Tuesday, July 28, 2009

New Exile

Adi menghentak meja dengan tangannya semua yang ada disitu tersentak. Wajah lelaki itu benar-benar marah, Dumment yang turut berada di situ juga seperti tidak mahu campur tangan kerana dia tahu ianya tidak boleh meredakan kemarahan lelaki itu. Jordan menghampiri lelaki itu.
  “Jordan, apa pun pastikan Bala bebas dan cari perempuan bedebah itu. Aku mahu plat emas itu!” suara Adi. Jordan mengangguk.
  “Bos, kami dah tahu siapa perempuan ini?”
  “Nama dia Melisza Hazwan. Anak hartawan di London. Miliki syarikat kerjasama dengan Exile. Dia juga kekasih kepada Amry dan Hanna adalah kawannya.”
Adi memandang gambar-gambar itu. Dia ketawa.
  “Bagus, Jordan..!Kerahkan semua mencari gadis bernama Melisza dan jika dia enggan tangkap dia dan keluarganya,” Adi memberi arahan. Jordan mengangguk dan berlalu.
  “Sekurangnya ada yang buat kerja...”
Adi duduk di kerusinya. Dia berharap rahsia kaset itu tidak terdedah. Dia mesti dapat kembali kaset dan plat emas itu. 
  “Dumment bila aku akan dapat senjata itu? Kau jangan nak belot pada aku,” suara Adi dan memandang Dumment.
  “Hey... kau tak percaya pada aku ke?”
  “Aku terpaksa bawa dia ke Perancis. Tetapi aku dapat tahu pihak berkuasa masih memburu. 
 


 Melisza hanya mampu melihat kapal terbang Thai Airways berlepas pergi. Dia mengeluh, belum seminit adiknya pergi dia sudah berasa rindu. Dia menoleh dan memeluk mamanya. Amry menghampiri begitu juga Azry. Mereka beriringan menuju ke lapangan letak kereta. KLIA mereka tinggalkan.
  “Macamana kalau singgah ke rumah kami dulu?”
  “Auntie tak dapat pergi sebab auntie ada temu janji dengan kawan auntie di sini.”
  “Kawan?” tanyaku. Mama ada kawan di Kuala Lumpur? Tak pula dia cakap pada aku tadi?
  “Alah, kawan lama mama... Mungkin Lisz tak ingat dia lagi. Masa kita duduk di Cheras dulu, kawan yang selalu datang rumah kita. Perempuan yang putih-putih, dulu pakai Ford Ascort hijau.”
Aku gelengkan kepala, tak berapa ingat. Siapa? Aku gelengkan kepala.
  “So, auntie nak saya hantar ke mana?”
  “Agh! Alah lupa pula mana tempat dia suruh singgah tadi. Nanti kejap, Amry.”
Wanita itu aku lihat mencapai telefon bimbitnya di beg tangan. Dia menekan butang di dada telefon, barangkali mencari maklumat.
  “Perhentian R & R Sepang? Jauhkah?”
  “La... depan tu je. Kawan auntie tu dah sampai ke?”
  “Biar auntie call?”
  “Mama... Lisz risau kalau...”
Kata-kataku mati disitu bila wanita itu sudahpun berbual dengan telefonnya. Aku mencebikkan bibir, ni yang malas ni. 
  “Sayang, mama dah lama kenal dia. Lagipun, takkan dia nak apa-apakan mama, sayang. Kejap lagi dia datang dengan anaknya. Don’t worry, lagipun mama akan pulang esok. Lagipun, lusa mak ngah datang.”
  “Iya... lupa pulak. Okey, mama jaga diri.”
  “Amry, bawa kereta elok-elok. Kalau ngantuk tukar dengan Lisz.”
  “Jangan risau auntie. Lepas ni ambil Azman, kemudian kami terus ke Bidor.”
Wanita itu mengangguk. Aku segera menyalami wanita itu, sebaik saja aku selesai bersalam sebuah MPV Sangyong hitam berhenti. Wanita yang aku kira sebaya mama muncul. Walaupun tidak aku kenali, tetapi sebagai gadis Timur aku segera bersalam dengannya.
  “Inilah, Melisza.”
  “Ini anak you, Jami. Subhanallah, masa berubah cepat sekali. Cantik!” puji wanita itu. Aku cuma tersipu. Jami... modennya gelaran mama aku dulu. Aku tersengih.
  “Dalam kereta tu bukan si Hamdan?”
  “Ha’ah! Hamdanlah. Diakan sebaya Melisza, dulu masa kecil-kecil selalu main sama-sama.”
Opsss! Jangan dia kata nak rapatkan aku dengan lelaki bernama Hamdan tu. Aku dah ada Amry.
  “Kerja ke?”
  “Di Kedutaan Malaysia di Jepun, pulang ni sebab nak isterinya bersalin di Malaysia.”
Dia dah kahwin, lega...
  “Mama, auntie Lisz minta diri. Lewat dah ni, takut lambat tiba Bidor.”
Aku segera menyalami mamaku dan wanita itu. Aku tersenyum sebaik saja melangkah masuk ke dalam perut kereta.
  “Apa yang menarik sehingga senyum sampai ke telinga?”
  “Need to know basis only.”
Amry mengecilkan matanya dan aku terus tersenyum.

No comments: