Thursday, January 7, 2010

New Exile

Bunyi palang berkeriut merisauan Hanna. Dia mencampak palang itu ke atas katil. Dia sudahpun mengeluarkan palang besi yang terakhir dan ruangan itu sudah cukup untuk dia melarikan diri. Cermin tingkap itu juga sudah dia keluarkan. Hanna memandang sekeliling, tiada siapa yang berkawal di luar sana..Waktu senja begini amat sesuai sekali untuk dia melarikan diri. Dia perlu keluar dari situ dan berlari ke belukar kemudian mencari jalan untuk kembali Kuala Lumpur. Hanna berharap tiada siapa yang akan tahu kehilangannya. Dia sudah pun terjun keluar bila pintu biliknya terkuak.

               Hanna memarahi dirinya kerana Izzat sudah tahu akan kehilangannya. Dia melarikan diri ke belukar, dia perlu keluar dari situ dan kembali ke Kuala Lumpur kemudian pergi mencari Hanny. Dia berlari anak bila dia melanggar seseorang.

                              “Awak!!!” suara lelaki itu.

Dia terkejut dan segera melarikan diri. Kakinya sakit kerana berlari tanpa memakai sebarang kasut.  Namun, dia terpaksa menahan kerana ingin segera sampai ditempat yang hendak dia tuju. Hanna berharap orang yang dilanggarnya tadi tidak melaporkan kepada Melisza yang dia sudah berlari ke belukar itu.

 

              

               Azman sudah pun tiba di halaman rumah keluarga Melisza bila dia melihat keadaan kecoh di situ. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa?

                              “Izzat?”

                              “Maaf, encik. Oh! Encik Azman ada nampak sesiapa semasa pulang ke sini tadi?”

Azman memandang Izzat, pasti Izzat mencari gadis yang telah melanggarnya di belukar tadi. Tentu sekali gadis itu orang tawanan yang berada di bilik belakang itu. Namun, dia segera menggelengkan kepala.

                              “Okey, encik masuk ke dalam. Rehat. Biar saya uruskan.”

Izzat berlalu. Azman dapat melihat Izzat mengarah orang-orangnya untuk mencari gadis tadi. Kemudian, dilihat Izzat berlalu pergi. Azman berharap gadis itu selamat keluar dari belukar itu. Namun, dia juga risau jika apa-apa berlaku kepadanya. Azman segera berpatah balik, kembali ke belukar itu. Azman mencari kelibat gadis itu, agak sukar mencari dengan keadaan yang gelap begitu. Satu lembaga menerpa ke arahnya dan melepaskan tumbukkan mujur Azman sempat mengelak. Sekujur tubuh berdiri mendepaninya. Azman memerhati namun keadaan yang gelap begitu sukar untuk dia meneka siapakan orang itu, apa yang dia tahu tubuh itu milik seorang perempuan. Kelihatan orang itu mahu menyerangnya lagi. Azman mengelak lagi dan serangan seterusnya tidak sempat dielak dan tepat mengenai wajahnya.

                              “Wait...”

                              “Kenapa ekori saya???” suara orang itu kasar.

                              “Saya hanya ingin menolong. Saya... saya nak tolong awak!!!” suara Azman dan menggosok wajahnya.

                              “Bohong! Awak pengikut Izzat, kan?” jerkah gadis itu.

                              “Tidak... saya orang yang awak langgar tadi. Ingat?”

                              “Tidakkk!!!”

Serangan demi serangan orang itu lepaskan dan beberapa serangan itu dapat ditangkis oleh Azman.

                              “Saya bukan orang-orang Izzat. Percayalah... please!”

                              “Never!!!”

Kali ini serangan bertubi-tubi Hanna tidak dapat Azman elak. Lelaki itu terseradung ke belakang dan tubuhnya jatuh ke tanah. Hanna yang mahu meneruskan serangannya terhenti bila kedengaran suara. Dia segera mahu melarikan diri, Azman yang melihat keadaan itu bingkas bangun. Dia mengejar Hanna dan kemudian menerkam tubuh Hanna dari belakang. Mereka berdua jatuh dan bergolek ke arah lurah yang sedikit curam. Mereka berdua berguling, agak lama mereka berguling sebelum tiba di dasar lurah itu. Azman mengerang kesakitan, dia membuka matanya. Dia terkejut bila melihat Hanna berada di dalam pelukkannya dan gadis itu pengsan. Azman menggerakkan tubuhnya, Hanna sedar dari pengsan dan mengerang. Dia terkejut bila berada didalam pelukkan Azman. Mereka bertentang mata, Hanna cuba menggerakkan tubuhnya namun seluruh tubuhnya kesakitan. Azman bingkas bangun dan membantu Hanna bangun. Mereka berpandangan lagi, dia dapat rasakan kesakitan ditubuhnya. Pasti seluruh tubuh mereka penuh dengan kesan calar akibat jatuh tadi.

                              “Awak cedera. Biar saya bantu?” suara Azman.

Hanna membisu, seakan terpukau dia membiarkan Azman membantu. Tangan kanan Hanna dipegang dan diletakkan ke bahagian lehernya manakala tangan kiri Azman melilit dipinggang gadis itu. Lidah Hanna kelu, ada perasaan asing terbit dihatinya. Dia tidak pernah rasakan perasaan itu. Suara Izzat kedengaran, Azman mendongak. Tangan kanannya melambai ke arah mereka. Pengikut Izzat sudah pun menuruni lurah itu untuk membantu mereka. Hanna tidak melawan malahan dia juga tidak menolak untuk dibawa pulang ke rumah itu. Mereka sempat bertukar pandangan sebaik saja Hanna dibawa kembali ke bilik itu. Aku memandang Hanna, dia tunduk dan aku dapat lihat riak wajahnya berubah. Kenapa? Aku toleh ke arah Azman yang dipapah oleh adik-adiknya, wajahnya berlainan sekali. Aku menuju ke bilik kurungan, Hanna diikat semula dikatil.

                              “Izzat, dia tidak perlu diikat. Semua keluar saya nak berbual dengan Hanna sendirian.”

Izzat akur, ikatan itu dibuka semula dan mereka semua berlalu keluar dari kurungan itu. Aku memandang wajah Hanna. Dia membisu, wajahnya ditundukkan. Aku tahu dia pastinya kecewa, hajat tak tercapai. Kasihan!

                              “Maaf, Hanna. Aku memang tak bisa membiarkan kau terlepas. Kau berbahaya untuk semua orang termasuk untuk Hanny. Kenalan aku akan bertemu Hanny di Paris. Dia akan bawa Hanny pulang, jangan risau...”

Hanna mengangkat wajahnya memandang aku, kali pertama aku melihat dia tidak bersuara yang aku dapat lihat cuma linangan air mata. Aku melangkah keluar dari bilik itu, aku pasti kali ini Hanna tidak akan melarikan diri lagi.

No comments: