Wednesday, November 9, 2011

CINTA PADA DIA


“Kak...”
Hizla menggelengkan kepala, Cici mendengus.
“Hello, siapa tu? Erk! Saya Cici..Hizla...mmm..”
Hizla masih menggelengkan kepala, Cici berdecit dan merengus.
“Maaflah dia sibuk. Telefon kemudian, bye,” jawapannya. Cici duduk di birai katil. Dia hanya lihat Hizla membuat bakul hantaran dan dia juga nampak mata Hizla merah. Dia tahu kakak saudaranya menangis. Dia menghela nafas dan bangun dari katil, kemudian berlalu keluar. Hizla capai telefon bimbitnya dan menutupnya. Dia tidak mahu Johan menelefonnya, kalau boleh dia tidak mahu timbulkan kemarahan mama dan papanya. Pintu bilik di ketuk, Suhana muncul.
“Mak Teh nak bakul untuk letakkan hantaran.”
“Kakak menangis?”
Dia menggelengkan kepala dan menyerahkan beberapa bakul yang dah siap. Pintu bilik kembali ditutp, dia berlalu ke jendela biliknya. Semalam dia pergi kedai sewa baju pengantin tetapi dia pergi seorang. Dia cuba baju yang telah di tetapkan untuknya. Dia hairan belum sekali lelaki itu berjumpa ataupun menelefonnya. Entahlah perkahwinan jenis apa dia ni, nampak sangat pengantin lelaki itu benar-benar tidak mahu berkahwin seperti dirinya juga. Ya ALLAH berapa lama dia harus begini, selama-lamanya? Dia merengus, itulah yang menyedihkannya. Entahlah apa nasibnya nanti jika dia dah jadi isteri lelaki itu.

Johan melangkah keluar dari kedai pengantin. Dia memandang pintu kedai yang baru sahaja dia langkau dan mengeluh. Johan masuk ke dalam perut kereta, dia memerhati cermin belakang. Dia terkejut dan segera menoleh, dia lihat Hizla sedang berdiri menunggu sesuatu. Dia dapat lihat wajah gadis itu muram dan tidak ceria. Johan menarik nafas panjang dan keluar dari BNW M3 itu, dia menghampiri gadis itu. Hizla menoleh bila dia rasa ada seseorang berdiri di sisinya. Dia merenung wajah lelaki itu, kemudian dia tunduk dan dia menjauhkan sedikit dirinya dari lelaki itu. Johan mengerti perbuatan gadis di depannya.
“Ila tunggu siapa?” tanya lelaki itu. Hizla melarikan anak matanya dari di renung oleh lelaki itu. Dia cuba menceriakan wajahnya dengan senyum, namun nampak janggal. Ketika itu dirasakan kelopak matanya bergenang dengan air mata dan dia berharap air matanya tak tumpah.
“Tunggu Cici cari benang dalam tu. Abang pula?”
“Abang dari sana?” Johan menunjukkan kedai pengantin tadi, Hizla merenung lelaki itu. Wajahnya berubah dan dia memandang lelaki itu. Kali ini giliran Johan tunduk dan kelihatan bersalah.
“Abang nak kahwin?” lemah sahaja bunyi suaranya.
Johan mengangguk, dia baru nak bersuara Cici sudah mendekati mereka. Johan mengeluh dan berdehem.
“Tak apalah Ila. Nanti jangan lupa hantarkan kad pada abang!” suara Johan dan melangkah. Dia sempat menoleh sebelum menghampiri keretanya. Cici dapat lihat air mata Hizla mengalir.
“Kakak biar Cici yang drive,”
Dia mengangguk dan menyerahkan kunci kereta, dia mengesat air matanya. Cici cuma mampu melihat, kasihan dia dengan sepupunya.
“Cici rasa kakak kena beritahu dengan Mak Teh.”
Hizla menggelengkan kepala, dia masih tersedu.
“Jangan seksa perasaan sendiri.”
Dia masih lagi dengan sedu sedannya. Cici terus memandu, dia kemudian melencong ke suatu arah dan berhenti. Enjin BNW Z9 di berhentikan. Hizla sudah ke keringan air mata.
“Kakak nak menderita ke?” tanyanya, kali ini dia lebih serius. Hizla merenung Cici. Hampir 17 tahun dia kenal sepupunya ini dan hari ini dia lihat Cici begitu serius bersuara.
“Kakak mencintainya sepenuh hati sejak pertemuan pertama kami. Ketika itu kakak tahun akhir di universiti dan dia baru setahun di Pusat Sains Negara. Ketika itu kami baru seminggu di tunangkan.”
“Dia mencintai kakak?” tanya Cici. Hizla mengeluh.

No comments: