Thursday, January 7, 2010

New Exile

 

               Loceng rumah berdeting berkali-kali, Datin Jamilah merengus. Dia mengomel sendirian kerana orang diluar sana tidak sabar-sabar. Posmenkah atau jurujual? Pintu rumah dibuka dan pintu gate otomatik dibuka. Tiga lelaki bertubuh sasa muncul. Wanita itu sedikit curiga dengan kehadiran mereka bertiga.

                              “Cari siapa?”

                              “Melisza Hazwan???” tanya salah seorang dari mereka. Dari pertuturan lelaki itu barangkali berbangsa India.

                              “Dia di Bidor. Di rumah datuknya...” suara wanita itu sedikit ragu-ragu.

Datin Jamilah melihat mereka berpandangan sama sendiri, lelaki India itu menjengah ke dalam.

                              “Alamatnya?” suara salah seorang lagi. Wanita itu berlalu ke meja tulis dan menulis alamat Melisza di Bidor. Pantas diserahkan kepada ketiga-tiga mereka, Datin Jamilah mengeluh lega bila mereka bertiga berlalu.

                              “Siapa mereka tu?” tanyanya sendiri. Pantas wanita itu menutup pintu dan melangkah ke dapur.

 

 

               Hanny mengeringkan rambutnya, lega selepas mandi. Cuaca sedikit cerah petang itu, kalau dia tidak berkeadaan begini mahu saja dia berjalan-jalan di bandar Paris dan menuju ke Eiffel Tower dan menikmati pandangannya. Dia merengus. Tangannya pantas mencapai jeans dan kemeja T dan disarungkan ke tubuh langsingnya. Rambut yang masih basah dibiarkan lepas. Dia menuju ke teko yang berisi air panas. Baru saja dia mahu meneguk teh yang baru saja dibuat, pintu bilik diketuk. Dia sedikit cuak, dia mengemaskan katil dan memasukkan semua keperluannya didalam beg. Pintu itu diketuk lagi.

                              “Siapa???”

                              “Kami dari Interpol. Kami datang atas arahan bos kami!” kedengaran suara diluar. Interpol? Irwan Rizal barangkali. Pantas dibuka pintu bilik, dua lelaki yang memakai baju sut lengkap dan mereka menunjukkan kad kuasa. Hanny mengeluh lega.

                              “Saya menanti kedatangan tuan. Kenapa Irwan Rizal tidak datang?”

                              “Dia ada tugasan lain jadi dia hantarkan kami untuk menjemput cik ke ibu pejabat.”

Hanny mengangguk, tetapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia juga sedikit curiga dengan kedua lelaki itu. Dilihatnya kedua mereka memeriksa keadaan sekeliling.

                              “Duduk encik. Saya akan ambil plat emas itu.”

                              “Tak perlu. Kita perlu pergi sekarang, cik.”

Hanny lega, setelah sekian lama dia boleh kembali ke Malaysia. Dia pasti lelaki bernama Adi itu akan ditangkap berserta beberapa bukti yang dia ada. Dia dan Hanna akan bebas. Beg yang berisi plat emas disandang ke belakang. Dia senyum dan melangkah keluar dari bilik itu. Wajah cerianya bertukar bila melihat kedua lelaki itu mengacukan .23 Magnum ke arahnya. Hanny telan air liur dan segera mengangkat tangannya. Tak guna... mereka bukan Interpol atau polis tetapi pengikut Adi. Kenapa dia tidak perasaan?

                              “Kamu bukan Interpol?”

                              “Serahkan beg itu...” Lelaki itu menjawab dan tersenyum sinis. Hanny mengecilkan matanya, dia berasa jengkel sekali.

                              “Kamu pengikut Adi... I should have known!”

                              “Kau seorang perempuan yang naif, Hanna.”

Hanna? Bermakna identitinya masih belum terbongkar, mereka masih menganggap dia adalah Hanna.

                              “Cepat serahkan beg itu atau...”

                              “Tidak!!!”

Mereka kelihatan bersedia untuk menarik picu senjata itu.

                              “Last warning... serahkan beg itu or we will shoot you..!”

Hanny melangkah kehadapan sedikit.

                              “Lontar perlahan-lahan ke arah kami. Now!!!”

Hanny membuat hitung kira, jarak diantara mereka. Dia memandang mereka berdua, lelaki yang berdiri betul-betul dihadapannya agak sukar untuk dia serang lelaki dihadapannya. Apa yang perlu dia lakukan? Dia memandang lelaki kedua, dia boleh lakukan tendangan tetapi dia perlu pantas.

                              “Apa lagi... serahkan plat emas itu...” jerkah lelaki itu. Hanny geram dengan jerkahan lelaki itu. Dia memegang begnya dan segera melontarkan beg itu tepat ke wajah lelaki yang pertama. Lelaki kedua hilang tumpuan dan memandang lelaki pertama dan ini memberi peluang kepada Hanny untuk membuat double side kick dan lelaki kedua terjelopok dilantai. Hanny segera mencapai beg itu dan berlari keluar dari bilik rumah tumpangan kemudian menuju ke jalan besar. Dia perlu keluar dari tempat itu. Dia memandang kiri dan kanan dan mencari memikirkan ke arah mana yang harus dia gunakan. Hanny toleh ke belakang, seakan terasa kedua lelaki tadi sudah menghampiri. Tanpa fikir panjang Hanny memilih kanan untuk melarikan diri. Dia tiba di Quai de Montebello, disitu dia menahan sebuah teksi.

                              “Gare de I’ Est!”

Pemandu teksi itu segera membawa teksi ke destinasi yang dia pinta tadi. Hanny mengeluh dan bersandar di tempat duduk belakang teksi itu. Sesekali, Hanny memandang ke belakang risau jika mereka mengekori dari belakang. Gare de I’ Est sudah dihadapan mata. Dia membayar tambang teksi dan segera berlalu menuju ke kaunter tiket. Dia memandang papan digital yang menunjukkan destinasi pengangkutan itu akan pergi. Dia menuju ke kaunter tiket.

                              “Satu tiket ke Zurich!” suaranya dan mengeluarkan kad kreditnya.

                              “Maaf, semua tiket ke Zurich sudah habis dijual yang tinggal hanya tiket jam lapan malam,” jelas penjual tiket tersebut.

Hanny mengeluh dan memejamkan matanya dan dia berdecit.

                  “Tetapi tiket ke Luxembourg, barat Perancis masih ada.”

Luxembourg??? Adakah dia akan selamat jika ke sana?

                              “Bagaimana ke Innsbruck?”

Hanny melihat penjual tiket itu memeriksa perjalanan baginya.

                              “Sejam lagi. Cik nak ke Innsbruck?”

Hanny melihat jam tangannya. Bolehkah dia menanti begitu lama, pastikah penjahat-penjahat itu tidak mengekorinya ke sini. Tiket sudah bertukar tangan, dia melihat sekeliling. Pondok telefon ada didepan matanya, dia perlu menelefon seseorang. Siapa yang harus dia telefon, Melisza atau Irwan Rizal? Rasanya dia perlu telefon Melisza, lagipun dia nak tanya khabar kakaknya.

 

No comments: