
“Pengetua?” satu suara menegur. Mereka berdua menoleh.
Seorang pemuda mendekati. Dia memakai kot merah darah lengkap bertali leher dan di kiri dadanya ada lambang yang disulam kemas dengan benang putih dan biru. Lambang yang dilihat di dinding pejabat.
“Kristov... ini pelajar baru.”
Mata pemuda itu segera melekat diwajah Luna. Gadis itu kaget, dia memandang mata lelaki itu garang sekali. Air liur ditelan, dia segera tunduk.
“Manusia..!”
Luna segera memandang pemuda itu, adakah pemuda itu menghinanya?
“Putera Kristov jangan mengusiknya. Hormat sikit, dia perempuan dan pelajar baru.”
Luna memandang lelaki, dia seperti tidak kisah dengan teguran lelaki itu. Luna marah sekali.
“Eliose ada di asramanya?”
Pemuda itu menjungkitkan bahu dan berlalu. Luna memerhati sehingga pemuda itu hilang dipandangannya.
“Putera Kristov, anak bangsawan Rusia tetapi dibesarkan di sini. Sudah empat tahu dia menuntut di sini. Dia adalah senior kamu, Luna dan juga ketua persatuan pelajar.”
“Sombong!”
Lelaki itu ketawa kecil.
“Tidak, dia cuma tidak suka didekati.”
Luna sedikit pelik. Dia memandang ke hadapan satu lagi pintu kayu yang besar di hadapannya, dibahagian atas tertulis perkataan Purnama. Pintu itu terbuka, seorang gadis sudah mendekati mereka. Wajahnya manis tersenyum, rambut hitamnya panjang melepasi bahu. Kulitnya putih gebu dan dia cantik sekali. Sirna kagum dengan gadis itu.
“Eliose, ini Luna Aurora. Mulai sekarang, dia jagaan kamu. Jangan benar yang lain mengusiknya walaupun cuma gurauan.”
“Bagaimana kalau Yos...?”
Lelaki itu batuk sedikit, Sirna cuma membisu. Apa agaknya rahsia mereka, siapa Yos?
“Pengetua?” suara Luna.
“Awak selamat di sini. Jangan risau. Oh! Edi akan akan hantar barang-barang kamu nanti.”
Lelaki itu berlalu meninggalkan mereka berdua.

Gadis itu menutup pintu itu dan kini mereka berdua. Luna memandang gadis itu, dia tersenyum. Luna terkejut dengan huluran salamnya.
“Kita tidak diperkenalkan tadi. Saya Eliose.”
“Luna Aurora.”
Eliose tersenyum.
“Luna Aurora, sedap nama. Awak cantik!”
Luna tersenyum malu.
“Mari,” suara Eliose. Tangan Luna ditarik lembut.
Mereka berdua berdiri dihadapan bilik, Eliose membuka pintu bilik itu.
“Ini bilik awak, bilik saya dihujung sana. Suka tak?”
Luna melangkah masuk, Eliose menekan suis lampu. Bilik itu agak besar, katil kayu berada di sebelah kanan bilik dan tingkap kaca besar di seberang bilik. Langsir putih menutupi tingkap kaca itu. Meja kayu diletakkan dekat katil. Serta lampu berdiri berhampiran tingkap kaca bersama sebuah sofa dua tempat duduk dan almari pakaian di hujung katil.
“Cantik.”
“Saya dah agak awak akan suka bilik ni.”
Eliose minta diri untuk kembali ke biliknya.
“Eli...”
Gadis itu menoleh, sedikit terkejut namun tersenyum.
“Eli... saya suka awak panggil saya Eli... Kenapa?”
“Terima kasih...”
Eliose mengangguk.
“Kita akan ada jamuan makan malam di taman. Bersedia jam lapan nanti.”
Pintu bilik di tutup, Sirna mengeluh dan beredar ke sofa. Dia sudah berada di tempat asing dan dia harus menyesuaikan diri di sini. Dia terkenangkan ibu dan ayahnya. Mereka meninggal ketika dia masih kecil. Kata pakcik mereka kemalangan, sejak itu dia dijaga oleh pakciknya. Namun, beberapa bulan kemudian pakciknya memberitahu dia perlu ke sekolah asrama. Pakciknya juga mengatakan dia terlalu sibuk dan tidak dapat menguruskannya. Akhirnya, dia di sini. Pintunya diketuk, pantas dia membukanya. Tiada orang namun semua barangnya ada di hadapan pintu.

Seperti dijanjikan jam lapan malam, Eliose muncul. Dia cantik memakai gaun labuh warna biru dan sekuntum bunga disisip di telinga kanannya.
“Kita sudah lewat, mari!”
Eliose menarik tangannya dan mereka berlalu. Mereka tiba ditaman, ianya telah dihias indah dan kelihatan sungguh mewah. Musik dipasang dan beberapa pasangan kelihatan menari.
“Awak bernasib baik, selalunya kita akan lakukan di lobi tetapi kali ni di taman pula.”
Nasib baik? Mungkin juga. Dia kaget sekali, mereka kelihatan mencurigakan. Sebaik saja dia mendekati musik yang dipasang tadi berhenti bermain dan semua mata memandangnya.
“Mereka seperti tidak pernah melihat saya,” bisiknya.
“Tidaklah... awak orang baru. Ini perkara biasa.”
Eliose menarik tangannya lagi.
“Putera Kristov, ini pelajar baru itu?” suara Eliose. Luna telan air liur, dia kaget. Hatinya kecut, dia benar-benar tidak suka dengan keadaan itu. Dia rasa sungguh lemah sekali. Luna memandang putera itu. Mata garangnya tepat memandangnya, dia jadi tidak keruan. Putera itu berdiri diikuti lima lagi pemuda di sisinya.
“Inilah manusia itu?” suara seorang pemuda di sisi Putera Kristov
Mereka menghinanya lagi? Pantas dia memandang orang yang menutur kata-kata itu. Pemuda itu sedikit terganggu dengan renungannya. Dia berdehem.
“Sudah... kita patut menerimanya kerana dia akan berada di sini.” Putera itu bersuara. Luna memandang pemuda itu, marah sekali. Putera Kristov menghampirinya dan mendekatkan wajahnya. Luna terkejut dengan tindakan pemuda itu.
“Jangan sesekali kamu memandang aku begitu, manusia.”
“Eh! Tuan putera... jangan begitu. Dia...”
Putera Kristov memandang Eliose, segera gadis itu tunduk.
“Sampah!!!” rengus pemuda itu. Dia beredar dari mereka berdua dan kelima-lima pemuda itu turut mengikutnya. Luna menghela nafas, dia melihat Eliose yang masih tunduk.
“Eli?”
Eliose mengangkat wajahnya, Luna dapat lihat wajah itu sedikit ketakutan.
“Awak, okey?”
Eliose menghela nafas dan mengangguk.
“Angkuhnya putera itu. Kawan-kawan dia pun sama... Pengampu!”
Tetamu di majlis itu masih memandangnya.
“Saya seperti tidak di terima di sini?”
Eliose menggelengkan kepala. Mereka berlalu ke suatu sudut taman. Eliose menyerahkan gelas minuman kepada Sirna.
“Putera Kristov amat berpengaruh di institut ini. Kata orang, datuknya yang membina institut ini.”
“Benar?”
Eliose mengangguk.
“Patutlah angkuh sekali!”
Eliose tersenyum, tangannya di letak ke peha Luna.
“Mereka berlima pula.”
Eliose berfikir.
“Mereka pengikutnya yang setia... bagi mereka putera itu ketua mereka.”
Luna cuma mendengar, menarik juga jika dapat mendengar kisah mereka berenam itu. Eliose meneguk minuman yang masih banyak digelasnya.
“Lelaki yang berambut panjang itu, Cain. Anak bangsawan seperti si putera. Dengar kata mereka berkawan sejak kecil.”
Eliose meneguk airnya lagi, Luna seperti tidak sabar untuk mengetahui cerita lanjut.
“Pasangan kembar itu pula Yin dan Yan, keturunan hartawan Cina yang membesar di Eropah. Santa Cruz pula hartawan dari Monte Cristo dan lelaki bertubuh besar itu, Dark dan tidak siapa yang tahu siapa dia.”
“Kenapa pula?”
Eliose mengeluh.
“Kerana sehingga hari ini, tiada siapa pun pernah dengar dia bersuara. Segelap namanya begitu juga gelap misterinya.”
Luna memandang keenam-enam pemuda itu. Pelik betul mereka itu.
“Bagaimana dengan gadis itu?”
“Puteri Susannah? Kata orang, dia bakal isteri putera.”
Mata Luna tidak puas memandang mereka semua. Dia merasakan mereka itu pelik. Terasa seperti didalam cerita dongeng pula. Kenapalah, dia harus ke sini? Mungkin keadaan di sini berlainan dengan keadaan zaman pakciknya. Nampaknya, dia akan dibuli oleh mereka-mereka ini.
“Maaf, Luna saya takut saya tak dapat lindungi awak seperti pengetua minta.”
“Jangan susah hati, Eli. Saya boleh jaga diri...”
“Tapi awak manus... er... budak baru. Hidup sedikit susah bagi budak baru.”
“Eli, saya akan cuba. Jangan risau... lagipun, awak ada. Awak akan bersama saya?”
Eliose mengangguk.
“Eh! Siapa tu?”
Eliose memandang ke arah ditunjuk oleh Luna.
“Putera Yossio!”
Putera Yossio... Yos! Dia berada di tingkat atas bangunan itu. Kelihatan dia memandang jamuan malam itu. Dari tempat duduknya dia dapat melihat segala pergerakkan lelaki itu. Luna turut merasakan lelaki itu memandangnya, seperti Putera Kristov Putera Yossio memiliki mata yang tajam. Luna mengalih pandangannya namun dia mencuri untuk melihat lelaki itu tetapi sayang putera misteri itu sudah menghilangkan diri.
“Eli... siapa dia?”
“Siapa?”
Luna melihat Eliose berperangai pelik. Dia tertanya-tanya?
“Eli... saya nak tahu mengenai Putera Yossio.”
“Jangan... jangan... nanti dia akan menghantui awak, Luna.”
Luna ketawa kecil, tidak percaya dia mendengar kata-kata gadis itu.
“Luna saya rasa kita perlu balik. Saya dapat rasakan sesuatu yang akan berlaku. Terutama sekali setelah kita nampak Yossio. Mari!”
Namun, terlambat kelihatan Putera Yossio sudah pun menghampiri. Eliose menolak Luna ke belakangnya.
“Putera Yossio? Selamat datang..?” suara Putera Kristov.
“Yossio! Kau tidak dijemput di sini. Manusia!” suara Yin.
Putera Yossio mencapai kolar Yin dan mengangkatnya. Yan mendekati dan bertindak namun Putera Yossio menolak lelaki Cina itu. Dark dan Cain mahu bertindak namun Putera Kristov menahan.
“Yossio, malam ini bukan malam kita bertarung. Kita ada tetamu... dia orang baru. Dia juga manusia...”
Putera Yossio menoleh, melihat Luna yang berdiri menikus di belakang Eliose.
“Kenapa dia di sini?” tanya Putera Yossio.
Putera Kristov ketawa kecil.
“Tanyalah pengetua... atau pakcik awak, Yossio!”
Putera Yossio mendengus.
“Sekarang pergi, pergi jaga tangga utara tu seperti seorang pengawal yang baik. Kau tidak dijemput di sini, Yossio!” ujar Cain.
“Kalau sepatah lagi berbicara, Cain. Aku pasti Karupin akan menembusi tekak kau!”
“Ugutan itu tidak menakutkan kami, Yossio.” Cain berbicara lagi.
Putera Yossio berlalu, dia menghampiri Luna.
“Kau tidak patut berada di sini. Kau manusia!” ujar lelaki itu dan berlalu. Dari bahu Eliose dia nampak Putera Yossio. Putera Yossio tidak kelihatan seperti mahkluk jahat seperti kata-kata Eliose.

No comments: