Tuesday, July 21, 2009

New Exile

Aku mengesat debu-debu di MPV milikku. Sudah sebulan aku tidak membersihkannya. Tanganku terkena sesuatu, aku mencapainya. Aku terjumpa kaset misteri itu lagi. Aku membuat mimik muka dan melihat kaset itu. Tersentak bila seseorang mengejutkan aku, aku berpaling. Aku menghela nafas, Amry rupanya.
  “Terkejut tau! Mujur tak buka langkah..!”
  “Langkah apa?” tanya lelaki itu naif.
  “Langkah seribulah, apa lagi!”
Kami ketawa.
  “Lupa pula. Abang ni kaset milik abang ke?”
Amry mengamati kaset itu, dia pun turut ragu-ragu dengan kaset itu. Kaset itu beralih tangan.
  “Bukan. Abang pasti ini bukan milik syarikat kami. Mana jumpa?”
  “Kawan Lisz... Abang pasti?”
Amry mengangguk, aku membuat mimik muka. Kalau bukan milik Amry, habis milik siapa? Macamana Hanny boleh jumpa dalam MPV aku? Mungkinkah... iya ke? Aku memandang Amry, dia pun kelihatan tertanya-tanya dengan keadaan aku tika itu.
  “Kalau dah naik berkerut dahi tu... apa kata kita dengar kaset tu?”
  “What a good idea!” Kenapalah aku tak fikirkan hal itu? Blur juga kekadang aku ni? Kami melangkah masuk ke dalam rumah dan mendekati hi fi yang terletak dibilik bacaan arwah. Kaset itu dimasukkan ke dalam ruangan kaset dan segera butang play aku tekan. Kami menguatkan volume suara dan mengamati bunyi tersebut. Kedengaran seperti geselan besi, bunyi derapan kaki serta suara beberapa orang lelaki berbual cuma tidak jelas kedengaran. Aku memandang wajah Amry, kalau Irwan Rizal di Ipoh sudah pasti kaset ini aku berikan untuk dianalisa. 
  “Kau belot!” suara lelaki jelas kedengaran. Marah sekali. Aku telan air liur. Kedengaran bunyi seperti orang ditampar dan benda jatuh. Aku berdebar mendengar bunyi itu.
  “Kau belot... kau tahu akibatnya kalau belot pada Adi..!” suara lelaki itu lagi.
  “Aku tak belot!!!” jerit perempuan itu. Aku seakan kenal suara itu. Patricia, gadis Filipina yang mati tempohari.
  “Mereka jumpa barang itu... tiada siapa yang tahu melain kau!”
  “Krogg yang buat bos bukan saya... Saya hanya disana sebagai...”
  “Bukan itu saja, aku tahu kau bersongkol dengan polis... CIA... Kau ingat aku bodoh! Orang lain kau boleh tipu but not Adi.”
Satu lagi bunyi tamparan kedengaran. Kedengaran lagi geselan besi, suara perempuan itu menjerit lagi tetapi lebih kepada bunyi meraung. Aku pasti gadis itu disisip dengan besi panas. Suara Patricia menangis... 
  “Bala, finish her...”
  “No! Bos... NO!”
Bunyi itu terpadam sendiri... Meremang bulu roma aku mendengar suara-suara dan seksa itu. Suis stop aku tekan, kaset itu aku keluarkan. Wajah Amry aku renung, lelaki itu kelihatan seperti sedang berfikir.
  “Kenapa kita mesti terbabit dengan perkara sebegini?” tanya lelaki itu. Aku jungkitkan bahu tidak tahu apa yang perlu aku nyatakan. Irwan Rizal perlu tahu perkara ini... Hanny! Kalau dia juga berkerja dengan lelaki bernama Adi ini... Macamana? Aku berlari ke tingkat atas.

 Hanny masih memanjat, tapak kasutnya yang dari getah memudahkan panjatannya. Dia tiba di bahagian atas bangunan itu, jalan yang tidak rata sedikit menyukarkan namun dia masih boleh mengimbangi badannya. Dia perlu berjalan dengan lebih berhati-hati kerana risau genting akan berbunyi dan ini kemungkinan akan didengari oleh para pengawal. Setelah grid yang dia buat melalui peta yang diperolehi dari Internet dan perpustakaan dia sudah dapat agak bolong yang mana terletaknya plat emas tersebut. 
  “Satu... satu setengah... dua... dua setengah... Tiga!” Hanny membuat kira. Dia tepat berada di bolong yang meletakkannya betul dibahagian plat tersebut. Besi penghadang diangkut dan dawai dipotong. Dia melihat jam, dia cuma ada dua puluh minit sebelum pengawal yang seterusnya meronda. Dia menarik nafas panjang dengan menggunakan tali diikat kepada hujung gargoyles yang ada di sekitar penjuru bangunan dan turut dilengkapkan cangkuk khas yang ditanam di bumbung itu. Hanny membuat junaman dan turut mengunakan tali itu mengikut cara gerak gempur. Separuh dari tempat itu dia berhenti, CCTV diposisi bertentangan. Dia lega, menggunakan alatan khas dia melihat samada leser cahaya itu berhubung dengan alat pengera. Benar sekali tekaannya, alat penggera itu menggunakan haba dan kalau tidak salah seandainya bacaan haba tidak sama siren kecemasan akan berbunyi dan pihak berkuasa akan berkerumun di situ dan silap haribulan dia ke penjara. 
 Tinggal lima belas minit, dia memerhati semula leser tersebut. Haba yang ditentukan adalah dua puluh darjah manakala haba seorang dewasa lebih kurang tiga pulu dua darjah. Dia memandang sekeliling, dia sudah dapat jawapannya. Penghawa dingin. Dia memanjat semula dan mencari bahagian yang menempatkan bilik kawalan untuk alat penghawa dingin. Apa yang perlu dia lakukan beri kawasan laser plat emas tersebut menjadi lebih sejuk. Mengikut meter alat tersebut sudah melepasi kosong darjah dan ini membuat kawasan itu lebih sejuk dari sepatutnya. Dia kembali dan dengan mudah saja Hanny dapat melepasi leser tersebut. Plat emas itu dimasukkan ke dalam beg yang tersedia, sedikit berat namun masih bisa dia mengendong dibelakangnya. Tali itu dipanjat semula dan dia bersedia untuk turun bila dia terfikirkan sesuatu rancangan yang paling sesuai untuk dia lepas dari Bala. 
  Hanny mencapai bata yang terdapat disitu, sekali campak saja bata itu mengena penyambung pengera dan seluruh muzium bingit dengan bunyi siren. 
  “Yes!!!”
Hanny dapat lihat kesemua pegawal keselamatan menuju ke dalam bangunan.. Hanny bersiul untuk menarik perhatian mereka semua dan meloncat ditempat persembunyian Bala dan kemudian melompat keluar dari belukar dan memanjat semula dinding itu. Hanny berlari dan terus berlari menuju ke arah trem dan dia pasti Bala sudah ditangkap oleh pengawal keselamatan itu. Poketnya diseluk, kemujuran buatnya kerana terlebih dulu dia sudahpun membawa passport dan wang untuk rancangan itu. Apa yang perlu sekarang adalah dia perlu segera lari dan meninggalkan negara itu. Malangnya, Hanny masih belum buat keputusan untuk ke mana? Kemungkinan besar dia ke Belgium, Poland atau barangkali ke Perancis.

No comments: