Monday, November 21, 2011

THE RIDERS


"Kita perlu cari Ming Po dan Prince K. Aku rasa tidak ada apa lagi yang perlu kita lakukan disini."
"Erk…okey." Jawap kedua lelaki itu serentak.
Mereka meniti tangga ke tingkat atas, mereka tiba di tingkat lapan. Aku buka pintu rintangan api pelahan-lahan. Kosong. Kami melangkah masuk dan memerhati sekeliling. Sebuah pintu terbuka di hadapan kami, aku tergamam. Ming Po dan Prince K muncul tanpa sebarang kecederaan. Aku berlari mendapatkan mereka.
"What happen?" tanya Ming Po.
"No time for question. Come let's move!" jelas Cage.
Kami beredar mengikut jalan yang kami lalu tadi. Kami segera beredar meninggalkan Menara Berkembar KL itu. Fikiran aku masih memikirkan tentang Chrome. Wajahnya berlegar di mindaku, benci aku melihatnya. Bagaimana aku nak lupakan lelaki itu. Aku tahu Cage dan Malek pasti tertanya apa yang berlaku tadi. Aku tidak menyangka Chrome terlalu emosi tadi. Ah! Aku pun tak tahu apa yang perlu dipecaya. Memang aku bekas tunangan Chrome ataupun Izaat Ghafiza Umar. Aku tidak tahu dia adalah keturunan pengasas Bax, sumpah kalau aku tahu pasti aku takkan jatuh hati padanya walaupun dia pernah selamatkan aku dari maut akibat panahan dart Fact, ketua kumpulan Digius. Ketika itu aku baru berusia tujuh belas tahun dan Chrome baru sahaja berusia dua puluh tahun. Pada ketika itu, dia tidak kelihatan seperti salah seorang ahli Bax. Malahan tutur katanya lembut dan sopan seperti anak-anak menteri atau anak-anak bangsawan. Begitu juga perilakunya, cukup baik. Sopan, menghormatiku dan juga menghormati pendirianku. Walaupun dia tahu aku anak kepada ketua kumpulan Orion Fox dan Blue Jade. Ketika itu, aku pasti cintanya tulus dan dia tidak menipu.
Julai 2009, aku baru sahaja menubuhkan The Riders, namun Izzat tidak mengetahuinya. Pada masa itu cuma Cage sahaja yang ada dalam kumpulanku dan Dorian, sepupuku. Pada mulanya aku ingin beritahu tentang hal itu, tetapi terbantut apabila ahli Bax 2001 dan Bax 81 membuat pengumuman ingin menubuhkan sebuah kumpulan baru dan mereka ingin membuat perhitungan dengan Mortal Underground kerana ingin menguasai kawasan mereka di Mid-Bangsar Valley dan Paradise Mid Acres. Pemimpin Malaysia memanggil ahli-ahli pembenteras pemberontak bawah tanah seperti Bubbles, Spin Snow dan kumpulan aku. Peperangan besar berlaku di kawasan itu, hampir memusnahkan seluruh kawasan Mid-Bangsar Valley. Didalam peperangan itu Dorian mati ketika kami cuba memintas Bax 81. Aku sendiri hampir kehilangan kedua-dua mataku. Pada ketika itulah, baru aku tahu Izzat adalah musuhku. Aku ditangkap oleh Bax 81, pandangan mataku ketika itu kabur. Mereka memerintah aku untuk dibicarakan dihadapan ketua Kumpulan Bax 9. Aku tahu ketika itu nyawaku pasti akan terpisah dari badan, aku cuma mendengar suara lelaki itu. Pada mulanya aku tidak pasti tetapi apabila lelaki itu mula mendekatiku dan ketika itu suaranya ku dengar agak bergetar. Aku cuba untuk melihat wajahnya dalam kesamaran pandangan. Hampir tercabut nyawaku apabila aku amati wajah itu. Izzat… Dia tidak mengaku pada mulanya namun terpaksa setelah bapanya turut campur tangan. Pada ketika itulah, baru aku tahu bahawa bapanyalah yang membunuh ayah dan ibuku. Ketika itu aku nekad biar mati berperang untuk menuntut bela dari mati sebagai pengecut.
Izzat cuba melindungi aku kononnya dia menyintaiku namun keputusan bapanya tetap mahu aku dihukum tembak. Aku tak pasti apa reaksi lelaki itu aku tahu dia tak membantah keputusan itu. Ah! Ahli Bax tetapi ahli Bax. Aku diletakkan di hadapan shooting squad apabila Cage dan pengikut Spin Snow membuat serangan mengejut dan menyelamatkan aku. Sampai sekarang aku hairan bagaimana Cage boleh menyelamatkan aku walaupun aku tahu tidak siapa dapat masuk ke dalam kubu Bax tanpa menggunakan kunci magnet atau kata laluan yang tepat. Aku di rawat di hospital dan pemimpin Malaysia memuji Spin Snow, Cage dan aku kerana berjaya mematah peperangan itu. Ketika itulah nama The Riders menjulang naik sebagai kumpulan ahli pembenteras pemberontakkan. Namun, mereka tidak tahu siapa sebenar ketua kumpulan The Riders kerana aku telah mengguburkan nama Serena itu dan aku tukarkan namaku menjadi Zapp. Tetapi kelancangan mulut Izzat telah mendedahkan nama sebenarku. Aku tak kisah yang penting Bax 9 harus dihapuskan. Aku tahu kalau Izzat mati tanpa waris pasti kumpulan itu takkan berkembang kecuali ada ahlinya yang sanggup bergaduh dan berlawan untuk mendapatkan pangkat itu. Kami tiba di markas kami, setelah meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan aku menuju ke ruang pejabatku.

No comments: