Wednesday, November 16, 2011

CINTA PADA DIA


Dia berdebar, penantian yang dia nanti sudah sampai ke hujungnya. Eirma mak andamnya sibuk mengenakan solekkan agar sesuai dengan pakaian nikahnya malam itu. Dia renung wajahnya di cermin, dirasakan dia tidak bersedia untuk itu. Riuh rendah kedengaran diluar bilik, dia mengerling ke arah Cici yang sibuk berbual dengan Rashid pembantu Eirma. Salahnya juga tidak melihat nama lelaki itu pada kad perkahwinan mereka atau bertanya pada mama dan papa. Dadanya terasa sesak, dia minta Eirma berhenti menyolek dan berlalu ke bilik air. Cici ketuk pintu bilik air itu berkali-kali, tiada jawapan. Akhirnya, Hizla keluar.
“Kenapa kak?”
Dia menggelengkan kepala. Cici memandangnya, dia tahu kakak saudaranya muntah. Dia tahu kakak saudaranya begitu mengelabah dan risau.
“Alah! Kenapa ni, habis comot make up tu!”
“Kak Eirma boleh betulkan?”
“Boleh, sayang. Jangan risau sangat.”
“Kak, tenang,” bisik Cici kepada Hizla.
Cici keluar untuk mencari Nurfara dan temannya itu turut terkejut dan berlalu ke bilik pengantin.
“Kau okey, boleh teruskan?”
“Demi family aku, aku rela.”
“10 minit mereka sampai.”
Hizla mengangguk. Riuh kedengaran di luar rumah, dia pasti rombongan itu dah sampai. Dia pegang tangan Nurfara.
“Ya ALLAH Ila, tangan kau sejuknya. Please tenang, okey!”
Hizla mengangguk dan menggigit bibir bawahnya. Nurfara beredar dan dia nampak lelaki itu sudah bersila di hadapan tok kadi. beberapa orang tua menyuruh Nurfara membawa Hizla keluar.
“Johan bin Azam?”
“Saya,” jawap lelaki itu. Mendengar nama itu, Hizla memandang Nurfara di sisinya. Dia berharap nama yang dia dengar tadi cuma khayalan. Dia menarik nafas panjang.
“Sah?” tanya tok kadi pada para saksi dan mereka mengangguk, kemudian doa di baca. Kini sah dia menjadi isteri orang dan bermulalah episod baru hidupnya. Hizla di bawa ke dalam bilik, dia mengelabah. Selepas ni upacara menyarung cincin dan membatal air sembahyang, bermakna inilah kali pertama dia akan jumpa lelaki itu setelah bertunang selama 3 minggu. Hizla tunduk dan memejam mata, Nurfara memegang tangannya. Nurfara juga menyuruh dia membuka mata dan pandang ke arah pintu.
“It will be fine, Ila. Trust me?”
Mata bundarnya tidak percaya apa yang dia lihat. Dia terkedu tidak tahu apa nak dikata, dia telan air liur dan pandang Cici dan Nurfara. Mereka tersenyum dan mengangguk, air matanya mengalir lagi.
“Kenapa abang tak beritahu, Ila?”
“Saja. Nak tengok rupa Ila, masa tu? Kelakar!”
Hizla menjeling ke arah suaminya. Johan ketawa dan memicit hidung isterinya. Hizla buat-buat merajuk.
“Sebenarnya abang pun baru tahu dua hari sebelum kita nikah. Bila abang terpandang kad kahwin.”
Hizla tersenyum.
“Tak sangka. Kita nikah akhirnya.”
“Abang tahu Cici dah cerita semalam bila dia call abang,”
“Jahatnya! Jadi Ila seorang saja yang tak tahu?”
“Fara pun tak tahu.”
“Ila takut...takut kalau takkan jumpa abang lagi dan tak dapat beritahu Ila...”
“Ila, abang tahu sebaik sahaja renung ke dalam mata Ila. Abang tahu Ila cintakan abang dan sebaliknya. Abang harap apa yang dah berlaku, biarkanlah ia pergi. Kita bina hidup baru.”
“Hmm...” balas Hizla, dia menggesel matanya.
“Tidurlah, hari kita masih panjang lagi.”
Johan menutup suis lampu dan berharap hari esok bertambah gembira dan manis buat mereka.

No comments: