Saturday, January 2, 2010

New Exile

Kami sudah mula mendekati jalan keluar ke Bidor, aku mengeliat kecil. Sakit betul badan berada lama di dalam kereta lama-lama. Kami sudah melepasi tol Bidor, petugas tol kelihatan gembira bertemu dengan mereka. Iyalah mereka artis siapa yang tidak kenal.

                              “So, kita dah pun tiba di Bidor. Selama hari kita hanya lalu saja Bidor ni, hari ni...” suara Camilia, Azry mengiya kata-kata gadis itu.

                              “Okey. Lisz ini hometown kau, so show us the way!” suara Azry. Aku mengangguk.

               Hari ini aku menjadi pemandu pelancong tetap untuk kumpulan Exile menyusuri jalan-jalan di Bidor. Kami terus ke Kolam Air Panas Sg. Klah. Disana kelihatan mereka bergembira dan mereka turut menghiburkan pengunjung yang datang. Azman juga kelihatan ceria barangkali keadaan sekeliling mengembirakannya dan seketika jiwanya terlepas dari belenggu kesedihan. Sebenarnya, aku kini dalam dilema. Bagaimana aku mahu sorokkan Hanna. Memindahkan Hanna adalah satu risiko tambahan dengan kesuntukkan masa, aku perlu carikan jalan untuk kami tidak tidur di rumah lama milik papaku. Tetapi, mana mungkin kerana cuaca mula beransur pergi. Tiga jam lagi Maghrib akan menjelang, pastinya mereka keletihan tambahan dengan perjalanan jauh dari Kuala Lumpur. Aku berdecit, debaran di jiwa bertambah. Aku memerhati jam, Irwan Rizal mahu menghubungi aku jam lapan malam waktu Malaysia. Pening fikirannya kini. Camilia mendekatiku, dia bertanya kenapa aku bersendirian disitu. Dia juga bertanya kenapa aku tidak ikut sekali berendam di kolam air panas itu. Alasanku hanyalah keletihan dan jemu. Biarlah... tetapi kelihatannya Camilia menerima jawapan itu. Sempurna!

 

 

Berapa minit lagi, rumah tua milik papa sudah didepan mata. Aku dapat lihat tiga lelaki yang bertubuh besar berada di keliling rumah. Mereka tentu orang-orang Izzat.

                              “Lisz, kenapa ada orang berkawal depan rumah keluarga you? That if this is you father’s house?”

Apa perlu aku jawab? Hanya kebisuan saja yang mampu aku lakukan sekarang. Azry memperlahankan kereta betul-betul dihadapan pintu pagar rumah itu.  Salah seorang pengawal itu menyuruh kami berundur, dia sedikit tegas. Lelaki itu berpakaian t-shirt berlengan panjang dan kelihatan baju itu melekat dibadan sasanya. Lelaki itu turut berseluar jeans dan berkasut but.

                              “Tolong berundu. Ini tanah persendirian... Awak semua tidak boleh berada di sini!” suaranya tegas. Azry memandang wajahku.

                              “Alec, it’s me. Let’s us in!”

Lelaki yang dipanggil Alec menjengah wajahnya melihat aku yang berada di dalam perut kereta. Dia sedikit terkejut, mungkin rasa bersalah. Pantas lelaki itu mengarah dua lagi pengawal untuk membuka pagar. Azry memandu masuk ke dalam halaman rumah. Aku segera keluar dari perut kereta, dari wajah mereka aku tahu mereka ingin mengetahui kenapa adanya pengawal-pengawal itu.  Kami melangkah masuk ke dalam villa kepunyaan  papa. Tiada perubahan di rumah itu.

                              “Cik Melisza? Cik sudah tiba?”

Aku mengangguk. Izzat terkejut dengan kedatangan Exile dan Camilia. Izzat bersalam dengan anggota Exile. Dia merenung wajahku, aku tahu ada yang tersirat diwajah lelaki itu. Aku mengekori Izzat dan kami berada jauh dari Exile dan Camilia.

                              “How is she?”

                              “Baik. Dia mencari cik...”

                              “Cari saya?”

Izzat mengangguk, aku menoleh memandang Amry. Aku dapat lihat Azry memandang aku, aku tahu dia mahukan penjelasaan.

                              “Awak tahu kenapa Hanna cari saya?”

Izzat membisu. Kenapa Hanna mencari aku? Aku ketap bibir dan mencari penjelasaan sendiri.

                              “Saya nak jumpa dia?” suaraku.

                              “Boleh Cami ikut sekali?”

Aku dan Izzat menoleh serentak. Terkejut, bila masa pula Camilia menghampiri kami? Tau-tau dia sudah disisiku. Izzat kelihatan keberatan. Wajah Camilia mengharap, aku tak tahu banyak mana yang telah dia dengar.

                              “Baiklah, tapi you mesti sentiasa berada disisi I.”

Camilia mengangguk. Dia mengekori aku menuju ke bahagian belakang rumah. Ada rasa cemas diwajah gadis kacukkan itu, aku pun cemas juga. Tambahan aku pasti Hanna seperti haiwan ganas kerana marahkan tindakkan aku dan Hanny. Pintu bilik Hanna sudah dihadapan, aku dengar bunyi katil yang bergoyang dan suara rontaan dari luar pintu. Izzat segera membuka pintu itu, aku berdiri disisi Izzat manakala Camilia dibelakangku. Hanna kelihatan tidak terurus, maklumlah sudah berminggu dia terkurung disitu. Hanna masih meronta, dia tidak pedulikan kehadiranku. Wajah Hanna kelihatan letih dan sedikit pucat.

                              “Melisza... lepaskan aku!!! Lepaskan!!!” jerkah gadis itu. Aku mengeluh dan memandang Izzat.

                              “Izzat, bukakan ikatan Hanna. Dia sudah terlalu lama terikat.”

Aku memandang Izzat, dia sedikit keberkatan namun isyarat yang aku berikan telah menyakinkan dia. Izzat akur dan membuka ikatan Hanna. Hanna melihat tangannya, kulit pergelangan tangannya melelas kerana terlalu lama diikat. Camilia mendekatinya.

                              “Hanna biar saya rawat tangan awak tu?”

Hanna merenung gadis itu. Camilia berlalu dan kembali dengan peti kecemasan dan mengambil kapas dan ubat antiseptik.

                              “Maafkan aku kerana kau terpaksa dikurung disini,” suaraku sambil memerhati Camilia merawat pergelangan tangan Hanna, kelihatan gadis itu melakukannya dengan begitu lembut sekali.

                              “Kau kejam... Sekarang kau dah menyusahkan Hanny. Dia... awww!” jeritnya dan menolak Camilia sehingga dahinya terhantuk ke bucu almari.

                              “Hanna!!!”

Camilia bangun dengan bantuan Izzat.

                              “Salah aku... aku tekan kuat sangat. Hanna, I’m sorry.”

Hanna menjeling dan memandang arah lain. Aku merenung wajah itu, matanya berair.

                              “I’m sorry. Kali ni I takkan tekan, I promise?” ujar Camilia lembut.

                              “Hanny yang buat keputusan itu, Hanna. I try to stop her. But she is stuborn like you!”

                              “Lisz, kembalikan Hanny pada aku. Dia akan mati kalau identitinya terbongkar, Lisz! She’ll die!!! Please... please selamatkan dia... Atau kau lepaskan aku dan biar aku yang cari dia..!” Hanna merayu pada aku? Apa pun Hanna tetap kakak Hanny tentu sekali dia risaukan adiknya, kalau Hafizul dalam bahaya aku juga akan begini.

                              “Aku janji akan tolong dia, Hanna. Jangan risau...” suaraku.

                              “Aku mahu kau lepaskan aku, Lisz...”

Aku gelengkan kepala melepaskan dia akan menyebabkan masalah besar akan timbul.

                              “Kita tunggu sehingga Hanny telefon.”

Hanna merengus, kasihan pula aku pada gadis itu. Camilia mendekatiku, dia selesai merawat Hanna. Dahinya sedikit lebam akibat hantukkan tadi. Apa pula tindakkan Azry bila dia nampak luka didahi Camilia. Aku merengus dan berlalu. Aku menghentikan langkah dan memandang Hanna.

                              “Kau rehat dulu. Kita tunggu sehingga Hanny telefon. Apa pun aku janji aku akan selamatkan dia. Di dalam almari tu ada pakaian... mandi,  salin pakaian nanti aku hantar makanan.”

Izzat segera menutup pintu itu dan menguncinya. Kami beredar kembali ke ruang tamu. Exile yang sedang berehat bangun bila kami mendekati. Azry kelihatan terkejut, pantas ditarik tangan Camilia.

                              “Kenapa ni? Kenapa lembam dan luka ni?”

Camilia membisu, dia memandang aku. Aku tak tahu apa yang perlu aku katakan. Camilia tersenyum dan memandang wajah temannya.

                              “Az, jangan risau. Hal kecil, tak sakit dah.”

                              “Tapi luka macam ni... Mesti...”

                              “Az...”

Azry membisu. Camilia memujuk lelaki itu. Aku tak tahu apa yang perlu dijelaskan kepada mereka. Rambut aku segera aku sanggulkan.

                              “Siapa yang berada di bilik belakang tu, Lisz?” tanya Azman. Aku pandang Azman, wajahnya serius sekali.

                              “Adalah. Saya terpaksa kurung dia. Dia... dia penting untuk keselamatan Malaysia.”

Exile memandang aku, aku cuma tersengih dan jungkitkan bahunya.

                              “Okey. Abang Man, Az dan Am boleh guna bilik di tingkat atas. Cami boleh tidur sebilik dengan Lisz. Sekejap lagi tukang masak akan hidangkan makanan dan bolehlah kita makan sama-sama.”

                              “Good! Lapar dah ni!” suara Amry yang menggosok perutnya.

No comments: