Saturday, January 2, 2010

New Exile

Paris. 9: 00 pagi.

               Hanny membaringkan diri, rasa penat benar-benar mencengkam dirinya. Begini agaknya perasaan seorang pelarian, terpaksa melarikan diri sepanjang masa. Dia benar-benar keletihan, terasa hilang segala tenaganya. Dia meniarap kemudian ketawa kecil. Kalau dulu dia marah kakaknya, sekarang dia turut merasakan apa yang kakaknya pernah rasa. Hidup ini memang pelik. Dia menelentangkan badannya dan mengeliat sedikit, lega dapat meregangkan urat badan. Matanya memandang sekeliling bilik di rumah tumpangan yang dia sewa. Dia berharap tiada siapa dapat mencarinya di rumah tumpangan murah ini yang  berada di celah-celah bandar besar itu. Matanya yang sudah berat dipejam dan dia terlena.  Dia terkejut dan memerhati jam, dia terlelap hanya lima minit. Dia mengeliat lagi, kemudian berlalu ke kamar mandi.

               Dia berlalu ke katilnya dan mencapai telefon bimbit. Dia perlu menghubungi lelaki bernama Irwan Rizal dan memberitahu dia di Perancis. Hanny merengus, telefon bimbitnya telah kehabisan bateri. Dia terlupa mengecasnya ketika di Belgium. Dia memandang keluar tingkap, tiada tanda yang mencurigakan diluar sana. Dia perlu mencari telefon, barangkali di tingkat bawah rumah tumpangan ini ada perkhidmatan telefon disediakan. Cuaca sejuk diluar sana memaksa Hanny menggunakan kot bulu tiruan dan topi bulu. Dia turun ke tingkat bawah dan  bertanyakan kepada pemilik rumah tumpangan itu samada dia bisa untuk menggunakan telefonnya. Walaupun tidak memahami bahasa tempatan namun dia seakan mengerti bila tuan rumah itu mengatakan dia tidak membenarkan orang luar menggunakan telefon. Hanny merengus, ini bermakna dia terpaksa mencari pondok telefon untuk membuat panggilan kepada Irwan Rizal dan Melisza. Sepanjang perjalanan matanya tidak putus-putus memandang sekeliling dan berharap tiada yang mengekorinya. Hanny berharap penyamaran yang sedikit ini dapat melindungi wajahnya.  Gaggang telefon segera diangkat dengan menggunakan kad kredit untuk membuat panggilan dan jarinya segera mendail nombor milik Irwan Rizal.

                              “Hello, Irwan Rizal. Saya, Hanny. Saya kini di Paris. Plat emas itu masih ditangan saya. Tolong saya Irwan Rizal!”

                              “Saya faham cik Hanny. Saya perlukan alamat cik sekarang!” suara Irwan Rizal.

                              “Saya tinggal di Lys Motel. Alamatnya, 23rve Serpente 75006 Métro: St. Michel.”

                              “Baik saya akan jumpa awak nanti...”

                              “Terima kasih. Saya akan menanti awak di sana.”

Kllik! Talian diputuskan. Hanny mengetapkan bibirnya. Dia berharap Irwan Rizal segera sampai. Plat itu tidak boleh terlepas ke tangan Adi. Dia mengangkat kembali gaggang telefon itu dan memasuk semula kad kreditnya. Dia berharap Melisza segera menjawab panggilannya tetapi sudah begitu lama panggilannya tidak berjawab. Dia merengus. Mungkin Melisza meninggalkan telefon bimbitnya. Gaggang dikembalikan ke tempat asal, dia perlu beredar. Jika lama-lama disitu, Hanny risau orang suruhan Adi dapat menangkapnya. Dia berjalan pantas menuju ke rumah tumpangan. Dia mesti segera ke sana, risau jikalau Irwan Rizal sudah sampai untuk menyelamatkannya. Dia mesti segera bersiap.

 

 

               Hanna lega setelah menukar pakaiannya. Rambut paras pinggangnya disisir kemas dan didandan. Dia kembali ke katilnya, matanya memandang sekeliling. Dia perlu segera keluar dari bilik dan tempat itu. Dia mesti menyelamatkan Hanny. Dia tahu Hanny berada didalam bahaya, dia dapat rasakannya. Dia perlu buat sesuatu. Pintu bilik diketuk dan pintu itu terkuak, Camilia muncul dan ditangan gadis itu ada dulang berisi hidangan.

                              “Hai, I bawa makan untuk you.”

Hanna hanya memerhati gelagat Camilia, dia mengalihkan tumpuannya ke pintu yang terbuka. Kalau ingin melarikan diri, inilah peluangnya. Namun, bau makanan mematikan hasratnya.

                              “Marilah makan.”

                              “Hey! Saya tidak perlukan layanan awak.”

                              “Tak... Ini tanggungjawab saya. Lagipun, saya kasihan...”

Hanna memandang gadis itu tepat.

                              “Kasihan? Perkataan itu tidak ada makna untuk aku. Keluar!!!” jerit Hanna. Camilia tersentak seketika.

                              “Tapi... Okey, jangan lupa makan. I keluar dulu.”

Camilia berlalu pergi, pintu bilik kedengaran dikunci dari luar. Hanna mengeluh.  Dia menghampiri dulang makan yang berisi nasi putih berserta dua mangkuk gulai dan ikan bakar.

                              “Kari ikan dan gulai lemak ketam? Dia masih ingat makanan kegemaran aku...”

Hanna memerhati makanan itu, kuah kari yang merah berlinangan itu menarik perhatiannya. Perutnya berkeroncong, rezeki di depan mata tidak perlu ditolak.

 

               Senja mula menampakkan diri, Azman memandang sekeliling rumah. Ruang yang dihias dengan perabut yang sedikit eksotik begitu menyenangkan. Perabot buatan Bali indah tersusun, dia turut memerhatikan beberapa lukisan yang digantung di dinding. Bunyi deheman kedengaran, Azman menoleh. Izzat tersenyum dan mereka bertukar salam.

                              “Encik Azman ada masalah?”

                              “Tidak, saya pernah ke mari dan tempat ini tidak banyak berubah.”

Izzat mengangguk.

                              “Izzat bagaimana dengan orang itu?”

                              “She’ll be fine...”

Azman mengerutkan dahi. She? Jadi, tawanan itu seorang perempuan. Pandangan dialih ke ruang belakang.

                              “Maaf, encik. Saya terpaksa pergi... kerja menanti saya.”

Azman mengangguk, dia melihat Izzat berlalu. Azman merenung kembali ruang itu, dia melihat segala perhiasan dan mencapai album yang ada disitu. Gambar Emilia Jazmine berada dipuluhan gambar, segera kenangan dia dan gadis itu bermain di layar mata. Azman berdecit, kenapa makin hari kenangan dia dan Emilia Jazmine makin menghantui. Dia sendiri tidak memahaminya.

                              “Kenapa abang Man? Masih ingatkan kakak?”

Azman menoleh. Dia terpandang wajahku. Aku renung wajah lelaki itu, dia kelihatan serba salah. Album gambar ditangannya ditutup dan diletakkan kembali ke tempatnya. Lelaki itu tidak menjawab cuma menjungkitkan bahu. Dia berlalu ke terence dan segera menuruni tangga.

                              “Abang nak ke mana?”

                              “Ambil angin...” ringkas jawapannya. Aku memandang lelaki itu, ambil angin diwaktu begini. Lelaki itu benar-benar terganggu, dia sudah mencecah tanah dan menyarung kasut. Bahaya jika dia ke belukar dibelakang rumah!

                              “Abang, bahaya waktu-waktu macam ni. Lagipun, sudah senja. Abang Man!”

                              “Jangan risau, Lisz. Abang tahu jaga diri.”

Dengan cuaca dan keadaan begini, aku risau jika berlaku sesuatu. Walaupun di belukar sana tiada binatang liar tetapi tiada apa yang mustahil berlaku. Aku mencari kelibat Izzat. Kelibat Azman sudah pun hilang. Aku harap dia tidak akan apa-apa ataupun sesat.

No comments: