Sunday, March 29, 2009

New Exile

Taman TAR. 9:00 malam
Aku memberi salam beberapa kali diselangi dengan loceng bunglo milik Exile. Bunglo baru itu baru saja mereka diami dua bulan lalu. Ianya nampak sungguh hebat. Sekali lagi aku menekan loceng pintu, dan pintu pagar itu terbuka secara otomatik.
“Kak Lisz, what a surprise. Jemputlah masuk?” suara Anna, gadis itu memelukku. Dia memang gadis yang ceria.
“Amry ada?”
“Abang long, Abang Az, mummy dan papa ada..”
Bertuah betul budak ni, aku tanya fasal Amry saja. Aku cuit hidungnya, dia ketawa kecil. Kami duduk di sofa lembut barangkali rekaan dari Itali. Rambutku yang sedikit basah, aku tolak ke belakang. Puan Suraya dan Encik Abdul Hadani muncul dari tingkat atas. Lelaki lewat lima puluhan itu hanya berkemeja polo dan berkain pelikat, mereka tidak memiliki ciri-ciri pasangan kaya yang sering ditonjolkan di tv.
“Melisza dah makan, kalau belum boleh Neng siapkan.”
“Sudah... baru saja. Jangan aunty susah-susah. Saja nak jenguk aunty dan uncle. Ini ada sedikit buah tangan.” Bungkusan yang dibawa bertukar tangan.
“Iya ke, bukan nak jenguk Abang Am?” celah Anna. Aku segera mencubit peha gadis itu.
“Tapi, Amry masih di studio. Ah! Dah balik dah... Rezeki, Lisz nampaknya...”
Aku menoleh ke arah pintu besar, tidak sabar nak menunggu kemunculan lelaki itu. Pintu terbuka, Amry muncul. Dia tersenyum dan mendekati. Seperti biasa jantungku berdebar dengan kemunculannya, Anna mencuit pinggangku. Budak ni memang nak kena. Neng orang gaji mereka muncul dengan gelas minuman dan sedikit biskut.
“Bila Lisz sampai? Kenapa tak call?”
“Tak mengapa... Lisz ganggu ke?”
Dia gelengkan kepala.
“Lisz, tinggal di mana?”
“Hotel, aunty.”
“No! No! No! Stay sini... aunty tak percaya dengan hotel-hotel ni!”
“Tak perlu susah-susah aunty. Lisz, selesa dihotel tu. Aunty jangan risau. Abang pun!”
“Tak elok, Lisz duduk seorang diri kat sana. Tidur sini, lewat dah ni...”
Aku gelengkan kepala sebagai jawapan, sudah jam sebelas malam memang lewat sekali. Aku minta diri pulang, lebih lama disitu, lebih lama mereka mendesak aku. Memang teringin nak bermalam disitu, tetapi aku fikirkan pandangan orang.


Kuala Lumpur. 1:00 pagi
Adi melangkah masuk ke dalam markasnya berserta dengan beberapa orang bodyguardnya. Adi menghembus asap curut dan melangkah ke arah ‘pejabat’nya. Seorang lelaki menyambutnya.
“Bos, lelaki itu menanti di bilik khas.”
“Bagus... teruskan kerja kau!”
Dia menuju ke bilik yang dinyatakan. Dia memandang lelaki Perancis itu dari atas ke bawah. Lelaki itu memakai kot dari polyester mahal, warna biru senada. Rambutnya disisir kemas, wajahnya tampan, berkaca mata melindungi anak mata berwarna hazel. Kalau sekali pandang lelaki itu cuma lelaki normal. Adi mengangguk dan memusing lelaki itu beberapa kali. Adi mengangguk lagi, dia berdiri dihadapan lelaki Perancis itu, tangan kirinya pantas mengeluarkan senjata dan mengacu ke muka lawan begitu juga dengan lelaki Perancis itu. Orang-orang Adi terkejut dan mahu bertindak namun dilarang oleh Adi.
“Masih pantas... masih hebat. Masih seperti sepuluh tahun yang lalu.” Adi menyimpan senjata itu kembali.
“Jack, Matt, Bala, Chong, Foong, mari aku kenalkan. Ini Jean Luis Dumment. Penembak tepat dan mengedar senjata api yang paling hebat pernah aku kenali.”
“Kau terlampau memuji aku, Adi. Aku hanya lelaki biasa yang membuat bisnes.”
“Dan Bahasa Melayunya sudah improve.”
Jean Luis Dumment ketawa kecil dan mencebik. Mereka beriringan dan duduk di kerusi empuk secara berdepan.
“Aku ke mari ingin memujuk kau mencuba sesuatu yang baru.”
“Mencuba sesuatu yang baru. Menarik!”
Lelaki Perancis itu tersenyum, dia menepuk tangannya dua kali. Dua orang lelaki muncul dengan sebuah peti berukuran empat puluh lima inci kali dua puluh dua inci. Peti itu diletakkan dihadapan mereka dengan begitu berhati-hati. Adi melihat peti itu wajahnya sedikit ragu-ragu. Lelaki Perancis itu berdehem, dia tahu lelaki itu ragu-ragu. Dia membuka peti itu dengan kad, penutupnya terbuka dan dua buah silinder kemungkinan berukuran tiga puluh lima inci dan berdiameter dua puluh sentimeter.
“Silinder? Apa ni?” Adi ingin tahu.
“Evolusi... perubahan.”
Adi memandangnya tidak faham, namun melihat penuh minat.
“Nuklear bom!”
“What! Are you crazy! Bawa nuklear bom di tempat aku, Dumment!”
“Jangan risau, Adi. Takkan apa-apa selagi ia berada di dalam silinder itu dan kunci kodnya ada pada aku!”
Adi memandang lelaki itu untuk memastikan dia serius atau tidak. Dumment membuka penutup silinder itu dengan menggunakan kunci kod dibahagian atas silinder. Dia mengeluarkan bahan itu berhati-hati. Semua yang ada di situ terbeliak, ada yang kelihatan cuak. Bahan itu kelihatan seperti anggur biru yang diikat berderet sebiji-sebiji, lebih kurang dua belas biji semuanya.
“Cantik!!!”
“Jangan sentuh. Cecair yang terdapat didalam sfera itu mampu membunuh dengan cara sentuhan. Itu kalau satu sfera, bayangkan kalau ia diletakkan didalam silinder ini dan kodnya diaktifkan.”
“World war 3” Adi ketawa.
“Sebuah silinder ini mampu meneggelamkan Pulau Tioman atau menimbulkan Pulau Karakatau yang dikatakan hilang itu.”
Menakjubkan. Membunuh begitu exciting.”
Lelaki Perancis itu menyerahkan sebuah picagari yang bersaiz lebih besar dari biasa.
“Untuk apa?”
“Jika kau terdedah pada radiasi, just suntik tepat ke jantung dan ia bakal menyelamatkan nyawa.”
“Berapa kau sanggup jual pada aku?”
“Ini cuma contoh, aku tak boleh jual.”
“Jean Luis Dumment, kau takkan tak percayakan aku?”
“I do! Tapi, jika kau sanggup tunggu selama dua bulan aku boleh arahkan orang-orang aku di Kanada untuk membawanya ke Malaysia.”
“Dua bulan???”
Adi menghulurkan tangan, dia setuju dengan tawaran itu.


Aku melangkah ke MPV milikku. Hujan lebat yang membasahi bumi tidak aku peduli aku harus segera pulang ke hotel. Aku segera menghenyakkan punggung ke kusyen MPV itu. Aku tidak hirau tubuh yang sedikit kuyup dek hujan, apa yang aku tahu aku harus ke Exile Berhad. Aku mahu dengan lagu Exile yang terbaru, tetapi sebenarnya aku mahu bertemu Amry dan makan malam bersama. Aku baru saja melepaskan brek tangan bila tingkap bahagian pemandu diketuk, aku sedikit terperanjat. Aku melihat seorang gadis berdiri didalam hujan, tubuhnya basah kuyup. Setiap penjuru dirinya mengalir air. Wajahnya sedikit cedera. Aku membenarkan dia masuk ke dalam MPVku, wajahnya begitu teruk dengan kecederaan. Namun, dia menolak bila aku menawarkan diri untuk membawa ke klinik atau ke hospital.
“Cik nak ke mana?” tanyaku.
“Puduraya...”
“Tapi, saya tak ke sana...”
“Komuter Bandar Tasik Selatan?”
“Okey, tapi betulkah cik tak mahu ke...” aku tidak menghabiskan ayat bila dia mencelah yang dia tidak perlu ke sana. Apa yang dia mahu hanya untuk ke komuter. Aku jungkitkan bahu dan menuju ke tempat yang dia ingin pergi. Pelik betul gadis itu, aku lihat wajahnya persis perempuan Filipina. Tak mungkin pendatang asing kerana cara pemakaiannya menunjukkan yang dia seorang yang berada.
“Saya Patricia, saya dari Filipina.”
Gadis itu membaca pemikiran aku, nampaknya lepas ni aku kena simpan pemikiran aku pada diri sendiri. Dia kelihatan kesejukkan dan aku memerlahankan tahap alat pendingin. Aku turut menyerahkan jaket milikku yang ada dibahagian belakang tempat duduk.
“Cik, dah tiba di komuter.”
“Terima kasih...”
“Patricia, awak nak kemana?”
“Perlabuhan Kelang...” ringkas jawapannya.
Dia mahu menyerahkan jaket itu namun aku menyuruh dia menyimpanya untuk menghalang dia merasa sejuk. Aku turut tawarkan untuk menghantarnya ke klinik namun dia menolak.
“Terima kasih...”
Kami bersalaman. Aku dapat lihat wajahnya ketakutan didalam senyuman manisnya. Aku cuak. Pintu bahagian penumpang ditutup, aku hanya mampu melihat dan kemudian memandu ke destinasi.
Pintu sudio Exile Berhad aku tolak. Dari arah aku berdiri aku dapat lihat mereka bertiga membuat rakaman dibantu oleh Adik, Jules dan Niza yang bertindak sebagai juruteknik. Aku melambai ke arah Amry dan dia membalas.
“Okey, take a break!” suara Azman.
Amry menghampiri aku.
“Kenapa lambat?”
“Tadi, Lisz jumpa seorang perempuan Filipina. Tolong hantar dia ke tempat yang dia nak tuju.”
“Ke mana?”
“Puduraya...”
“Hah! Jauhnya... patutlah lambat.”
Aku ketawa.
“Taklah... so dia minta Lisz hantar dia ke komuter Bandar Tasik Selatan. Tapi, Lisz peliklah dengan perempuan Filipina tu?”
“Apa yang peliklah...”
“Muka dia penuh dengan luka, pasti badan dia juga penuh luka.”
“So, Lisz hantar dia ke klinik tak?”
“Tak, dia tak mahu?”
Amry turut berfikir.
“Janganlah, sampai berkerut dahi tu. Maybe, she’s okey now!” suara Camilia yang kebetulan disitu.
“Yeah! Tapi, Lisz still tak dapat lupa wajahnya yang macam orang ketakutan...”
“Pasti dia ada alasan untuk dia jadi macam tu...”
Aku mengangguk, mungkin betul kata-kata Camilia. Aku memandang Azman yang kelihatan sibuk dengan kerjanya, dia seperti mengarah sesuatu kepada Odin, PQ juga Adik. Aku lihat kumpulan baru yang baru mereka didik turut berlatih di dalam studio.
“Am, kumpulan baru tu baguslah,” suaraku.
“Diorang okey... tapi perlu latihan.”
Amry berlalu menghampiri abang sulungnya. Aku memerhati, sesekali Camilia mendekati. Walaupun sentiasa disini aku masih kagum dengan mereka. Camilia bangun dan menghampiri Azry yang muncul distudio itu. Aku turut bangun dan menghampiri Amry yang sedang berbincang dengan PQ dan kumpulan baru tersebut. Aku turut mendengar lagu baru yang dinyanyikan kumpulan baru tersebut. Indah sekali bait-bait lagu itu, aku lihat lirik dan musik yang ada disitu. Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Violet, kumpulan baru itu ditulis oleh Amry. Namun, lagu itu masih belum lagi bernama.
“Macamana dengan lagu tu?” Aku menoleh.
“Fantastic... tapi kenapa tak bertajuk?”
“Actually, ianya sudah bertajuk.”
Aku mengangguk.
“Tadi, Lisz dah memberi tajuknya.”
Aku memandang Amry, tidak faham.
“Meaning?”
“Fantastic!”
Aku ketawa dan memukul lembut bahunya.
“Am, Lisz tak sabar nak dengar album baru Exile dan Violet. Apa lagi yang ada dalam album baru ni?”
“Semua lagu baru, kecuali dua lagu cover version. Satu lagu lama dari album Exile. Kalau Lisz ingat dengan lagu Maximum lagu itu akan diberi nafas baru. Satu lagi lagu duet antara Exile, Camilia, Violet dan F.I.R.”
“Am, album Asamble tentu dapat sambutan. Lisz, pasti ini yang dicari oleh peminat.”
“Itu yang kami harapkan Lisz,” Azry bersuara.
Aku toleh ke arah Azman, dia masih kemuraman dan kelihatan begitu banyak perubahan dalam dirinya.
“Fly Away?” tanyaku dan memandang Azry.
“Duet Exile dan F.I.R.”
“Menarik sangat liriknya. Indah sekali...”
“Ini hasil Abang Man.”
Aku memandang lelaki itu. Aku faham, lirik ini adalah luahan rasa lelaki itu.

No comments: