Tuesday, July 21, 2009

New Exile

Belanda. 1: 00 petang.
 Perjalanan jauh begitu memenatkan. Hanny membaringkan dirinya di atas tilam empuk yang bercadar putih itu. Segala sendi terasa sengal, alangkah bagus kalau dapat berendam di dalam air suam kemudian tidur untuk beberapa jam. Dia mengeluh, menyesal juga membuat keputusan sebegitu. Tetapi, tak guna menyesal. Direnungnya siling putih berukir indah itu, tidak dia menyangka akan membuat keputusan sebegitu. Hanny mengeliat kecil, kelihatan bilik di Hotel Atlas ini begitu selesa dan indah. Citarasa Adi begitu hebat sekali. Hanny bingkas bangun, dia mengadap cermin. Dia bertukar tempat serta kehidupan dengan kakak kembarnya. Hanny mengusap wajahnya, ada calit keletihan diwajah itu. Rambut panjang mengurai itu didandan kemas. Dia menuju ke balkoni, bunga-bunga tulip segar dan pohon renek menghiasi balkoni itu. Hanny mengeliat lagi, pemandangan pekan itu menakjubkan. Kalau dia bukan datang untuk kerja berbahaya ini, pasti dia akan berjalan sendirian melewati pekan itu sambil mengambil gambar untuk koleksi peribadinya atau pun dijadikan pameran. Dia memandang ke arah kaki lima dari tempat dia berdiri, iaitu ditingkat dua bangunan hotel tersebut. Ramai yang lalu lalang disitu, dia pasti semua mereka pelancong dari Eropah. Hanny memandang lagi, tetapi kelibat dua orang lelaki berpakaian hitam mencurigakan. Dia tidak pasti beberapa lama mereka berdua berada disitu. Tidak mungkin polis barangkali Interpol atau pihak berkuasa yang tahu akan rancangan Adi. Mereka memerhatikannya, dia pasti kini. Hanny mengerutkan dahi, segera dia memandang ke arah lain berpura-pura tidak memandang mereka. Hanny melangkah ke dalam bangunan. Dari bidai tingkap dia mengintai mereka berdua. Benar sekali, kedua lelaki itu memandangnya. Siapa mereka? Baikkah atau jahatkah mereka berdua itu. Mungkin mereka berdua orang suruhan Adi atau kenalan Melisza? Dia cuak. Loceng pintu berdenting, Hanny tersentak. Dia menarik nafas agar bertenang, kakinya melangkah ke pintu. Dari lubang pintu, Hanny melihat siapa yang berada di luar bilik. Bala. Hanny menarik nafas panjang, tangannya pantas memutar tombol pintu.
  “Ada pesan untuk Cik Hanna dari Tuan Adi...”
Kertas pesanan bertukar tangan. 
  “Bala, awak tahu mengenai dua orang lelaki yang berada di luar sana?”
Lelaki India itu tidak mengerti dengan apa yang dia sampaikan. Dia segera melangkah masuk dan melihat kelibat dua orang lelaki tadi melalui bidai tingkap. Dia memandang Hanny.
  “Cik Hanna tidak perlu risau tentang mereka.”
Lelaki India bertubuh sasa itu berlalu ke pintu. Sebelum dia melangkah keluar, dia sempat menoleh.
  “Cik Hanna hanya perlu risau tentang urusan cik. Tuan Adi hanya mahukan segalanya berjalan lancar.”
Pintu bilik itu ditutup, rapat.
  “What I get myself into?” bicara hati Hanny. Dia membaca isi kandungan yang terdapat diatas kertas putih itu.
Jumpa di hadapan pintu Hotel Atlas. Limosine hitam akan menunggu jam dua petang ini.
~ Adi
Hanny merengus, dia melihat jam. Sudah jam satu, hanya tinggal satu jam sebelum waktu pertemuan itu. Dia melangkah menuju ke kamar mandi. 

 Matanya memandang jam besar di lobi hotel itu, sudah jam dua petang. Tepat pada masanya, dia memandang sekeliling menanti Bala atau sesiapa saja yang barangkali akan menjemputnya. Tiada siapa? Dia cuak. Dari tempat dia berdiri, Hanny dapat melihat sebuah limosine hitam menanti. Seorang lelaki Belanda yang berpakaian pemandu menantinya. Tangannya yang memakai sarung tangan putih sudah pun membuka pintu tempat duduk belakang. Hanny menelan air liur, merengus dan melangkah pergi. Mahu tidak mahu dia terpaksa masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Besar dan selesa, dia terkejut melihat sekujur tubuh bersuit hitam menantinya. Wajahnya tersenyum, jengkel sekali senyumannya. Dia terpaksa berlagak biasa, tidak mahu menunjukkan wajahnya yang terkejut.
  “Cik Hanna?” suara lelaki itu. Lelaki itu mencapai tangan kanan Hanny dan menciumnya. Hanny segera menarik tangannya. Lelaki itu ketawa, jengkel sekali bunyinya. Hanny merengus.
  “Sayang, selesa tak bilik itu? Ada masalah?” tanya lelaki itu. Hanny telan air liur, dihatinya tidak putus-putus berdoa agar tiada yang berlaku. Paling penting sekali, siapa lelaki ini. 
  “I tahu you terkejut melihat I. Tetapi sebagai orang yang mengupah you, I nak pastikan semuanya berjalan lancar.”
Hanny memandangnya, dia pasti inilah Tuan Adi. Hanny berdecit.
  “You seperti tidak mempercayai I, Adi?”
  “Bukan tidak percayakan you, sayang. Tetapi, I nak menjaga aset I.”
Hanny benci sekali dengan ungkapan sayang yang dipertuturkan lelaki itu. Aset konon!
  “Ternyata you tidak percayakan I.”
Adi ketawa.
  “You tak perlu risau, Adi. I tahu kerja I, apa yang perlu I lakukan.”
  “That my girl,” bicara Adi.
  “I’m not your girl. Never will!”
Adi ketawa lagi, Hanny menahan marah. Lelaki jenis apa yang kakaknya telah libatkan diri. 
  “I know who you are!”
Hanny segera memandang lelaki itu, matanya dibesarkan. Peluh dingin timbul didahinya. Mustahil? Lelaki itu sudah mengetahui rahsianya. Nafasnya turun naik. Mana mungkin lelaki itu begitu mudah membezakan dia dan Hanna. 
  “Hanna, you pencuri yang hebat. Tetapi tanpa bantuan I, you takkan berjaya mencuri plat itu.”
Bagai nak tercabut jantungnya mendengar kata-kata lelaki itu, disangkakan lelaki itu sudah membaca siapa dia sebenarnya. Kereta mewah itu berhenti, Hanny memandang keluar.
  “Ah! My beautiful princess kita dah sampai.”
  “Sampai?”
Dia melangkah keluar dari kereta itu. mereka sudah tiba di Bijbelsmuseum, Amsterdam. Hanny melihat sekeliling. Ramai juga pelancong yang datang melawat muzium ini. Biasalah waktu-waktu begini tentu sekali ramai pelancong. Dia mengeluh. Bunyi telefon bimbit lelaki itu kedengaran, Adi patah langkahnya. Dia kembali ke kenderaan mewah itu. Hanny dapat melihat lelaki itu kelihatan marah ketika menjawap panggilan itu. Hanny berharap panggilan itu bukan mengenai dirinya. Dia mengharap sesiapa saja yang menelefon itu tidak mengatakan bahawa dia bukanlah dia sebenarnya. Dari jarak dia berdiri, dia cuba membaca gerakkan bibir lelaki itu. Tetapi serasanya lelaki itu bukan bertutur didalam bahasa Melayu atau Inggeris. Bahasa Itali barangkali ataupun Sepanyol. Kalau dia adalah Hanna, pasti sekali dia sudah bisa mengagak jenis bahasa yang dipertuturkan. Tambahan kakaknya membesar di Brazil sejak umur sepuluh tahun. 
  “Sayang, I terpaksa pergi. Urusan kerja. Bala akan menemani you. Dia akan menunjukkan setiap inci muzium ini begitu juga plat emas itu.”
Adi sempat menghadiahkan sebuah ciuman di pipi kiri gadis itu. Hanny tersentak dengan perbuatan itu, tiada apa yang mampu dia lakukan melainkan bertenang. 
  “Kurang ajar!” bicara hatinya dan memandang lelaki itu pergi. Dia menarik nafas, marah.
  “Shall we go now, Cik Hanna?”
  “Yes, Bala.”
Hanny mengekori lelaki itu. 

No comments: